Meroyan

Author : Cik Rose Cute | 5:58 PM | 12Total Comments |
Korang tahu ke meroyan tue apa? Kebiasaannya meroyan penyakit orang dalam pantang.Tadi aku terbaca tentang perihal seorang artis iaitu "Diana Danielle" Aku tak cakap Diana Danielle nie giler meroyan okey....


Diana Danielle murung dan pendiam sejak bersalin - Isu perselisihan faham antara Farid Kamil dan ibu mertuanya masih belum menemui jalan penyelesaian apabila suami kepada Diana Danielle itu tampil dengan kenyataan baru yang melarang ibu mertuanya berjumpa dengan anak mereka.

Ketika Farid Kamil ditemubual oleh Utusan Malaysia perihal komplikasi yang dialami oleh isterinya sejak hampir bersalin, ini jawapan beliau :-

"Alhamdulillah, Diana sekarang sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi selepas melahirkan. Sebelum lahir Diana juga terpaksa menahan kesakitan selama empat jam. Tetapi sekarang, dia mengalami sindrom mother blues yang agak teruk." 

"Sangat mengejutkan saya pada mulanya apabila melihat perubahan emosinya bertukar 360 darjah. Diana bersikap sangat defensif lebih-lebih lagi kalau saya pegang anak, dia akan sentiasa perhatikan saya."
Nampaknya, Farid Kamil kini berdepan satu lagi masalah baru dengan Diana Danielle yang bersikap defensif dan melihatnya seperti orang lain. 
 Nota Pink: Mungkin Diana Danielle banyak fikir...tue yang jadi murung dan pendiam....Kata orang tua2 yg lebih berpengalaman...kalau wanita dalam pantang atau lepas bersalin tak boleh fikir masalah ...betul tak?

 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Melayu Bogel

Author : Cik Rose Cute | 7:41 AM | 14Total Comments |
Ada ke,aku up-entry pasal melayu bogel kikiki...bulan2 puasa pun ada jugak orang search nak tengok benda2 cam gitu....hish!!!...kelakar pun ada...

okey Bye...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cheesekut

Author : Cik Rose Cute | 6:27 AM | 11Total Comments |
First time buat Cheesekut ambik resepi dari SINI memang senang buat....dah rasa memang sedaplah....aku buat lepas sahur semalam ....tiba2 teringin nak buat hihihi

So bahan-bahannya adalah

  • 1 paket biskut Deluxe Crackers
  • Sedikit fresh milk
  • 1/2 tin susu pekat manis (susu tak kisah korang guna susu apa pun)
  • 250gm cream cheese
1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Kembang tu means creamcheese tu da jadik lembut la pastu color dia jadik cerah sket.

2.Nie dah siap aku mixer campur milk (ducth Lady) dengan susu pekat

 3.Susu dalam bekas nie..untuk aku celup biskut yang aku nak susun nanti

Nie dah siap potong....sesiapa yang gemar susu memang sedaplah....sebab rasa susu...hihihi
anak2 aku kalau perisa susu kurang sikit....Lain kali nak try letak choclate pulak....Almaklumlah anak2 aku hantu choclate.

Okey Bye

Selamat menjamu mata...




Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pencarian Bloglist Munirah Rahman

Author : Cik Rose Cute | 10:42 PM | 7Total Comments |
You All Nak Join Klik Banner ya..

Tamat: 10 August 2013


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Saya Nak Menang Button Badge

Author : Cik Rose Cute | 4:30 PM | 9Total Comments |
Tekan banner untuk join!

STEP 1 >>> DESIGN PILIHAN :
Floral Design . Code : F003


STEP 2 >>> PERKATAAN UNTUK DITULIS ATAS BUTTON :
Cik Rose Cute


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF"

Author : Cik Rose Cute | 4:06 PM | 6Total Comments |




Hai semua.Apa khabar?Harap-harap sihat la yer..Malam ini dengan rasminya, owner A&D Kraf ingin membuat GA.Ini merupakan GA pertama kami buat julung-julung kalinya.GA ni sangat la simple mimple.Syarat pun mestilah simple kan.Semua hadiah GA ni disponsor oleh A&D Kraf sendiri yer..Jemput-jemputlah join.Harap-harap ramai yang sudi support First Giveaway By A&D KRAF ni yer..

KLIK BANNER UNTUK JOIN


SYARAT-SYARAT
1. Wajib ada facebook dan blog.
2. Buat entri bertajuk "FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF".
3. Copy coding dibawah dan paste diruang HTML entri.

Creadit to : Mialiana

3. Follow blog dan like fanpage.
(FANPAGE ) A&D kRAF


4. Klik iklan sponsor - *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING. TOLONG JUJUR*
5. Publish! Dan tinggalkan link entri diruang komen.Tempat lain tidak akan diterima..
6. Tarikh tamat 2 OGOS 2013. Umum pemenang 3 OGOS 2013.


*


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kadar tol istimewa raya

Author : Cik Rose Cute | 7:26 AM | 20Total Comments |


FADILLAH (kiri) meninjau Pusat Pemantauan Aliran Trafik Lebuh Raya Utara-Selatan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 hingga 6 Ogos dan 14 hingga 15 Ogos ini.
"Diharap ia akan dapat memberi kemudahan kepada orang ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus di sini semalam.

Kredit KOSMO


Nota Pink: Seronok pulak dengar kadar tol turun 20 peratus sempena raya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Biodata Wardina Safiyyah

Author : Cik Rose Cute | 9:19 AM | 18Total Comments |
Aku paling suka dengan Wardina Safiyyah,walaupun waktu remaja dulu Wardina Safiyyah seorang yang agak sosial...pernah jugak di gosipkan dengan Yusry KRU...tapi itu dulu....Setiap manusia ada sejarah waktu remaja....betul tak....Kalau you all nak singgah dan baca laman webnya klik SINI

 https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/969232_622729217751422_1925839995_n.jpg

Wardina adalah antara selebriti popular terkenal Malaysia. Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar. Beliau merupakan seorang bekas pelakon, dan kini bertugas sebagai seorang pengacara rancangan bual bicara pagi popular di TV3 Malaysia Hari Ini.
Wardina kini mencuba nasib sebagai penulis dan jualan 2 buah buku beliau pernah dicatatkan di tangga pertama jualan paling laris MPH. Wardina sedar akan kepentingan menuntut ilmu, kerana ilmu itu sesuatu yang amat tinggi nilainya. Oleh sebab itu, Wardina mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dan kini sekali lagi beliau bergelar seorang pelajar dalam jurusan psikologi. Namun, menurut Wardina kerjaya tetap yang sebenarnya adalah sebagai seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata.
Wardina bermula beraksi di hadapan kamera seawal umur 6 tahun dan pengalaman kerja membawanya mengembara ke Hong Kong, Indonesia, dan Australia. Di kemuncak popularitinya Wardina mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk memakai hijab. Walaupun ramai yang menganggap kerjayanya akan terkubur namun sebaliknya berlaku.
Kini Wardina bergiat aktif menyertai pelbagai program kemasyarakatan bersama NGO, badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu, bersama sesiapa sahaja bagi mengajak masyarakat mengubah diri dan pemikiran kepada perkara-perkara yang positif dan baik. Wardina juga gemar menghabiskan masanya menyertai program-program ilmu dan agama secara tidak formal untuk memantapkan diri sebagai seorang Muslim. Antara falsafah hidup Wardina - “Untuk berjaya di dunia kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu, untuk berjaya dunia akhirat kita amat memerlukan ilmu”.


Nota Pink: Sewaktu dulu aku amat meminatinya...aku suka cara dia bercakap lagi2 dalam sitcom "Spanar Jaya" you all ingat tak? hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kisah Sebenar Kenapa Dia Menikahi Semula Bekas Isterinya, Arianie

Author : Cik Rose Cute | 8:32 AM | 17Total Comments |
 http://4.bp.blogspot.com/-o0Nc6fcgpwI/UfBct9LBh9I/AAAAAAAAheU/4ggo72d80RA/s320/Image_1.jpg
 Jom! Baca...

TIDAK ramai yang tahu akan cerita ini. Peristiwa yang berlaku dalam hidupnya pada satu malam, kira-kira tujuh tahun lalu menjadikan penyanyi Memburu Rindu terus-terusan dilanda kasmaran kepada wanita bernama Arianie Mohd. Abidin.
"Selepas dua atau tiga tahun bercerai, aku didatangi mimpi. Mimpi yang indah sekali dan berlaku pada satu malam Jumaat. Aku bermimpi dengan disaksikan oleh arwah ayah aku sendiri. Dalam mimpi itu, aku dan Arianie kembali bernikah. Kami kembali menjadi suami isteri dalam mimpi yang sangat mendamaikan jiwa itu," beritahu Hattan kepada Mega dalam perbualan eksklusif kami, selepas empat hari kembali bergelar suami.
Lalu, mimpi itulah yang memberi kekuatan kepada lelaki yang dilahirkan dengan nama Mohd. Shukri Sahabuddin ini. Mimpi itu kejap dan berbekas di jiwa, menaburkan bunga-bunga semangat untuk kembali memburu cinta wanita itu.
Meskipun mereka telah dipisahkan oleh satu talak pada 2005 (Hattan mengaku lafaz cerai dibuat kerana sifat 'baran' sendiri), Arianie masih ada untuknya. Arinie lah isteri yang akan menjaga makan minum pada hari tuanya dan Arianie juga adalah tulang rusuk yang akan kembali kepada dirinya sebagai tuan pemilik.
"Aku pegang pada mimpi itu sebagai petunjuk Allah. Sebab itu, selepas tiga tahun kami bercerai, aku lebih banyak bertaubat, tinggalkan dunia-dunia kelab malam, kehidupan buruk. Satu persatu aku tinggalkan sebab aku tahu, hal-hal itu antara perkara yang buat Arianie tidak suka," katanya.
Kepada penulis sendiri, Hattan pernah katakan bahawa walau dengan apa cara sekalipun, dia yakin wanita itu akan kembali menjadi miliknya, dengan izin Yang Maha Esa.
"Aku dapat rasa, tidak akan ada perempuan lain yang boleh jaga aku, sama macam Arianie jaga aku. Hanya dia yang faham tentang aku," itu yang diucapkan kira-kira empat atau lima tahun lalu. Ketika itu dia telah kehilangan Arianie hampir lima tahun dan selepas perceraian, Hattan mengakui sukar untuk dia meneruskan hidup tanpa wanita itu di sisi.

http://2.bp.blogspot.com/-bhcQ1HS4RE0/UfBcxaMENgI/AAAAAAAAhek/qOHKrZJ_gY0/s320/Image_4.jpg
"Aku memang hendak kahwin dengan dia balik, aku tak boleh kahwin dengan orang lain. Bila aku hilang dia, baru aku tahu dia sangat bernilai pada hidup aku," katanya lagi dalam perjalanan pulang kami selepas terlibat dalam penganjuran Konsert Pancaindera di Johor Bharu ketika itu.
Sebenarnya hasrat Hattan untuk kembali memiliki Arianie tidak pernah padam. Hari pertama dia melafazkan cerai, detik itu juga dia berpaling daripada rasa amarah dan mahu kembali bersatu dengan Arianie.
Lalu, ketika buat kali keduanya menzahirkan lafaz kembali bernikah dengan wanita yang sama, ada air mata yang deras mengalir di pipi lelaki ini.
Semuanya kerana terkenangkan kembali kepada mimpi yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk mendapatkan semula Arianienya yang telah pergi.
"Ketika mahu berjabat tangan dengan tok kadi, aku teringat kepada mimpi malam Jumaat itu, itulah keajaiban, benda tu yang buat aku menangis. Tak tahu nak cakap apa lagi. Ya Allah, ini dia, inilah dia. Aku tak boleh hendak terang kepada semua orang kenapa aku menangis. Aku menjadi sangat insaf. Tuhan itu satu, Dia Maha Agung dan aku sebak sendirian.
"Melalui mimpi itu, aku tahu, aku sangat sayang dan kasih kepada dia. Tiada tempat untuk orang lain di hati ini, selain dia sebenarnya," katanya yang dalam perbualan kami, turut beberapa kali menjadi sebak tidak keruan.
Hattan dan Arianie kembali bergelar suami isteri pada 15 Ramadan 1434 dengan mas kahwin RM300 tanpa sebarang hantaran lain, di Putrajaya, Rabu lalu.
Bukan tidak ada perempuan lain yang singgah di hatinya sebelum ini. Ada. Malah, Hattan pernah bernikah seketika dengan seorang wanita lain tidak lama dahulu tetapi bercerai hanya selepas dua bulan menjadi suami isteri.
Untuk Arianie pula, pernah bertunang, tetapi terputus di tengah jalan, maka hari ini dia kembali kepada Hattan, lelaki yang telah memberikannya seorang zuriat sebelum ini.
"Masa Arianie bertunang, aku cakap sendiri kepada dia, "Kau takkan bernikah dengan dia, kau akan bernikah dengan aku balik." Arianie marah kepada aku ketika itu, tetapi itu adalah keyakinan aku. Aku pun tidak boleh jadi suami kepada perempuan lain sebab dalam otak aku, tak pernah padam nama Arianie. Asyik teringat kepada Arianie, macam mana aku nak bahagia dengan perempuan lain?" demikian ceritanya dengan nada paling berterus terang.

http://2.bp.blogspot.com/-Bi8Nth558Zg/UfBcybIQ43I/AAAAAAAAhes/lum_PtA8sDw/s320/Image_3.jpg
Hikmah tangguh tunai haji
Hari pertama setelah kembali bergelar isteri, melihat Arianie masuk ke rumah kelamin mereka di Putrajaya, hati lelakinya begitu terkesan.
"Dio masuk rumah den, dio susun balik baju-baju den, hati den pun cair," ketawanya dalam bahasa Negeri Sembilan yang lepas bebas.
Perbualan kami berlangsung selepas empat hari Hattan kembali bergelar suami Arianie. Apa yang mahu dikongsi?
"Aku boleh cakap, hidup aku lebih bermakna. Kami jadi macam dulu-dulu semula, macam baru kahwin. Tetapi kali ini lebih romantik dan cinta kami lagi matang. Semalam kami pergi pasar malam Putrajaya, beli samping aku. Boleh pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang lagi," katanya.
Hattan juga mengaku, dia pernah membuat keputusan untuk membatalkan hasrat menunaikan ibadah haji pada 2012 meskipun sudah membuat banyak persiapan untuk itu.
"Pada tahun 2012, memang sudah daftar, tetapi tiba-tiba aku tidak jadi pergi. Hati aku kuat mengatakan, aku nak tunggu Arianie untuk pergi buat ibadah Haji bersama-sama sebagai suami isteri.
"Insya Allah, kalau semuanya berjalan lancar, aku akan bawa Arianie dan ibu mertua sekali mengerjakan ibadah haji bila rezeki kami sampai nanti," kata bapa kepada Adam Eiman, 15.
Majlis pernikahan ringkas yang turut disertai dengan majlis berbuka puasa itu dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat serta petugas media
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Nota Pink: Masih cantik lagi Isteri Hattan nie ya...Anak terunanya...cam muka Hattan....Semoga Hattan Bahagia hingga akhir hayat di samping isteri tersayang...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

FIRST Giveaway by Sha Purple

Author : Cik Rose Cute | 8:32 PM | 7Total Comments |

Klik Banner untuk join
FIRST Giveaway by Sha Purple


Syarat - syarat wajib :

1) Follow blog Sha Purple
2) Like fbpage Sha Purple -  
3) Like fbpage ShaLalla -  
4) Follow fb Sha Purple -
5) Klik iklan nie (loading sampai habis)


6) Buat satu entri yang bertajuk "FIRST Giveaway by Sha Purple"
7) Copy coding entri di bawah dan paste kan ke ruangan html post dan publish entri.
8) Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ni.

Coding Entri :




Cara Paste Coding Entri :



Hadiah :

1) Hadiah misteri x 2
2) Topup RM5 x 2

Hadiah dipilih melalui random.org.

Tarikh mula 29/7/2013 - 31/10/2013 (11.59 malam)

*Terima kasih kepada yang sudi join first giveaway nie.




Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hukum Makan Belangkas

Author : Cik Rose Cute | 7:28 AM | 27Total Comments |

Belangkas
Saya yakin masih ramai lagi dikalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui status hukum memakan belangkas.Ini mungkin disebabkan kerana hidupan laut ini jarang kita temui melainkan bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai seperti keluarga nelayan..Di Pasar-pasar juga tidak pernah ada orang yang menjualnya..Boleh jadi antara kita ada yang langsung tidak pernah mengenali bentuknya..Jadi bila tidak pernah atau jarang berjumpa dengan hidupan laut ini maka kita pun tidak terfikir apakah hukum memakannya.
Setakat pengetahuan saya tidak ada dikalangan masyarakat melayu yang memperkenalkan dan mempopularkan masakan dari belangkas melainkan  cuma di beberapa tempat di negeri johor seperti di daerah kota tinggi..Sekarang ini di sana telah dibuka restoran yang menyediakan menu masakan belangkas bahkan disana ada yang menamakan restoran mereka dengan “Belangkas Mahkota”.Tapi itu di beberapa tempat di johor,adapun di negeri-negeri lain seperti negeri kelahiran saya perak,belum pernah saya dengar lagi ada kedai makan muslim yang menyediakan menu belangkas.
Ini mungkin kerana belangkas bukanlah satu dari makanan tradisi masyarakat melayu dan amat jarang didengari orang melayu memakan belangkas.Pengalaman saya bila menceritakan kepada rakan-rakan bahawa  keluarga saya pernah memakan belangkas..Ada yang macam terkejut dan berkata bukankah Belangkas dua alam..Ada pula yang bertanya macam mana rupa belangkas yee..Dari saya sekolah menengah sehinggalah keperingkat universiti tidak pernah saya kenal ada dikalangan rakan-rakan yang pernah makan belangkas bahkan seperti yang saya sebut tadi,ada pula yang tanya belangkas tu macam mana..saya jawab cuba google jumpa la nanti..
Ketika di sekolah menengah agama dahulu bila belajar bab haiwan yang halal dan yang haram dimakan,disana ada disebutkan bahawa haiwan dua alam haram dimakan.Lantas saya pun teringatkan belangkas dan berfikir adakah belangkas hidup dua alam dan jika dua alam makan saya dan keluarga sudah makan dari haiwan yang diharamkan syarak.Saya menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan.Setelah itu ada rakan saya yang pergi berjumpa tiga orang ustaz.Tapi jawapan mereka berbeza..Seorang ustaz lepasan al azhar bila ditanya beliau menjawab belangkas harus dimakan.Seorang ustaz lepasan indonesia bila ditanya haram makan.Seorang lagi adalah Mudir  sekolah yang memberi jawapan daging belangkas haram tapi telurnya harus..aaaahh buntu saya dibuatnya.Ustaz-ustaz pun berbeza jawapan.
Tapi setelah saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama diperingkat yang lebih tinggi barulah saya tahu jawapan yang tepat tentang perkara ini.Sebenarnya Ulama berbeza pendapat berkaitan memakan haiwan dua alam.Secara ringkasnya,pendapat muktamad dalam mazhab imam Syafie haram dan pendapat dalam mazhab imam Malik harus.Adapun belangkas sebenarnya ia bukanlah dikatagorikan sebagai haiwan dua alam.Memang belangkas boleh naik ke darat,jika tidak takde lah orang kata”macam belangkas”:)).Naiknya belangkas ke darat bukanlah bermakna dia boleh hidup terus di darat.Cuba kita tengok ikan keli bukankah ikan keli ni liat nak mati..Pengalaman saya beli ikan keli pagi malam pun dia masih bergerak-gerak dalam pelastik..Saya nak sebut dari segi saintifik kenapa belangkas boleh tahan lama naik ke darat dah tak ingat faktanya dan malas nak google so anda cubalah cari jawapannya sendiri ye..Saya nak share keputusan muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkaitan status hukum makan belangkas dan fakta tentang darah belangkas yang pernah saya baca dahulu disatu ruangan di akhbar utusan Malaysia..
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
Sehubungan itu,selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Darah belangkas
Fakta darah belangkas:
Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…
Tahukah anda darah belangkas dikatakan mengandungi bahan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan.


Nota Pink:Baru ku tahu...

kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bisnes Bedak Sejuk ‘Tanaka’ (Nora Danish)

Author : Cik Rose Cute | 7:04 AM | 14Total Comments |
Assalamualaikum...
You all pasti tahu Nora Danish adalah seorang pengedar "bedak sejuk 'Tanaka"kan....Tadi aku ada terbaca yang dia hentikan sekejap buat bisnes pasal bedak sejuk Tanaka kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar.

 nora danish jepun
“Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.
“Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.
.
“Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.
“Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik,” ujarnya.
 
 
Eloklah tuekan....Hari tue...aku teringin jugak nak try bedak sejuk tanaka...tapi tak sempat nak cuba atau beli....sebab keluar isu yang tak elok pasal bedak nie...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Nak Jadi Sponsor Jangan Menipu Okey

Author : Cik Rose Cute | 3:45 PM | 23Total Comments |
Ha....Entry nie..aku tuju khas kepada sponsor2 yang suka menipu blogger yang join giveaway yang di anjurkan oleh sesiapa...Kalau nak jadi sponsor...sponsorlah betul2 jangan pulak...bila orang tuntut hadiah buat dek jer...betul tak?(aku tak marah...nasihat kat adik2 yang baru nie....)

Tadi aku terbaca kat blog adik Nie kalau korang nak tahu citer klik jer perkataan nie tue...Sebab dah banyak kali jugaklah aku terbaca tentang sponsor yang menipu...dekat wall facebook yang dorang tak puas hati..

Yang Sponsor nie pulak satu hal...dah kau sponsor..sponsorlah betul2...hihihi Dahlah, kau suruh orang LIKE kau  punya fanpages,follow twitter dan follow blog kau...tujuannya untuk like banyak dan follow beribu-ribu...tapi kau tak pulak tunai janji kau sebagai sponsor.Tak boleh buat orang macam tue...nanti orang tak suka dengan kita...Jadilah seorang blogger yang berhemah.

Okey Tq

Sebelum nie...ramai jugaklah yang mengadu pasal sponsor menipu dan ramai sangat menipu..ada tak di kalangan korang yang kena tipu sebegini?aku selalu jugak terkena...tapi malas nak bising...lantaklah...aku join giveaway sekadar suka2..nak beri hadiah atau tak itu lantak dia....fikirlah sendiri beb!!!

Nota Pink: aku kalau buat giveaway tak payah sponsor..aku sponsor sendiri..lagi senang kikiki
 Eh!eh!eh!...jangan marah ya...sesiapa yg terasa akak minta maaf banyak2...hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

OOO nielah orang yang di gosip dengan Nora Danish

Author : Cik Rose Cute | 3:03 PM | 21Total Comments |
Nielah rupa si Nadeem ya anak Datuk Seri Nazri...Baru aku dapat lihat wajah encam dia kikiki...Sebelum nie tercari2 jugak camnalah rupanya...Rambut karat beb...


Foto Nora Danish Dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Bersama Di Thailand
 Foto Nora Danish Dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Bersama Di Thailand

Foto Nora Danish Dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Bersama Di Thailand
Menerusi gambar tersebut, dilihat aktress kecil molek ini sentiasa berdekatan dengan Nadeem.
Keakraban mereka semakin terserlah apabila kerap bersama dan kelihatan Nora Danish sudah tidak segan untuk memuatnaik gambarnya bersama Nadeem di Instagram.
Foto Nora Danish Dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Bersama Di Thailand
Mungkinkah, selepas ini akan ada berita baik yang ingin disampaikan oleh pasangan ini, sama-sama kita nantikan.


Nota Pink: Hai!! Nora Danish...anak Datuk jugak yang kau cari,ramai artis-artis yang masih bujang jatuh hati kat kau...kau tak layan....yang penting banyak duit....kkikiki...Semoga ada jodoh di antara mereka...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

Author : Cik Rose Cute | 8:28 AM | 13Total Comments |
1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.
5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.
6.Menghalalkan nikah mutaah
7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.
12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi
14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
15.Kain kafan mayat mereka bertulis
16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12
17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.
18.Suami halal meliwat isteri.
19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.</p>
20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.
21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.</p>
22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
- tolong sebarkan kesesatan syiah ini


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mini Giveaway by Nurin Aireen

Author : Cik Rose Cute | 10:24 PM | 9Total Comments |

KLIK BANNER UNTUK JOIN


Giveaway ini dianjurkan oleh Nurin Aireen dan ditaja oleh para sponsor hebat iaitu Mizna Online ShopSiti Nur TampawanSyiera FirdausFatin DianaHouse of WNSAlyaa NajlaaNur FarahudaNur RahimahElih JapaharCik Hawa SD, Areena dan Anis Amira

25 PEMENANG DICARI. MUNGKINKAH ANDA YANG BERTUAH? TUNGGU APA LAGI? JOM MERIAHKAN GA NI!

TERJAH HADIAH KAT SINI
2x BLOUSE UNTUK 2 TOP REFERRAL!!



Tarikh mula : 28/7/13
Tarikh tamat : 3/8/13 *seminggu sahaja*
Pengumuman pemenang : 4/8/13


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cium anak dapat pahala, Cium suami gugur dosa

Author : Cik Rose Cute | 10:06 PM | 7Total Comments |
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
 
Sebelum aku melelapkan mata...

  • Fadhilat mencium anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.


  • Fadhilat mencium suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Miss Random Giveaway by Syaa & Frhnxoxo

Author : Cik Rose Cute | 8:09 PM | 5Total Comments |
Klik banner unutk join
Tag : Deqla
Help by : Miss Random .
Due : 30 . June - 05 . August .


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kasut Raya

Author : Cik Rose Cute | 6:45 PM | 15Total Comments |
Dah settle beli barang untuk raya...Boleh di katakan semua dah beli tak perlu risau lagi...Alhamdulillah...

Kasut Syifa polkadot bulat2 besar


Kasut kakak....syifa dengan kakak lebih kurang sama jer design kasutnya...

Kasut Haziq...Kasut haziq paling mahal....tak mengapalah...hadiah untuk dia penggal pertama hari tue periksa dapat no 1,lagipun dia memang nak kasut kaler putih...Dia sayang betul dengan kasut nie....

Okey Dah settle hal shopping raya kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cornflakes Chocolate

Author : Cik Rose Cute | 10:02 AM | 14Total Comments |

Jom tengok resipi Cornflakes Chocolate..


Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya

Cara-caranya:

Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.


*Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.
Cubalah.. insyaALLAH sedap..

 *Jjika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain. Boleh lah dipanaskan balik sekejap balance yg belum diisikan ke dalam cup (dgn api perlahan) pastu cepat2 isikan ke dlm papercup ya..


Kredit Resepi Kak Nor


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Biskut Cornflakes Madu

Author : Cik Rose Cute | 9:47 AM | 7Total Comments |

Teringin pulak nak biskut Cornflakes Madu...bahan2 pun tak banyak di gunakan...sedap pun sedap...


.

Bahan-bahan 
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 
Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Senang tak hihihi

Kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Simple Giler !! by Anisforeveralone.com

Author : Cik Rose Cute | 7:14 AM | 4Total Comments |

Assalamualaikum...

 
KLIK BANNER

Tarikh : 25.07.2013 - 24.08.2013

Segmen simple giler dianjurkan oleh www.anisforeveralone.com dan disponsor oleh LS DESIGN , Atie Atiqah , Nasha Ridzuan , Najihah , Norhaziqah , Chocolate AM & The great Little Summer
Segmen ni simple je , Hanya follow , Like , Share & Menang hadiah menarik . 
Jom join :)
28 Hadiah menanti korang !!

Kat bawah adalah Fanpages baru okey..Yang lama tue aku dah delete

Jangan Lupa LIKE Ya...

Terima Kasih


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ