Qi Razali Masuk Hospital Akibat Sakit Leher, Tulang Belakang

Author : Cik Rose Cute | 2:34 PM | 5Total Comments |
Gambar Qi Razali yang menerima rawatan. Gambar dimuat naik di akaun Instagram Nellydia Senrose.
PETALING JAYA: Pelakon Qi Razali telah dimasukkan ke Pusat Pakar Ortopedik Quill Taman Tun Dr Ismail di sini pada tengah hari Khamis lalu akibat mengalami sakit leher dan tulang belakang kronik.
Kekasihnya pelakon Nelydia Senrose berkata, Qi sering mengadu sakit leher dan tulang belakang sejak terlibat dengan kemalangan sebulan lalu namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi membuat keputusan untuk melakukan rawatan di hospital dengan segera.
"Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius.
Nelydia Senrose
"Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu dia terus mendapatkan rawatan di hospital dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Jumaat.
Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan.
Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.
"Sebenarnya kami okey. Biasalah kami kan masih lagi dalam tempoh perkenalan.
"Ada masanya sikap cemburu pasti keluar. Tapi Alhamdulillah kami masih lagi sayang antara satu sama lain," ujarnya.
Alahai...Kesian Qi..Semoga Cepat sembuh ya...Bahaya jugak sakit leher dan tulang belakang nie...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Blog Design: Jijah Comey Dan Jue Azrin And Family

Author : Cik Rose Cute | 2:28 PM | 3Total Comments |
Assalamualaikum...

Minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat singgah blog korang...2 atau 3 hari nie asyik publish entry pasal template tempahan jer....sorry sangat2....
Tempahan blog dari JIJAH COMEY  dengan harga rm 25.00...Pilihan warna jijah adalah pink dan campur bunga2.Hope Jijah suka dengan hasil edit tersebut...

Kalau korang nak singgah blog jijah klik link di bawah ya
http://jijahcomey.blogspot.com/

Blog di bawah pulak ialah blog JUE AZRIN tema pilihan kaler purple,biru dan putih...Permintaan jue templatenya ala2 blog aku...memang cepatlah siap....tuepun aku ubah sikit2 supaya tak sepenuhnya sama dengan design blog aku hihihi


Nak tengok full klik link di bawah
http://jueazrin.blogspot.com/

Okey Sekian Terima Kasih...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Blog Design: Bicara Hati Aten

Author : Cik Rose Cute | 12:33 PM | 11Total Comments |
Baru selesai siapkan blog adik dari Setiu...satu geng dengan kampung aku hihihi Jom singgah...

Header Blog

Kalau korang nak singgah klik SINI ini adalah kali ke  tiga adik aten menempah dari aku...Terima kasih ya dik....

Udah lama tak singgah blog korang....bilalah mood rajin nak datang balik huhuhu


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ