Episode 24: Episode akhir Cinta Jannah

Author : Cik Rose Cute | 11:58 PM | 21Total Comments |
Sinopsis episode akhir update:  Tak sabar nak tunggu isnin. Izaryl hanya bertemu Jannah pada last episode.



  1. Aryl kahwin  juga dengan  si Damia gedik tu
  2. Jannah kena halau dengan ayah sebab mengandung-malukan keluarga kali ke 2.
  3. Jannah diselamatkan oleh Bonda(Kartina Aziz)
  4. Batrisya 9 tahun(anak Jannah)tanya tentang ayahnya.(skrip asal, Jannah terpisah dengan Izaryl 4 tahun je)-lamanya macam adam pulak
  5. Bonda cuba nasihatkan Jannah.
  6. Jannah jumpa  Tengku Mummy
  7. Tengku Mummy minta maaf pada Jannah
ending -kena tonton episode akhir Cinta Jannah. Apa jadi pada Jannah dan Izaryl. 


admya:
Dengar-dengar ending Cinta Jannah sedih.adakah semua ini disebabkan perbuatan mama Izaryl? Korang rasa happy ke sad ending Cinta Jannah ni? 



Kredit SINI


My Note: Kalau Endingnya sedih...rasa malas nak tengok huhuhu


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Drama Love You Mr Arrogant

Author : Cik Rose Cute | 3:37 PM | 21Total Comments |
Drama Nie bakal menggantikan Drama "Cinta Jannah" pada 25 september 2013...aku baca sinopsis best jugak....korang pernah baca novel nie...



Novel bestseller Love You Mr Arrogant, akan didramakan. Drama Love You Mr Arrogant akan ditayangkan di TV3 mulai 25 September 2013

Jom kita baca sinopsis novel dulu:

Jodoh Zaara  Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham  lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.

Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.
Tambah pula,sikap ibu mertuanya  Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.

Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.

Nota Pink: Heroin tue Siapa ya...aku tak kenal kikiki yg heronya aku kenal..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Di Sebalik Lirik Lagu "Sesat Dalam Rindu" (Damasutra)

Author : Cik Rose Cute | 2:57 PM | 8Total Comments |
Assalamualaikum....

Korang pernah dengar lagu "Sesat Dalam Rindu" Damasutra....ingat waktu sekolah rendah...aku minat betul lagu nie...liriknya memang cukup mendalam...kalau kita hayati betul2...

Ku Resah Mencarimu Dengan Akal,
Dengan bersama Sifat-sifat pinjaman,
Kau Kurasakan Semakin Menjauh,
Tersesatlah Aku Dalam RinduMu,


Ku Satukan Firasat MencariMU,
Dan Ku Terlontar Di Penghujung Alam,
Kau Masih Tidak Dapat Ku Jejaki....,
Betapa Malangnya Nasibku...,

KeranaMu...Kutinggalkan Segalanya.,
Sendiri Aku Terpedaya...,
Punya Akal Dan Firasat Yang Tidak Kemana..,
Hanya Jalan Yang  Sengsara...,

Zahir Musnah Bagi Yang Mimpi,
Zahir Ada Rahsia Mencari...,
Lalu Ku selami Di dalam Diri...,
Di bawa Arus Nafasku..,
Asal Serah Janji Dahulu...,
Mula Hidup Pasti Mula Cinta..,

Engkau Kasih Ada Di sini..,
Engkau Kasih Ada Menanti...,
Engkau Kasih Aku Jua Kasih...,


(Maksud Lagu)
~~Sesat dalam rindu menceritakan tentang seseorang yang mahu mencari Pemilik DIRI yang telah lama ditinggalkannya. Dalam resah, bersama sifat-sifat pinjaman Allah Ta’ala, penulis berusaha untuk mendekati semula DIRI yang kini bagaikan ‘merajuk’, dan semakin menjauh…~~
~~Naluri disatukan, hanya untuk bertemu DIRI. Namun, penulis mendapat habuan yang setimpal dengan perbuatannya apabila dia dibiarkan terlontar sendirian di ‘alam zikir’ DIRI semakin menjauh dan kian sukar dijejaki…~~

~~Kesungguhan dalam mencari diri, membuatkan penulis sanggup meninggalkan segala kenikmatan dan kemewahan dunia. Namun pengorbanan itu terlalu kecil dan tidak memberi apa-apa makna baginya apabila dia perlu menempuh kesengsaraan dalam kerinduan…~~

~~Penulis mengingatkan kepada pendengar yang mahu belajar ‘jalan’ ini agar tidak mendambakan kehebatan dunia sebagai impalannya (sang pemimpi), tetapi mereka sebaliknya perlu tahu ‘rahsia mencari’ Yang Tersembunyi. Hal inilah yang membuatkan penulis kembali membawa dirinya menyelami ke dalam DIRI (muraqabah). Dan saat itu…nafas turun dan naik disusun bersama lafazan zikir. Syaratnya, cuma mengotakan semula ‘janji’ yang dibina kepada DIRI suatu masa dulu… “Hidup di dunia hanya untuk beribadah…” dan bermulalah sebuah percintaan antara manusia dan Penciptanya disaat roh ditiupkan ke dalam jasad.

~~Pada rangkap lagu yang terakhir… merupakan kemuncak sebuah percintaan. Kerinduan yang sekian lama terpendam…telah tercetus…kesesatan menjadi kebenaran hakiki…apabila penulis telah menemui Pemilik Cinta Yang Abadi. Di situlah terlihat olehnya DIRI menanti kehadirannya.

~~ENGKAU KASIH…AKU JUA KASIH…(…RASA RINDU Cinta ALLAH TAALA DI RASA DGN NUR IMAN DLM QALBU KITA.SIAPA  YG BAGI PERASAAN RINDU & KASIH? SETIAP JAWAPAN PERLULAH MENURUT KACAMATA SYARAK & DI NILAI DGN MATAHATI YG TELAH SUCI BERSIH. INSYAALAH SEMOGA KITA TIDAK TERSESAT / TERSALAH FAHAM PERKATAAN ORG2 SUFI.)


SESAT DALAM RINDU_DAMASUTRA



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

PANAS!! : Adi Putra Bakal Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

Author : Cik Rose Cute | 10:03 PM | 16Total Comments |


Pelakon filem KL Gengster 2 yang bakal ditayangkan Oktober ini,  Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.
Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.
Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.
Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatakan menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.

kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Review Blog Yg Orang Tempah

Author : Cik Rose Cute | 9:47 PM | 6Total Comments |
Assalamualaikum
Seperti biasalahkan...bila selesai edit blog yg menempah denganku..bila dah siap edit...pasti aku review blog tersebut...Kali ini tempahan blog dari ManjaKu Cergas
Blog nie 2 kali tukar hihihi
Ok, Tema  blog owner tak kisah kaler apa yg pasti owner seorang yg suka bunga...aku pun suka bunga...hihihi..
Sudi-sudilah follow blog yana nie ya...Support blogger baru Jom!! --
http://iamaproudmama.blogspot.com/

Inilah adalah blog kedua yg aku edit...blog nie dah lama ownernya suruh buat...di sebabkan aku busy sikit so lambatlah sikit kerja mengedit....Tapikan...Aku ambil masa satu hari jer untuk siapkan...kikiki

Kalau you all nak ke blog Awien Ahmad korang klik link kat bawah ya...Owner adalah pengedar produk "Seri Dewi Malam"

http://seridewimalamawien.blogspot.com/

Nie pulak blog Cikgu atau guru besar aku pun tak pasti...tapi yg aku pasti blog nie adalah blog blogger lelaki yg bernama Ab Rashid Ab Rahman
Blog nie...dah lama siap...mungkin musim upsr hari tue...so ownernya lambat sikit komplen blognya okey ke tidak...So..aku tunggu jerlah hihihi

Jom Follow blog nie...

http://permuafakatanpgbsbt.blogspot.com/


Dah lamakan aku tak balas kunjungan korang...Minta Maaflah ya...tangan kanan pun dah kebas asyik mengedit jer huhuhu..

Insya Allah..kalau aku tak sibuk aku singgah blog korang ya...kadang2 entry main publish jer...tak kisahlah orang baca atau tidak kikiki

Okey Chow Dulu

Selamat Malam...Jangan mimpi "Aeril Zafrel" pulak
3 hari lepas 2 hari deret aku jumpa Jannah.....emmm dalam mimpi jer tau...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Rahsia Disebalik Kuku

Author : Cik Rose Cute | 11:50 AM | 29Total Comments |
Tadi terjumpa kat FB pasal rahsia di sebalik kuku...Jom tengok rahsia kuku korang hihihi

Kuku anda atau kuku pasangan anda jenis kuku yang mana satu?

1. Kuku pendek. Kuat kerja,ingin tahu,berdikari,akalnya boleh diguna pakai.

2. Kuku pendek,condong lebar. Suka mengkritik dan cepat marah.

3. Kuku lebar,panjang,bulat pada hujungnya. Orang yang pertimbangannya jelas dan masuk akal.

4. Kuku panjang berbentuk buah badam. Orang yagn tenang dan santai,suka berkhayal.

5. Kuku amat besar,segi empat. Bersikap dingin dan ego.

6. Kuku berbentuk baji. Sensitif belebihan.

- Terpulanglah kepada anda untuk mempercayainya.Semua ini petua orang tua dulu-dulu untuk mengenali watak seseorang,sebelum bergelar suami atau isteri kita,atau untuk mengenali watak sahabat-sahabat kita.



Nota Pink: Kuku My Hubby no 3,sama jugak dengan anak aku yg lelaki Haziq....yang aku punya biarlah rahsia kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tonton Online Drama Korea

Author : Cik Rose Cute | 10:28 AM | 13Total Comments |
Assalamualaikum...
Ghost-Korean-Drama


Cain and Abel
Cain-and-Abel - Korean Drama


Nota Pink: Kalau boring2 aku layan drama korea kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Perbezaan IbuBapa Dulu Dan Sekarang

Author : Cik Rose Cute | 9:15 AM | 23Total Comments |

• Dahulu : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.
• Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD

• Dahulu : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.
• Sekarang : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok AF.

• Dahulu : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.
• Sekarang : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas sekolah

• Dahulu : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.
• Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.

• Dahulu : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel
• Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.

• Dahulu : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.
• Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda, parent boleh backup

• Dahulu : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
• Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.


Bukan semua tapi segelintir

Kredit Cikgu Bada


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sinopsis Pendek Cinta Jannah Episode 17 hingga Episode Akhir

Author : Cik Rose Cute | 12:30 AM | 15Total Comments |
Assalamualsikum....Dah lama tak berkunjung ke blog korang...aku busy sikit..sorry sangat2...Insya Allah...aku akan berkunjung blog korang ya....tunggu ya...Sebelum tue layan sinopsis Cinta Jannah...
sinopsis cinta jannah

Cinta Jannah Episode 17
Nur Jannah dan Izaryl bersarapan bersama. Izaryl memberitahu dia akan singgah ke tapak projek dahulu. Nur Jannah memandu menuju ke tempat kerja. Sampai di pejabat dia masuk ke bilik Izaryl dan mengemas meja. Izaryl berbincang dengan pekerjanya mengenai projek perumahan yang di kendalinya. Nur Jannah mengadap komputer menyiapkan laporan. Kamal rakan sepejabatnya mengajak Nur Jannah ke luar makan tengahari. Nur Jannah menolak. Wanda mendekati Nur Jannah dan bertanya apa yang Kamal mahu. Dia juga mengingatkan Nur Jannah untuk melawat Amina. Damia berlari masuk ke biliknya dan muntah. Damia menelefon Eddy untuk berjumpa. Perlahan-lahan dia menyentuh perutnya. Izaryl menegur Nur Jannah dan menyuruh Nur Jannah masuk ke biliknya. Wanda mengusik. Izaryl mengajak Nur Jannah makan tengahari. Nur Jannah menolak kerana sudah berjanji dengan Wanda untuk ke hospital melawat Amina yang sudah bersalin. Izaryl berkeras dan Nur Jannah terpaksa menurut. Damia bertemu dengan teman lelakinya. Damia menyuru..


Cinta Jannah Episode 18
Nur Jannah berjalan di tepi kolam sewaktu hujan renyai-renyai. Dia menyanyi kecil. Izaryl sedang menyiapkan menyiapkan kerja menggunakan laptopnya. Dia memberi amaran supaya berhati-hati. Nur Jannah tersenyum dan terus berjalan sambil menyanyi. Nur Jannah terpijak lantai yang licin dan terjatuh ke dalam kolam. Nur Jannah terkapai-kapai. Izaryl berlari dan terjun ke dalam kolam. Nur Jannah di tarik ke atas. Izaryl marah kerana Nur Jannah tidak mendengar nasihatnya dan bersikap seperti kanak-kanak. Nur Jannah ketakutan dan terketar-ketar kesejukan. Izaryl meminta maaf kerana memarahi Nur Jannah kerana dia tidak ingin kehilangan Nur Jannah. Izaryl menarik Nur Jannah ke dalam pelukan dan Nur Jannah menangis.


Cinta Jannah Episode 19
Nur Jannah memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Izaryl. Di meja makan mereka berbual dan bersembang. Izaryl telah membuka rahsia yang dia tidak pernah merogol Nur Jannah. 


Cinta Jannah Episode 20
Izaryl dan Nur Jannah solat berjemaah. Kemudian Nur Jannah mengaji. Izaryl membimbing Nur Jannah. Izaryl dan Nur Jannah melawat Amina di rumahnya. Izaryl kekok memegang bayi dalam dukungannya. 


Cinta Jannah Episode 21
Nur Jannah mengemas meja Izaryl. Tengku Zareena masuk. Tengku Zareena mahu Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Tengku Zareena memberitahu Izaryl akan menjadi anak derhaka jika tidak patuh pada arahannya.


Cinta Jannah Episode 22
Nur Jannah memasak menu yang istimewa untuk Izaryl untuk kali yang terakhir. Air matanya mengalir. Izaryl masih termanung di pejabat. Dia malas mahu pulang ke villa. Izaryl masuk ketika Nur Jannah baru selesai solat. 




Cinta Jannah Episode 23 -
Nur Jannah termenung memikirkan Izaryl . Sufian menegur. Mereka saling bertanya khabar. Abdullah menghampiri dan bersalam dengan Sufian. Mereka berbual. Nur Jannah hanya memerhati mood ayahnya yang sudah berubah.


Cinta Jannah Episode 24 -  (Akhir)
Perut Nur Jannah sakit. Bonda membawa Nur Jannah ke hospital. Izaryl bermimpi. Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong. Izaryl hanya melihat. Nur Jannah meminta tolong dan menangis. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh. 


Nota Pink: Minggu depan dah nak habis dah...drama nie....Pasti korang akak rindu dengan lakonan mereka berduakan....Sumber Google..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sinopsis Benci VS Cinta - Astro Ria

Author : Cik Rose Cute | 3:39 PM | 32Total Comments |
Sinopsis Benci VS Cinta - Astro Ria

Sinopsis Drama Benci Vs Cinta

Mengisahkan Alisa (Nora Danish) yang mempunya sebuah gerai menjual ayam di pasar dan memiliki pekerja dari Indonesia bernama Anang (Randy Pangalila). Anang merupakan seorang yang malas berusaha dan sering tidur. Meskipun sering ditegur oleh Alisa, Anang tetap dengan sikapnya yang malas.

Randy Pangalila pula seorang pelakon terkenal Indonesia yang sedang melakukan penggambaran di Malaysia. Telah ditakdirkan, wajah Anang dan Randy saling tak tumpah walaupun mereka bukan bersaudara.

Suatu hari, Randy terserempak dengan Anang dan mereka membuat keputusan untuk bertukar identiti dan sejak itu pelbagai kisah lucu berlaku apabila masing masing cuba menyesuaikan diri.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ