31 May 2013

26 May 2013

Apa Itu Skybox

Assalamualaikum...

Ramai jugak orang bertanya pasal "SKYBOX" ...aku pun tak tahu sangat pasal benda nie......Sekarang kat rumah aku dah ada benda nie....




Di atas adalah contoh di dalam kotak...Harganya boleh tahan jugaklah...Pada Permulaan beli rm 500 lebih ke atas perlu bayar.....,macam sewa pulak setahun sekali bayar atau 6 bulan sekali....anggaran setiap bulan bayar dalam rm 20.00....(kalau korang nak bayar setiap bulan ) banyak perbezaan dengan  Astrokan.....Tayangan dekat Astro semua boleh tengok cuma siaran HD tak boleh tengok....itu yg aku meroyan kat SINI  hihihi...kalau nak tahu klik2 ya...

 
Gambar nie pulak dah keluar dari kotak....inilah rupa bentuk "SKYBOX" tue....Sekarang nie..skybox memang hot...dan ramai pengguna Astro beralih arah ke "SKYBOX" pihak Astro memang risau bila tahu tentang  benda nie.........Untuk pengetahuan korang skybox boleh di gunakan bila kat rumah korang ada Wifi atau  unifi  sahaja.Itu sahaja yg aku tahu....kalau sesiapa yg tahu boleh kongsi di sini.....kebaikan dan keburukan SKYBOX nie ya....

 Hari nie balik kampung....besok pagi Famili Day dekat Pinang...2 malam tiga hari kat sana.... aku belum pasti kat sana ada tenet ke tidak...Aku sewa apartment dekat Batu Feringgi...ada ke sesiapa tinggal kat sana....hihihi

25 May 2013

Running Man Tv 2

Assalamualaikum.

Berita gembira utk peminat2 Running Man (RM) terutamanya aku...kikiki  sebab TV2 bakal menayangkan siri Runnning Man  mulai 1 June nie.... So sesiapa yang fanatik nak tgk Running Man jangan lepas kan peluang utk show time RM setiap hari Sabtu jam 4 petang.Tak lama lagi aku tak dapat layan HD One dekat astro siaran 393 tue...sebab hubby aku dah nak tutup astro nak pakai SkyBox pulak....Ada sesiapa pakai ke benda alah nie?
Watch ONLINE - kshowonline.com

dorang nie kelakar....boleh tergelak sorang2 kalau tgk...

Berita nie aku terbaca kat blog adik Raihan masa aku berblogwalking tadi....

Besok balik kampung pastu terus ke Pinang...

24 May 2013

Kisah Seram Higway Bukit Grik Dan Higway Grik-Baling

Jom baca kisah seram yang dikongsi oleh seorang pembaca di forum CariGold... Layan~

Mggu lepas kami sekeluarga dpt berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...

Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...

Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah...

Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm...

Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok...

Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet...

mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm...

Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku...
Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut...

Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta...

Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang...So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama....

Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi... Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U-turn...

Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot...
so aku make desicion teruskan perjlanan...

Tiba-2 aku rasa semcm jer...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut...

Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4

Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula...
Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik...
Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku....

Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu...
Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2...
Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling...

Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5....

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...)
Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega...
Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi...

itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan...
Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku...
Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik...

Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia...
Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum.
Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer...
Kuat juga bini aku. Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat...
Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..!

Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas...
dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan....

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu...
Tapi kalau kuat, belasah jer...

Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini...
At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!

P/s: Aku ada dgr, ada org nmpk mcm kepala terbang masa lalu h'way tu... Ye la, sebab byk bukit kena potong sebab nak buat h'way tu..Mgkn ganggu tempat 'depa'....
Wallahualam....

Sumber
 
Ps:Aku baca kisah nie...seram giler wei....story di atas aku copy paste jer kat SINI

22 May 2013

Review Blog Design

   Assalamualaikum!
Alhamdulillah, ada rezeki untuk mengedit blog customer. Hope owner blog suka design tersebut...

 Kalau korang nak tgk full design tersebut klik jer gambar2 di atas ya...malas nak taip panjang2 hihihi

17 May 2013

Menyepi Seketika Dan Tutor Untuk Kak Ieda Dengan Izan

Assalamualaikum...

Mungkin dalam minggu nie...aku menyepi buat seketika untuk menyiapkan blog yg dorang tempah....Harap korang jangan merajuk untuk singgah ke blog aku ya....Sebelum tue...aku nak buat tutor untuk sesiapa yang belum tahu nak edit coding contoh di bawah...

kalau nak tgk lebih jeles klik jer gambar di atas ya....Yg penting korang klik2 jer anak panah kat tepi tue...itu ajer hihihi....

Okey Bye nak sambung edit blog...

Nota Hati: Ingat nak puasa hari nie...bendera merahlah pulak...baru dapat sehari ganti puasa...

15 May 2013

Aku Insan Biasa (make Over)

Assalamualaikum....
Tempahan template kali ini dr Aku Insan Biasa
 warna tema : pink + turqoise
Simple dan kemas
 
 Kalau korang nak tgk full klik Aku Insan biasa di atas...
Anda teringin blog secomel ini.....boleh inbox saya di fb @ email saya ccherosliza@yahoo.com
atau ke inbox my Fanpages
Smile Be Happy 

Paling penting mesti sediakan detail selengkapnya..
CONTOH :

Tema blog : Elegant + Floral
Warna blog : Pink Pekat.
Nama blog [ header ] : Bila saya rajin menaip..(contoh)
Footer : Terima Kasih Singgah Blog Saye.(contoh)

FULL TEMPLATE CHE ROSLIZA CHE MAT :
- Header 
- Footer
- Background blog ,body post & sidebar dan lain2 lagi

SEKIAN WASSALAM
 

14 May 2013

Rahsia Hotel...

Assalamualaikum w.b.t
 
Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu..

(DI ULANG, TAK SEMUA HOTEL!!)

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

P/S: entry nie..aku copy paste dari blog Apit untuk hubby aku baca,sebab hujung bulan nie...kitaorang nak melancong ke Pinang...tak sabar rasanya....bila baca di atas rasa seram pulak nak guna pekakas di bilik hotel huhuhu...tq apit share tentang rahsia hotel....

Happy Birthday Ayu (GSF)



 Assalamualaikum....hari nie adalah birthday adik manis nie....dah 24 tahun dah si ayu nie....hihihi
ingat waktu akak 24 tahun still tak kawin lagi....masih still single...kalau korang ingin mengenali ayu nie..
lebih dekat lagi klik header cute di bawah tue...
l

Selamat menyambut ulangtahun yg ke 24 tahun....Semoga ayu sentiasa ceria di samping insan2 tersayang....Amin...

 

 

Terimalah kek dari akak....hihihi

Segmen Blogwalking Kita - Kita



Due Date-15 May 2013
Jom Join Ramai2

Cepat2...hari nie last...

12 May 2013

Tanda2 Sakit Badan Anggota Badan...

http://3.bp.blogspot.com/-pHe-VcNkXJo/URDPZ3x2YvI/AAAAAAAAa7k/2_CQQR399rM/s1600/Khasiat+Tubuh+Badan+Manusia+Yang+Anda+Tidak+Tahu+-+Info.jpg
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik yang aku copy paste Puan Rosnani Omar

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.


Nota Hati:dua tiga hari nie mungkin aku jarang bukak blog...sebab si haziq nak periksa....aku kena memberi tumpuan sepenuhnya kepada haziq.....nanti aku terjah korang....

10 May 2013

Terima kasih Nik Aziz

 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.148376.1365555533!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Seperti lagu dan irama, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pas dan Kelantan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Beliau timbul dan tenggelam bersama parti yang memperjuangkan Islam itu sejak 46 tahun lalu dan menjadi menteri besar 23 tahun.

Justeru, tidaklah hairan jika ramai mengalirkan air mata apabila beliau berundur.

"Islam bukan kepunyaan saya (sahaja). ALLAH beri pengetahuan bukan (hanya) kepada saya seorang, tapi ramai. Ramai pengganti, saya tak risau tentang perkara itu," katanya selepas melepaskan jawatan kepada Datuk Ahmad Yacob.

Apakah tokoh ulama yang telah lama berjuang tanpa mengenal penat ini akan terus menerajui Pas sebagai Mursyidul Amnya atau melepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, di masa terdekat ini belum diketahui.

Yang pasti ialah Nik Aziz meletakkan piawaian yang sangat tinggi untuk diteladani dalam dunia politik tanah air.

Untuk tidak mengecewakan pemimpin hebat mereka itu, Ahmad, 63, bersama saf pimpinan negeri, bukan sekadar perlu mengucapkan jazakallahu khairan kepada Nik Abdul Aziz, bahkan wajib melipatgandakan tenaga untuk mencapai tanda aras yang telah diasaskan oleh pemimpin misali mereka itu.

Seorang ulama yang berkelulusan Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir sebelum menceburi politik Pas pada 1967, Nik Abdul Aziz dikaitkan dengan ciri-ciri seorang zuhud dalam perjalanan hidupnya.

Sejak dilantik menjadi menteri besar pada 20 Oktober 1990, beliau tidak tinggal di kediaman rasminya di JKR 10, Kampung Sirih, Kota Bharu, tetapi memilih untuk menetap di rumah kampungnya di belakang masjid, Pulau Melaka, 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu.

Di masjid yang hanya kira-kira 20 langkah daripada pintu rumah papannya itu, beliau mengimamkan solat, memimpin doa, memberi kuliah dan melayan ramai orang dari dalam dan luar Kelantan.

Bahawa Nik Aziz, yang sentiasa dilihat dengan jubah dan serbannya, memadam lampu ketika menunaikan solat di pejabat untuk apa yang dikatakan sebagai mengelak daripada membelanjakan wang rakyat, juga sudah menjadi pengetahuan umum.

Pada 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menobatkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah.

Setahun kemudian, beliau dibariskan di antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims” (500 orang Islam paling berpengaruh).

Walaupun dianggap ramai sebagai tokoh agama, Nik Abdul Aziz tidak terlepas daripada perselisihan pendapat, pergeseran dan kemelut politik. Beliau kerap dikritik pihak lawan biasanya disebabkan luahan perasaannya melalui kata-kata pedas terhadap mereka yang beliau anggap sebagai musuh kepada kemajuan Islam dan terhadap tindakan-yang baginya, tidak wajar.

Dalam kapasiti apa Tuan Guru Nik Aziz akan terus berdakwah untuk mengembangkan syiar Islam terlalu awal untuk diramalkan.

Tetapi yang jelas ialah, dengan segala kesulitan dalam mentadbir negeri yang sentiasa diserang musuh politik di samping mengatasi masalah dalaman yang kadangkala menggugat keutuhan partinya, kemampuan Nik Aziz merempuh cabaran adalah sesuatu yang bukan mudah ditandingi.

Kredit: Sinar Harian




Nota Hati: Aku kagum dengan Nik Aziz nie....kalaulah perdana menteri kita sebegini alangkah bahagianya....bumi Malaysia....huhuhu..memang susah kalau membentuk sesebuah negara dalam bentuk cara Islam...tak semestinya kalau cara mentadbir sesebuah negara mengikut cara Islam itu mundur....sebagai contoh zaman Nabi kita...betul tak....

psttt!! aku dah jumpa Nik Aziz depan2...memang lembut jer orangnya....aku jumpa Nik Aziz ketika Apek kahwin...aku tulis nie...bukannya aku penyokong tegar pas tau hihihi....cuma untuk kita berfikir dengan seluas-luasnya....sekarang semua harga barang pasti naik dengan tiba2....huhuhu

09 May 2013

Segmen : Pencarian follower yang ke ???

Assalamualaikum :) .

nak join klik banner di atas

TARIKH TAMAT : sehingga Sya dapat 13 orang yang Sya cari . =D

06 May 2013

Followers Bertuah 2500

Assalamualaikum...

Dah lama tak buat followers bertuah untuk blog aku hihihi....hari nie dapatlah sorang adik nie....button follownya adalah "2500" wah!!! lagi 500 orang nak genap 3000 follwers aku kikiki....

korang tengok yg aku tanda dot2 tue...link blognya SINI  aku dah gi tahu kat dia..yg aku akan edit blog dia tanda penghargaan untuk dia....kalau si dia naklah hihihi...Terima kasih kepada yg pernah singgah dan follow sini...

Segmen Blogwalking and Follow

Nak join klik banner

Bilangan follower sekarang =2498
Salam Ukhwah Untuk semua

"Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A"


Due Date-5 Jun 2013
Jumlah Follower terkini- 2497
Sudi-sudilah join ya...

05 May 2013

Segmen Blogger Paling Cool

Assalamualaikum . Alhamdulillah , semalam berlangsung pencarian sponsor , ramai juga , tapi ninaa terpaksa tapis beberapa orang sebab kalau boleh tak nak banyak syarat sangat kan . So . sementara menunggu Simple Giveaway yang akan tamat pada 18 Mei ini , Ninaa nak buat satu segmen , seminggu sahaja ^^
Syarat-Syaratnya ialah :
  1. Follow Blog Sponsor --> CikAkma , FatinSyaheera , Hidayah , Mimi
  2. Like -->
  3. Follow Sini -->
  4. Buat satu entry dengan tajuk "Segmen Blogger Paling Cool"
  5. Copy Coding yang telah diberikan dan paste di HTML
  6. Pastekan URL Segmen anda di ruangan komen .
*Kalau tiada Twitter , its ok ^^


Senang je kan syarat nya :) So Hadiah-hadiahnya ialah :

  1. T-Shirt Running Man untuk seorang *saiz M
  2. Topup RM5 untuk 8 orang
  3. Topup RM10 untuk 2 orang
  4. Long Necklace untuk seorang
Lumayan tak hadiah tu ? InsyaAllah , akan ada pertambahan hadiah . Segmen ini tamat pada 11 Mei 2013 . Pemenang akan dimumkan pada hari esoknya . Klik Banner untuk join ^^

04 May 2013

Edit Blog Mama Atiyyah-Umairrah

Assalamualaikum....
Pada dua tiga hari yang lepas...aku menyepi seketika
kerana aku sibuk mengedit blog Mama Atiyyah Umairah
blog pertama yg aku edit untuk bisnes 
 
 
warna pilihan adalah hijau...kalau korang teringin kelihatan sihat dan cantik...bolehlah singgah blog
VITAMIN SIHAT DAN CANTIK
atau singgah kat FACEBOOK   mama Atiyyah....


Blog yg nie pulak blog peribadi mama Atiyyah...blog di atas berkisarkan "segalanya tentang dirriku" tajuknya
BELOG BINGKISAN RINDU  kalau boleh...sudi-sudilah follow blog  mama atiyyah ya...Tema blog nie adalah pink campur coklat....dan di sertai love hihihi

Nota Hati:baru 4 atau 5 blog aku singgah....nanti aku singgah lagi...

First Time Dapat CPUV/ BE 2013..

Assalamualaikum....

Aku begitu teruja hahaha.....check email tgk2 ada email dari nuffang....

Dengan lajunya aku check kat nuffang ada tak CPUV/BE 2013 tue....memang ada hihihi....

 

Syukur Alhamdulillah...sebelum nie asyik baca kat blog blogger lain yang selalu  dapat CPUV/BE hihihi...untuk pengetahuan you all aku letak iklan nuffang belum genap setahun ....tq cik nuffang...lain kali sedekah lagi ya...sayang cik nuffang ketat2...korang jangan lupa pulak klik2 nuffang aku...hehehe..

Nota Hati:Rindu nak terjah korang....tapi masa belum mengizinkan...huhuhu....terima kasih yg sudi singgah dan membaca entry di sini...kepada group GSF dan yang singgah sini  minta maaf banyak2 ya...,hari nie cik hubby tiada di rumah...cik hubby balik kampung untuk menunaikan tanggungjawab seorang penduduk di Malaysia...besokkan tarikh mengundi...hope korang undilah baik2...jangan gaduh2 kat peti undi pulak....koh..koh..koh...(batuk cam deqla) kikiki..

 

02 May 2013

Simple Giveaway By Nina dan Hani

Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani & Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Klik Sini ---> Tolong Jujur LINK 1 ---> LINK 2
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !