Kakak Kena Cubit Kat Sekolah

Author : Cik Rose Cute | 1:44 PM | 27Total Comments |
Assalamualaikum....

Pagi tadi dalam pukul 8.00 lebih....aku dengan cik hubby berangkat ke sekolah anak aku yang sulong.Anak aku yang sulong tue suka sangat balik mengadu kena cubit dengan kawan di sekolah.Di bawah adalah dialog aku dengan si kakak malam tadi.Aku tengah mengadap komputer..tiba2 si kakak datang dekat aku.

Kakak: "Ibu, saya asyik kena cubit dengan kawan kat sekolah...,tengok tangan saya lebam2".sambil menunjuk tangannya yang lebam.

Ibu: "Kakak gaduh dengan dia ya ....tue yg kawan kakak cubit kakak?".Jawab aku balik.

Kakak: "saya tak buat dia...tiba2 dia cubit...saya kuat2....."jawab anak aku.

Ibu: "malaslah ibu nak melayan kakak....asyik kena cubit jer dengan kawan....,kenapa tak cubit dia balik?tanya aku balik kikiki..

Kakak:"kalau saya cubit dia balik...nanti dia cubit lagi kuat...."aku diam,malas nak fikir hal budak2 kat sekolah....Pastu tiba2 anak aku sindir aku balik..

Kakak:"Ibu sombong....sajer jer tak nak ambil tahu hal dia....mak dan ayah orang lain datang jer kat sekolah...bila anaknya kena cubit dengan kawan dia......"Aku terus berfikir....nanti hari2 kena cubit budak nie...lama2 tak nak ke sekolah pulak...kan naya...terus aku telefon cik hubby ajak dia ke sekolah kakak besok pagi.

Begitulah kisahnya,tadi aku dah jumpa budak yang suka cubit anak aku tue...aku taklah marah cuma pesan jer jangan buat lagi....kalau buat lagi...aku datang lagi....kikiki kira aku ugutlah....Korang nak tahu...dahlah suka cubit si kakak tue....macam pensil dengan pemadam pun dia ambil kikiki...aku sound budak tue..pulangkan balik pensil gan pemadam anak aku punya.


Rasa lawak pulak..bila fikir balik...kalau korang anak korang gadu cam gitu...korang pergi tak ke sekolah anak korang?hihihi...





Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Rani Mukherjee Tak Berani Pandang Mata Aamir Khan!

Author : Cik Rose Cute | 1:01 PM | 22Total Comments |

                        
Aktres Rani Mukherjee mengakui bahawa suatu ketika dulu, dia memang tidak mampu untuk bertentang mata dengan aktor Aamir Khan. Ketika itu, mereka digandingkan bersama dalam filem Ghulam (1998). Pada waktu itu, Rani Mukherjee adalah seorang pelakon baru, manakala Aamir pula sudah berjaya dengan beberapa filem seperti Qayamat Se Qayamat Tak, Dil dan Jo Jeeta Wohi Sikander

Selepas Ghulam mendapat sambutan, mereka telah digandingkan sekali selepas 7 tahun dalam sebuah filem epik drama, Mangal Pandey yang tidak berapa begitu berjaya.

Menceritakan pengalamannya menjayakan Ghulam bersama Aamir, Rani berkata, sewaktu menjayakan filem saya yang pertama itu bersama dengan dia, saya asyik memandang kasutnya saja kerana takut dan gementar.

"Saya adalah peminat besar Aamir Khan dan pernah menyukai dia. Waktu saya menonton filemnya, QSQT (Qayamat Se Qayamat Tak), saya amsih lagi berada di sekolah.

"Saya cukup gementar melakukan adegan romantik dengan dia. Saya memandang kasut dia sebab tidak mampu bertentang mata dengannya kerana saya takut dan bimbang saya akan jatuh cinta dengan dia.


"Sekarang ini, bila saya asyik tidak lepas-lepas memandang dia, dia pula yang meminta saya untuk tidak berbuat demikian," katanya telah digandingkan lagi dengan Aamir Khan dalam filem thriller Talaash iaitu filem ketiga mereka selepas tempoh 14 tahun.



"Kalau aku pun tergoda dengan Amir Khan.Aku masih ingat ketika aku sekolah menengah...memang minat giler kat dia...siap panjat tingkap bilik warden semata2 nak tengok filem hindustan,waktu tue Amir Khan bergandingan berlakon dengan Pooja Bhat...kebetulan pulak tv asrama rosak..itu penyebabnya panjat tingkap bilik warden semata2 nak tengok hero nie berlakon kikiki kelakar tak? kalau di ingatkan balik memori silam buat aku tergelak sendirian...." 





Jom! Layan lagu Video nie...Filem nie tahun 1991..tajuk lagu "Adaen Bhi hai from Dil Hai Ki Manta Nahi"
Korang jangan tak percaya....aku ingat liriknya kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Adoi!!!! Sakit Kepala

Author : Cik Rose Cute | 11:31 AM | 19Total Comments |
Assalamualaikum....Korang pernah sakit kepala tak? dalam minggu nie aku sakit kepala...tak tahu kenapa?mungkin angin atau salah makan....menyucuk-yucuk rasa sakitnya....sabar jerlah....

 


Jangan korang fikir aku diet atau stress okey...kikiki....






Aku tengah baca ayat nie sambil pegang kepala aku yang sakit....


Walaupun aku sakit kepala...aku tidak pernah mengamalkan telan ubat....lagi2 panadol....Korang nak tahu kenapa? sebenarnya panadol tidak elok untuk kita amalkan selalu....Kalau aku sakit kepala tido jer hihihi

 Nota Kecik tiba2 rasa tangan sebelah kiri gatal... emmm



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Misteri Surah Al-fatihah

Author : Cik Rose Cute | 8:53 PM | 19Total Comments |

 http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/11906_160077354152977_20051643_n.jpg


MISTERI SURAH ALFATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA



Nota Hati:Al-fatihah buat arwah mak kak ila (jiran) yang meninggal pagi tadi...semoga rohnya di cucuri rahmat...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Edit Blog Mummy Rina Zone

Author : Cik Rose Cute | 5:02 PM | 13Total Comments |
Jom! cuci mata kat blog Mummy Rina Zone  macam2 ada kat blog tue...Sekarang blog tue dah bertukar kaler dulu kaler pink terang kot...sekarang coklat campur pink....blog tue design ala2 blog aku kikiki...nurul yg nak...

http://3.bp.blogspot.com/-ZD948bzq-mM/UW1MURyCwjI/AAAAAAAADVM/pAaLkVdsSGg/s1600/11.png

Header Mummy Rina Zone

http://i.imgur.com/wByQii7.png
footer Mummy Rina Zone

Apa tunggu lagi jom! terjah...Boleh tengok full template yg aku design tue hihihi...Kalau korang nak terjah klik kat atas Mummy Rina Zone okey...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Dapat Gift Dari Chic Na

Author : Cik Rose Cute | 3:02 PM | 13Total Comments |
Terima kasih banyak2 akak ucapkan buat Chic Na  kerana kasi gift yg comel untuk akak....hihihi...Gift tue sampai petang semalam...hari nie baru nak citer...semalam sibuk sikit edit blog nurul....

Cutekan....simbol kek hihihi...siap ada nama ros kat situ...Chic na kasi gift nie...mungkin sempena birthday aku bulan lepas...Tak sangka ada jugak orang nak kasi gift kat aku...rasa malu pulak....(terus tutup muka) kikikiki...Untuk pengetahuan korang chic na nie adalah pembuat coklat dan menjual secara online...kalau korang terasa mau makan coklat jom terjah blog Chic Na atau The Coklat Shop  (Facebook) kasi promote sikit kikiki...

Blog nurul dah siap...inilah waktu aku terjah blog korang..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cincau Ubat Darah Tinggi

Author : Cik Rose Cute | 2:34 PM | 15Total Comments |
cincau
Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku  ni.
Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa.
Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe.
cincau
Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun  selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!!
Kat sebelah ialah  ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku  dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini.
Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.
Selamat mencuba!!


Info nie aku copy dari Blog Hanif Idrus untuk share gan korang mana tahu kot2 mak korang atau sesiapa yang ada darah tinggi....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Andai Itu Takdirnya (Slot Lestary)

Author : Cik Rose Cute | 9:53 AM | 23Total Comments |

Assalammualaikum,
Aku tak sabar nak tengok telemovie "Andai Itu Takdirnya" yang di lakonkan oleh -Fizo Omar,Nelydia Senrose,Azlee Khairi dan Nanu Baharuddin.Sesiapa yang pernah baca novel nie pasti tak sabarkan...Jangan lupa malam nie tau hihihi....Jom kita baca sinopsisnya..

Sinopsis:

Aleya, gadis cantik datang dari keluarga sederhana.Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom,Syed Adam Aizril. 
Syed Adam Aizril-jejaka tampan,digilai wanita. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan sombongnya berada di tahap yang tinggi.Mentalitinya mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar getaran hatinya pada Aleya.
"Salahkah Leya mencari bahagia?" Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya?Hina sangatkah sebab beribu dan berbapa orang miskin.Walaupun miskin,tapi Leya masih ada maruah diri.
Satu peristiwa menyatukan mereka.Tapi dek ego,sombong dan pentingkan darjat Syed Aizril melayan Aleya dengan hina sekali.

"Kuasa cinta,tiada siapa yang dapat menghalang.Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril, Ketika menyulam bahagia,muncul Sharifah Emilin,sepupu kepada Syed Aizril membuat onar,Dendam Emilin pada Aleya harus ditunaikan -dia menganggap Aleya perampas Syed Aizril yang konon dianggap kekasihnya,Namun bagi Syed Azril hanya Aleya yang bertaktha di hati.
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang tang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

Ketabahan Aleya yang ingin anak-anaknya membesar dalam keadaan sempurna tatkala doktor menyatakan dia mempunyai ketumbuhan dalam kepala membuatkan dia kembali pada Syed Aizril yang kononya sudah berubah.
Kebahagian yang dikecapi hanya sementara bila Syed Aiziril mula cemburu buta pada isterinya.Walaupun cintanya hanya untuk Aleya,ego mengatasi segalanya.Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin.Di kala penyakitnya semakin parah,dia keluar dari rumah besar itu dengan harapan yang musnah. Ditinggalkan Dania kerana dia tahu ajalnya akan tiba...
Masih adakah peluang kedua buat Syed Aizril?


Kalau baca sinopsis novel di atas..memang sedih gilerkan.....tak sabar nak tengok....Kadang2 baca novel dengan drama tak samakan....ialah....novel panjang....drama cuma 2 jam jer kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Edit Blog BeautyCintaAza

Author : Cik Rose Cute | 12:42 PM | 15Total Comments |


Blog design kali ni di tempah dari Niza ini adalah kali kedua beliau menempah untuk edit blog,blog yang pertama adalah blog Harabogi yang menjual dvd korea sahaja...,blog yang ini menjual barangan seperti handag,jam dan banyak lagi... kaler yang niza request hitam + gold..Kalau you all berminat nak beli jam,beg dan bermacam-macam lagi...jom singgah ke blog BeautyCintaAza 
macam2 ada....aku tengok pun rabun mata....Kalau orang nak tgk full hasil design aku...klik BeautyCintaAza Sekian Terima Kasih...

Tangan sakit2....mungkin penat mengedit blog kot...kejap lagi nak pi terjah blog korang...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani

Author : Cik Rose Cute | 7:53 PM | 14Total Comments |
Jom! Join Segmen Sahabat Selamanya...Nak join klik link di bawah ya...




Segmen ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama blogger.Bak kata pepatah “ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama seminggu,bermula pada 12/4/2013 sehingga 11.59 malam 19/4/2013.


Syarat yang perlu dipatuhi:

1)Mempunyai blog.
2)Follow blog ini dan like page blog ini.(kat sidebar)
3)Follow dan like sponsor.
4)Copy coding yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML.
5)Letakkan URL entri di ruangan komen.

Sponsor:

Blog
Vanida/Ismah/Aimi

Page:




Copy Coding ini:

Hadiah yang bakal dimenangi:

Peplum(1),Keychain.(3),Pashmina.(1),Kerongsang.(1),Review blog.(5),Topup RM5(2),Header(1),Cursor(1)
Pemenang akan dipilih melalui top referral dan cabutan bertuah oleh saya sendiri.


Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanaHani,The Rossele,Ismah, Vanida,dan Aimi

Segmen copy paste ini inspired by Kak Mia Liana.

Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.

Apa tunggu lagi..Klik banner dan Join!
p/s: Kalau tak boleh klik banner.Klik kat ayat bawah banner tu k.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"Segmen: Jom bergegar dalam blog!"

Author : Cik Rose Cute | 7:41 PM | 9Total Comments |

Nak join klik Banner di atas ya...

Jom! Join segmen yang menarik nie....
 
Dua-date 16/april/2013



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sebelum dan selepas pembedahan Plastik

Author : Cik Rose Cute | 2:49 PM | 17Total Comments |
Tidak di nafikan orang korea....wajah mereka akan berubah selepas pembedahan plastik....lagi cantik, hand some, bergaya, cute dan comel betul tak?lagi2 kalau artis korea memang cute...kalah aku kikiki

 








Sumber : Klik Sini


Apa pendapat you all hihihi....memang jauh bezakan dari muka asal ..

Pesanan untuk izan:Nanti cr buat tutor tue ya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

.: haiwan dicipta dari apa?? :.

Author : Cik Rose Cute | 2:14 PM | 6Total Comments |
Pernahkah you all tahu yang haiwan di ciptakan oleh Allah daripada apa? Adam Di ciptakan oleh Allah  daripada tanah,Malaikat di cipta daripada cahaya,jin di cipta daripada api...haiwan di cipta daripada air.Subahanallah maha suci Allah...you all bayangkan dinasour adalah binantang yang paling besar....Allah ciptakan daripada air...itu membuktikan bahawa Allah Maha Besar dan berkuasa segala-galanya ke atas makhluknya di atas muka bumi ini.

Haiwan di ciptakan dari air

Untuk Renungan Bersama...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ