Sweetnya Yusry Buat Lagu Untuk Lisa Surihani

Author : Cik Rose Cute | 9:19 AM | 39Total Comments |
Memang sweet betul pasangan iaitu Yusry Dan Lisa Surihani....Sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari yang lalu Yusry Abdul Halim 40,telah mendendangkan lagu untuk Isterinya melalui Radio Era...Jom! Baca...

Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu

Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.

"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.

"Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.

"Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Selasa.

Rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu.

Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.

"Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," katanya.

Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Sementara itu, Lisa memberitahu setelah setahun usia perkahwinan mereka, dia berasa sangat bahagia dan bersyukur dapat melalui hari-hari tersebut dengan orang yang tersayang dalam hidupnya.

"Setahun ini adalah yang paling indah dan bahagia buat saya sebagai seorang isteri kepada Yusry. Banyak perkara yang saya pelajari dan sedang cuba untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik," ujarnya yang mengakui kini lebih menitik beratkan soal penampilan dan gaya selepas berkahwin.

Bercakap soal cahaya mata, Lisa berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

"Saya sudah bersedia tapi ini rezeki Allah, insya-Allah kalau ada rezeki ini saya akan beritahu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu dan mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya
Dengarkan lagu romantik  Selamat Hari Kita nyanyian Yusri untuk Lisa Surihani http://podcast.ampradio.net/era/


PsstTT!!!  Doakan untuk mereka semoga Cepat dapat baby....Amin...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Fazura Tolak Babak Ranjang...

Author : Cik Rose Cute | 8:08 PM | 36Total Comments |
Lama Tak dengar cerita tentang Fazurakan....Aku suka tengok Fazura nie...mukanya cantik....dia marah ke,serius ke tetap sama....Lewat publish hari nie...


Suatu ketika dulu, Fazura pernah melahirkan hasrat untuk memperlahankan kerjaya seninya demi permintaan ibu tercinta. Justeru, tahun lalu tidak banyak kelibat dirinya dilihat di layar perak atau skrin kaca. Cuma sesekali wajah jelita itu menghiasi kulit depan akhbar dan majalah sambil bercerita mengenai perniagaan butik yang baru diceburinya itu.
Bagaimanapun, ketentuan Allah tiada siapa yang tahu dan sebagai insan, siapalah Fazura untuk menolak rezeki yang terbentang di depan mata? Jendela 2013 dibuka dengan penuh kesyukuran apabila tawaran berlakon datang mencurah-curah.
Tak tolak rezeki
Enggan dilihat seperti menolak rezeki, aktres ini kembali membuat penampilan semula dengan menerima tawaran berkenaan. Begitupun, semua itu tetap ada syaratnya.

“Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya tidak akan berlakon dalam babak ranjang, berpelukan dan berpegangan tangan sambil berjalan. Saya buat begitu kerana saya menghormati permintaan ibu saya yang tidak suka dengan babak sebegitu.
“Memandangkan drama Kisah Cinta yang saya bintangi itu tidak mempunyai babak sedemikian dan kebetulan pengarah filem berkenaan kawan baik saya, serta ia menggandingkan pula saya dengan Shaheizy Sam serta Nazim Othman, jadi saya terima tawaran terbabit.“Memang dari dulu lagi saya ingin berlakon dengan Sam kerana dia memang pelakon yang bagus,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta ubat gigi Colgate Optic White di Bandar Utama, pagi kelmarin.

 
Hadir sama, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis.Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin ini berkata, sebagai pelakon ada ketika dia perlu bertolak ansur dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri.
Demi menghormati penulis skrip drama yang bakal disiarkan di Slot Lestary TV3 itu, Fazura terpaksa ‘melanggar’ sedikit syarat yang ditetapkannya.

“Ada satu babak saya perlu memegang tangan kekasih saya ketika kami meluahkan perasaan cinta masing-masing. Pegang sikit saja dan itu pun ketika kami sedang duduk. Babak itu perlu kerana ia mahu menunjukkan perasaan cinta kami. Saya kena juga menghormati kehendak penulis skrip.

“Bagaimanapun, jika boleh dielak, saya akan cuba mengelak demi menjaga perasaan ibu. Jika ditakdirkan saya berkahwin satu hari nanti, tak kisahlah dengan dengan sesiapa pun, memang saya akan berhenti berlakon. Jika bakal suami saya itu seorang pelakon, saya juga akan suruh dia berhenti berlakon,” tegasnya.-berita harian

Pssstt!!!...Hari rabu mak mertua datang sini....Mungkin aku tak bukak blog....atau online komputer....Faham2 jerlah....hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ