7 Days Segmen With Simplesyara

Author : Cik Rose Cute | 7:18 PM | 11Total Comments |
Klik Banner Untuk Join
Due Date
13 Julai 2013


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

JOM ORDER KUIH BTG BURUK & MINI POPIA!!

Author : Cik Rose Cute | 2:10 PM | 13Total Comments |
Dapatkn KUIH TRADISI 
KUIH BATANG BURUK=450GM
 KUIH MINI POPIA 1/2KG & 1 KG....300GM PON ADA!!!


KLU NAK JD AGEN/ORDER LBH DR 50 PAKET
ATIE AKAN HTR SENDIRI
TP SEKITAR KL,KLANG,IPOH,BAGAN DATOK,TELUK INTAN,SABAK BERNAM & MANJUNG SHJ!!
Berminat?
PM ATIE:KAK YANG
atau
EMAIL:azatie_sayang7071@yahoo.com.my

 RASA  & KEENAKANYA PASTI MENJADI INGATAN SEMUA....JOM ORDER!!
 
Korang jangan order dengan aku pulak kikiki...nie aku sajer share dari blog Kak Azatie Sayang  
tq..



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

GA Kad Raya 2013 by EJulz

Author : Cik Rose Cute | 1:54 PM | 5Total Comments |
Click banner to join !
Ucapan selamat hari raya :
hmmm ,lambat lagi raya kikiki..tapi GA nie pulak pasal kad raya kenalah buat ucapan sedikit :)
Sebelum tue..."Selamat berpuasa ! untuk semua"....:) dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013(walaupun lambat lagi) MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua  kawan di alam maya ^_^


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mid Year Giveaway by Fatin Diana

Author : Cik Rose Cute | 1:41 PM | 4Total Comments |

Assalamualaikum.


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, tribal top x 1, felt bookmark x 3, button badge x 5, novel x 1, notebook x 2, Iwani Cotton Shawl x 5, kerongsang x 2, Fantabulous Facial Scrub & Masker (with guave 5pcs & brush) x 1, bookmark + sticker x 5, shiseido mask x 2, tanaka powder x 1, sabun susu beras x 4, topup x 4, shawl x 1, header / cover timeline x 3, inner bunga x 1, plain pashmina x 1



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hanim Birthday Giveaway

Author : Cik Rose Cute | 1:32 PM | 2Total Comments |


Klik banner untuk join!
Tagged : 

Tarikh tamat : 3 Ogos 2013


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Misteri Zaqqum : Pokok Neraka

Author : Cik Rose Cute | 7:11 AM | 11Total Comments |

Foto Wikipedia

Gambaran Pokok Zaqqum ~ Foto Wikipedia
.
‘Zaqqum’ (Bahasa Arab: زقوم) adalah pokok yang tempat tumbuhnya di neraka yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka. Pokok Zaqqum bukanlah sebagai tempat untuk berteduh atau menikmati kelazatan buahnya. Menurut Al-Quran, buahnya seperti kepala syaitan dan jika dimakan rasanya seperti kuningan nanah dan besi yang dicairkan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.
Sekiranya pokok ini diletakkan di dunia, maka akan hancur bumi beserta isinya. Nabi Muhammad  bersabda: “Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
Manusia secara logik akal mungkin sukar menerimanya tetapi itulah hakikat sebenarnya. Orang-orang kafir sentiasa mengingkarinya dan mengejek Rasulullah  disebabkan fikiran mereka terbelenggu oleh kedangkalan teori bahawa pokok adalah bahan bakar api.

Mustahil pokok Zaqqum tumbuh sehingga berbuah di dalam api, lebih-lebih lagi di dalam neraka yang panasnya tujuh puluh kali ganda lebih panas daripada api dunia atau adanya pokok yang juraian tangkai dan buahnya berbentuk kepala syaitan.
Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَالشَّجَرَ‌ةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْ‌آنِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرً‌ا ﴿٦٠

“Dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Dan Kami menakut-nakutkan mereka (dengan berbagai-bagai amaran), tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka dengan kekufuran yang melampau.”
(Surah Al Israa; Ayat 60)
.
Bagi mereka perkara ini dianggap lawak belaka. Sehinggakan Abu Jahal la’natullah alaihi boleh berjenaka dengan mengatakan, “Pokok Zaqqum adalah pokok kurma.”

Pokok Zaqqum

Meskipun ulama berbeza pendapat mengenai jumlahnya, samada tumbuhnya hanya sebatang Pokok Zaqqum di neraka atau Zaqqum merupakan nama dari sejenis pokok di neraka tetapi ianya adalah tetap tumbuhan dahsyat di neraka.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّ شَجَرَ‌تَ الزَّقُّومِ ﴿٤٣﴾ طَعَامُ الْأَثِيمِ ﴿٤٤﴾ كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ ﴿٤٥﴾ كَغَلْيِ الْحَمِيمِ ﴿٤٦

“(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” 

Batang Dan Akar Pokok Zaqqum

Pokok Zaqqum ini tumbuhnya di dasar neraka. Akarnya menghujam jauh ke dalam, ia tidak akan terjejas oleh sekuat manapun badai neraka itu. Batangnya juga kuat, tak boleh diukur dengan kekuatan benda logam duniawi yang meleleh oleh panasnya api.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

“Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok (Zaqqum) yang keluar dari dasar neraka Jahim (yang marak menjulang).”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 64)

Tinggi Pokok Zaqqum

Pokok Zaqqum bercabang-cabang dan menjalar menjulang tinggi keseluruh penjuru neraka. Sungguh tak terbayangkan tingginya pokok ini. Apabila seketul batu dilemparkan ke dalam neraka, dalam masa tujuh puluh tahun, belum tentu batu itu sampai ke dasar neraka. Maka setinggi neraka itulah pokok Zaqqum.

Buah Zaqqum

Setiap dahan pokok Zaqqum menghasilkan buah yang melimpah lebat, buahnya juga boleh dipetik pada bila-bila masa dan di mana saja, kerana sememangnya neraka bertingkat-tingkat. Ada yang di bawah dan ada yang lebih ke atas.
Jangan ada yang membayangkan bahawa buahnya itu ranum mengundang selera, nikmat dan lazat. Tempat tumbuhnya pun di neraka, tentu saja buahnya mencerminkan keburukan, dan kepedihan seksanya. Buahnya seperti kepala syaitan, sungguh mengerikan dan sememangnya begitulah keadaannya.
Firman Allah سبحانه وتعالى :

طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ

Buahnya seperti kepala-kepala syaitan.”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 65)
Tersebut di dalam Al-Quran:

لَآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ

“Mereka benar-benar akan makan dari pokok Zaqqum.”
(Surah Al-Waqiah; Ayat 52).

Buah Zaqqum Makanan Penghuni Neraka

Buah itu menebarkan aroma busuk menusuk hidung. 
“Sekiranya setitis air dari buah Zaqqum itu jatuh ke bumi, tentu akan merosakkan kehidupan penduduk bumi. Lalu bagaimana dengan orang yang memakannya?” 
(Hadis Riwayat. Nasai. Turmudzi dan Ibnu Majah)
Penghuni neraka akan sentiasa lapar dan mereka akan sentiasa tergesa-gesa ke dasar neraka untuk memakan apa sahaja yang mereka temui. Di dasar neraka ini mereka akan dipaksa memakan buah dari pokok Zaqqum yang pahit rasanya dan busuk baunya bagai tahi minyak kotor serta buah tersebut juga akan membakar wajah beserta organ dalaman tubuh mereka.
Dahsyatnya Zaqqum… Belum pun sempat disentuh, bibir penghuni neraka akan terbakar sehingga menampakkan gigi-gigi mereka. Tidak hanya itu, mereka akan menelan duri yang akan mengoyakkan kerongkong ketika buah itu ditelan dan sebelum buah itu sampai ke perut, buah itu akan membakar dan mengeluarkan segala isi perut.
Meskipun demikian keadaannya, penghuni neraka tetap saja memakannya dengan lahap, sehingga perut mereka mengelembung tetapi tidak juga berasa kenyang. Mereka memang tiada mempunyai pilihan lain, tidak ada makanan yang boleh dijadikan sebagai pengganti.
Firman Allah سبحانه وتعالى :

فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ.

Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian daribuahnya (sekalipun pahit dan busuk) sehingga mereka memenuhi perut dengan buah Zaqqum itu.”  
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 66)
Padahal, sebelum masuk ke perut makanan itu tersangkut dan menusuk-nusuk di kerongkong. Tidak mungkin untuk dikeluarkan semula, sungguh tidak terkira deritanya.
Firman Allah سبحانه وتعالى lagi :

وَطَعَاماً ذَا غُصَّةٍ وَعَذَاباً أَلِيماً

“Dan makanan yang menyumbat di kerongkong dengan azab yang pedih.”
(Surah Al-Muzammil; Ayat 13)
Mereka akan makan dan terus makan seperti tidak pernah puas. Walaupun buah Zaqqum itu membakar dan menggelodak dalam perut bagaikan minyak menggoreng, kepanasannya tak dapat dibayangkan.
Sesungguhnya tumbuhan Zaqqum itu memang mengerikan dan menakutkan bagi sesiapa saja. Cubalah kita bertanya pada diri sendiri, sudah berapa jauhkah kita meninggalkan dosa agar kita tidak akan rasakan pokok Zaqqum yang mengerikan itu dan sudah sebanyak mana akrabnya kita dengan amal soleh supaya kita boleh menggantikan buah Zaqqum dengan buah-buahan syurga yang tidak terbayangkan nikmatnya!
Banyak nas-nas dan keterangan yang menyatakan nikmat Syurga dengan menyebut makanan yang lazat, minuman yang sedap, buah-buahan yang nyaman, hamparan yang berseri, perabot yang indah, pelayan dan bidadari yang cantik jelita dan beradab sopan,  maka semuanya itu hanya memberi gambaran sekadar yang boleh difaham oleh manusia mengikut apa yang ada di dalam masyarakatnya untuk menggalakkan mereka bergiat mengesahkan aqidah kepercayaan dan membanyakkan amal ibadat mereka kepada Allah سبحانه وتعالى .
“Kampung yang kedua pula, yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah bagi kediaman hamba-hambaNya yang soleh menikmati segala kesenangan dan kelazatan, ialah kampung yang dinamakan “Jannah” atau “Syurga”, iaitu kampung yang boleh didapati padanya segala perkara yang diingini oleh nafsu dan yang sedap dipandang oleh mata;  (71 Surah Az-Zukhruf); juga kampung yang ada padanya perkara-perkara yang tak pernah dipandang oleh mata,  tak pernah didengar oleh telinga dan tak pernah terlintas di hati manusia.” 
(Hadis Bukhari dan Muslim).
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 
Kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tudung Raya

Author : Cik Rose Cute | 6:32 AM | 8Total Comments |



Tudung raya tahun nie tudung raya Fareeda....Aku beli dengan sepupu aku....kikiki...harganya...tak payah cakaplah...

Selipar raya pun kaler nie...beli kat Jusco...tak pelan pun kaler nie....semuanya kebetulan...
nampaknya....tahun nie semuanya beres kikiki...
Sama tak kaler tudung dengan baju yang aku post entry hari tue?

Nak tahu klik SINI

Hari nie lepas sahur terus mengadap blog kikiki



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya

Author : Cik Rose Cute | 6:19 AM | 5Total Comments |

Korang Nak Join Klik Banner Di atas ya,
 
Syarat :
1. Follow blog Emas Putih & Puan Qalesyha
2. Like fanpage ini
3. Copy banner kat atas dan backlink kan ke entry ini
4. Hantarkan link anda di ruangan komen dan sertakan sekali ALAMAT korang untuk tujuan pengeposan.
Jangan risau, komen ini tidak akan dipublish dan alamat korang akan selamat.
Hadiah :
Top Referral :
Baucer RM100 Zalora +Kad Raya x 1

dan 100 peserta yang terawal akan dapat Kad Raya dari Emas Putih & Pn.Qaleshya.
*Maksudnya setiap sorang akan dapat 2 kad raya*
*Komen entri ini tidak akan dipublish untuk tujuan melindungi alamat peserta.. Terima kasih*

Dah join GA Ramadhan Raya By Emas Putih ??
RM50 bakal dimenangi untuk Top Referral dan Duit Raya bernilai RM200 
serta 80 hadiah untuk dimenangi^^

p/s : Jangan lupa tinggalkan ALAMAT korang di RUANGAN KOMEN ok. Bukan kat entry.
Semua yang join kena bagi Alamat. 


Sesiapa nak kad raya..bolehlah join segmen menarik nie...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mini Giveaway by Zahiya Zainuddin

Author : Cik Rose Cute | 10:14 PM | 4Total Comments |
Pemenang akan dipilih berdasarkan Randam.org :)
Pemenang akan diberitahu pada 27 Julai 2013.

Hadiah yang bakal disediakan :

Hadiah Misteri X 2
Shawl X 3
Keychain felt X 6 *handmade by Zahiya
Brooch bunga X 7 
Topup Maxis/Digi/Celcom X 4

Tarikh Tutup :  26 JULAI 2013


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

Author : Cik Rose Cute | 2:25 PM | 6Total Comments |

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz
 
Terima Kasih Sudi Jemput Akak Join Ya..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Review Blog Lynn

Author : Cik Rose Cute | 2:12 PM | 5Total Comments |

 http://3.bp.blogspot.com/-efCeU0txaHA/UdZm06gnbCI/AAAAAAAABzg/suyHDkSvwc0/s1600/1.png

Akhirnya...siap jugak blog Lynn mula2 tue...aku edit blognya kaler kuning....aku rasa ada sesuatu yg tak kena jer dengan kaler kuning..mungkin terang sangat kot....terus lyn suruh tukar kaler biru....kikiki......Sebelum tue..kaler yg di request oleh Lynn kuning atau biru....hihihi...Hope Lynn suka...Kalau korang nak ke blog Lynn Klik SINI

Masak apa hari nie...aku belum fikir nak masak apa... 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Giveaway 10K Followers Mialiana.com

Author : Cik Rose Cute | 9:54 AM | 31Total Comments |

Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
Kerinchi | MyKeledek | Fanpage
Alycia | Fanpage
Aida Hanafiah
Amir Rofie | Google+
Chekgu Skolah | Fanpage
Anastasyea | Google+
Sha Dhira | Fanpage
Rafina Mimi | Fanpage
Paly | Fanpage
Dayang Deno | Fanpage
Cikgu Kaca Mata | Fanpage
Ieta | Fanpage
Deq'Nyss | Google+
Keyme Keymo | Google+
Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
1 x Glutaking bernilai RM 150
1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
1 x Teddy Bear bernilai RM 100
2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
1 x Wang Tunai RM 50
1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
3 x Doodle bernilai RM 10
2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
9 x Topup bernilai RM 10
4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...


Terima Kasih Mia Jemput Kita join...Okey Bye!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Giveaway Gempak Raya 2013

Author : Cik Rose Cute | 9:35 AM | 8Total Comments |

ADA 43 PEMENANG YANG BERTUAH !!

Hadiah - Hadiah Menarik :

1- Skirt Stylista
2- Cursor Bertema
3- Top
4 - Dress
5- Topup RM5
6- Novel Adam Dan Hawa
7- Pretty Little Badge
8- Instant Hijab 
9- Bag
10 - Tudung/Shawl
11- Tudung Nur Kasih
12- Earring
13- Nano white infinity trial cream
14 - Perfume
15- Shawl + Inner
16 - Hair Ribbon Clips
17- Gelang
18- Shawl
19-Topup RM5


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Author : Cik Rose Cute | 9:24 AM | 8Total Comments |
Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)

Jom! join ramai-ramai...okey Bye!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Artis Dalam Ketuk-ketuk Ramadhan 2013

Author : Cik Rose Cute | 12:14 AM | 20Total Comments |
Assalamualaikum....

Entry terakhir sebelum aku melelapkan mata kikiki....anak-anak semua dah tidur...terasa feeling pulak type entry....dengan kesunyian yang sepi tanpa anak-anak....hubby pulak overtime malam2 nie....cari duit lebih untuk menyambut lebaran....

Ah...melalut pulak aku nie....sedangkan wat tajuk "Artis Dalam Ketuk2 Ramadhan 2013" hihihi okeylah bertukar entry kepada tajuk yg asal...Kalau setiap kali menjelang ramadhan pasti rancangan ketuk2 Ramdhan yang aku nantikan....sebabnya  kebanyakan artis yang di jemput oleh Shiela Rusly bukan artis yang  pandai masak kikiki...korang caya tak?...korang bacalah kat bawah siapa artis yang Shiela Rusly jemput tahun nie....

Rancangan Ketuk Ketuk Ramadhan masuk musim ke 6, tahun ini 2013, Sheila Rusly tetap menjadi hos dan menjemput selebriti selebriti tanahiar bagi memeriahkan lagi Ketuk Ketuk Ramadhan.  Antara artis dan selebriti yang terlibat ialah Jihan Raja Lawak, Farah Fauzana, Sherry Ibrahim, Ahmad Idham, Neelofa, Nor Albaniah, Wilma Muhammad, Hazama, Adira, Memey Suhaiza, Roy Azman, Puteri mardiana, Najwa LAtif, Ropie cecupak, Ajak Shiro, Fizz Fairuz , Zila Bakarin, Nadia Nissa, Siti Saleha , Emma Maembong, Zalif Sidek dan ramai lagi.
Kali ini lokasi pengambaran yang dipilih ialah Sarawak, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Terengganu.
Ketuk ketuk Ramadhan 2013 akan bersiaran pada pukul 12.30 tghri di RTM 1. Saksikan gelagat artis memasak dan berkongsi resipi pilihan mereka.
Gambar Sheila Rusly dan artis artis dalam Ketuk Ketuk Ramadhan 2013.
Jangan terlepas episod di mana Farah Fauzana telah kantoi merasa makanan dalam rancangan ini  :) .

Jihan RL


Sherry Ibrahim


Wilma Muhammad


Neelofa



Eh!! pandai ke Neelofa masak tue....nak tengoklah nanti....

Okey...aku nak beradu...nantikan nak bersahur pulak....Hari nie sahur dengan kakak jerlah....hubbykan overtime...Okey Bye!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ikan pekasam

Author : Cik Rose Cute | 10:17 PM | 16Total Comments |
Assalamualaikum...

Kalau sebut jer ikan pekasam...pasti terbayang-bayang ikan pekasam goreng campur bawang dan lada kering sikitkan....makan pulak dengan nasi yg tengah hangat emmm sedapnya....Aku yang tengah menaip entry nie pun terbayang2 ikan pekasam kikiki...




http://2.bp.blogspot.com/-qtVm8hnbpNk/UE1i3wcarII/AAAAAAAASNo/hlUT_lBWnpQ/s1600/ikan+pekasam.jpg

Tengok gambar di atas? garing tak ikan pekasam tue....terliur tak? jangan meleleh ya....boleh wat sahur kalau korang order... Kadang2 sahur kita tak berapa selera sangatkan....manalah tahu ada ikan pekasam berselera pulak korang nak bersahur hihihi...Kalau korang nak beli ikan pekasam boleh singgah blog JIJAH  atau PM dia kat FACEBOOK
Kat bawah adalah harga ikan pekasam tersebut..

 

Harga satu peket kecik 200gm-Rm 5.00 ,kalau sekilo rm30.Kos untuk penghantaran  pos laju ke Sabah Rm 10.00  dan  Sarawak Rm 8.50.Jenis-jenis ikan pekasam adalah ikan lampam,ikang baung,ikan lumor,ikan belida dan ikan tenggalang ...

Wah!!! promote ikan pekasam kikiki....ikan pekasam nie..kakak jijah yang niagakan...aku tolong promote jer tau...jangan pulak korang order dengan aku....ya...Okey Bye!!!

Selamat Berpuasa dan bangun sahur...dan jangan lupa niat puasa ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ragam Anak-anak Kita Sekarang

Author : Cik Rose Cute | 3:36 PM | 15Total Comments |
Assalamualaikum...

Tengok syifa dengan abangnya Haziq duk melayan game satu sorang telefon...kalau kita dulu zaman budak2 mana ada terperap dalam bilik camnikan....pasti bawah rumah...rumah dulukan tinggi2...bolehlah main bawah rumah kikiki

Baru perasan ibu snap gambar..barulah si haziq buat peace hihihi

Game Syifa suka main....Setakat nie syifa dah pandai sebut abc sampai z huruf pun dia dah tahu....Alif Ba Ta pun dah pandai baca... Alhamdulillah....Syukur kepadaMu...Ya Allah...kerana terangkan hati anak-anakku...Amin...

Nota Pink: Sekarang nie loading nak masuk blog orang lain lambat sikitkan...problem google ke erk?
Sakit Jiwa....Ok Bye!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sinopsis Drama Kampung Girl TV3

Author : Cik Rose Cute | 5:43 PM | 15Total Comments |
Novel Kampung Girl Umi Kalsom dan Drama Kampung Girl Slot Zehra Lestary TV3 Beli Jual Online Nad Zainal Akim Sinopsis Tonton Download

akim+nad+zainal+kampung+girl+2

Antara satu lagi drama yang diadaptasi daripada novel yang akan menggantikan drama Saya Sebenarnya Isteri Dia. Drama Kampung Girl yang akan menggandikan barisan pelakon yang dikenali ramai iaitu Akim, Nad Zainal dan Emma Maembong.

Sinopsis Drama Kampung Girl

Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.

Ashraf Khairi dan Ainnur adalah sepupu, dan dia memang tidak pernah sukakan gads itu sejak kecil lagi. Hanya kata cacian dan kutukkan sahaja yang  keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekkan Ashraf telah menerima pinangan dari ibu Ashraf. Ainnur merahsiakan identitinya yang pernah melanjutkan pengajian ke luar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta padanya sebagai budak kampung yang tidak berpendidikan.

Barisan Pelakon Kampung Girl


Pelakon :Akim ahmad, Nad Zainal, Emma Akma, Hilal Azman, Fikhree Bakar, Syafiq Kyle dan Emma Maembong.

Pssttt!!! tak sabar pulak nak tgk drama di atas...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tema Baju Raya Tahun 2013

Author : Cik Rose Cute | 2:25 PM | 21Total Comments |
Assalamualaikum...

Awal2 lagi aku dah prepare baju raya....korang dah prepare ke?
Malam tadi kitaorang satu famili pergi Klang cari baju raya.
Tema tahun nie adalah kaler purple gelap pilihan cik hubby.Dia yang pilih...lagipun kitaorang memang tak ada lagi kaler purple gelap.Aku ikut jerlahkan....yalah dari tahun lepas lagi dia nak kaler tue...hihihi

Gambar yg pertama adalah baju syifa saiz 0....memang cantik...kena dengan  syifa comel jer syfifa pakai...harga rm 49.90

Gambar yang kedua adalah baju kakak saiz 10...pada mulanya nak ambik saiz 8 tapi gam2 badan dia...bila fikir rugi pulak ambil saiz 8...betul tak?budak cepat besarkan...baju kakak harga rm 99.90.

Gambar yang ketiga adalah baju Abang (Haziq) saiz 24 harga  rm 39.90 kot...dah lupa hihihi tapi kainnya memang cantik siap ada blink2 sikit....dalam gambar tak nampak...mungkin pantulan flash jadi tak nampak..

Baju aku dengan cik hubby lebih kurang baju di atas design pun sama....baju aku still kat kedai lagi tak cukup badget hihihi tapi dah simpan kat kedai dan dah bayar deposit...Aku suruh tokey  kedai tue simpan...takut nanti tak ada saiz pulak.

Tercapai jugak impian aku raya nak pakai baju ada  manik .Berbaloi harganya...tak murah dan tak juga mahal...kalau di fikir balik kalau beli kain pasang,pastu upah jahit dengan upah jahit manik lebih kurang tue harganya...entah2 lagi mahalkan...Contoh baju melayu,kalau upah satu pasang mahal...kalau beli kat kedai baru berapa...jimatlah sikit hihihi....Tahun nie memang beli baju raya yang dah siap jer....kikiki .Sesiapa yang tinggal kat  Selangor bolehlah pergi Klang...murah2 baju raya..kat sana.


Terima Kasih Buat Cik Hubby Tercinta Memahami kehendak Isterinya yang tidak penyabar nie huhuhu
Nota Pink:Bukan tak sabar takut nanti beli last2 minit nanti tak ada saiz dan juga tak cantik, contoh tahun lepas beli last2 minit baju melayu haziq tak ada saiz...pastukan... kaler yg kita nak...pulak tak ada....tue yang tak seronok tue..Tahun nie awal2 lagi dah beli kikiki puas hati.

Pssst!!! malam tadi mimpi tsunami melanda diriku...nasib baik sempat pegang batang pokok dengan syifa...huhuhu

Ok Bye!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ