Review Blog Yang Menempah

Author : Cik Rose Cute | 7:21 AM | 21Total Comments |

http://1.bp.blogspot.com/-pp4REWOSBb8/UeP6cqCxCeI/AAAAAAAAAF0/E2GMI_L4uNs/s1600/8.png

Blog di atas adalah blog  "A.H.Z.I ENTERPRISE" blog nie bisnesnya tentang baik pulih komputer di bawah adalah perkhimatan yang di berikan...

Di AZHI Enterprise kami menyediakan perkhidmatan seperti : -

1. Baik pulih komputer/laptop sehingga ke peringkat chipset/papan litar utama(motherboard)

2. Baik pulih LCD MONITOR

3. Membekal aksesori ganti bagi komputer dan laptop seperti :-

       3.1. Papan Litar Utama
       3.2. LCD/LED laptop skrin pelbagai saiz
       3.3. Papan kekunci laptop (keyboard)
       3.4. Pelbagai Model Casing bagi laptop
       3.5. Bateri pelbagai model laptop
       3.6. Pemacu Keras pelbagai saiz(hard disk)
       3.7. Memory (RAM)

4. Membekal laptop terpakai

5. Kerja-kerja Networking

6. Khidmat rundingan

untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila klik SINI
kalau korang ingin menyinggah atau follow boleh klik A.H.Z.I ENTERPRISE nie ya..hope owner suka blog yg aku design tue...Okey...untuk pengetahuan korang,header tue bukan aku design...memang dah ada kat blognya...aku just baik pulih templatenya sahaja..


 Blog Yang kedua adalah blog Riewien Collection  tema blog nie adalah kaler biru....minggu banyak pulak customer aku request kaler biru...Terima kasih kepada owner yang sudi membuat tempahan dariku....korang nak masuk blog Riewien nie klik jer Riewien Collection  ya...
http://4.bp.blogspot.com/-BYNYI3G1i2M/UeeLZO_OWMI/AAAAAAAABMo/w2t_IBaZeIM/s1600/5.pngll
Inilah adalah blog ketiga yang aku edit....hihihi...Kaler yg di request oleh owner blog  Warna  :hijau daun + hijau pucuk pisang...dan hasilnya seperti di atas...Kalau korang nak tengok full klik SINI


http://4.bp.blogspot.com/-5S7cKnbHFzE/UeettZdlvBI/AAAAAAAAEkU/w7sxN5gXvdw/s1600/8.pngm

Blog yang ke empat aku edit...blog nie adalah blog "gadis bunga" ownernya memang sukakan kaler pink dan merah...Kalau korang nak tgk full klik SINI


Hari nie mungkin petang balik Kampung Gajah hihihi nak berbuka kat kampung....,hari tue ketuk2 ramadhan ada buat sunting kat pasar tani kampung gajah kikiki.... Ada tak sesiapa tengok? Okey aku chow dulu...nak berkemas barang jap...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Puasa Tapi Hisap Rokok

Author : Cik Rose Cute | 2:30 PM | 24Total Comments |
Korang pasti pelikkan  bila baca tajuk di atas....hihihi Tiba-tiba jer aku teringat waktu aku berumur 7 tahun ketika bulan puasa....

http://amirnawawi.com/wp-content/uploads/2011/04/227339_222530124427174_100000105653343_1008025_5658499_n.jpg
Begini kisahnya....akukan baru nak belajar puasa....ada satu hari tue aku terjumpa rokok daun yg di simpan oleh wan aku (nenek) aku gulung rokok daun dan menuju ke dapur terus aku nyalakan putung rokok daun tersebut dan hisap kikiki....Pastukan.. heboh satu rumah yang aku hisap rokok daun,sepupu aku  cakaplah bulan puasa mana boleh hisap rokok....yang aku boleh pulak cakap...bulan puasa boleh hisap rokok kikiki...memang kelakarlah...aku siap gaduh dengan sepupu aku...Pada hal memang tak boleh hisap rokok....kikiki...Tapi hari tue aku puasa jugak...sebab akukan budak lagi....baru nak belajar puasa....sepupu aku bengang jer...


Note: Kecik2 dulu selalu bertanding dengan sepupu  siapa puasa penuh....Bila terjadi kes aku hisap rokok daun tidak membatalkan puasa aku...tue yang dia kecoh hihihi....Yalah time tue budak2....Wan (nenek) aku cakap tak mengapa baru nak belajar puasa kikiki....Korang ada tak peristiwa seperti aku time kecik2 dulu....bolehlah share....

Okey TQ




Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Author : Cik Rose Cute | 1:48 PM | 8Total Comments |
klik banner


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Review Blog Lynn Zaki

Author : Cik Rose Cute | 4:12 PM | 16Total Comments |
Di bulan puasa yang mulia nie...kurang sikit orang menempah edit blog dengan aku hihihi
nasib baiklah....kadang-kadang di bulan puasa kurang sikit aku nak mengadap coding2 tue...lebih baik aku tengok tv atau zzzz....betul tak....
Okey aku nak review blog yang aku edit semalam
owner memilih kaler biru untuk tema blog.
 
http://4.bp.blogspot.com/-2caJxokAC_8/UeTsi1Z2dcI/AAAAAAAAB7E/Da8OR8jbZGk/s1600/8.png
 
Kaler biru cantikkan...
owner blog seorang bisnes online secara kecil-kecilan....produk yang dijual adalah produk Danbali Slimming Body Shipping
dan juga produk kecantikan...
Kalau korang rasa2 nak jenguk blog Lynn klik SINI
 
Pssttt!! kepada yg menempah harap bersabar ya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Berzina Dengan Ikhlas

Author : Cik Rose Cute | 8:44 AM | 22Total Comments |

Tadi dekat FB aku ada terbaca kisah nie dekat SINI...Semoga kalian boleh renung-renungkan bersama...Aku baca pun tekejut jugak dengan pengakuan seorang pemuda yang melakukan zina adalah kerana niatnya suci..



Berzina Dengan Ikhlas | Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur kerananya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

WALLAHUALAM


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

SEGMENT TAMBAH FOLLOWER & PENCARIAN BLOGLIST

Author : Cik Rose Cute | 8:55 PM | 9Total Comments |
klik banner 
jumlah follower 2609#
salam kenal semua:)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

segmen menang RM50!

Author : Cik Rose Cute | 8:51 PM | 5Total Comments |
TARIKH TAMAT 17/7/2013
JOM PAKAT JOIN SEMUA!!!
KLIK PADA DUIT UTK JOIN


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Jom Pilih Hadiah Raya

Author : Cik Rose Cute | 3:08 PM | 7Total Comments |


Due-date : 24 Julai 2013
Hadiah Menarik jugak
Kuih Raya
dan
Kad Raya

Jom!! Join Sama-sama memeriahkan segmen nie..


Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan ditaja oleh IesyahShadhira, NazirahDr AisyahHasrul HassanEjulzCik WanieLinteddy DesignTiey SmilezKyra Hizrina , Miszz NadeaNor FarhanahNFH Boutiques , Insyirah Collection, Cap Ayam BrandShawls To LoveNur Be'lla CollectionHandmade Bag,De Nasuha TeamHijab Pilihan dan jom ping entry di Pingje.org.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Petua Mandikan Bayi

Author : Cik Rose Cute | 2:54 PM | 7Total Comments |
Tadi berwalking terjumpa pulak  entry yang menarik nie..di blog Zon Permaisuri Comel walaupun aku ada pengalaman tentang mandikan bayi...tapi aku tetap jugak nak share dengan korang untuk pengetahuan kita bersama-sama  yang bergelar seorang ibu dan bakal bergelar seorang ibu.Peting tahu..betul tak...

Gambar Syifa Baru Lahir...(Tembamkan...)
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir | Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia setelah sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir :
  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan. Kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
  4. Seterusnya, siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. 
  5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif Ya Hadi.
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau terkena jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana bimbang air dan sabun meyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
  8. Selepas mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Puding Roti Bakar

Author : Cik Rose Cute | 2:51 PM | 11Total Comments |
PUDING ROTI
 
Bahan 1
*Roti - 4 keping
*Susu Full Cream - 1 cawan
*Mentega - 1 sudu
*telur - 1 biji
*Tepung Jagung - 1 sudu (tepung gandum baisa pun OK)
*Kismis
*Gula - 1 sudu
*Esen Vanila - 1/2 sudu teh
Bahan 2
*Susu cair - Setengah tin
*Gula halus - 1 sudu
*Tepung Kastard - 1 susu
----------------------------------
Carik carikan 4 keping roti :

Tuang Susu Full krim atas Roti. Saya biarkan lebih kurang 10-15 minit. Ikut resepi asal 30 minit..=)
Campurkan telur, tegung jagung, gula, mentega, esen vanila. Kacau ja sebati, tak payah susah-susah nak keluarkan Mixer, senangkan...

Bila dah sebati, tuang dalam rendaman roti tadi, kacau-kacau rata..
Tabur kismis atasnya. Saya guna kismis Ustaz Kazim, super special..=)
Dan, bakar dalam oven yang dah panas, guna api atas bawah 180'c lebih kurang 30 minit...
---------------------------------
Ok, buat kuah dia pulak....
Campurkan tepung kastard, gula dan susu cair. Masak atas api sehingga pekat.
Ok..siap.. !!
Kuah dia masuk dalam peti..=) best makan sejuk-sejuk..
Tadaaaaaaaaaaaaa....siap da..
Wangi sungguh baru keluar oven.
Jangan makan dulu, tunggu buka nanti naa..=)

Resepi nie aku copy kat blog Cahaya Mataku manalah tahu ada rasa teringin nak buat hihihi
mungkin hari nie kot....kalau rajin...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ