Aidil Zafuan Ceraikan Rita Rudaini Melalui SMS

Author : Cik Rose Cute | 11:29 PM | 20Total Comments |
Tak habis2 dengan nasib Rita Rudaini,mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku....bersabarlah Rita Rudaini...

Rita Rudaini 37 akhirnya bercerai dengan Aidil Zafuan 26 dengan talak satu. Rita sendiri telah mengesahkan bahawa Aidil telah menceraikannya petang semalam (Ahad) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Melalui Berita Harian hari ini, antara punca utama Aidil menceraikan Rita adalah kerana kenyataan Rita yang disiarkan semalam dalam sebuah artikel bertajuk ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ di ruangan B*POP.

Kenyataan dan luahan Rita
“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,”
Aidil dan Rita pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.

Kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Selamat Hari Raya 2013

Author : Cik Rose Cute | 5:35 PM | 12Total Comments |
Lepas sahur besok bertolak balik kampung Ganu....Berhat-hati di jalan raya okey....kalau gantuk singgah mana2...jangan pulak korang teruskan perjalanan korang...bahaya tau....

Okey Selamat Hari Raya


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Drama "Setia Hujung Nyawa" Kembali Sempena Raya

Author : Cik Rose Cute | 4:12 PM | 17Total Comments |
Nampaknya drama yang pernah mencetus fenomena di kalangan peminat hiburan, Setia Hujung Nyawa akan kembali dengan kisah baru dalam telefilem berjudul Setia Hujung Nyawa Raya.
Telefiem yang menampilkan semula lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini akan mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain.
El sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas, Namun Zain hanya mampu bersabar biarpun dilayan seperti bibik.
Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur sahaja, pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif namun tidak berjaya. Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain mengambil keputusan balik ke kampungnya. Dan krisis pun bermula.
Ketika berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisarah muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya menyenangi perangai Maisarah yang kelakar sehingga membuatkan El cemburu dan mengurung diri di dalam bilik.
Jangan ketinggalan menyaksikan Setia Hujung Nyawa Raya pada malam pertama Raya, pukul 9.15 malam hanya di TV3.

Jom! layan Gambar aksi mesra mereka di bawah...




hihihi sweetnya...


Tenung Isteri tengah tidur...

Anzalna memegang watak sebagai "Maisara" Shah Iskandar  memegang watak sebagai "Syawal"



 Mereka berdua berlakon untuk memeriahkan lagi Tele movie "Setia Hujung Nyawa"


Zain Sentiasa Memenuhi permintaan Isterinya membuat buku skrap pelakon Korea Lee Min Hoo


Zain sentiasa menolong isterinya di dapur...


Nota Pink: Tak sabar nak tengok...Tapi ada kesempatan ke nak tengok...yalah sibuk raya ....sudahnya layan kat youtube kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pelakon Era 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia

Author : Cik Rose Cute | 2:49 PM | 6Total Comments |
 
 http://photo.murai.com.my/842013_rosnahmeninggal-a.jpg

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2013: Pelakon popular era 1980-an, Rosnah Mohd Noor telah disahkan meninggal dunia pada sebentar tadi sekitar jam 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Khabar kematiannya itu dimaklumkan oleh rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak kepada mStar Online yang menghubunginya jam 3.30 petang tadi.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
"Kami sedang berbincang," katanya kepada mStar Online
Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selapas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah, 54, dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mini Giveaway By Nurrul Ellani

Author : Cik Rose Cute | 1:43 PM | 3Total Comments |
*KLIK BANNER*
Tarikh-tarikh penting :
Tarikh mula : 28.07.2013
Tarikh tamat : 10.08.2013, Tepat jam 11.59 p.m.
Umumkan pemenang : 12.08.2013


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pesanan Jika Memandu Waktu Malam (Khas Untuk Wanita)

Author : Cik Rose Cute | 4:07 PM | 12Total Comments |


 https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/67606_392611107507759_624843811_n.jpg

PERHATIAN...!!!!
Pesanan dari Polis Diraja Malaysia..

Jika anda memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur... jangan pasang wiper atau pancut air.... Teruskan pemanduan dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda tiba di tempat selamat... Ini kerana telur ayam bercampur air akan menjadi seperti SUSU dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan anda dan memaksa anda berhenti untuk membersihkannya. Ketika inilah anda akan menjadi mangsa rompakan. Ini adalah teknik baru yang digunakan oleh perompak jalanan.

MOHON SHARE...
mungkin ia akan dapat menyelamatkan rakan2...keluarga dan orang tersayang anda dari menjadi mangsa perompak2 yang semakin hari semakin licik...


Nota Pink: Sekarang nie Penjenayah makin berlambak2....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mini Giveaway by Farhan Kerewx

Author : Cik Rose Cute | 3:53 PM | 4Total Comments |
http://i.imgur.com/86ZB8r5.jpg

TEKAN BANNER!

Syarat-syarat:
  1. Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia sahaja.
  2. Follow Blog Farhan Kerewx, follow twitter Farhan Kerewx & like fanpage Farhan Kerewx
  3. Wajib follow blog, like fanpage dan follow twitter semua sponsor. (Rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entry bertajuk "Mini Giveaway by Farhan Kerewx" dan jangan lupa backlink.
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste ke ruangan HTML dan publish entry.
  6. Tinggalkan URL entry anda diruangan komen sahaja. (Cbox tidak terima)
Senarai sponsor:
 

Follow Twitter Sponsor:



Klik Iklan Sponsor:



Senarai Hadiah:

  • Keychain Korea x1
  • Necklace Owl x1
  • Shawl x2
  • Keychain x1
  • Long Necklace x1
  • Keychain Felt x1
  • Bloglist x5
  • Header x2
  • Top up rm5x2
  • Top up rm5x1
  • Top up rm10x3
  • Top up rm5x2
  • Top up rm5x4
  • Top up(celcom/maxis) x1
TAMAT: 18 OGOS 2013/ JAM 11:59 PM.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Untuk Blogger Zaza Nizam

Author : Cik Rose Cute | 2:51 PM | 9Total Comments |
Assalamualaikum....

Entry nie khas untuk Blogger Zaza Nizam dan juga yang selalu komen blog aku yg tak seberapa nie....Jangan marah jika aku tak berdatang ke blog korang,mungkin link blog korang tidak tertera..tue yang susah aku nak balas kunjungan korang...contoh cam gambar kat bawah...

 Sebenarnya aku malas nak buat entry...tapi di fikir balik nanti dia kata aku sombong pulak...selalu jugaklah..Blogger Zaza Nizam nie singgah blog aku....tapi bila nak balas jejak balik tak boleh..sebab tiada link tertera contoh gambar di atas yg telah aku print screen...

Nota Pink: Hope Zaza Nizam letak link blog ya...okey tq


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ