Segmen: Follow Sambil Tutup Mata By Lia Abdillah.

Author : Cik Rose Cute | 6:14 PM | 34Total Comments |
Jom! join Segmen nie...Aku di tag oleh Miss Banu
Due Date 22 Mac 2013
Jom! Join Ramai2...Nama Yang Di tag Hope Join hihihi



tag 
SALLY YATIE
MV
FIEDA


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Author : Cik Rose Cute | 6:03 PM | 19Total Comments |
Petang2 Rasa Mau Join Segmen Dari Blogger Mialiana.com...Kalau korang terasa mau join jugak klik kat bawah....Cepat2!! Segmen nie kejap jer tau....


Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Design Blog Aina's Closet

Author : Cik Rose Cute | 8:31 PM | 21Total Comments |
Akhirnya....siap jugak blog yg orang tempah dari aku....Dua tiga hari nie kekeringan idea hihihi....walau bagaimana pun tetap ku usahakan jua untuk mengikut selera orang yg menempah dari ku....dan lihat hasilnya....Nasib baik tuan punya diri suka...


Kalau korang nak tgk full Template Klik Aina's Close Jangan lupa follow hihihi







Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya...

Author : Cik Rose Cute | 12:20 PM | 18Total Comments |



Bercakap fasal doa,
 
 
Aku nak share gan korang  satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan aku...kisah seorang anak yatim lagi miskin. Sewaktu korang  di sekolah ada tak guru2 korang suruh korang berdoa. Jadi aku masih ingat lagi dari sekolah rendah hingga sekolah Menengah  sudah di biasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar kita rajin berdoa, dan agar doa kita di makbul oleh Allah. Jadi, bila Allah anugerahkan kita kejayaan, kita sentiasa rasa, itu sebab kita berdoa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi 

Cerita yang saya dengar itu begini:
 

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
 
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
 
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
 

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
 
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
 

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
 

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
  


 “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak     cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” 

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
 
 
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
 
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
 
 
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
 
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
 
MasyaALLAH…
 
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

  
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.


  
Cerita ini meruntun tak hati korang?, dan buat aku  berfikir panjang.
 

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
 

"Aku buat beginilah yang jadi begini."  

"Doa aku makbul seh!" 

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
 

Tanpa sedar kita bongkak dan Takabur.
 

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
 
 
Cerita itu sangat menyentuh hati aku...itu sebab aku nak share gan korang.
 

Membuatkan setiap kali kita  berdoa, kita tidak lupa mendoakan ibu bapa kita, guru-guru kita, keluarga kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat karib kita, yang teramat akrab dengan kita sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa kita memerlukan mereka mendoakan kita juga.


Mana tahu kot2 kita banyak dosa dan banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. 

Dan kita juga jangan rasa segan nak minta orang lain doakan untuk kita.
 





Psst!!! ..Sekarang nie  Anak LYA  Asya tak berapa sihat...sedih pulak dengar berita tersebut....Harap Korang Doakan Asya cepat sembuh dan di hindari dari penyakit yang bukan2.....Klik SINI  Untuk ke blog LYA....Semoga Lya terus tabah menghadapi ujian Allah....Amin..

 

بسم الله الر حمن الر حيم, بسم الله الْكَبِيرِ
نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan nama Allah yang Maha Besar
kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah
dan dari kejahatan kepanasan neraka
Ya Allah...
 Kau Berikanlah Kesembuhan Buat Anakku   Amin....


Doa kat atas tue...aku copy dari blognya....Pertama kali entry aku terlalu panjang....Hope korang tak marah hihihi....Lagi satu aku sangat2  bersyukur  kepadaMu Ya Allah....kerana Kau tidak pernah memberi ujian yang begitu berat untukku....Bersyukur sangat2....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Haiwan Comel Dan Cute

Author : Cik Rose Cute | 10:02 PM | 20Total Comments |







































 
 
Semua cute2kan....geram tgk....Baru balik makan KFC...dekat bandar puteri....layan jerlah...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Fatin Farhanah Mencari Bloglist March

Author : Cik Rose Cute | 11:05 AM | 19Total Comments |
Terjumpa segmen nie dari blog MV terus terasa mau join hihihi...

Klik banner untuk join



Jom join ramai2....tarikh tutup 24.02.2013(11.59 pm) apa lagi tunggu...

Psstt!! baru lepas makan....aku masak kari ayam hari nie...hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tak suka Qi Razali Gan Nelydia Senrose

Author : Cik Rose Cute | 10:07 AM | 31Total Comments |
Korang jangan terkejut....Aku terbaca gosip nie dekat Utusan yg mengenai Qi Razali selesa dengan Nelydia Senrose....Eeiii tak suka aku gan mamat kurus kering tue...Sebelum nie Qi nie bercinta gan Yuna kan....pastu sekarang dah tak couple dah....Qi nie banyak yang tak elok tentang peribadinya....tue yang aku tak suka....Nelydia Senrose tue...budak lagi....huhuhu...Jom baca perbualan antara Qi Razali dengan Hits.


qirazali

DI kala umurnya menjangkau 36 tahun, Qi Razali masih lagi dilihat sebagai lelaki idaman ramai wanita. Kekal dengan status bujang, Qi atau nama sebenarnya Kushairi Mohammed Razali sebelum ini pernah bercinta dengan penyanyi terkenal Yuna sebelum putus di tengah jalan. Enggan menoleh ke belakang lagi, Qi memberitahu, 2013 bakal dipenuhi dengan urusan kerjaya sahaja. Sempat menjenguk ke laman Instagram miliknya baru-baru ini, dikejutkan dengan gambar berdua miliknya dengan pelakon Nelydia Senrose. Cuba ajukan soalan sama ada hatinya kini sudah terubat dengan kehadiran pelakon drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu, Qi memilih untuk jujur kepada wartawan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN.


HITS: Boleh Qi beritahu apa hubungan sebenar Qi dengan Nely?
Qi Razali: Memang saya selesa dengannya, rasanya tidak ada masalah untuk saya bersama dengan orang yang saya selesa.


Adakah ini bermakna Qi mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan dia?
Jangan terlalu cepat membuat andaian, kami sudah kenal lama dan buat masa ini kami masih sedang mengenali. Saya mahu ia berjalan dalam proses yang betul, biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa.


Selain kisah dengan Nely, apa lagi cerita terbaru Qi?

Saya baru sahaja selesai penggambaran dua filem berjudul Anak Jantan dan BenCinta. Dan kini sedang bersedia untuk dua program baru pula. Boleh dikatakan rezeki agak menyerlah tahun ini. Syukur kepada Allah.


Filem BenCinta lakonan Qi merupakan terbitan MIG, adakah ini bermakna Qi kini berada di bawah pihak pengurusan MIG?


Oh, tidak. Saya hanya berlakon di bawah produksi itu sahaja. Memang ada tawaran untuk menjadi artis MIG tetapi buat masa ini saya masih memikirkannya.Banyak nak kena fikir.

Sebelum ini peminat lebih mengenali Qi sebagai pengacara, mungkin kemunculan Qi di dalam dua filem ini akan memberi gambaran berbeza buat peminat.

Memang, untuk dua filem ini saya melakonkan watak yang amat berbeza daripada watak sebelum ini. Apa yang pasti saya mahu buktikan kepada peminat saya juga mampu membawa pelbagai watak dan tidak hanya mahu dikenali sebagai pelakon "urban" semata-mata.

Dengarnya juga, Qi mahu dalam bidang nyanyian, hmmmm... nak ikut jejak kekasih lama ke?


(Ketawa) saya memang suka menyanyi, cuma sebelum ini secara sorok-sorok. Namun kali ini saya akan menyumbangkan sebuah lagu hasil ciptaan dan nyanyian saya untuk filem BenCinta.Minat kepada nyanyian sudah lama, cuma sekarang baru ada peluang. Saya tak ikut sesiapa, ikut kata hati sendiri sahaja.

Psstt!! aku niekan suka sangat tulis entry tentang gosip...hihihi....nak citer hal keluarga aku....tiada story yg best  nak citer....Sebab sekrg dah jarang keluar....Yalah jimat cermat nak renovate rumah hihihi...Tunggu!!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Isteri Orang Fizz Fairuz Bertunang!!

Author : Cik Rose Cute | 9:55 AM | 23Total Comments |
Korang dah terbaca dah...isu tentang Fizz Fairuz yg terbaru....terkejut jugak aku baca....kesian pulak dekat Fizz....Macam mana boleh bertunang dengan isteri orang ya....Pelik tapi benar....Mak bapak bersubahat sama ler...tentang status  Azlyn Massiela tue isteri orang....(dunia sekarang...)




Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz & Azlyn Massiela


“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.


“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”

Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.


“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut”


Pssttt!!! Sekarang nie...kalau kita sakitkaan hati orang...Cepat jer Allah tunjuk...huhuhu....Semoga Adalah jodoh Fizz Fairuz Gan Almy Nadia ya....


Nota Kecik:Tak sempat nak jenguk korang....sibuk menerima tempahan edit blog orang....Sorry sangat2  ya...Terutama Group GSF....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bila Nak Cash Out Nie....

Author : Cik Rose Cute | 9:15 AM | 37Total Comments |
First time nak merasa hasil berblog....korang cash out...time bila erk? aku tak reti sangat pasal nuffang nie....boleh beri pendapat....bila nak cash out? hihihi...Tahun 2013 baru nak merasa....tahun lepas tak merasa...sebab aku rejister nuffang  hujung tahun lepas....

Terima Kasih kat Nuffang gan korang...kerana sudi klik iklan kat blog aku ya....Semoga korang pun murah rezeki...


Psstt!! pasni aku busy sikit....ada orang ambik tempahan edit blog....Ada masa aku jenguk korang....Okey bye!!!...nak masak jap...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ