Utamakan Pelajaran/Bukan Berlakon Nelydia Senrose, 19

Author : Cik Rose Cute | 3:15 PM | 31Total Comments |
Dah 2 hari aku tak bukak blog aku.....sibuk design blog gan layan drama online "Setia Hujung Nyawa".Kadang2 tue terbantut idea gara2 aku sibuk dok melayan drama nie.....Lepas tuekan aku duk sibuk nak tahu tentang Nelydia Senrose hihihi....Sebelum nie...aku kenal dia...tapi aku tak ada duk sibuk nak ambil tahu sangat...Memang sweetlah dia berlakon dalam drama tue.....

HAMPIR tujuh tahun membabitkan diri dalam dunia lakonan, baru sekarang nama Nelydia Senrose, 19, dikenali umum. Semuanya gara-gara kegilaan ramai terhadap drama bersiri terbaru lakonannya, Setia Hujung Nyawa.
Sebaik disiarkan di TV3 melalui slot Akasia sepanjang dua minggu, drama terbitan Suhan Movies & Trading dan arahan Emi Maziah itu ditonton hampir tiga juta orang, sekali gus membuatkan penonton buka mata terhadap bakat Nelydia membawakan watak Ersalina berganding dengan Amar Ashraf sebagai Zain Hakimi.

Katanya, dia mula berlakon sejak berusia 13 tahun dan banyak drama dibintangi, namun tidak sangka baru sekarang orang memberikan perhatian terhadap lakonannya.
Foto

Katanya, populariti diraih Sehingga Hujung Nyawa tidak pernah membuatkan dia mendabik dada mahupun berasa besar memandangkan situasi industri perfileman dan penerbitan drama tempatan tidak menentu. Apatah lagi persaingan sangat besar dan bakat baru silih berganti.

Gadis kacukan Melayu-Siam ini mengakui mementingkan sesuatu yang lebih menjamin masa depan. Katanya, sebaik tamat pengajian peringkat menengah dan memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia memilih melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi.

“Saya cuba bersikap realistik dalam hidup. Sekarang pun kita lihat banyak muka baru muncul dan tidak kurang juga berbakat. Saya tidak pernah meletakkan diri antara yang terbaik kerana ada lagi bakat baru dan muda lebih berkebolehan.

“Saya belajar untuk masa depan dan sekurang-kurangnya mesti ada segulung ijazah dalam bidang berbeza. Kalau takdir menentukan bakat saya dihargai dan diperlukan sampai bila-bila, saya bersyukur.

“Bagaimanapun, andai orang tidak perlukan saya lagi, dengan kelulusan diperoleh, sekurang-kurangnya saya boleh menyertai bidang baru dan saya minati,” kata pelajar Kolej SEGI ini.

Jelas Nell, dia memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan bukan seni kerana sejak dulu berminat memerhati dan mengkaji tabiat manusia. Katanya, bidang pekerjaan dalam bidang itu juga luas.

Mungkin ramai tidak tahu, Nelly adalah sepupu pelakon baru yang naik mendadak, Emma Maembong dan kakaknya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, atau Uqasha Senrose yang kini turut bergelar pelakon.

Bagaimanapun, Uqasaha terus ke layar perak apabila membintangi filem Bencinta berganding dengan pelakon popular, Nora Danish dan Farid Kamil yang kini menjalani penggambaran di Langkawi. Emma pula terus melonjak naik hanya menerusi dua drama.

Menilai pembabitan mereka dalam industri seni dan pencapaian diperoleh, ternyata perjalanan pelakon yang memulakan kerjaya menerusi drama bersiri Spa Q itu jauh jika dibandingkan dengan Emma.

Tegas Nelly, ia tidak perlu dijadikan isu memandangkan rezeki ditentukan Tuhan. Katanya, dia bersyukur dengan apa diperoleh sekarang dan yang pasti, dia gembira dengan populariti diraih Emma sekarang.


Pantang orang berbohong

PUNYA rupa dan popular, tentu ramai me­nyangka Nelly berpunya. Tambahan pula dalam usia mencecah 19 tahun, boleh dikatakan ia tempoh terbaik untuk seorang gadis mengenal erti berkasih sayang dan indah apabila dicintai.

Mengejutkan apabila gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mengatakan dia tiada teman lelaki.

“Mengapa saya harus berbohong? Saya tidak pernah memikirkan soal populariti akan jatuh jika mengaku hati dimiliki. Pada saya, sikap jujur itu perlu.

“Apatah lagi saya pantang kalau orang membohongi saya. Sudah tentu perkara sama juga diharapkan orang lain daripada saya.

“Bayangkan kalau saya kata tiada kekasih. Kemudian saya keluar dengannya dan dilihat orang keliling. Bukankah nanti orang akan menuduh saya pembohong dan hipokrit. Tiada apa yang hendak dirahsiakan, apatah lagi saya tidak pernah meletakkan diri sebagai orang popular,” katanya.

Berpegang kepada prinsip itu, Nelly mengakui sentiasa bersikap terbuka walaupun ia menyentuh soal peribadi. Soal bercinta atau teman lelaki sering ditanya dan menjelaskan secara jujur ia tidak pernah berlaku.

Pelakon berwajah comel ini mengatakan, mungkin faktor usia menyebabkan dia tidak bernasib baik dalam soal cinta.

“Masalahnya, saya suka­kan lelaki yang jauh lebih berusia dan mereka pula tidak pernah pandang serius terhadap saya. Bila bertemu dan beberapa kali keluar bersama, akhirnya hubungan itu bertukar menjadi ‘adik dan abang’.

“Saya percaya perkara itu berlaku kerana keperibadian saya yang masih keanak-anakan. Saya tidak pernah kisah mengenai soal itu memandangkan saya masih muda dan banyak perkara perlu dikejar.

“Saya perlu beri tumpuan kepada kerjaya lakonan dan pelajaran. Saya percaya cinta tidak perlu dicari kerana apabila tiba masanya, ia akan datang dengan sendiri,” katanya dengan pandangan matang berbanding usia sebenar.


Psstt!!! Wah!! minat orang yg lebih matang...patutlah dalam drama tue....nampak serasi jer dia berlakon gan Amar...Lain kali Rosyam Nor ambiklah dorang berlakon lagi bersama....Gandingan serasilah hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Biodata Pelakon Amar Asyraf (hero Setia Hujung Nyawa)

Author : Cik Rose Cute | 8:32 PM | 37Total Comments |
Tiba2 pulak aku nak share biodata mamat nie....Suka pulak tgk dia berlakon dalam Drama Hujung Nyawa...huhuhu romantik dan sweet...Biodata Amar Asyraf Zailuddin yang membawa watak sebagai Zain Hakimi dalam slot drama Setia Hujung Nyawa. Amar Asraf,26 tahun digandingkan dengan Nelydia Senrose yang membawa watak sebagai Ersalina.  Zain Hakimi dan Ersalina merupakan sepasang suami isteri dalam drama Setia Hujung Nyawa yang di adaptasi dari novel Fatin Nabila sebanyak 28 episode.

Biodata Amar Asyraf (Zain Hakimi) 
Gambar Amar Asyraf (Zain Hakimi)
Biodata Amar Asyraf aka Zain Hakimi (Setia Hujung Nyawa) :
Nama penuh : Amar Asyraf Zailuddin
Umur : 26 tahun
Asal : Melaka
Tarikh lahir : 15 November 1986
Pendidikan: Aswara
Lakonan terdahulu (drama dan telemovie) : Kasih Najihah, Nilapura, Psikik di Tv1, Penunggu Istana, Kitab Cinta, Qada dan Getaran,Dia Bukan Mariam, Dalam Hati Ada Taman, Setia Hujung Nyawa tv3 dan sebagainya.
Biodata Amar Asyraf Zain Hakimi dan Ersalina (Setia Hujung Nyawa) 
Gambar Zain Hakimi dan Ersalina


Amar Asyraf merupakan pelakon yang sedang melonjak naik dengan lakonan yang mantap dan mampu memukau para penonton. Anda boleh saksikan lakonan Amar Asraf (Zain Hakimi) dan Nelydia Senrose (Ersalina) dalam slot drama Setia Hujung Nyawa yang bersiaran bermula pukul 7pm hingga 8pm mulai 24 Disember 2012. Antara pelakon drama Setia Hujung Nyawa ialah Raja Ema, Talha Harith, Zila Bakarin, Hilal Azman, Bea Rameshan Ryzal Jaafar dan lain lain lagi.

Psstt!! Amar Asyraf nie dah bertunang tau....tahun lepas...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Iklan Nuffang Sanofi Lactacyd

Author : Cik Rose Cute | 1:02 PM | 32Total Comments |
Korang kalau tengok iklan baru aku menari2 kat atas atau sidebar tue klik2lah ya....hihihi...baru hari nie aku nampak iklan tue menari2 dekat header dan sidebar.......Thanks Nuffang...

Ni iklan feminine hygine Sanofi Lactacyd Kalau nak tahu lebih lanjut klik  kat sini.. 

Kalau klik..jangan lupa gitahu...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Siapa Yang Guna Domain .My Memang Masalah

Author : Cik Rose Cute | 9:47 AM | 25Total Comments |
https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQxXdP5HGeTygC9246UXtGdfUNDsTVH4pRpDnRF0bcXw7Yi1RNU


Dah berapa hari problem domain nie....ramai jugak blog yang aku suka terjah tak dapat masuk......Aku minta maaf banyak2 kepada blogger yang telah bertukar domain dari blogspot ke my. Maybe kerana percuma setahun, trend, url blog lebih senang ingat tup2 ada problem pulak.....Sekarang aku tgh free,inilah masa aku nak terjah blog yg singgah blog aku...tapi tak boleh masuklah pulok....sakit jiwa tau....kalau selalu keluar gambar di bawah....

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).
Surah Al- Baqarah ayat 169

 Pssstt!! jangan marah sesiapa yg pakai Domain nie ya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Nelydia Senrose Sepupu Emma Maembong

Author : Cik Rose Cute | 9:13 AM | 18Total Comments |
Aku ada terbaca  di harian metro rupanya Nelydia Senrose ini adalah sepupu kepada Emma Maembong pelakon cantik dan ayu tue....

Emma maembong mula terkenal apabila berlakon dalam drama kau yang terindah di slot akasia tv3...kalau korang ingatlah....
Untuk Pengetahuan korang....Nelydia Senrose Kacukan Melayu - Siam , Emma Maembong Kacukan Melayu - Scotland
  
Dorang nie memang  berkuturunan kacukan patutlah comel..... Adik beradik serta saudara mara mereka  semuanya cun dan comel termasuklah kakak kepada nelydia iaitu Uqasha Senrose dan adik kepada Emma iaitu Cha Cha Maembong.




Dibawah Koleksi gambar Emma Mambong bertudung..

 gambar emma maembong, emma maembong
gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong


Semua cun2....Gambar yang last nie...ada iras Julia Rais kan.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Biodata Nelydia Senrose & Gambar

Author : Cik Rose Cute | 8:05 PM | 26Total Comments |
Baru lepas layan  slot drama "Setia Hujung Nyawa" terus nak share biodata heroin tersebut...ada sesiapa yg dah tahu ke....Dari awal Nelydia berlakon memang aku sudah meminatinya....Aku suka perwatakan mukanya yang bersahaja bila berlakon....Aku mengenali Nelydia nie...sejak dia berlakon dalam drama Spa Q berlakon jadi anak kepada Norish Karman.....korang perasan tak?


Blog Profile Biodata Nelydia Senrose & Gambar. Setia Hujung Nyawa TV3
Pelakon cantik molek Nelydia Senrose makin mendapat perhatian sekarang ini menerusi lakonannya dalam slot drama Setia Hujung Nyawa di TV3.

Dibawah adalah biodata beliau...

Biodata Nelydia Senrose


1. Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
2. Nama Popular: Nelydia Senrose
3. Tarikh lahir: 30 Julai 1994
4. Adik Beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik
5. Kacukan: Gadis kacukan Kelantan-Siam
6. Kerjaya: Pelakon
7. Akademik: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya
8. Lakonan Drama: Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Ahmad Durrah,Mistik Alam Hitam, Puaka Bunga Tanjung,Friday I’m in Love, Chef Cinta dan lain-lain.




Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Resepi Donut Gebu Dari Izan

Author : Cik Rose Cute | 4:49 PM | 13Total Comments |


Resepi dari blog  Izan Mama Mia 

Resepi nie..aku nak simpan...kot2 nanti kalau ada masa nak cuba resepi nie....anak2 aku memang hantu donut....Resepi yg izan share nie lain pulak....sebab taruk ubi kentang....Kalau korang nak try resepi nie..tgk kat bawah ya....Tq Izan kerana share resepi donut gebu gebas nie....Sayang izan ketat2... 
Bahan
kentang direbus serta dilenyek..sejukkan dalam peti sejuk
tepung gandum
mauripan @ yis
gula
sebiji telur
majerin..(mama guna minyak masak sebagai ganti majerin )
air sejuk
susu tepung
garam

Caranya
bancuh mauripan dengan air sejuk
adun gula,..telur,.garam ,..susu tepung dan tepung gandum..dengan air sejuk,
masukkan kentang....masukkan mauripan...
uli sampai jadi doh...
terap dengan acuan..biarkan seketika hingga ia kembang sedikit..
goreng dalam minyak panas...
golekkan dalam gula...

p/s...makan begitu saja pun sedap juga tanpa salut gula...
p/s...jangan bancuh mauripan dengan garam atau air panas,..nanti mauripan merajuk taknak naik kembang!!..


Pssttt!! kat atas tue pesanan izan....Patutlah aku buat donut bancuh yis gan air suam....pastu donut aku tak gebu gebas hihihi...jadik kecut....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Make Over Blog Jue Azrin And Family

Author : Cik Rose Cute | 6:00 PM | 25Total Comments |
HAHA! Alhamdulillah, siap juga  tempahan blog nie ,kepenatan melanda diriku kikiki....

Terima kasih much much kepada mereka yang sudi  untuk aku design blognya...walaupun aku nie tak berapa kreatif sangat hihihi , Maaf sesangat sebab kelewatan dan kelembapan aku dalam membuat design blog nie.... Maaf Again !

So,kat atas tue adalah design yg telah  disiapkan, aku harap korang terjahlah blog tue ya....hihihi..korang nak terjah klik SINI  

Psstt!! pasni nak rest kejap....header kat atas tue lenih kurang aku jerkan hihihi orangnya nak design header lebih kurang aku...layan jerlah.. 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

TALHA HARITH Muntah DARAH Akibat SIHIR

Author : Cik Rose Cute | 11:32 AM | 17Total Comments |
Macam2lah dunia nie.....kesian pelakon nie..kan....terkena perbuatan sihir dari peminatnya.....Jom! baca...


PETALING JAYA: Pelakon baru Talha Harith atau Talha menjadi mangsa terbaru perbuatan ilmu hitam apabila dia mengalami muntah darah dipercayai perbuatan seorang wanita yang jatuh cinta kepadanya.
Talha, 22, berkata, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya terkena sihir seorang peminat sehingga dimaklumkan selepas selesai menjalani proses berubat secara tradisional pada malam Khamis lalu.
“Kebetulan rakan saya merupakan anak murid kepada seorang pengamal perubatan alternatif. Dia telah melihat kelainan kepada diri saya.
“Daripada situlah saya pergi berubat cara perubatan Islam selama tiga hari dan alhamdulillah segalanya sudah pulih. Saya harap perkara ini tidak berulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.
Selain Talha, beberapa selebriti lain sebelum ini pernah mendakwa terkena sihir dan ilmu hitam seperti Awie, Razali Hussein dan Fezrul Khan.
Untuk artikel penuh, klik di SINI
 
Pssttt!! kalau minat pun....takkan sihir menyihir....khurafat betul....huhuhu...Allah tidak menyukai orang yang bermain dengan sihir nie....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Semakan Online Markah Kokurikulum SPM, STPM, STAM 2012

Author : Cik Rose Cute | 9:10 AM | 14Total Comments |
 
Permohonan Kemasukan KeIPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya bagi Sesi Akademik 2013/2014 telahpun dibuka mulai 7 Januari - 15 April 2013. 
 
Sebagaimana yang telah diketahui, bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), penilaian 10% markah kokurikulum adalah antara syarat kemasukan ke institut pengajian tinggi awam sesi 2013/2014.  
Kepada lepasan SPM, STPM dan STAM 2012, Semakan Markah Kokurikulum boleh dibuat di SINI
pssttt!!! ada sesiapa yg nak tgk bolehlah semak di atas.... aku cuma share gan korang...anak2 aku lambat lagi hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ