Meteorite crash in Russia: Video of meoritete explosion that stirred panic in Urals regio

Author : Cik Rose Cute | 1:05 PM | 22Total Comments |
Seram betul aku tgk video nie.....bila tgk video nie insaf kejap....dan terus sedih....tue baru kecik jatuh....kalau besar.....hmmmm...Itulah tanda kebesaran Allah....Dia mampu melakukan segala-galaNya...tiada siapa mampu melawan kekuasaanNya...Klik SINI terbanyak lagi videonya...


Kiamat ..  siapa yang tahu kecuali ALLAH S.W.T …   Namun kiamat pasti tiba .. adakah anda sudah bersedia ? 

Tanda-tanda besar hari kiamat menurut AGAMA ISLAM
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar

  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka’abah diserang oleh orang habshah (sudan-etophia-eriteria.  )laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi, (bom nuklear) sekali di timur (Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog) memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

psstt!!! tanda2 kecil dah banyak dah berlaku....So fikir2kan....huhuhu sedih jugak nie amalan belum cukup....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen: Bloglist February until March by FiQa Nsz

Author : Cik Rose Cute | 5:13 PM | 10Total Comments |
*KLIK BANNER UNTUK JOIN*
 
 
psstt!!...baru hari nie aku follow blog adik nie....Aku join untuk support blogger baru...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tahniah Shila Amzah

Author : Cik Rose Cute | 2:53 PM | 28Total Comments |
Walaupun kemelut percintaannya di tentang oleh bapanya....tapi rezeki tetap menyebelahi shila...Rezeki Shila Amzah tidak pernah putus dan bakatnya terus mendapat pengiktirafan.



Terbarunya, juara Asian Wave 2012 ini telah tercalon di Nickelodeon Kids' Choice Awards 2013 yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Tercalon di dalam kategori Favourite Asian Act, Shila bersaing dengan tiga artis lain iaitu Psy (Korea), Han Geng (China) dan Sarah Geronimo (Filipina) untuk trofi tersebut.

Tahun lalu, Yuna telah tercalon di dalam kategori yang sama tetapi tewas kepada Charice dari Filipina.

Untuk mengundi Shila, sila ke sini.


Pssttt!! mungkin berkat Shila menghormati keputusan bapanya yang tidak merestui perhubungannya...dengan sharnazz...Kita sama2lah doakan kejayaan Shila....Aku rasa Shila ada harapan untuk menang....suaranya power....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

REQUEST : Saya Nak Doodle Alif Ismail (Versi 2.0)

Author : Cik Rose Cute | 2:36 PM | 10Total Comments |
CLICK Untuk Join!

Selamat petang semua! Hari ni rasa macam nak join segmen dari Alif Ismail.... First time aku join segmen Alif Ismail tau.Aku  jatuh cinta dengan doodlenya yg cute tue....
Kebetulan pulak  Alif tengah anjurkan segmen REQUEST : Saya Nak Doodle Alif Ismail (Versi 2.0) ni.Terus aku terasa mau join....Syarat2nya pun simple jer.....
Antara syarat yang diberi, Alif suruh nyatakan kenapa kita nak doodle hasil seni Alif ni.. Sebab utama aku suka dengan hasil kreatif alif menciptakan doodle....sangat2 comel...Sebab kedua aku nak sangat doodle dari Alif...nie....kikiki....lagipun free...

Doodle tue.....tak kisahlah design camna pun...janji pakai tudung....and senyum...


Pssttt!!! korang nak jugak Doodle...Jom! join...Sebelum terlambat...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gegaran otak ancam nyawa

Author : Cik Rose Cute | 8:12 PM | 24Total Comments |
Aku terbaca info nie...dekat kosmo.....Sebagai ibubapa..kita perlu ambik tahu.....Lagi2...kalau suami isteri bekerja....pasti anak hantar kat pengasuhkan....Semoga kita mengambil pelajaran di sebalik yg berlaku...

Sindrom Goncang Bayi atau dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome (SBS) boleh diatasi jika ibu bapa atau pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak tahu mengendalikan bayi yang meragam dengan cara yang betul.

TANGISAN bayi yang luar biasa lazimnya mesej yang ingin disampaikan bayi bahawa ada perubahan pada dirinya.



PADA bulan September tahun lalu, pasangan suami isteri, Mohd. Suhaimi Mamat, 31, dan Effa Roziana Mohd. Zin, 27, seperti biasa pulang dari kerja dan mengambil anak kedua mereka, Mohd. Danisy Darusy Mohd. Suhaimi, tujuh bulan, di rumah pengasuh di Shah Alam, Selangor.
Sejak melahirkan Danisy pertengahan tahun lalu, pasangan tersebut membuat keputusan meletakkan Danisy di bawah jagaan pengasuh yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Ia bukanlah taska berdaftar tetapi pemiliknya memang dikenali sebagai penjaga kanak-kanak dalam kalangan penduduk kawasan tersebut.
Setiba di rumah, Danisy muntah-muntah lebih lima kali. Setiap kali disusukan, bayi itu muntah dan enggan menerima sebarang makanan. Resah dengan keadaan tersebut, Suhaimi dan Effa membawa Danisy ke sebuah hospital di Klang, Selangor bagi menjalani pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati, suhu badannya normal tetapi tiba-tiba Danisy diserang sawan. Doktor gagal mengesan punca sebenar dan Danisy ditahan di wad bagi menjalani imbasan otak.
"Keputusan imbasan mendapati Danisy mengalami pendarahan otak dan dia terus ditahan selama empat hari di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor juga memberitahu, matanya mengalami pendarahan serius jadi pembedahan terpaksa dilakukan.


GAMBARAJAH menunjukkan bahagian pendarahan pada otak.



"Danisy selamat menjalani pembedahan mata kanan pada bulan Oktober lalu dan kini dia kembali aktif. Sebelum ini, kalau orang panggil dia tidak boleh respons dan menangkap arah suara yang memanggilnya," kongsi Effa ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bercerita mengenai pengasuh anaknya, ujar Effa, selepas kejadian itu, dia dan suami ada bertanya kepada pengasuh tersebut sama ada Danisy pernah terjatuh tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Malah, pengasuh itu menambah Danisy pernah beberapa kali menggigil dan dilihat dalam keadaan mata terbeliak yang dianggap normal pengasuh tersebut.
"Kami kecewa kerana dia tidak pernah menceritakan hal tersebut dan doktor yang memeriksa Danisy di Klang memberitahu, kemungkinan anak kami digoncang dengan kuat. Kami tidak berlengah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam," imbas Effa dalam nada sebak.
Keadaan sama turut menimpa anak pasangan Zaihasliza Abd. Rahim, 28, Arissa Eryna Mohd. Fairuz Iskandar, tujuh bulan, pada pertengahan bulan Oktober tahun lalu. Ketika diambil dari taska kawasan rumah Zaihasliza yang terletak di Shah Alam, anak keduanya itu mula meragam.
Gejala SBS
Menurut Zaihasliza, setiap kali diletakkan, Arissa menangis dengan kuat dan ingin didukung sepanjang masa. Apabila diberi susu, Arissa muntah dan hal itu berlarutan sehingga pukul 4 pagi.
"Pada mulanya, saya ingat perut dia masuk angin. Tapi bila asyik muntah dan lepas mulut dia berbuih-buih dan badan menggigil, saya panik lalu bawa dia ke klinik.
"Menurut doktor, Arissa tak demam dan tidak lama kemudian dia diserang sawan. Doktor minta saya rujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sampai situ, Arissa diserang sawan yang teruk dan doktor syak ia ada kaitan dengan otak.
"Lepas melakukan ujian imbasan otak, doktor mengesahkan memang ada pendarahan di otak dan di bahagian belakang mata Arissa yang serius. Saya memang terkejut dan pihak hospital terus buat laporan polis.


SALAH satu cara untuk merawat masalah pendarahan otak ialah pembedahan. - Gambar hiasan



"Saya ada hubungi pihak taska tetapi jawapannya mengecewakan kerana pihak pengurusan langsung tidak ambil serius perkara yang menimpa Arissa. Bahkan, mereka menafikan Arissa pernah jatuh dan mengambil lewa perbincangan tersebut," cerita Zaihasliza kesal.
Arissa menjalani pembedahan mata kiri bagi membuang ketulan darah beku yang terperangkap. Sekiranya dibiarkan, risiko untuk Arissa hilang penglihatan sangat tinggi.
Kenali SBS
Difahamkan, kira-kira 30 kematian kanak-kanak dilaporkan di Putrajaya dalam tempoh dua tahun lalu dipercayai ada kaitan dengan SBS. Namun ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pihak berkuasa.
Menurut Ketua Unit Neonatal Institut Pediatrik HKL, Dr. Irene Cheah, kesan negatif kekal akibat SBS boleh mengakibatkan kebutaan, sawan, gangguan mental dan palsi serebrum.
"Tiada kajian terperinci dijalankan tahap kekuatan goncangan yang boleh mengakibatkan SBS tetapi goncangan yang kuat selama empat saat mampu mendatangkan kecederaan.
"Saiz kepala yang besar berbanding badan, otot leher yang masih lemah, kandungan air yang tinggi dalam otak dan ruang subaraknoid yang besar mengelilingi otak merupakan antara punca bayi dan kanak-kanak mudah mengalami SBS.
"Ibu bapa yang mempunyai anak SBS memberitahu, anak mereka cepat letih dan mengantuk, muntah dan tidak selera makan, tangisan tidak terkawal, sukar ditenteramkan atau kesukaran bernafas dan diserang sawan," jelas Irene.
Tambah beliau, punca sebenar SBS sebenarnya bermula daripada sikap ibu bapa sendiri terutama golongan bapa yang kurang sifat sabar. Apabila anak menangis, mereka tidak tahu cara yang betul bagi menghentikan tangisan tersebut.
Akibatnya, anak yang masih kecil itu cuba ditenteramkan dengan cara lambungan, dibuai dengan laju dan tidak kurang ada yang menggoncang anak dengan kuat.

Artikel Penuh: Kosmo


Psstt!!! Zaman sekarang nie....orang nak duit jer....bukannya ikhlas kalau jaga budak....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Shila Amzah Mau Mula Hidup Baru

Author : Cik Rose Cute | 9:48 AM | 34Total Comments |
Tadi terbaca kat Berita Harian tentang Shila Amzah ingin memulakan hidup baru tanpa Sharnaaz....Jom! baca...

Andai Sharnaaz Ahmad, 28, seperti nekad melupakan cintanya terhadap Shila Amzah, 23, si gadis pula tampak optimis meneruskan langkah apabila menerusi status terbarunya di laman sosial Twitter semalam, dia menggambarkan sedang melalui permulaan fasa baru kehidupan.

Permulaan baru, kehidupan baru dan lagu baru yang bakal keluar... Alhamdulillah (disusuli simbol senyuman), tulis penyanyi yang mencetuskan kontroversi itu selepas menghilangkan diri, minggu lalu.
Status yang dimuat naik kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapat maklum balas positif daripada peminat tegarnya, yang rata-rata berharap Shila tabah menempuh ujian Tuhan.

Shila pula membalas setiap pesanan dikirimkan dengan ucapan terima kasih.

Berbeza dengan status sebelumnya di laman sosial sama, terutama sepanjang kemelut membabitkannya dengan Sharnaaz serta bapa sendiri, ND Lala, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, ketika itu lebih banyak meluahkan rasa gundah di jiwa.

Shila dan Sharnaaz mula rapat selepas bekerjasama dalam pembikinan klip video penyanyi terbabit, Patah Seribu, pada 2011 yang disusuli sebuah telefilem menggunakan judul sama pada awal 2012. Begitupun segelintir pihak dikatakan kurang senang dengan kemesraan ditunjukkan kedua-duanya.

Sekadar cari ketenangan

Kemelut hubungan pasangan terbabit mula timbul apabila aktor itu memberi kenyataan merisik Shila, tetapi tidak mendapat reaksi bapanya yang kemudian menegaskan dia lebih selesa anaknya memberi perhatian terhadap kerjaya berbanding cinta, malah dikatakan mengelak bertemu Sharnaaz.

Konflik mereka terus hangat apabila Shila pula memperjelas situasi sebenar menerusi surat terbuka kepada media, tetapi pihak Sharnaaz membidas tindakan itu yang disifatkan tidak matang dan hanya dikawal keluarga.

Kemuncaknya, Shila yang bersuara menerusi Twitter dilaporkan menghilangkan diri dari rumah berikutan laporan polis dibuat bapanya seperti dilaporkan BH Ahad lalu. Pada hari sama dia ditemui di Kemaman, Terengganu.

Terdahulu, menerusi laman sosial sama Shila yang difahamkan ketika itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi memeriahkan Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia memberi kenyataan dia bukan melarikan diri.

Anda semua tidak tahu apa yang saya lalui... Saya bukan melarikan diri. Saya cuma mahu mencari ketenangan, jauh dari semua insan ini. Kenapa tak boleh? Tolong beritahu saya, luahnya, Ahad lalu.

Adakan kenduri kesyukuran

Tidak dapat didekati media kerana dikelilingi pengawal keselamatan selepas tamat persembahan yang turut menyaksikan kemunculan penyanyi tersohor, Psy, ND Lala berjanji akan mengadakan sidang media khas.

Sementara itu, sumber terdekat dengan keluarga Juara Asian Wave itu mengesahkan ND Lala memang sedang mengatur sidang media yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat selain merancang mengadakan kenduri kesyukuran. - Berita Harian


Psstttt Baguslah tue Shila....Tak payah nak pening2 kepala fikirkan pakwe....Shila muda lagi....Teruskan Perjuangan hidup dan bertawakal kepada Allah.....Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.... Mungkin dia bukan jodoh yg terbaik buat Shila....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen : BLOG REVIEW by DA

Author : Cik Rose Cute | 9:30 AM | 17Total Comments |
 
Jom! join ramai2...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

SEGMEN BAGI PI - www.penbiru.com

Author : Cik Rose Cute | 5:18 PM | 18Total Comments |

sila klik banner atas untuk JOINT
  Baru sat tadi aku terbaca segmen nie dari blog Kak Ieda mula2 tue aku usha dulu blognya sebelum aku join hihihi....Dah usha blognya baru aku mengenali blogger nie sedikit demi sedikit....terus terasa mau join jugak...
 
 
Blogger penbiru seorang yang  pandai menjahit manik, labuci baju dan juga melancong........Blognya jugak banyak berkisar tentang kehidupan beliau dan lokasi tempat beliau melancong bersama keluarga....Kalau korang nak tahu  banyak contoh2 jahitan manik dan labuci yang telah dihasilkan oleh beliau korang terjahlah blog penbiru nie.....sesiapa yg berminat tentang labuci dan manik bolehlah tanya beliau sendiri....mana tahu boleh kongsi tip2 macammana cara nak menjahit manik dan labuci....


tamat pada 15 Februari 2013. 1 minggu aje..Pemenang akan di umumkan dalam waktu terdekat.

Apa tunggu lagi? ada sesiapa yg terasa mau join.....Hadiah ada jugak tau....tak rugilah kalau join kikiki...layan jerlah....


psssttt banyaknya...aku join segmen hari nie....pelik...tapi benar kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

SEGMEN : FOLLOWING IS SIMPLE

Author : Cik Rose Cute | 4:39 PM | 15Total Comments |
Sape2 kalau nak join meh ler...click sini meh
 
 
terjumpa segmen nie dari blog Falsya Soul
terus terasa mau join kikiki.....layan jerlah... 
 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Strawberi Cute Sangat2

Author : Cik Rose Cute | 4:05 PM | 18Total Comments |
Cute tak?....Fm nie aku dapat dari IZAN blogger blog "Mia Duniaku" hadiah nie aku dapat mungkin aku pengomen tegar blognya....Thanks izan....Aii suka fm pink tue....memang comel....dah siap pesan kat anak yg sulong jangan usik....takut jatuh and pecah...cam fm bakul hari tue....Semoga Izan bahagia di samping hubby dan mia....Bahagia hingga hujung nyawa okey....


Psst!!! Sekarang nie aku tgh online....dan aku juga tengah terjah blog korang....ada masa free....mood pun tgh okey...hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

1st Segmen: Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist

Author : Cik Rose Cute | 8:35 AM | 20Total Comments |
Tarikh tutup: 25.02.2013
Tadi aku terjah blog akak Norsalmi terjumpa segmen nie....terus terasa mau join....Kalau korang terasa mau join jugak klik link di atas ya.....Jom Join segmen Ceritera Ina  nie...
Kata Ina, semua blog yang join segmen ini akan disenaraikan di bloglistnya sepanjang tahun 2013. So korang nak masuk dalam bloglist ina joinlah segmen nie ya... jangan lepaskan peluang. Jom join ramai-ramai. 
Pssttt!! dah lama tak join segmen hihihi...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Komen Almy Nadia Tentang Pertunangan Fizz Fairuz

Author : Cik Rose Cute | 9:27 PM | 25Total Comments |
Pada 10 Februari lepas, Fizz Fairuz telah bertunang dengan seorang gadis dari Kuantan, Pahang yang juga ahli kelab peminatnya, Azlyn Massiela Mohd Nazar.
Hari ini Almy melalui Harian Metro menyatakan dia tidak mampu menggambarkan dengan kata-kata tentang pertunangan Fizz dengan wanita itu.
Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.
Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah.
Almy enggan membuka mulut selagi Fizz belum memberi kenyataan tentang pertunangannya itu. Almy juga menafikan dia mempunyai orang lain yang menyebabkan Fizz membuat keputusan bertunang secara diam-diam.

Almy juga dikatakan menyifatkan hubungan mereka putus kerana dia (Almy) bukan orang kaya.
Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.
Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.

Buat masa ini saya mahu berdiam diri, tiada sesiapa yang memahami melainkan Allah.
  • Diharap Almy dapat bertabah dalam menghadapi dugaan ini. Pastinya gadis secantik Almy boleh mendapat pengganti dengan mudah di luar sana. Semoga bertemu dengan yang lebih baik!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ