Header Di tempah Oleh (Ini Belog Kami Aje)

Author : Cik Rose Cute | 1:56 PM | 8Total Comments |



Header nie di tempah oleh Zee
Semalam zee hantar email kat aku...dia sertakan gambar 4 keping untuk letak dekat headernya...
Warna tema : light blue and pink  
Frame gambar aku letak kaler gelap sikit hihihi...
Hope zee suka design header nie...kalau tak suka email akak ya....

My Note: Untuk zee...nak save header nie klik satu kali baru dapat saiz sebenar header tue...baru save okey...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aku Pakai Tudung Shawls Fareeda

Author : Cik Rose Cute | 2:37 PM | 23Total Comments |
First Time pakai tudung fareeda....harga mahal tapi berbaloi ler....hihihi..tudung yang aku pakai nie jenis tudung fareeda shawls...

Memang mudah di pakai dan di bentuk...

Kalernya pun cantik....aku suka sangat2....


Waktu nie makan Kfc dekat Telok Panglima Garang...lupa pulak nak snap gambar kfc yg terbaru tue...rasanya memang sedap untuk orang dewasa....pada pendapat aku la... budak2 yg tak suka pedas tak payah order ....nanti membazir perisanya memang pedas sikit...anak aku punya...incik hubby order yang original punya ayam...

See budak dua orang memandang ke luar cermin....kitaorang pilih tempat tingkat atas...tak ramai orang  dan privacy sikit hihihi

My Note:Tudung fareeda yg aku pakai tue sebenarnya aku tak beli online okey....sepupu aku yang jual kat aku...dengan harga rm 100....Sebab dia kesian kat aku...akukan surirumah sepenuh masa mana mampu beli tudung yang mahal2kan....kikiki....Tapikan hari tue  my birthday...incik hubby nak hadiahkan tudung fareeda  yg jenis tiga layer...tapi terlambat sikit dah ada orang beli...tak dapatlah hadiah tudung fareeda....konon2 nak buat surpriselah untuk aku...hihihi....tapi dah tak ada rezeki huhuhu....Nasib baik ada sepupu yang baik hati....Terima kasih sepupuku....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Edit Blog Harabogi

Author : Cik Rose Cute | 1:03 PM | 11Total Comments |
Assalamualaikum
Alhamdulilah siap akhirnya blog harabogi...selesai di edit....takla lama sangat just 2-3 hari sebab kena tunggu waktu kelapangan aku....Sekarang syifa suka menyibuk dekat komputer...maka jadilah blog yang cute ini hehe..
tema blog: owner blog tak kisah janji ada salji...
so aku edit ikut selera aku sendiri...
nak tengok lebih dekat [SINI] jangan lupa follow tau :)
 
Nak sambung balik edit blog....mungkin kelapangan..aku terjah blog korang...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tasha Shila Berkawan Rapat Dengan Mahali Jasuli

Author : Cik Rose Cute | 12:37 PM | 16Total Comments |
Koh..koh..koh....Sudah lama aku tidak bergosip....hari nie aku terasa ingin bergosip tentang seorang artis yg boleh di katakan glamour juga iaitu Tasha Shila.Aku masih ingat lagi dekat siaran meletop ada soalan yang di tujukan kepada pemain bola sepak negara nie...soalan di tujukan siapakah artis yang paling Mahali minat?Mahali jawab artis tersebut adalah Tasha Shila,dia cakap muka Tasha Shila "baby face dan cute"



Apa pulak komen Tasha Shila kepada Mahali Jasuli..Jom Baca kisahnya..



Best Man Win itulah kata-kata pelakon jelita Tasha Shilla ketika ditemui di lokasi penggambaran Epilog Cinta Khirana kelmarin di Shah Alam.
Kata-kata tersebut diluahkan oleh Tasha Shilla sebaik sahaja disoal sejauh manakah hubungannya dengan pasangannya yang terbaru dan terkini iaitu Mahali Jasuli yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan.
“Hubungan Tasha dan dia masih baru, dan masih dalam proses saling-mengenali hati budi masing-masing. Tasha dan dia buat masa sekarang kami berdua berkawan dan hubungan ini masih baru,” ujar Tasha.
Kejujuran yang ada dalam diri Mahali Jasuli membuatkan Tasha Shila terpesona dan tertarik dengan peribadi atlet kebangsaan ini.
“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dia adalah kerana sifat kejujuran yang dimilikinya,” kata Tasha sambil tersenyum.
Tasha juga berharap hubungan yang baru sahaja dibinanya ini agar berkekalan dan berharap tidak ada pihak menggembar-gemburkan mengenai kisah peribadinya ini dan biarlah kerjayanya menjadi utama dan bahan cerita oleh pihak media dan juga peminat-peminatnya.
“Setakat ini sahaja rasanya yang perlu Tasha kongsikan kepada peminat, biarlah Tasha fokus dahulu terhadap karier. Kalau boleh Tasha tidak mahu untuk gembar-gemburkan cerita ini yang bagi Tasha terlalu awal untuk dikongsikan, dan biarlah ada hitam putih baru Tasha akan memberitahu kepada semua peminat-peminat Tasha,” ujarnya tegas.
Masing2 muda lagi...fokus dulu kerjaya masing-masing hihihibetul tak?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Syifa Dengan Tab Galaxy Note

Author : Cik Rose Cute | 1:41 PM | 23Total Comments |
Hari nie hari rabu ya...cepat betul waktu berputar.Rasanya baru semalam hari isnin....huhuhu...

Kusyuk betul anak ibu,dia tidak menyedari pun ibunya snap gambar diaa....(nie tgh landing dalam bilik)
Dah bertukar position....penat pegang tab sambil baring betul syifa....hihihi

kikiki bertukar position lagi....bermain tab sambil duduk...tengok jarinya..kusyuk betul anak ibu...

Dan bertukar position lagi baring balik....baru perasan ibunya snap gambar dia....hihihi...tengok mukanya garang....kikiki


Pssttt!!! waktu nie syifa tgh main game "barbie pakai baju" kadang2 tue dia main game susun burger,susun gambar,cantum huruf a,b,c,angry birds dan bowling....boleh di katakan game yang ada kat dalam tab tue dia main...
Hope korang enjoy baca story syifa...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Header Miss Banu Dah Siap...

Author : Cik Rose Cute | 12:25 PM | 17Total Comments |
Tak tahu ler adik banu kita suka ke tidak huhuhu....buat masa sekrg tuelah terlintas di fikiran nak design hihihihi...harap2 adik banu kita sukalah ya....Kalau nak ambik header nie klik 1 kali ya banu....baru dapat saiz sebenar header yg banu nak tue.......pastu baru save....ya dik...kalau tak suka pm akak...akak boleh design lain hihihi



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Dapat Doodle Dari Apit

Author : Cik Rose Cute | 11:11 AM | 11Total Comments |
hehehe....Aku begitu teruja bila bukak blog tengok2... ada komen dari apit menyatakan doodle dah siap....Memang cantik sangat2... bila tengok hasil doodle dari apit rasanya tak rugi join segmennya hari tue....nasib baik sempat join...kalau tak putih mata ler....lagi satu budak nie kalau buat segmen kejap jer tau....hihihi kadang2 tak sempat aku join..tengok2 dah tutup.....You all join tak segmen nie?Kalau join pasti teruja dapat doodle tuekan....

Memang cute sangat2....lihat pandangan dan  jelingan manja yang menusuk kalbu kikiki....Sesiapa yg belum mengenali Apit jangan segan2 ke blog apit yg suka karektor kartun...kat blog apit juga ada banyak doodle free untuk you all  Klik Apit  menuju ke blog FizGraphic Dot Com...


Tq Apit anjurkan segmen yg berbaloi nie....Akak respectlah....dengan apit...pasti penat jari nak hasilkan doodle pastu agihkan kepada peserta yg join...ramai tue...hehehe

SEMOGA TERUS MAJU DALAM BERBLOG DAN GRAPHIC DESIGN
 TERUSKAN USAHA ANDA

Nota Pink: Kejap lagi nak buat header untuk Banu semalam dia pm kat aku nak tempah header hihihi
kejap ya banu....jap lagi akak buat...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Edit Blog Lynn Munir

Author : Cik Rose Cute | 12:59 PM | 20Total Comments |

Macam biasa..kalau dah selesai edit blog..mesti aku akan promote..hihihi..peace yoo .Aku buat blog nie kejap jer tau....sehari dah siap...terkejut bila tuan blog tengok...dia fikir silap masuk blog kikiki...Tq lynn sudi edit blog gan kita ya....Kalau korang nak tengok full blog lynn...klik Sini

Nota Pink:First time buat header ada background kat belakang kikiki...nasib baik owner blog suka...

Hari nie nampak cuaca kat luar redup dan nyaman....Syukur Alhamdulillah...tidak rasa panas sangat...kalau pasang kipas pun sejuk jer....tempat you all camna pulak?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!

Author : Cik Rose Cute | 8:05 AM | 21Total Comments |
Nak Join Klik Banner Cute Di atas

TARIKH TAMAT
31-12-2013


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ