JCard Day Shopping Sakan

Author : Cik Rose Cute | 9:16 AM | 15Total Comments |
Petang semalam  dalam pukul 4.00pm,kami sekeluarga plan nak ke Jusco Bukit Tinggi...konon2 shopping nak raya kikiki...Tapikan... bila nak start kereta,kereta tak mau hidup....kita orang dah berada dalam kereta dah time tue...terus keluar...(dalam hati tak jadi ke nak shopping hari nie)...Lepas tue cik hubby aku berusaha jugak pinjam jumpper kat jiran sebelah dengan keretanya sekali....maknanya enjin kereta dah kon ..tak tahu mana silapnya tiba2 kon..padahal baru tiga hari lepas naik kereta...emmmm dah jumpper enjin kereta bunyi....nasib baik...kikiki

hasil shopping semalam...kat atas tue baju aku...less 10% jer...kedekut betul jusco kikiki

Gambar nie pulak baju syifa...less 70%,jenis cotton beli kat Padini shop...Nasib baik sempat rembat saiz syifa yalah tinggal satu jer saiz 3 not badlah  harganya....
Nie pulak baju kakak....lebih kurang jer dengan syifa....konon2 sedondon kikiki...
 Baju Haziq...baju laki nie..mahal sikit...
Seluar haziq...pakaian haziq jenama miki...jenama miki nie design baju dengan seluar cantik2...
Tudung kakak beli kat Sungai Besar...nak matching gan baju raya...

Semalam kat Jusco ramai betul orang...nak parking susah,nak bayar lagilah kena beratur panjang huhuhu

Okey Bye!! 
Tolong LIKE Fanpages Facebook ya..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Poligami Sanggupkah Seorang Isteri

Author : Cik Rose Cute | 7:43 AM | 8Total Comments |
Assalamualaikum...

Sekarang niekan isu pasal Ashraf Muslim kahwin duakan...,tadi aku ada baca tentang Ashraf Muslim yang mengatakan kedua2 isterinya sedang keluar bersama-sama untuk 'Women talk',kiranya Ashraf Muslim biarkan aje mereka berdua berbicara dari hati ke hati....

 Ketika ditanya, Ashraf akui masih belum bersedia membawa kedua-dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah  pada sidang media khas yang berlangsung, petang semalam.

"Saya tak nak mereka berada di sini (sidang media). Saya kata, biar saya cakap dulu.

"Nanti apabila saya dah sedia untuk menampilkan kedua-duanya barulah saya ceritakan. Bolehlah nak cerita apa yang nak dicerita," katanya kepada pemberita.

Ketika sidang media sedang berlangsung, Ashraf memberitahu kedua-dua isterinya sedang keluar bersama-sama.

"Sekarang (mereka) sedang keluar sama-sama.

"Mereka ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. 'Women talk'. Biarlah," katanya.

Akui penerimaan Dayana terhadap Sakinah masih belum 100 peratus, namun mereka dalam proses menerima antara satu sama lain.

"Dalam proses. Kita tak boleh nak cakap 100 peratus sebab ini perempuan. Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan.

"Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.

"Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua," katanya.

Apabila soal zuriat dibangkitkan, Ashraf menafikan itu punca dirinya berkahwin kali kedua.

"Ini (berkahwin lagi) bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan.

"Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam mana pun, nanti ia akan...saya takut saya akan buat benda yang tak baik. Baik kita kahwinlah," katanya yang ada merancang untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.

Ashraf juga akui belum membawa Sakinah bertemu keluarga Dayana sejak pernikahan mereka.

"Belum lagi. Sabar dulu. Panas lagi, kena sabar dulu. Saya kena pergi keluarga sana, terangkan dan pujuk orang sana.

"Pergi sini, pujuk orang sini. Banyak kerja sikitlah apabila berpoligami, katanya.

Ketika ditanya sama ada ada peminat yang marah berhubung kontroversi ini, Ashraf berkata, kebanyakan peminatnya mengucapkan tahniah.

"Tak ada. Semua cakap tahniah. Saya cakap sikit-sikit saja. Kalau boleh tak nak...biar beritahu beginilah (sidang media).

"Penatlah nak cakap seorang demi seorang," ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika mengulas lanjut mengenai masa depan karier isteri keduanya, Ashraf tidak akan mengizinkan Sakinah berlakon.

Namun katanya, pertimbangan akan diberikan sekiranya isterinya itu mahu kembali atau mengacara.

"Kalau pengacara itu tak tahu lagi. Kena bincang dengan dia. Tapi untuk berlakon itu, tak lah," ujarnya yang turut membuat perancangan untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.
Sumber-sinar harian

gambar tunang ashraf muslim
 
Tak usah bicara tentang peyung emas
kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah dan Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun....

Tak usah bicara tentang setia
kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggung jawab
kerana
Aku tahu aku lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaaan
kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
kerana
Aku di asingkan darimu kerana dia

Sucinya aku,kau miliki ketika di Mekah
Hebatnya dia,kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yg di sengajakan...

Sajak di atas adalah bukan  luahan hati Dayana tau...Entah siapa yang buat sajak nie...aku pun tak tahu....sajer aku na share sajak nie....

Nota Pink: Aku bagi lesen hubby aku kawin lagi kikiki...korang caya tak?Tapi hubby aku tak nak katanya Isteri yang nie sorang pun tak sanggup nak layan ada hati nak kawin lagi....Entah2 kat mulut dia jer cakap cam tue...hatinya lain waaaa!!!....(Pasti cik hubby aku baca nanti kikiki biar dia baca...kisah aku nak buat puding roti semalam tak jadi pun dia tahu...terus malam tadi...dia suruh beli barang untuk buat puding roti hari nie....Aku tanya dia "mana tahu...hal puding roti tue....Ibu tak cerita pun kat abah kikiki...Cik hubby aku jawab...dia tahulah....Pastu aku cakap kat dia....nie mesti baca blog nie kikiki...cik hubby aku terus diam sambil senyum...)
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Iklan Raya PETRONAS 2013 (Video)

Author : Cik Rose Cute | 12:48 AM | 8Total Comments |
Sebelum tidur...aku nak kongsi dengan korang "iklan raya PETRONAS 2013". 
Kisah pengorbanan seorang ibu di musim raya. Sedih.. Terharu..kalau korang tengok iklan nie sambil menghayati...

 
 PETRONAS buat iklan raya memang tidak pernah menghampakan! memang terbaikkk


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Program Tak Menjadi

Author : Cik Rose Cute | 9:16 AM | 14Total Comments |
Baru balik dari kedai...bengang giler...aku fikir kat kedai tue ada bahan2 aku nak buat puding roti...rupa-rupanya tak ada,buat penat jer...aku jalan kaki.  Frust betul!!!  huhuhu...

Itu sebab tajuknya program tak menjadi...terbayang-bayang keenakan puding roti....emmm...bila pulak nak plan buat puding nie....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Uwais Al-Qarni :Terkenal Di Langit Tetapi Tidak Terkenal di Bumi

Author : Cik Rose Cute | 7:35 AM | 9Total Comments |
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam wbt.. syukran jiddan lianna ziarah my blog.. apa kata kali ni kita menyingkap kisah sirah dan tokoh islam. Adakah anda mengenali UWAIS AL-QARNI?? jom baca artikel dibawah.. baca sampai abes yer :) Sama2 mengutip segala mutiara yg ada. BarakallahufiQ
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda..
bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.
Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya. Dia adalah Uwais al-Qarni. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.
Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.
Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak saudara kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
  
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.
Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.
Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah .a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina ‘Aisyah .a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.
Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah .a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah .a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar .a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.
Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq telah di estafetkan Khalifah Umar al-Khattab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.
Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar .a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar .a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais.
Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”. Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah: “Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar .a. berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi".
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihantam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! ”katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? ”Tanya kami. Uwais al-Qorni. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya, ”Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.“Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar)
bingkisaNurani:
Allah Akbar.. banyak sungguh tokoh islam yg belum kita terokai..
peribadi mereka smua sangat hebat dan masih adakah lagi mujahid seperti itu dizaman kini??? satu persoalan yg makin dilupakan..
TEPUK DADA, TANYALAH IMAN KITA..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

LEE JONG HYUN Dan YOONA Profile

Author : Cik Rose Cute | 9:18 AM | 6Total Comments |

image

Real Name : Lee Jong Hyun (이종현)
Stage Name : Jong Hyun (종현)
Profession : Guitaristsingercomposer,lyricistarrangeractor
Position in CN Blue : Guitarist, Vocalist
Birthplace : Busan, South Korea
Birthday : May 15, 1990
Star Sign : Taurus
Height : 182cm
Weight : 64kg
Blood Type : O
Hobby : Appreciating music, exercising
Specialty : Judo, Taekwondo
Attraction : Chic smile
Talent agency : FNC Entertainment


image

Real Name : Im Yoon Ah (임윤아)
Stage name : Yoona (윤아)
Nicknames : Deer Yoona, Him Yoona (Strength Yoona), Goddess Yoong, Yoong, Alligator Yoong
Profession : South Korean idol singer, dancer, actress, promotional model, host.
Birth place : Seoul, South Korea
Birth date : May 30, 1990
Zodiac Sign : Gemini
Blood Type : B
Height : 166 cm
Weight : 44 kg
Education : Dongguk University (Theater Major)
Languages : English (Basic), Chinese (Basic), Japanese (Basic)
Sibling : one older sister
Specialty : Dance, Acting
Hobbies : Movies and Music
Favorite time : A Morning When I Have Free Time
Favorite color : Purple, Blue
Favorite food : Ice cream
Motto : "Be confident in everything".
Roommate : Taeyeon & Sooyoung (Old Dorm), Yuri (New Dorm)
Casted : 2002 SM Saturday Open Casting Audition
Training : 5 Years 2 Months
Talent Agency : SM Entertainment

image 

Dengar khabar gosip...kata mereka berdua couple...entah betul ke tidak aku pun tak tahu....aku sekadar berkongsi profile mereka hihihi kalau korang nak tahu hubungan mereka berdua klik SINI

Okey Tq...Entry auto publish...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"Giveaway Like Ja Bah!! By Sharina"

Author : Cik Rose Cute | 9:15 AM | 8Total Comments |
Korang nak join Klik Banner Di atas

Hadiah
2x T-Shirt I Love Opzzpinky
2x Pure Marine Collogen Gred AAA
2x Balang Cookies ChocChip
2x Kek tiraMisu & Towel CupCake
5x RM 10 Cash
3x RM 5 Topup
Pemilihan Pemenang
5x Pemenang dari Top Referrel (RM 10)
11x Pemenang dari Random 
Tarikh Penting
10 Julai - Start
30 Julai - Tamat
31 Julai - Check Peserta
1 Ogos - Pengumuman Pemenang
 
Tag 3 blogger
 
Fieda,bui,deqla
 
Sesiapa yang singgah sini boleh join ya..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kuih Tradiasional "Nekbat"

Author : Cik Rose Cute | 6:09 AM | 17Total Comments |
Assalamualaikum...
Selamat pagi...dah bersahur ke? hihihi Hari nie aku cerita sikit satu kuih yang wajib arwah mak aku suka beli bila bulan puasa kuih "Nekbat", sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang di perbuat daripada tepung beras dan telur,yang popular terutama di pantai Timur.

Rupanya macam kuih bahulu berwarna oren,lembut-lembut direndam dalam air gula.Kalau simpan dalam peti ais makan sejuk-sejuk ,pergh...! Gempa bumi sekali pun mesti nak habiskan dulu makan baru lari kikiki...

Kat New york memang tak ada jual kuih nie.Kat KL jarang-jarang ada..apalagi kat Selangor,kalau pergi pasar ramadhan kat sini belum tentu jumpa hihihi...tapi kalau belah pantai Timur lagi-lagi Negeri Kelantan Darul Naim depan kedai tayar pun ada jual....istilah aku hihihi...aku search kat google kot2 ada gambar kiuh 'Nekbat' tapi tak dapat huhuhu...sedih betul....


Ada sesiapa yang pernah makan kuih 'Nekbat' aku pernah makan...kuihnya manis sangat2..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

LOVE RAIN (Drama Korea)

Author : Cik Rose Cute | 8:34 PM | 8Total Comments |
Sekarang nie...aku tgh melayan drama korea "LOVE RAIN" yang di lakonkan oleh  YoonA & Jang Geun Suk


YoonA bawak dua watak dalam Love Rain.Watak first sebagai Kim Yoon Hee, seorang gadis kolej pada tahun 1970-an yang baik, pure gila dan innocent. then, watak kedua pulak, YoonA jadi Jung Ha Na pada tahun 2012. Ha Na ni seorang gadis yang ceria dan aktif.Memang berbeza watak yang Yoona jadi Jung Ha Na daripada Kim Yoon Hee yang nampak pasif gila dan tak banyak cakap. Sebenarnya, Ha Na merupakan anak perempuan Yoon Hee dalam drama Love Rain.
Kim Yoon Hee seorang gadis pendiam hihihi
Jung Ha Na ceria dan gila-gila..
***

 Hero dalam drama nie adalah pelakon lelaki korea yang di gilai ramai...Jang Geun Suk! sebenarnya, aku dah tulis atas tadi kalau korang perasan...Jang Geun Suk juga membawa dua watak dalam cerita ni. sama je macam YoonA. satu watak dalam tahun 1970-an dan satu lagi watak dalam tahun 2012 jugak. dalam 1970-an, dia jadi Seo In Ha, student art yang tak pernah bergaul dengan perempuan, tetiba fall in love at a first sight dalam masa 3 saat kat Kim Yoon Hee. berlainan pulak dengan watak Jang Geun Suk dalam tahun 2012 yang mana Seo Joon ni memang casanova habis. kalau Ha Na tu anak perempuan Yoon Hee, Joon ni pulak anak lelaki In Ha.
Seo In Ha yang tidak pernah bergaul dengan perempuan..


Seo Joon Casanova


***

JOM! BACA SINOPSIS PULAK

Drama "Love Rain"  mengisahkan  percintaan dalam dua zaman. yang pertama, pada tahun 1970-an yang mana Seo In Ha jatuh cinta kat Kim Yoon Hee waktu  hujan. tapi, macam biasa lah... drama...pasti banyak liku2 pertemuan merekakan...
Belum pun sempat In Ha nak bagitahu bahawa  yang dia suka kat Yoon Hee,tiba-tiba  kawan baik Seo In Ha , Dong Wook terlebih dahulu meluahkan perasannya terhadap Yoon Hee, Dong Wook juga  suka Yoon Hee. So, wujudlah percintaan tiga segi....hihihi biasalah drama korea tak sah kalau tiada percintaan tiga segikan...
 Pada tahun 1970an   percintaan In Ha dan Yoon Hee tak berakhir dengan happy endingkan...,so  sambung lah pulak cerita pasal percintaan anak-anak dorang berdua ni pulak kikiki. tapi, aku tak tau lagi lah macam mana kisah percintaan Joon dan Ha Na. sebab aku baru tengok sampai episod 4. hehe =D
Pendapat akulahkan...drama korea nie...slow sikit....kalau 5 bintang aku bagi 3 jer hihihi (jangan marah ya...)
Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal drama ni, boleh klik sini =)
***
Sebenarnya, aku ni bukan lah hardcore sangat dengan Korean Drama. aku langsung  tak follow perkembangan Korean Drama yang terbaru.Waktu bujang dulu  memang minat habis lah dengan Korean Drama. habis semua drama yang tayang kat tv aku tengok hihihi .Nasib baik cd aku tak beli...

Layan jerlah story aku hari nie...hihihi



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Jangan mudah Terpengaruh Dengan Produk Kecantikan

Author : Cik Rose Cute | 2:46 PM | 21Total Comments |
Tadi aku terbaca kat FB pasal info yang terbaru tentang barang-barang kecantikan nie....aku sajer nak share gan korang supaya lebih berhati-hati di dalam memilih tentang produk kecantikan...lagi-lagi jualan secara online nie...

Assalamualaikum wbt, kepada semua warga fb, bedak tanaka ni ialah produk yg tidak berdaftar dgn kkm,ia ialah produk myanmar yg org myanmar sndri pun xbrp nak pakai,byk kami rampas dr stor kotor mereka. Tp dikalangan kita amik cream ni mcm mkn nasi. Berduyun2 guna smpi xfikir tntng kandungannya. Sewaktu sy bgtau seorang pnjual ni, apa yg dia jwb?xbdftar?eh ni tanaka, nora danish pakai.subhanallah,smpi ke tahap tu cetek ilmu,xfikir lgsg gmbr itu adalah gmbr edit. Sungguh mudah kita ditipu oleh org. Ada byk lg produk tipu terutamanya figure up, yg disahkan megndungi racun. Amiklah tahu ttg apa yg anda mkn atau guna,jgn jd manusia yg mudah ditipu.kesemua produk ni dirampas dan didakwa di mahkamah. Berjaga2..anda boleh tnya pihak frmasi sblm menggunakan sesuatu produk.testimoni ialah salah satu cara penipuan...semoga kita lbh berakal dlm memilih brg yg kita beli.

Hope korang berhati-hati ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Drama Korea Full House

Author : Cik Rose Cute | 1:22 PM | 11Total Comments |
Tiba2...aku rindu dengan drama korea "full house" para pelakonnya adalah Song Hye-gyo, Rain/Bi, Kim Seung-soo dan juga  Han Eun-jeong.Dulu drama nie di tayangkan dekat Malaysia tahun 2005 kot....aku pun dah lupa...time tue..aku baru kawin dengan hubby aku...hihihi memang seronok layan drama nie...


Han Ji-eun di lakonkan oleh Song Hye-gyo

Polos dan lugu sehingga mudah dimanfaatkan oleh orang lain, itulah sifat semula jadi Ji-eun yang malah membawanya bertemu dengan seorang pemuda  yang paling dia tidak suka pada awalnya: Lee Young-jae. Ji-eun memutuskan untuk menikah supaya dia kembali memiliki rumahnya yang direbut secara 'paksa', siapa sangka Ji-eun malah mengenali  si suami dari sisi lain yang mungkin sejak awal tidak di sangkanya sama sekali. Satu hal yang paling tidak Ji-eun sukai   adalah panggilan untuk dirinya 'kesayangan' burung bodoh dari Young-jae.hihihi
Lee Young-jae di lakonkan oleh Rain/Bi

Keras kepala, sombong, dan tidak mau kalah asyik nak menang jer, pokoknya hampir semua sifat  buruk yang melekat dalam diri pemuda  yang berlagak sebagai bintang film ternama ini. Siapa sangka  di sebalik semuanya, Young-jae adalah  orang yang tidak berani menyatakan perasaannya secara terbuka . Sudah tentu, semua itu berubah setelah dirinya mengenal Ji-eun, yang membuatnya belajar banyak tentang erti  memperhatikan perasaan orang lain.Secara perlahan-lahan, Young-jae mulai  jatuh cinta pada gadis yang hampir setiap hari selalu bertengkar dengannya itu.

Yoo Min-hyeok di lakonkan oleh Kim Seung-soo

Tenang, dingin, dan penuh dedikasi, seorang pemuda yang  satu ini merupakan idaman setiap  wanita yang menginginkan pemuda yang begitu sempurna. Kerap membantu Ji-eun saat mengalami masalah dengan Young-jae, hati Min-hyeok mulai bergetar akibat keinginannya untuk selalu melindungi gadis itu. Bahkan di luar kebiasaan, ia sempat berniat untuk merebut Ji-eun dari suaminya yang sah, terutama setelah dia tahu bahawa perkahwinan mereka sekadar  kontrak, dengan ini Min-hyoek selalu menarik perhatiannya terhadap Ji-eun.
Kang Hye-won di lakonkan oleh Han Eun-jeong

Min-hyeok menyukai  Eun-jeong sejak lama, Eun-jeong memutuskan untuk mengambil tindakan yang banyak di lakukan wanita pada umumnya : melepaskan  kesedihan dengan mendekati Young-jae yang telah lama mencintainya. Sayang, keputusannya tersebut telah  cepat dari Ji-eun yang lebih dulu 'menikahi' pemuda itu. Sedih dan sakit hati  karena kalah dari Ji-eun yang menurutnya memiliki  kualiti jauh dari bawah (maknanya tak setaraf kot kikiki), ia terus berusaha berada disamping Young-jae sebagai pengurus sekaligus kawan rapat  untuk cuba memisahkan  Ji-eun dengan segala kelebihan yang dia ada.

Jom Baca sinopsis di bawah..




Hidup sebatang kara sejak kecil, satu-satunya harta milik Han Ji-eun, seorang penulis novel internet, adalah rumah yang di design oleh sang ayah dan di beri nama Full House. Dasar apes, keluguan malah membuatnya di tipu habis-habisan oleh dua sahabat masa kecilnya Dong-wook dan Hee-jin.

Rupa-rupanya, kedua sahabatnya tersebut memerlukan wang dalam jumlah yang banyak karena Hee-jin hamil, dan satu-satunya jalan adalah mengirim Ji-eun ke luar negeri dengan alasan memenangkan undian dan saat sang pemilik tidak ada, Full House di jual dan wangnya di bawa lari oleh keduanya.

 Ji-eun yang tidak tahu sama sekali terdampar di negeri yang asing. Sempat gembira karena bisa duduk bersebelahan dengan aktor yang sedang meningkat naik Lee Young-jae, perkenalan mereka berubah ke arah yang buruk setelah gadis malang itu muntah tepat di pangkuan  pelakon tersebut kerana  makan terlalu banyak.

Akibatnya, Young-jae menolak membantu saat Ji-eun kehabisan wang. Namun, sikapnya langsung berubah saat tahu gadis itu mengenal Yoo Min-hyeok yang juga sahabat sekaligus kakak angkatnya. Mengira bisa menyingkirkan pria itu dari penata rias sekaligus sahabat yang disukainya sejak lama Kang Hye-won, Young-jae dibuat gigit jari saat tahu kalau ia telah di bohongi Ji-eun.

Perkenalan keduanya yang berakhir buruk ternyata merupakan awal dari musibah yang dialami Ji-eun. Saat kembali ke Korea, ia baru tahu kalau rumahnya telah dijual ke seseorang yang tak lain adalah Young-jae. Dengan segala cara gadis itu berusaha merebut kembali kediamannya, namun berbagai cara yang dilakukan selalu gagal.

Kesempatan akhirnya datang ketika Young-jae, yang berusaha menutupi perasaannya terhadap Hye-won, mencium Ji-eun di sebuah pesta yang dipadati oleh wartawan. Demi menepis gosip miring yang beredar, sekaligus dengan maksud melindungi sahabat masa kecilnya tersebut, mereka akhirnya sepakat melakukan kawin kontrak dengan tenggang waktu beberapa bulan dengan bayaran Full House.

Hidup bersama Young-jae ternyata tidak mudah, pasalnya Ji-eun kerap diperlakukan sebagai pembantu. Tidak hanya itu, aktor tersebut juga kerap membuatnya jengkel dengan sindiran-sindiran (salah satunya panggilan burung bodoh) yang berulang kali membuat gadis itu sempat berpikir untuk hengkang (meski akhirnya tidak jadi).

Siapa sangka, kehadiran Ji-eun ternyata membawa suasana lain dalam kehidupan Young-jae dan keluarga besarnya. Hubungannya dengan sang ayah yang sudah lama dingin mulai menghangat, sementara sang nenek, yang awalnya antipati terutama karena sang cucu menantu yang dianggap jauh dari konservatif, malah berbalik menyayangi Ji-eun.

Pelan-pelan mulai tumbuh benih cinta dalam diri Ji-eun, begitu pula dengan Young-jae meski pria itu terlalu angkuh untuk mengakui. Tapi tentu saja hubungan mereka tidak mulus, pasalnya Hye-won baru sadar kalau dirinya tidak ingin kehilangan Young-jae dan berusaha merebutnya kembali. Selain itu, masih ada Min-hyeok yang dengan segala sikap ksatrianya selalu ada disamping Ji-eun untuk menghibur.

Keadaan semakin rumit setelah keduanya tahu kalau Ji-eun dan Young-jae ternyata melakukan kawin kontrak, ditambah sikap plin-plan Young-jae yang meski menyukai Ji-eun, namun juga tidak berani menolak kehadiran Hye-won.

Puncaknya adalah saat Ji-eun tidak tahan lagi dan memutuskan untuk mempercepat proses perceraiannya. Sakit hati dan mengira hal itu dilakukan supaya sang istri bisa bersama Min-hyeok, Young-jae mengiyakan keputusan tersebut meski akhirnya sadar kalau dirinya tidak bisa kehilangan si 'burung bodoh'.

Yang terjadi malah kebalikan dari sebelumnya, Young-jae ganti menuruti semua permintaan Ji-eun supaya tidak kehilangan sang istri. Semua berakhir bahagia, karir Young-jae yang sempat melorot kembali ke puncak berkat film yang naskahnya ditulis oleh Ji-eun. Tidak hanya itu, mereka juga mampu menjaga persahabatan dengan Min-hyeok dan Hye-won serta pasangan Dong-wook dan Hee-jin, biang keladi dari semua kejadian tersebut.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Giveaway Aidilfitri

Author : Cik Rose Cute | 12:49 PM | 3Total Comments |
(Klik banner untuk sama-sama join)
Due Date : 31 Julai 2013


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mega Giveaway By Nurul

Author : Cik Rose Cute | 12:32 PM | 2Total Comments |
 
(Klik banner untuk join)
Due Date : 26 Julai 2013
 
Aku join jer...menang tak menang belakang kira kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Giveaway Raya By Aliya Tralala & Nabila Biela

Author : Cik Rose Cute | 12:12 PM | 0Total Comments |

klik banner

Senarai Hadiah :
Coklat Oreo x 1
Skirt stylista x 1
Shawl x 1
Hadiah misteri x 1
Hamper kosmetik x1
2pcs Bookmark Bear Comel Limited Edition x 3
Keychain felt x2
Tasbih Digital x 3
Kad Raya & Bookmark x 2
Felt 5pcs & round button 100pcs x 1

Tamat: 26 Julai 13


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gambar: Royal Baby. Anak William & Kate :D

Author : Cik Rose Cute | 9:19 AM | 16Total Comments |
Jom! layan anak mereka yg comel tue...anak orang putih pasti cute...

Kate Middleton  selamat melahirkan baby sulung Isnin yang  lepas.Beliau melahirkan  Baby boy dan berat  lebih kurang 3.79kg. Akukan bila tengok baby geram jer...


kecik-kecik lagi dah bawak jalan-jalan....Kalau ikutkan Kate nie dalam pantang lagikan....kalau orang melayu mana boleh jalan2 kalau dalam pantangkan.....mat salleh selamba jer...hihihi





Nampak bahagia pasangan niekan....perut kate masih still buncit lagi...yalah...baru lagi melahirkan baby...tapi muka tetap maintain cantik dan berseri-seri....

terima kasih...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bila Terkenang Arwah Mak

Author : Cik Rose Cute | 8:55 AM | 9Total Comments |
Assalammualaikum,


Bila ingat kembali kenangan dengan arwah mak aku  rasa sebak sangat-sangat.... Entah kenapalah rasa sangat terkenang-kenang dengan dia selepas solat atau duk sorang-sorang lagi2 bulan puasa nie....Time raya lagi sedih...tak dapat raya lagi dengan mak aku.
Kadang-kadang aku rasa mak aku rindu kat aku dan tenung aku dari 'sana'. Seperti ingin aku  doakan untuknya.Entahlah..... Mungkin aku merasa kehilangannya bila hampir nak menjelang Hari Raya yang bakal tiba.
01-Surah-Al-Fatihah-Ayat-1-7
 Al-fatihah untukarwah mak aku


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tak Dapat Balas Kunjungan Kalian

Author : Cik Rose Cute | 1:47 PM | 17Total Comments |
Minta maaf banyak-banyak ya....pagi tadi cik hubby aku godek2 komputer aku nie terus tak boleh komen blog you all....pastu bila aku klik link blog you all  loadingnya lama sangat2....adoi!!! sakit kepala....mungkin problem mozilla kot....sebabnya aku klik mozilla dah jadi "Not Responding" sakit jiwa betul....

Sebenarnya cik hubby aku nak repair yang pasal mula2 on komputer gelap semacam...tiga saat 4 saat baru komputer aku nie terang benderang...tup-tup bertambah problem lain,yang gelap gelita still masih ada....huhuhuhu...Terima kasih kepada cik hubby aku bikin problem makin bertambah....huhuhu

Okey Tq



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Rezeki dari NUFFNANG

Author : Cik Rose Cute | 7:16 AM | 18Total Comments |
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Alhamdulillah... Nuffnang masih sayangkan blog pink aku ni.. bila aku bukak nuffnang tadi tengok ada BE baru... terima kasih ye Nuffnang.. harap harap lama lah BE tu di blog pink aku ni.. hihihi.. btw,aku dah lama tak citer pasal nuffang nie kikiki...tiba-tiba jer...kan...
 
 
Sekian Wassalam...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

'Segmen blogwalking tambah follower and upkan liker kat fanpage

Author : Cik Rose Cute | 8:44 PM | 7Total Comments |
klik banner untuk join


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tupperware

Author : Cik Rose Cute | 6:34 PM | 8Total Comments |
Tupperware yang haziq dapat waktu main sukan kat sekolah sebelum nak menyambut ramadhan hari tue...boleh tambah koleksi tupperware kat rumah.Tak payah nak beli tupperware lagi...jimat betul...kikiki

Hadiah tupperware yang dapat adalah no 1,2 dan tiga...lupa pulak sukan apa haziq masuk.Terima kasih ya haziq...boleh ibu guna nanti....untuk isi apa2 yang patut....yang kaler merah tue dah guna isi gula....muatlah untuk gula 2 kilo...yang lain2 tue kadang-kadang isi barang-barang basah untuk simpan di dalam peti...Untung sesiapa yang banyak tupperwarekan...

Okey TQ


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Dah Putus Cinta ke?

Author : Cik Rose Cute | 2:08 PM | 10Total Comments |
 
 http://photo.murai.com.my/7222013_uqashabrreak-a.jpg

 Aku rasa baru lagi dorang berdua couple....tup-tup aku baca kat Murai tadi dah putus....pelikkan...Entah benar atau tidak jom! baca di bawah...


KL, 22 JULAI 2013: Sebenarnya, Murai Batu suka sangat tengok pasangan bercinta, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose sebab mereka nampak sweet dan sepadan sahaja bila berdua, tapi tak sangka pula bila ada seorang rakan Murai Batu dapat hidu yang mereka ni baru sahaja putus cinta.

Bila rakan Murai Batu ni kata ada yang tak kena dalam hubungan cinta mereka ini, Murai Batu apa lagi, mulalah buat siasatan sendiri. Tak adalah siasatan terperinci sampai pergi menghendap mereka berdua ni tapi Murai Batu cuba lah tengok di laman Instagram mereka berdua.

Yelah, mereka berdua ni agak aktif juga dengan Instagram. Bila belek ke dalam dua-dua akuan Instagram mereka ini, Murai Batu perasan macam ada something fishy je dalam setiap post gambar dan caption yang dimuat naik oleh Uqasha Senrose.

Tiga hari lalu, satu gambarnya dimuat naik dengan caption "I hope u will be happy when I'm gone" yang bermaksud ' Saya harap awak akan bahagia bila saya tiada' . Apa maknanya itu? Kepada siapa Uqasha tujukan?
Bunyinya macam sedih sahajakan? Biasa ayat-ayat begini dituju kepada kekasih ketika kita sedang frustkan? Betul tak Murai Batu cakap? Ala Murai Batu bukanlah doktor cinta tapi sedikit sebanyak fahamlah dengan perasaan orang bercinta ni.

Tapi ada satu lagi yang benar-benar meyakinkan Murai Batu yang Uqasha seperti sedang frust atau putus cinta, bila baru semalam Uqasha post gambar berupa satu quoted mengenai 'Letting Him Go'. Him? Go? Adakah Uqasha sedang belajar bagaimana mahu meninggalkan Pekin?
Lebih menyakinkan yang Uqasha sedang furst bercinta atau putus cinta apabila caption untuk gambar yang di post itu adalah #repost form @riwanpa.. #tears #moveon #strong . Maksudnya? Air mata? Teruskan? Tabah?

Murai Batu pun mula simpulkan daripada caption ayatnya itu. Mungkin dia sedang menangis untuk teruskan hidup tanpa Uqasha dan perlu tabah? Itu yang Murai Batu dapat simpulkan lah.

Entahlah, Murai Batu pun tidak dapat nak pastikan, tapi ramai jugalah peminat yang memberi komen di laman Instagram miliknya itu untuk memberi kata-kata semangat supaya Uqasha tidak bersedih.

Apa-apa pun Murai Batu harap Uqasha dan Pekin dapat menyelesaikan masalah dalam hubungan mereka dengan cara baik kerana mungkin ada jalan penyelesaian selain putuskan hubungan cinta yang sudah terjalin beberapa bulan lalu begitu sahaja.


Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku..jodoh semua tue ketentuan Allah..tak kisahlah kita bersama dengan orang tue kejap atau lama...Kalau tiada jodoh nak buat camna....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ