Movie Hindi Veer-Zaara Hari Ini...

Author : Cik Rose Cute | 1:33 PM | 24Total Comments |
Hai! Korang....sihat ke?Sorry sangat2 sebab lama tak menyinggah blog korang....sekarang nie mood nak berblog dah ke laut hihihi.....Sorry sangat2 ya.....Jangan lupa pukul 2.00pm nanti tengok movie hindi "Veer-Zaara" jalan ceritanya sangat2  menarik dan romantik giler....movie nie di tayangkan pada tahun 2004....Aku masih ingat lagi...time tue memang aku minat giler Shah Rukh Khan dan pretty Zinta....aku sanggup beli dvd original sebab nak tgk banyak kali hihihi...Lagunya pun sangat2 best....kalau tak caya dengar lagunya kat bawah....



Korang dengar lagu nie...feeling tak? hihihi....Selamat Menonton Ya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Jangan Taksub Sangat(Setia Hujung Nyawa Sekadar Drama Dari Novel)

Author : Cik Rose Cute | 11:34 PM | 33Total Comments |
Jangan taksub sangat dengan drama "Setia Hujung Nyawa".Drama tue sekadar hiburan semata-mata....lagipun drama tue dari buku novel....Tapi ada juga di kalangan budak2 yang bawah umur terlampau taksub sangat cerita nie....sehingga wall post cam kat bawah nie....
Masalah jiwa betul budak2 sekarang....

Psst!! entry nie aku terbaca di blog Nie
korang agak2 budak nie betul ke tak betul.... Sakit jiwa kot....huhuhu


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pulau Impian Nelydia Senrose, 19 (PULAU MALDIVES)

Author : Cik Rose Cute | 11:14 PM | 10Total Comments |
Pantai berpasir putih yang luas dan pulau-pulau yang tak berpenghuni layaknya dalam cerita Robinson Crusoe, lagoon-lagoon besar di tengah-tengah pulau dan pemandangan laut dengan kilauan warna biru dan turquoise yang indah. Maldives menawarkan semua keindahan ini dengan 1,190 pulaunya yang tersebar di Samudera India yang luas.Inilah pulau impian Nelydia Senrose ingin pergi dalam drama "Setia Hujung Nyawa"

 
Hijau, biru, gading dan segala warna yang menyejukkan ada di Pulau Maldives atau yang kita kenal dengan Maladewa ini. Terletak di Samudera Hindia, pantainya lembut seperti tepung putih, pasir putih kristal memberikan jalan untuk air jernih, nuansa pirus menjadikan campuran warna yang sempurna warna dari biru;. Terumbu karang asli dan kehidupan bawah lautnya merupakan yang paling luar biasa di planet kita.
Sungguh tempat yang segar untuk bersantai dan menikmati nikmatnya hidup. Bukit-bukit romantis yang menghiasi pulau-pulau juga senantiasa menemani kita. Just surfing dan matahari! Wow, seperti syurga yang menjadi nyata, bukan? Di tempat ini ada sembilan puluh pulau resort yang pas sekali untuk bulan madu atau sekadar hiburan.



Indahnya pemandangan....patutlah Nelydia Senrose beria2 sangat nak kesana....

 Wow!!! airnya begitu jernih.....Indahnya ciptaan Allah....Kalau di syurga lagi indahkan....

Pssttt!!! aku berangan dalam mimpi jerlah nak kepulau nie hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Biodata Novel Setia Hujung Nyawa (Fatin Nabila)

Author : Cik Rose Cute | 11:22 PM | 20Total Comments |
Lepas melihat 'fenomena' Setia Hujung Nyawa yang melanda sekarang ni, aku tergerak hati untuk mencari siapakah penulis novel Setia Hujung Nyawa. Menerusi carian imej di Google,  aku terjumpa satu pautan ke laman web rasmi ALAF 21, penerbit rasmi untuk novel tersebut karya FATIN NABILA.


Orang Terengganu rupanya penulis Novel nie....Sajer aku nak share gan korang....Muda lagi penulisnya....Waktu aku sekolah Menengah...Aku suka jugak mengarang kisah2 cinta nie....yang suka bacanya kawan2 aku yang tinggal asrama SMAS dulu sampai remuk mereka pakat baca....Waktu sekolah dulu....aku seorang yg jiwang karat...suka baca novel ....dan kuat berangan....


 
 
 Tajuk : Setia Hujung Nyawa
Penulis : Fatin Nabila
Harga : RM 19.90

Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
 
 
 
Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Feb­rua­ri 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang ke­wartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau berazam mahu menjadi seorang penulis yang di­segani dan mampu mendekatkan dirinya dengan golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya. Novel DAKAPAN RINDU, karya pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat memberi hiburan bermakna dan buah fikiran seadanya kepada mereka yang gemar membaca kisah-kisah percintaan.



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aku Tidak Suka Najwa Latif

Author : Cik Rose Cute | 3:19 PM | 32Total Comments |

Hahaha....Korang jangan terperanjat!!!! memang aku kurang minat sangat dengan Najwa Latif  nie....Tapi lagu single terbaru "AdaMu" nie memang best....lirik best dan senikata pun best....siap hafal lagi....bila dengar lagu nie....mulalah aku terbayang El Dan Zain kikiki....lawak tak?

Nota kaki:Agak2 kalau drama "Setia Hujung Nyawa" di filemkan...meletop tak panggung...? hihihi....Kalau Orang sama berlakon pasti meletop!!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Daiso Japan (Masker Muka)

Author : Cik Rose Cute | 3:41 PM | 38Total Comments |
Akhirnya aku dapat jugak masker nie...Masker nie beli kat Jepun tau....Kawan hubby yg beli kat sana....murah jugaklah harganya....

Botol tengah tue aku dah pakai....gambar muka tue aku dah tanggalkan....Lepas pakai masker nie....memang terasa kulit muka licin....hihihi

3 botol nie...berharga rm 10.00....Harga sebenar...Rm 5.00 lebih cam tuelah satu botol....Dapat harga murah 3 botol rm 10.00...hihihi....nasib baik kawan hubby baik hati...suruh bayar rm 10.00 3 botol....dah 2 kali pakai tau....


          
 Soooo Sweettt Couple niekan.....


Psstt!!! Sekarang aku tgh giler menonton drama Setia hujung Nyawa dekat online....berkali2 aku tgk...cam tak puas tgk dorang berlakon bersama....Sampai hubby aku tegur...."Asyik tgk mamat tue jer..."hihihi...mamat yg di maksudkan oleh hubby aku  hero dalam Setia Hujung Nyawa.....Kelakarkan.... (Perasan jugak hubby aku...kikiki)..Drama tue memang best....tengok sorang2 pun boleh senyum....
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ