Luahan Seorang Penulis Drama Cinta Jannah

Author : Cik Rose Cute | 3:05 PM | 49Total Comments |
Tadi terjumpa penulis skrip asal "Drama Cinta Jannah" dekat Facebook...Mungkin korang tak puas hati dengan endingnya yg tergantungkan...Jom! baca apa kata penulis hihihi...

Kalau mengikut skrip asalnya memang best dan seronok jer jalan ceritanya...

Assalamualaikum, semua. Selamat pagi dan salam #CintaJannah. Siapa yang tak puas hati dengan ending #CintaJannah semalam, angkat tangan...hehehe. Ok, saya akan bagi pencerahannya di sini. Memang banyak scenes yang tergantung dan watak-watak hilang macam tu je. Bak kata Aeril Zafrel dalam livechat semalam, jalan cerita yang saya bagi terlalu padat. Mereka terpaksa edit ( tak masuk akal langsung ).

 Kita mulakan dengan watak Tini, Razak dan Ustaz Talha. Korang anggap je watak-watak tu dah mati. Sebab watak-watak tu sebenarnya memang tak wujud pun. Bila tak wujud maknanya tak adalah kisah Tini curang dengan Razlan, Tini mati kena bunuh, Tengku Zareena buat hubungan sulit dengan Razak, babak-babak culik anak dalam hutan (kayu kayan), jual beli tanah, dan kenapa Ustaz Talha tak tolong Izaryl cari Jannah, kan? Sufian pula duda anak dua bukan beristeri dua dan Sufian tu anak ketua kampung. Maknanya Sufian tu, bukan suami Amina dan bukan anak Tengku Zareena, kan? Watak Hakim dan Zahira pula, adalah sahabat baik Izaryl dan Jannah. 

Dengan bantuan Hakim dan Zahiralah menemukan Izaryl dan keluarga Jannah. Izaryl menerangkan status sebenar Jannah. Asalnya 4 tahun bukan 9 tahun ( tak logik). Izaryl masih mencari Jannah dan bukan slow macam tu (ini lagi saki hati ). Dalam 4 tahun tu Izaryl selalu pulang ke kampung menjenguk keluarga Jannah dan menanti kepulangan Jannahnya. Balqis dan Razlan pula sudah insaf kerana dengan bantuan Izaryl lah mereka dapat menjalankan pembedahan anak mereka yang sakit ( tak tulis dalam sinopsis asal). Damia pula memang tak jadi kawin dengan Izaryl, maknanya tak adalah isu Damia tinggal serumah dengan Izaryl kan? ( haram weiii ). Damia di halau keluarganya selepas pengsan pada majlis pernikahannya dengan Izaryl. Masa tu baru terkantoi Damia mengandung. 


Tengku Zareena pula insaf sebab malu orang sekeliling mengatanya dan melihat keadaan tidak terurus Izaryl kerana terlalu rindukan Jannah. Damia menyesal di sisihkan keluarga dan tinggal di rumah Tengku Zareena bukan rumah Izaryl. Jannah pula baru dapat tahu dia mengandung semasa di kampung. Selepas di halau, Jannah pulang ke rumah Izaryl tapi kecewa sebab malam dia pulang tu adalah malam Izaryl dan Damia berkahwin. Jannah kecewa dan membawa diri. Waktu itulah Bonda terlanggar Jannah ( lain kali nak lintas jalan tu pandang lah kiri kanan Jannah oii ). Sebab tak ada tempat nak di tuju, Jannah tinggal dengan Bonda dan melahirkan anak. Izaryl pulak.. adooii ini lagi satu... tak payah nak jadi pak sanggup sangat lah. Izaryl terima Damia pun sebab kecewa kerana Jannah tinggalkannya tanpa pesan.

 Tengku Zareena pula terlalu mendesak. Izaryl terpaksa terima sebab waktu tu Izaryl tak tahu lagi Damia sedang mengandung. Sebab terkantoi pengsan tu, majlis nikah batal. Selepas Izaryl berjumpa dan bersatu dengan Jannah, Izaryl membuat majlis kesyukuran dan memberi kejutan kepada Jannah dengan menjemput keluarga Jannah, Sufian, staff Izaryl, Opah dan Atuk, Hakim dan Zahira, Tengku Zareena dan Damia. Maka berlakulah adegan air mata berjemaah.. hehehe... 

Segalanya terungkai dalam pertemuan jejak kasih itu. Setahun berlalu, Izaryl dan Jannah mendapat baby lelaki yang comel macam papanya. Ketika baby lelaki mereka berumur 6 bulan, Jannah mengandung lagi. Jannah marah-marah tapi marah-marah sayang je... hehehe... Izaryl pulak tentulah tersenyum bahagia kan? Tulah siapa suruh Jannah tinggakanl Izaryl lama-lama.. hehehe ( tak tulis dalam sinopsis asal. Kan happy ending tu. -TAMAT-

p/s : Scenes di atas bermula selepas Jannah tinggalkan Izaryl. Episod-episod sebelum tu terbaik je. Jangan mintak #CintaJannah 2 atau sambungannya sebab saya tak tahu..


Dah baca....itulah skrip asalnya...Kalau korang nak jenguk penulis nie klik SINI  penulis  asalnya orang Kemaman Terengganu...

Nota Pink: bila baca skrip di atas seronoklah pulakkan endingnya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Kahwin Tahun Depan

Author : Cik Rose Cute | 2:47 PM | 11Total Comments |
Assalamualaikum....

Jodoh antara mereka berdua memang kuat....dah bermacam-macam isu timbul sebelum nie..akhirnya...mereka berdua membuat keputusan untuk kahwin tahun depan....Alhamdulillah...Amin...aku suka Fiz Fairuz dengan Almy Nadia...

fizz fairuz
Nampaknya dugaan, ujian dan kontroversi yang melanda perhubungan mereka selama ini tidak dapat memadamkan bara cinta di dalam hati masing-masing. Inilah namanya jodoh. Bergaduh besar mana pun, kalau dah tertulis, memang kahwinlah juga. Kata Fizz Fairuz:-
Kami dah bercinta semula. Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau tiada aral melintang, Insya Allah saya bercadang mahu menjadikan Almy sebagai isteri saya yang sah secepat mungkin.
Tapi sebelum tu saya perlu lah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Tapi saya sebolehnya tak nak bertunang, nak terus nikah. Insya Allah saya rancang nak kahwin tahun depan,
fizz fairuz
Semoga kalian berdua cepat2lah nikah ya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gosip Terbaru Hero Cinta Jannah Aeril Zafriel

Author : Cik Rose Cute | 10:52 AM | 26Total Comments |
Assalamualaikum...

Nak tercabut jantung aku bila terbaca kat kosmo tentang gosip pelakon nie....yalah...hari-hari aku bukak  dia punya instragram.....ada pulak gosip yg kurang menyenangkan...emmmm....siapalah yg tulis artikel tue...entah2 artis lain tak...



Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang sebuah stesen radio swasta hujung minggu lalu telah mengeluarkan satu gossip kononnya seorang pelakon wanita yang telah lama senyap dari dunia hiburan kini sudah melahirkan anak dan sedang berpantang.
Bapa kepada anak tersebut pula khabarnya adalah pelakon lelaki yang sedang popular dengan sebuah drama bersiri yang di’siarkan setiap petang di televisyen.
Dan spekulasi pun timbul mengatakan gossip tersebut merujuk kepada Wawa Zainal & juga Aeril Zafrel yang kebetulan sedang popular dengan Cinta Jannah di TV3.
Aeril Zafrel yang ditemubual menafikan perkara tersebut & berkata ianya hanya kata kata orang ramai yang tidak mempunyai bukti selain menegaskan sekali lagi yang hubungannya dengan Wawa Zainal hanya sekadar sahabat baik.
“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi & komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”
Menjawab dakwaan yang Wawa Zainal telah hamil, Aeril Zafrel meminta semua pihak berhenti menyebarkan cerita jika tiada bukti.
“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,” tambahnya lagi yang memaklumkan Wawa Zainal masih berada di Sabah untuk berubat.
Nota Pink: Kalau dunia hiburan artis nie...pantang ada artis glamour sikit...pasti ada gosip panas....betul tak?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Isu Rozita Che Wan (baju dalam Merah)

Author : Cik Rose Cute | 1:37 PM | 26Total Comments |
Tadi terbaca kat Kosmo tentang gosip cik ta kita nie....terus aku nak share gan korang...takkan pelakon cantik nie..tertinggal baju dalam kat set pengambaraan....tak logik betul...emmmm


POPULAR dan jelita menyebabkan nama Rozita sering digunakan untuk melariskan produk.



SELEPAS kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.
Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.
Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya baru-baru ini.
Kosmo!: Adakah Che Ta tahu tentang isu baju dalam berwarna merah yang kononnya milik Che Ta dijual di internet?
CHE TA: Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.
Apakah reaksi Che Ta apabila mendapat tahu ada orang menggunakan nama Che Ta untuk menjual baju dalam tersebut?
Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
Che Ta malu atau tidak dengan isu ini?
Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

ROZITA tidak melatah dengan isu terbaharunya itu.



Adakah kejadian seperti ini pernah berlaku?
Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini.
Bagaimanakah reaksi peminat Che Ta pula?
Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar.
Nampaknya nama Che Ta cukup popular sehingga ramai yang mempergunakan nama Che Ta untuk lariskan produk. Tidak terfikir untuk hasilkan produksi sendiri?
Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.
Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan yang dijangka bakal berlangsung pada Disember depan?
Sekarang saya perlahankan kerjaya lakonan untuk memberi fokus kepada kedua-dua anak saya yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Saya hanya memberi fokus kepada program Ratu Rania dan juga Primadona. Saya belum buat sebarang persiapan perkahwinan, mungkin bulan Oktober barulah akan mula merancang dan mempersiapkan apa yang patut.



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Design Blog Sarah Stephanie

Author : Cik Rose Cute | 12:27 PM | 11Total Comments |
Assalamualaikum....

Aku sekarang memang busy sangat2...tak sempat nak membalas kunjungan kalian...minta maaf banyak2...ya...terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak jemu2..singgah blog aku...dan kepada sesiapa yg follow sini...hope letak url blog..jangan letak link iklan ya...koh..koh...koh...

Salam.kak...
Msg ara sampai satu je ke kak? Ara ada email bgthu nk tmpah buat blog... da lama ara nk buat blog tpi xjdi.. xpndai nk design ;( trjumpa la ngn blog akak yg cantik tue.. then trbaca blh buat tmpahan. Ara berminat la kak.. ;) ara nk simple je.. but nice mcm akak pnya.. trsusun jew.. ara nk ala2 diary gtue. Boleh kak? Plssss... now ara tgh pregnant 36w.. tgu msa je.. hope sempat buat blog.. ;( 
Kak....

Ha...tuelah email tuan blog kirim  dekat aku...Tema yg di minta adalah kaler purple...nak design ala2 blog aku...katanya cantik...sekejap jer aku edit..malam tue jugak siap...Kalau korang nak singgah dan follow Klik link url di bawah ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ