Nak Story Sikit

Author : Cik Rose Cute | 3:07 PM | 12Total Comments |
Adoi!!! kalau korang ke blog tutor aku...pastu nak tgk tutor pasti "Not Found" kan! kan! kan!!!...Sebenarnya aku dah tukar urlnya...."http://hairulizatutor.blogspot.com/ " hari tue urlnya lain...Sorry sangat2 ya....nanti aku update balik tutor tue....ya..muuuaahhhh!!!

Nota Pink: Satu kerja pulok nak menukar huhuhu....Tak mengapa demi adik2 ,kawan2 serta kakak2 yg nak tgk tutor tuekan....terpaksa aku meluangkan waktu sedikit....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Make Over Blog

Author : Cik Rose Cute | 1:56 PM | 8Total Comments |
Udah lama tak publish entry make overblog blog....kadang2 aku terlupa....banyak sangat fikir....Okey hari nie...aku sajer nak tayang blog yg sudah di make over oleh aku yg tak berapa kreatif nie....

http://1.bp.blogspot.com/-5Z2L2532YTs/UUqQv6LFJOI/AAAAAAAAA3U/YngBM-2I8Ao/s1600/18.png
Pasti u all kenal nie blog siapakan kikiki yang paling kenal pasti ahli group GSF....Dah seminggu yana menyepi dari berblog...mungkin dia sibuk...Almaklumlah orang baru habis pantang....nak ke blog yana klik MAI LURVE aku edit blognya dua...yang satu lagi belum beroperasi lagi...korang tunggu jerlah....(gedik betul hubby yana hehehe) Jangan marah yana...akak gurau...

 http://4.bp.blogspot.com/-2xE4Y7sCQOI/UUxSUTvklcI/AAAAAAAAA3s/HQs47lI37MQ/s1600/1.png

Blog Yang kedua pulak yang aku edit adalah empunya diri "Cik Wanie" asalnya orang kedah tapi bekerja kat Negeri Sembilan....jauh benor mencari rezeki ya wanie....tema blognya adalah coklat campur kaler merah....nak ke blog wanie Klik Cerita Aku Kehidupan Aku


Nota Pink: Harap Yana Dengan Wanie suka template yg tidak seberapa tue....Pasni nak sambung edit lagi....kalau ada waktu aku terjah u all...

 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Dapat Chocolate Dari CHOCOBERT

Author : Cik Rose Cute | 12:35 PM | 23Total Comments |
Baru kejap tadi van pos laju sampai hantar coklat yang di kirim oleh Umu Atiah  terima kasih banyak2 ya atiah....Akak belum makan lagi..simpan dalam peti biar keras sikit...baru enak dan tidak melekit kat tangan bila makan nanti hehehe...

Cute Tak hehehe....huruf  T tue incik hubby dah terpegang...dah hilang sikit....

Untuk pengetahuan u all, coklat yang di hasilkan oleh atiah nie memang tersangat-sangatlah sedap....rasanya tidaklah manis sangat2 kata orang sesedap rasa...., 

kalau u all nak beli or nak tempah coklat dari Atiah untuk birthday or ulang tahun perkahwinan u all , u all boleh terjah dekat blog CHOCOBERT.. Macam2 coklat yang di hasilkan oleh atiah..kalau u all tengok kat blog tue macam2 design coklat yang ada....hasilnya pun  cantik!!.. 

yela, mana nak tau kot2 u all nak buat birthday party anak u all kan....Silalah menempah dengan Atiah....Harganya pun berpatutan......

Nota Pink: Tadi dah terjah blog group GSF tapi belum habis terjah lagi...ada lagi 10 blog huhuhu...pastu sambung edit blog orang yang menempah dari aku...

"SELAMAT HARI JUMAAT...UNTUK LELAKI JANGAN LUPA SOLAT JUMAAT YA..."
 



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Empat 'nyawa' Merlin

Author : Cik Rose Cute | 8:24 PM | 18Total Comments |


KEJAYAAN besar drama bersiri epik fantasi, Merlin boleh dianggap sebagai sebuah fenomena yang berlaku di seluruh dunia.
Ia sukses mengangkat nama empat pelakon utamanya iaitu Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James (King Arthur) Angel Coulby (Gwen/Queen Guinevere), Katie McGrath (Morgana).
Sejak tayangan musim pertama pada tahun 2008, drama bersiri pengembaraan epik fantasi ini berjaya mendapat tempat di hati penonton.
Merlin kini telah ditayangkan di lebih 180 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri.
Ternyata, sehingga ke musim keempat, rating Merlin di seluruh dunia begitu menggalakkan dan tinggi.
Bagaimanapun, tahun 2012 bakal menyaksikan pengakhiran pengembaraan epik Merlin dengan munculnya musim kelima yang dikatakan lebih dramatik.
Ia bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik, malah karakter-karakter utamanya juga memberi impak yang mendalam kepada penonton.
Itulah apa yang diperkatakan Colin, Bradley, Angel dan Katie kepada Kosmo! dalam temu ramah menerusi perbualan telefon yang bertempat di Sri Pentas, Petaling Jaya Selangor baru-baru ini.
Tuah Colin
Walaupun bukan pertama kali terlibat dalam lapangan seni terutamanya bidang lakonan, namun, pemilik nama Colin Morgan yang memegang watak utama dalam Merlin mengakui tuahnya semakin bersinar setelah siri TV tersebut berlangsung selama lima musim.
"Tidak dinafikan, setelah memegang watak sebagai Merlin, saya mula dikenali bukan sahaja di negara saya sendiri, malah di negara lain juga.
"Saya rasa sangat bertuah dan berterima kasih di atas sokongan yang peminat drama bersiri ini berikan sepanjang ia bersiaran di televisyen," tutur lelaki tinggi lampai bermata biru ini.
Tambahnya, dia sama sekali tidak menyangka siri Merlin akan menjadi fenomena seperti hari ini.
"Dari episod pertama lagi Merlin sudah menerima sambutan yang baik. Kami sebenarnya tidak dapat bayangkan bagaimana ia terjadi dan memang sangat terkejut dengan sambutan yang diberikan," jelasnya.
Katanya lagi, watak Merlin tidak banyak yang berubah, namun dalam musim terakhir ini, Colin menjelaskan, kali ini jalan cerita Merlin lebih bersifat sofistikated dan peminat pasti tidak akan kecewa dengan musim terakhir ini.
Idaman Bradley
Selain Merlin, satu lagi watak penting siri TV ini sudah tentu King Arthur lakonan Bradley James yang pada awalnya merupakan putera dan pewaris kerajaan Camelot.
Dia menaiki takhta menggantikan mendiang bapanya, Raja Uther.
Ujar Bradley yang merupakan kelahiran Devon, England ini, sememangnya King Arthur merupakan karakter yang sangat dinanti-nantikannya sepanjang penglibatannya dalam lima musim Merlin.

TUNJANG utama Merlin (dari kiri), Angel Coulby, Colin Morgan, Bradley James dan Katie McGrath.


"King Arthur merupakan watak yang dinanti-nantikan seumur hidup saya. Ini kerana King Arthur bukan sahaja karakter yang dikenali di United Kingdom sahaja, malah di seluruh dunia.
"Saya berasa sangat berbesar hati melakonkannya dan berbangga setiap kali mengingatinya," tutur Bradley.
Ditanya tentang apa yang paling digemarinya sepanjang terlibat dengan Merlin, jawab jejaka berusia 29 tahun ini, dia paling suka ketika babak melakukan adegan berperang bersama pelagak ngeri.
"Saya sangat teruja dan seronok bersama mereka sepanjang babak tersebut. Mereka sentiasa bertenaga dan sentiasa tampil dengan gerak aksi yang kreatif.
"Saya juga seorang yang lasak jadi, ia bagaikan keseronokan bagi saya melakukan aksi lagak ngeri tersebut bersama mereka semua," jelasnya sambil ketawa kecil.
Angel merindui Katie
Dalam musim kelima Merlin, Angel Coulby yang sebelum ini melakonkan watak pekerja istana, Gwen mula menjiwai watak Queen Guinevere selepas mengahwini King Arthur. Kali ini dia perlu lebih banyak bersemuka dengan wanita sihir jahat yang bernama Morgana.
Namun akuinya, setelah beberapa musim berlalu, penampilannya bersama Morgana yang dilakonkan oleh Katie McGrath itu, semakin kurang.
"Ya, memang kami sudah lama tidak bekerja bersama dalam Merlin. Rasanya mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun kami tidak ada babak yang menggandingkan kami secara langsung.
"Bagaimanapun ada beberapa babak saya kembali bergandingan dengan Katie menerusi beberapa siri terakhir dan saya sangat gembira bekerja bersamanya semula. Nantikan kemunculan babak kami kerana ia merupakan babak yang tegang berlaku antara Gwen dan Morgana," jelas wanita kelahiran London, England ini.
Katanya lagi, dia serta pelakon lain sangat berterima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh peminat saban tahun.
"Dahulu, ketika penggambaran bagi musim pertama Merlin, hanya empat orang sahaja yang duduk di tepi tembok dan menjadi penonton.
"Kini, ia telah meningkat kepada beratus-ratus peminat yang sanggup menonton 'secara langsung' di set penggambaran Merlin. Ia merupakan sebuah pengalaman yang paling mengujakan buat kami semua, " luah Angel.

MUSIM kelima Merlin menyaksikan Angel Coulby perlu menjiwai karakter Queen Guinevere.


Kuasa lebih Morgana
Sepanjang sesi temu ramah dengan media Malaysia, Katie McGrath merupakan individu yang paling banyak berceloteh dan memberikan jawapan terhadap soalan yang diajukan.
Katanya membuka bicara, kesemua mereka berasa bertuah kerana dapat terlibat dalam Merlin.
Selama lima tahun bersiaran di seluruh dunia, mereka sangat gembira dengan penerimaan peminat terhadap penampilan mereka dalam Merlin.
Bagi pengikut setia siri ini, pasti mengetahui jika sebelum ini, karakter Morgana boleh dianggap sebagai kurang pasti dan yakin dengan kuasa dan dirinya sendiri. Bagaimanapun dalam musim terakhir Merlin ini, Morgana menjadi lebih 'gelap' dan berkuasa.
"Saya suka dan sangat menikmati karakter baharu Morgana ini. Saya pernah lakonkan watak cerah (baik) dan gelap (jahat) Morgana namun watak gelap ternyata lebih mengujakan saya dan saya memang menggemari watak antagonis ini.
"Kali ini, Morgana seorang yang sangat bijak memanipulasikan keadaan dan menggunakan orang lain demi mencapai apa yang dimahukannya. Ya, saya sukakan semua itu!," ceritanya penuh teruja.
Katie mengakui dia dan para pelakon Merlin yang lain pasti akan merindui setelah lima musim berkerjasama untuk siri TV tersebut.
"Kami semua telah melakukan yang terbaik untuk menyajikan yang terbaik buat peminat siri Merlin ini. Harapan kami agar dapat memberi kepuasan kepada penonton dan peminat, itu yang paling penting," tuturnya bersulam emosi.

Nota Pink: Memang Seronok drama niekan....aku tidak pernah miss tengok hehehe...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Drama Korea - That Winter, The Wind Blows

Author : Cik Rose Cute | 8:19 PM | 20Total Comments |
Assalamualaikum.....Korang layan tak drama korea "That Winter,The Wind Blows" aku layan hahaha....seronok pulak jalan ceritanya...Kalau sesiapa nak tgk bukak siaran 393 tayangan series 2 hari jer hari rabu dan khamis pukul 9.00 pm...

Drama Korea "That Winter The Wind Blows" ini dibintangi oleh artis cantik Song Hye Kyo dan aktor Jo In Sung. Series drama ini  sebanyak  16 episod  memiliki kisah yang cukup romantis.
That Winter The Wind Blows merupakan sebuah drama berseries  tentang seorang pemuda dan seorang wanita buta yang tidak percaya pada cinta.
Oh Young (Song Hye Kyo) adalah pewaris sebuah perusahaan besar yang kehilangan ibubapanya dalam sebuah kemalangan dan menyebabkan Oh Young (Song Hye Kyo)  hilang  penglihatan matanya. Meskipun kaya dia merasa kesepian karena orang yang dicintainya telah pergi untuk selamanya.
Sementara itu, Oh Soo (Jo In Sung) adalah penjudi dan playboy yang tinggal dalam kehidupan yang tak tenteram setelah di tinggalkan oleh orang tuanya pada usia masih kanak2 serta cinta pertamanya.
Dalam rangka untuk membayar sejumlah besar hutang,Oh Soo (Jo In Sung)  telah melakukan pendekatan kepada Oh Young (Song Hye Kyo) untuk tujuan merampas sejumlah wang.. tetapi akhirnya Oh Soo (Jo In Sung)  telah jatuh cinta dengan Oh Young (Song Hye Kyo)..
Berikut data-data serial Drama Korea "That Winter The Wind Blows" :
  • Sutradara : Kim Kyu Tae
  • Produser : Lee Dong Hoon, Lee Young Joon
  • Skenario : Noh Hee Kyung
  • Pemain : Jo In Sung, Song Hye Kyo, Kim Bum, Jung Eun Ji
  • Stasiun TV : SBS
  • Genre : Melodrama
  • Episode : 16
  • Tanggal tayang : 13 Februari - 3 April 2013

Nota Pink:Best jugak drama nie tau....pukul 9.00pm nanti ada....hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"Chantek Dress Special Anniversary Giveaway!"

Author : Cik Rose Cute | 8:13 AM | 16Total Comments |

Klik Banner Kalau Nak Join Yea
Due 01.04.2013

Syarat-Syarat penyertaan:

Melalui Blog
1. Mula - mula, letak banner chantekdress di blog masing-masing. Make sure ada link ke blog chantekdress ya.
2. Buat satu entry bertajuk "Chantek Dress Special Anniversary Giveaway!"
3. Dalam entry tu, mula-mula copylah semua syarat penyertaan, banner, hadiah, info. Kemudian, story lah apa-apa tentang chantekdress. Sekiranya anda pernah membeli baju dari chantekdress, letakkan sekali gambar anda memakai baju tersebut dan itu akan dikira sebagai BONUS!
4. Selepas itu, hantarkan link blog (link entry GA) anda melalui email,chantekdress@gmail.com atau boleh comment pada link ini. Tetapi saya nasihatkan anda email sebab saya nak tahu butir-butir peribadi seperti nama dan phone number.  Sekiranya tiada butir peribadi, penyertaan anda akan terbatal.


Melalui Facebook
Hadiah-hadiah mmg best:
Hadiah untuk kategori blog
1. Tempat pertama - Dress bernilai RM85, fashion belt, Key Chain, satu hadiah misteri
2. Tempat kedua - Dress bernilai RM85 dan fashion belt
3. Tempat Ketiga - Dress bernilai RM60 dan fashion belt
4. Tempat keempat - Dress bernilai RM50
5. Tempat kelima - Fashion belt dan keychain
Hadiah untuk kategori facebook
1. Tempat pertama - Dress bernilai RM85 and fashion belt
2. Tempat kedua - Dress bernilai RM60
3. Tempat Ketiga - Dress bernilai RM50
4. Tempat keempat - Fashion belt dan keychain
5. Tempat kelima - Fashion belt
Nota Pink:Blog Contest aku...aku dah delete....hehehe...tue sebab join kat sini...aku dah tak kemaruk join contest dah...kalau sempat jer join....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

RUPA BINDI IRWIN : ANAK CROCODILE HUNTER SEKARANG

Author : Cik Rose Cute | 1:18 PM | 24Total Comments |
Korang ingat lagi tak "CROCODILE HUNTER" dulu aku selalu tengok kalau tv 3 siarkan...Aku nak share gan korang rupa anaknya sekarang....Dulu kecik jer...sekarang anaknya dah besar umur 14 tahun

Time nie kecik lagi...(tue buaya betul ke buaya tipu kikiki)

Laporan asal Sunshine Coast

Comelkan....beza betul dulu gan sekarang....Teringat iklan Adibah Nor "CRODCODILE HUNTER"


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cabut Gigi

Author : Cik Rose Cute | 10:11 PM | 20Total Comments |
Baru lepas balik dari klinik gigi...bukan aku  yg cabut gigi...anak aku yag sulong cabut gigi...Gigi depan 2 batang  dah longgar.....(kena cabut awal2 nanti gigi asal nak tumbuh tak cantik)Korang layan jerlah story aku nie hihihi

 INilah budak yang kena cabut gigi tue....Nasib baik tak nangis...(Ibu tahu anak ibu kuat)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ada Jugak Krim Lendir Siput Babi

Author : Cik Rose Cute | 11:19 AM | 27Total Comments |
Aku baca pun terkejut....kecik2 dulu suka jugak usik siput babi nie...tak tahu pulak lendir siput babi boleh melicinkan kulit muka....kalau tak kecik2 dulu aku dah letak kat muka aku kikikiki...(padahal aku geli siput babi..kecik2 dulu usik siput babi guna kayu...ada kawan aku tue siap pegang dengan tangan pastu usik kat kawan2...menjerit aku lari...)

Lendir Siput Babi Licinkan Wajah
Lendir Siput Babi Licinkan Wajah


Khasiat Lendir Siput Babi Licinkan Wajah |

 JIKA di Malaysia gulai lemak siput sedut menjadi makanan kegemaran ramai namun berbeza pula halnya di China, Peru, Latvia dan negara-negara Afrika Utara yang menganggap siput babi sebagai hidangan istimewa.
Malah haiwan perosak tanaman khususnya sayur-sayuran itu diternak secara komersial di ladang-ladang pembiakan. Selain dipasarkan secara segar di pasar awam, siput babi itu juga dijual dalam bentuk paket dan tin di pasar raya.
Menurut laman web www.21food.com, produk sejuk beku haiwan itu mendapat sambutan ramai. Sebagai contoh, sebuah ladang di Pachacamac dekat Lima, Peru menjadi pembekal siput babi jenis Helix aspersa.
Ladang ini membekalkan siput babi sehingga 3,000 kilogram (kg) seminggu dengan harga antara RM15 hingga RM16 sekilogram.
Ladang yang diberi nama Mynshop Sac ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang bertujuan meningkatkan dan mengkomersialkan siput spesies tersebut. Siput ini dijual segar dan boleh dijadikan krim kecantikan.
Di China pula, ladang yang diusahakan sudah berusia lebih 17 tahun. Ladang yang terletak di Xinqiao, Beijing itu, Jinmengxuan Snail Breeding Co. Ltd. juga membekalkan siput baka aspersa.
Bekalan siput ini sentiasa berterusan sepanjang empat musim setiap tahun.
Bermula daripada ladang yang kecil, kini ia merupakan ladang pembiakan siput babi terbesar di China. Ladang ini membekalkan 9,000 kg hingga 11,000 kg siput sebulan.
Penyelaras bagi program Inisiatif Afrika Barat dan Pembangunan Pertanian Lestari (UMCOR), Yehezkiel. C Freeman, berpendapat siput babi adalah bagus untuk manusia dan sedap dimakan terutamanya jika dibakar.
Tambahnya, siput ini mempunyai banyak khasiat dan tinggi kandungan protein. Ia selalu dimakan oleh individu yang mengamalkan diet.
“Pada awalnya, masyarakat Afrika memakan siput apabila mereka ke hutan untuk mencari madu lebah.

Khasiat Lendir Siput Babi
Khasiat Lendir Siput Babi


“Namun, selepas program UMCOR, kami telah mengajar mereka membina sangkar siput dan cara memberinya makan,” jelas Freeman.
Menurut Catlin Cottage dalam www.snailfacialcream.com, siput dan manusia berkongsi banyak elemen kulit yang sama. Siput membekalkan serum yang kaya antioksida yang berfungsi mengatasi masalah penuaan.
“Penggunaan serum atau krim siput juga boleh mengatasi masalah kulit yang terbakar dan terdedah kepada cahaya matahari,” jelasnya.
Pelakon terkenal Hollywood, Katie Holmes merupakan salah seorang pengguna krim siput menurut akhbar Daily Mail. Krim yang digunakan Holmes itu juga didakwa boleh menghilangkan parut pada wajah.
Antara jenama produk krim siput yang terkenal ialah Missha, Dr. Jart+ dan Labcconte
Selain daripada dijadikan krim kecantikan, siput babi juga dikatakan boleh dijadikan alat urutan terapi di salun kecantikan.
Menurut pemilik sebuah salun kecantikan di bandar Krasnoyarsk, Rusia, Alyona Zlotnikova, siput babi mampu mempercepatkan pertumbuhan semula kulit, menghilangkan kedutan, parut dan kesan terbakar.
Alyona akan meletakkan siput hidup di muka dan badan pelanggannya. Siput yang bergerak dan mengengsot di sekitar wajah tersebut dianggap sebagai terapi.
Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin.
Pengarah Institut Pembedah Laser Dermatologi di Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Tanzi, berkata, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan krim daripada lendir siput boleh menenangkan dan antiradang.
“Namun tiada kajian saintifik yang boleh membuktikan kesahihannya. Jadi, saya masih ragu-ragu tentangnya,” jelasnya.
SUMBER 


Nota Pink:Aku terbaca kat blog Fyna terus aku nak share gan korang....mana tahu kot2 korang nak cuba tip nie...kalau aku tak sanggup...geli wei!!! hehehe


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ikan Berkepala Babi

Author : Cik Rose Cute | 9:02 AM | 24Total Comments |
Memang besar Kuasa Allahkan....aku pun terkejut bila tengok gambar ikan berkepala babi.Babi dengan ikan boleh mengawan ke?Pelik tapi Benar...
Memang sangat pelik bila melihat babi berbadan ikan yang dipercayai telah ditemui di Palembang.
Semua yang terjadi atas izin dan kekuasaan Allah. Subhanallah!!!
Kredit Sini
NOta Pink:Akhirnya dapat jugak no tel Mai Nak Cerita  
hihihi...gembira rasa hati... 



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Jom Pilih Hadiah

Author : Cik Rose Cute | 8:32 PM | 22Total Comments |


Klik Banner Di atas Kalau korang terasa mau join sepertiku...Hope bertuah kikiki
Tarikh Tutup 30 Mac 2013

Dua Hadiah Yg menjadi pujaan Hatiku..

1) Dress
2)Shawls


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Selamat Ulang Tahun Dya

Author : Cik Rose Cute | 12:31 AM | 12Total Comments |
So,Kesempatan ini akak ingin wish 
Selamat UlangTahun Kelahiran
Buat Dya...  
 
Semoga Dya Di panjangkan Umur,
Di murahkan Rezeki
Dan
Sentiasa Mengingati Allah
Semoga 
Umur baru nie...dapat memantangkan
dya untuk menempuhi cabaran hidup
Amin...
  

 
 
Nota Pink:Happy Birthday Buat Semua Yang Lahir Bulan Mac...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Selamat Hari Lahir Untuk Cendol

Author : Cik Rose Cute | 12:20 AM | 9Total Comments |

Happy Birthday Untuk Cendol....Akak doakan semoga berjaya dalam pelajaran nanti...Jauh betul cendol belajar...Jangan hampakan harapan Ibubapa dan keluarga ya....

 

 

Aku cilok gambar cendol dari blognya....Jangan marah ya....

Nota Pink:Nasib baik deqla kasi tahu hihihi...Tak lupa juga Happy Birthday Untuk Tihara....Sorry sangat2 dah lama tak jenguk blog tihara yg hijau tue....In shaa Allah...akan ku usahakan ke blog tihara...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ