Tonton Drama Ruby Tv3

Author : Cik Rose Cute | 2:18 PM | 36Total Comments |
Sekarang aku tgh agau dengan drama ruby dekat tv 3 pukul 10.....ada tak sesiapa tgk?citer nie memang bestlah....lagi2 shanaz dalam drama nie watak yg dia bawak lain sikit...cam tak betul pun ada tak adalah control macho hihihihi...







Sinopsis Drama Ruby TV3

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.
Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

Psst!!! menarik tak jalan ceritanya hihihi....Layan jerlah...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Thank Nuffang

Author : Cik Rose Cute | 12:01 PM | 17Total Comments |
Terima Kasih Kat Nuffang kerana aku punya nuffang tue dah okey...Hari tue sewel kejap jadik Non-Glitterati....Lama jugaklah....Lepas tue aku tak puas hati..aku send ticket....


Kenapa Nuffang saya dalam keadaan Non-Glitterati? Sebelum nie Glitterati....Please!!! Tolong Jelaskan...Apa Masalahnya?


Lepas dorang jawab kejap jer....

 
terima kasih ________________________________ From: Nuffnang Helpdesk <helpdesk@nuffnang.com.my> To: ccherosliza@yahoo.com Sent: Wednesday, January 16, 2013 5:30 AM Subject: [ID: 50F6AB92] - New Ticket Created Che Rosliza Che Mat, Your support ticket has been created and sucessfully dispatched to the Blogger Enquiries/Suggestions department. Your ticket information is as follows: Ticket ID: 50F6AB92 Email: ccherosliza@yahoo.com If you submitted your ticket while logged in, you may view your ticket in your Find Tickets page ( http://mandrillapp.com/track/click.php?u=4471370&id=0764c3b98a004ea5bd6f152649d7ce72&url=http%3A%2F%2Fwww.nuffnang.com.my%2Fhelp%2Ffind-ticket&url_id=2e7aaadf04597aadf1ddbc48b5db979c8cde8511&tags=_all,_sendhelpdesk@nuffnang.com.my ).Otherwise, you may use this link: http://mandrillapp.com/track/click.php?u=4471370&id=0764c3b98a004ea5bd6f152649d7ce72&url=http%3A%2F%2Fwww.nuffnang.com.my%2Fhelp%2Fview-ticket%2F50F6AB92%2Fccherosliza%2540yahoo.com&url_id=58a54e5719b7b7d85ea5f049ab8f1f533bba4e69&tags=_all,_sendhelpdesk@nuffnang.com.my This is a computer generated email; if you have follow up questions regarding this ticket kindly use the link above to post another reply. Thank you. Nuffnang Helpdesk

Satu benda pun aku tak faham hihihi...Besoknya Nuffang Send lagi tau....

 
Dear Che Rosliza, Thank you for writing in to us! Upon checking out system, only one of your blogs is serving Nuffnang ads publicly at all times and thus affected your membership status. If you wish for Glitterati status to be reinstated, kindly ensure that all your registered blogs under one Nuffnang account have our Nuffnang ads placed. Once the process is done, you'll be given your Glitterati membership back. Hope this helps, and have a good day! :) ---------------------------
Cheers, Laura Lee Community Executive Nuffnang Sdn Bhd www.nuffnang.com.my Check out NuffnangX at www.nuffnangx.com for a revolution in your blogging experience! This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the system manager. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. If you are not the intended recipient you are notified that disclosing, copying, distributing or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited.

Itulah jawapannya....Korang faham tak?kalau faham boleh kasi terang sikit kikiki....Aku nie bab2 omputih blurr...sikit2 tau ler.....Aku bukak nuffang hari nie aku tgk nuffang aku dah cam kat bawah...

Mulalah tersenyum lebar sampai ke telinga kikiki....

Psst!! Selamat Hari Sabtu....Kemana cuti2 nie....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kucing Berak Bawah Katil

Author : Cik Rose Cute | 1:54 PM | 26Total Comments |
Hari nie nak cerita kucing berak dalam rumah kita....Yang paling sakit hati kucing nie berak bawah katil huhuhu....cuba korang fikir?...Jenuh jugaklah kita mengangkat tilam dengan pelapik kayu katil untuk bersihkan najisnya....baunya jangan cakaplah harum satu bilik....Korang mesti nak tahu camna boleh membuang najisnya kat bawah tue?...

Okey...kita  nak cerita...sebenarnya kucing tue..bukan kita punya..jiran sebelah punya....kucing tue memang comel cam dalam gambar yg kita google kat atas...yg bezanya....kucing jiran sebelah nie bulunya kaler hitam betul....mukanya lebih kurang sama....

Pagi semalam...pagi2 lagi dalam dekat pukul 6.50am...tuannya lepas..So kita tak perasan dia masuk dalam rumah waktu tue jugak kita sibuk dengan si kakak nak pergi sekolah...bila kakak dah pergi...kita masuk dalam bilik tgk syifa tidur....lepas tue dengar sesuatu bawah katil...kita risaulah..ingatkan apa....dalam beberapa saat terjembul cik tam keluar dari bawah katil terus ke pintu utama kelam kabut...terus aku tutup pintu bilik tue..sebab syifa tgh beradu lagi....Waktu cik tam keluar belum ada bau lagi tau....

Dalam pukul 9.00am kita masuk nak ambik hanger...waktu masuk tuelah wangi semerbak baunya  huhuhu....mula2 tue...kita fikir syifa yg membuang...check pampers tak ada...puas fikir bau dari mana...check2 baru teringat yg kucing masuk pagi tadi...huhuhu....


Nota Kaki: Minat jugak kucing tapi malas nak melayan najisnya huhuhu


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Individu Yg Mencuri Duit Lisa Surihani Sudah Di temui

Author : Cik Rose Cute | 9:19 AM | 26Total Comments |
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penipuan membabitkan ibu dan pelakon, Lisa Surihani, 26, yang kehilangan wang RM50,000 selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, pihaknya kini mengenal pasti individu yang terbabit mengeluarkan wang itu selepas membuat kad ATM baru tanpa pengetahuan mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Lisa Surihani rugi rm50,000 
Isnin lalu Harian Metro melaporkan Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, kerugian RM50,000 apabila wang dalam akaun bersama milik mereka hilang selepas kad ATM mereka ditukar. Kehilangan wang itu disedari Siti Amira ketika ingin mengeluarkan wang jam 10.30 pagi di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dekat sini, 11 Januari lalu. Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan, Siti Amira mendapati wang dalam akaun bersama itu berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat pengeluaran wang. Menurutnya, apabila dirujuk kepada bank, dia diberitahu kad ATM miliknya tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya. “Berikutan itu, Siti Amira bersama Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari sama,” katanya. Sumber itu berkata, rekod pengeluaran menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu. 
 
Nota Kaki: Nak tahu jugak siap yg ambik duit lisa tue....Emmm...Manusia memang tidak pernah cukup...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Oh! anakku Haziq Budak Baik

Author : Cik Rose Cute | 8:56 AM | 19Total Comments |
Tak pernah-pernah buat perangai tak nak pergi sekolah....tiba2 hari nie haziq budak baik buat perangai tak nak ke sekolah hikss....Sabar jerlah....

Nak di jadikan cerita....Malam tadi  cik hubby kita ada bawak balik  handphone baru Galaxy Note 2...katanya dia beli dari kawannya dengan harga rm 1600...mahal tak?.Sebelum tue....haziq budak baik nie tak tahu yg abahnya ada beli handphone baru...yg dia tahu handphone sebelum nie dah kena jual hihihi...s3..


Kita dah pesan kat hubby kita jangan beri haziq budak baik nie  main....nanti dia asyik mintak jer nak main...Malam tadi cik hubby kita  entah camna boleh pulak beri dekat haziq budak baik nie main.....Pagi tadi sebelum pukul 7.00  haziq budak baik  dah bangun....Exited nak main gamelah tue huhuhu....Lepas tuekan bila suruh mandi mulalah cakap tak nak mandi dan ke sekolah.....Kesabaran kita masih lagi di tahap kesabaran...kita suruh dia tanggalkan baju pastu masuk bilik air...haziq budak baik dah start nak menanggis...kita mandikan jugak....dah selesai mandi pakaikan baju....haziq budak baik nie merajuk masuk bilik sambil tutup pintu.Kita masuk bilik pujuk dan peluk dia baru okey....Terus lepak kat luar tunggu kereta datang ambik ke sekolah...time tue haziq budak baik dah tak ingat dah galaxy note tue....
Nasib baik....Haziq budak baik nie cepat merajuk dan mudah di pujuk....

Nota Kaki:Sabar Itu Separuh Daripada Iman Untuk mendidik anak-anak....Tapikan...kadang2 tahap kesabaran kita hilang jugak huhuhu


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Referring URLs Minggu Nie

Author : Cik Rose Cute | 2:32 PM | 23Total Comments |
Terima Kasih buat fieda kerana buat entry untuk aku....Di sebabkan itu aku tgk kat referring url yg ramai singgah blog aku dari blog dia....terima kasih banyak2...

 Klik Header cute tue untuk ke blognya...Fieda amat meminati purple...manakala anaknya pulak meminati kaler pink...dan sekarang blognya terhasil gabungan kaler purple + pink hihihi....Sebelum nie....purple jer...Terima kasih fieda kerana menyukai design kita....Hope Bersemangat berblog ya....

Nota Jemariku:Pasni sambung edit blog waiting dah menunggu...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Make Over Simple

Author : Cik Rose Cute | 12:47 PM | 31Total Comments |
Blog nie...semalam aku edit...Nadia nie nak design yg simple2 jer....header dia tak nak tukar nak guna yg asal...cuma aku tambah border kat tepi tue jer...memang simple betullah....kalau korang nak tgk full klik Sini


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kontroversi Kemenangan Terukir Di Bintang

Author : Cik Rose Cute | 9:38 AM | 33Total Comments |
Kontroversi kemenangan lagu Terukir di Bintang nyanyian Aizat di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) semakin menjadi jadi tatkala Zed Zaidi meluahkan rasa geramnya di laman twitter berkenaan isu Uji Rashid disingkir di saat akhir.



Dia menyuarakan pendapat dan mendesak pihak penganjuran TV3 memohon maaf secara terbuka kepada artis veteran Uji Rashid berkenaan dengan isu penukaran penyanyi itu disaat akhir.
“Kesian saya tengok Uji yang sudah pun membuat persediaan awal seperti menempah baju, datang rehearsal dan membeli ubat semata-mata untuk jayakan persembahan tersebut”

“Saya difahamkan sendiri pada mulanya dia menolak pelawaan Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut namun disebabkan rasa kasihan kerana Yuna sendiri memberitahu dia amat menyanjungi bakatnya dia lakukan juga”
Ujar Zed Zaidi selaku Presiden Seniman yang begitu tegas menjalankan tugas, dia memberitahu Rotikaya bahawa kemenangan Aizat setelah kontroversi lagu Yuna itu mungkin untuk menutup malu mereka setelah dikecam pelbagai pihak.

“Pada saya ini bukan salah pihak pengurusan Yuna mahupun pihak teknikal seperti Ramli MS kerana pada saya kuasa untuk membuang dan menukar semuanya terletak di tangan pihak stesen TV3″
“Kemenangan yang terjadi hanyalah untuk menutup malu mereka sahaja”
“Sehingga kini, saya masih belum baca mereka (pihak penganjur) memohon maaf secara terbuka mengenai isu ini setelah Uji Rashid sendiri menitiskan air mata diperlakukan sedemikian rupa”


Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepad Zed Zaidi yang setia memantau pergerakan industri seni dan lantang bersuara membantu golongan veteran seperti Uji Rashid!
Sehingga kini, masih belum dapat menghubungi pihak stesen TV3 dan tidak dapat mengambil kenyataan mereka berkenaan isu Zed Zaidi ini.

Kredit Rotikaya

psstt!! bagus jugak Zed Zaidi nie.....memperjuangkan maruah artis.... Tapikan..Aizat nyanyi lagu yuna tue best....bersahaja jer....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Merlin Episod Akhir Musim Ke 5

Author : Cik Rose Cute | 7:21 AM | 39Total Comments |
Assalammualaikum..
Akhirnya Drama Siri MerLin menamatkan episodnya untuk musim ke-5 pada 24 Disember 2012 yg lalu dan cite Merlin ini juga tidak akan disambung ke musim ke-6..so Musim ke 5 adalah yang terakhir..uwaaaa sedih plak kan Merlin dah xde pasni..Setelah 5 Musim bersiaran yakni selama 5 tahun akhirnya ianya berpenghujung yang mana episod akhir Merlin mmg sangat menyedihkan bagi semua penggemar cite Merlin ni..ohhh tidak...kerana di episod akhir Arthur akhirnya Mati setelah ditusuk pedang (yg ada Nafas Naga) oleh Mordred..Namun Mordred juga mati apabila Arthur juga sempat menikam Mordred kembali sebelum jatuh pengsan. Walaubagaimanapun Arthur tidak mati serta merta..Dia masih bernafas sebelum Merlin membawanya masuk ke dalam hutan.
Ketika didalam hutan Arthur kesakitan namun masih mampu bercakap-cakap dengan MerLin..dan situasi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penggemar Merlin pun tiba juga, dimana MerLin akhirnya berterus terang pada Arthur yang dia adalah ahli sihir dan mempunyai kuasa magik..Arthur awalnya tidak mempercayai kata-kata Merlin dan menganggap Merlin bergurau..akhirnya Merlin menunjukkan kuasa magiknya pada Arthur..Arthur kemudian terkejut lalu berasa amat kecewa dan tertipu. Die mengatakan bahawa selama ini die merasakan die amat mengenali Merlin rupanya dia salah. Arthur terus tidak mahu brcakap langsung dengan Merlin selepas itu. Keesokan harinya Gaius sampai di tempat mereka..lalu melihat luka Arthur dan mengatakan kuasa Magik Merlin juga tidak mampu menyelamatkan Arthur..dan Arthur hanya mempu bertahan hidup dalam dua hari saja..
Arthur ketika ini masih takut2 ragu2 serta merajuk dengan Merlin..dia hanya berpura-pura tidur bila Merlin ada disitu..setelah Merlin pergi dan Gaius datang kpdnya terus die memberitahu Gaius yang Merlin tuh ahli Sihir..tapi riak wajah Gaius x terkejut pun..lalu Arthur sedar yg Gaius pun lama tahu pasal Merlin ada magik..akhirnya Gaius cuba menasihati Arthur dan memberitahunya betapa pentingnya Merlin disisinya serta betapa sayangnya Merlin kpd dirinya..akhirnya Arthur akur dan mengikut nasihat Gaius..
Merlin masih tidak berputus asa dan cuba mencari jalan untuk mengubati Arthur..Akhirnya Gaius mengatakan hanya ada satu jalan iaitu dengan membawa Arthur ke satu tempat..Kemudian akhirnya Arthur dan Merlin berangkat menuju ke tempat tersebut manakala Gaius pulang ke Istana..sedih gak masa ni bila Gaius nak berpisah dengan Merlin dan Arthur die mcam dah leh tau yg die x kan jumpa Arthur dah pasni..sedihnnyaaaa...diorang berpeluk semua..dan meneruskan perjalanan masing..Malam menjelma Arthur dan Merlin berehat dibawah pokok manakala Merlin cuba menghidupkan api dengan guna kayu ke batu akhirnya Arthur suruh MerLin guna kuasa magik die utk hidupkan api..dan Merlin pun buatlah..pastu diorang bersembang-sembanglah sedih gak masa ni..Bila Arthur mcm x sangka yang selama ni die boleh x sedar yg Merlin ada kuasa Magik..Merlin hanya mampu ckp sorry..die hanya guna magik die untuk Arthur saje bukan untuk tujuan lain..
Arthur semakin lemah manakala Morgana pula tahu yg Arthur masih hidup dan cuba mencari Arthur dan Merlin didalam hutan..dan akhirnya die berjumpa dengan mereka..die terus menggunakan kuasa magiknya kpd Melin lalu Merlin pun terpelanting jauh(haha ayat aku mmg lawak)Morgana terus menghampiri Arthur dengan gembiranya kerana dia x sabar2 mahu membunuh Arthur yg telah sedia lemah itu..Akhir saat2 yg ditunggu tiba apabila Merlin datang dari belakang dan terus menikam dengan Pedang yang sama yg menikam Arthur kpd Morgana..Merlin menikam Morgana dari arah belakang..akhirnya puas hati aku bila Morgana akhirnya mati ditangan Merlin..huhuhu Arthur hanya melihat Morgana mati didepan matanya..
Setelah Morgana dah mati Merlin dan Arthur cuba meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki kerana kuda yang mereka naiki sebelum ini telah lari disebabkan kedatangan Morgana. Namun keadaan Arthur semakin parah dan tidak mampu meneruskan perjalanannya lagi sebaliknya die hanya menyuruh Merlin berhenti dari melakukan apa2 pun krn semuanya telah terlambat..Arthur hanya menyuruh Merlin memeluknya erat2 (masa ni mmg sedih giler huhu)Merlin masa ni dah nak menangis dah..Arthur masa ni sempat berkata-kata pada Merlin..dan ayat terakhir yg Arthur cakap pada Merlin sebelum die menutup mata adalah "Thank You Merlin" dannnnnn...Arthur pun menutup matanya..sangat sedih masa ni Merlin mmg dah menangis, menjerit..dan akhirnya Merlin memanggil naganya untuk membawa mereka ke tempat tersebut walaupun die sedar semua dah terlambat.. 
(masa ni Arthur dah mati huhu)
(Merlin masih x dpt terima hakikat Arthur dah mati)
Setelah sampai ke tempat berkenaan..Merlin masih x berputus asa..die terus mengusung mayat Arthur tu..sebelum Naga berkenaan menegur Merlin dengan menyuruh Merlin untuk menerima hakikat kerana tidak ada apa2 yg boleh dilakukan lagi..Naga tersebut menyuruh Merlin menerima takdir yg tertulis untuknya dan Arthur..dan akhirnya Merlin merelakan pemergian Arthur dan melaksanakan sendiri upacara pengebumian Arthur..huhuhu sedih ooo...tapi aku x rasa Merlin kembali ke istana selepas itu..die merantau  dan menunggu kelahiran semula Arthur..dan masa ni Merlin dah jadi tua..huhuhu...
inilah ending drama siri org putih yg paling sedih yg pernah aku tengok huhuhu kalau korang nak tengok final episod cite Merlin ni bolehlah tengok kat Youtube or search kt google mesti keluarnyer..x pun tunggu tv3 tayangkan nanti maybe dalam bbrp minggu lagi..
i will miss you Merlin =(
Pssttt!!! aku memang layan cerita nie...dari episod pertama hingga episod 5....pasnie...dah tak ada dah cerita Merlin nie....sedihnya...Sinopsis tue aku copy dari blog MIss Banu Story  kalau rindu boleh baca balik kisah yg last nie....Malam tadi last kat tv 3....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) Dan Leuniey Natasha Di Hotel The Royale Bintang

Author : Cik Rose Cute | 11:47 AM | 29Total Comments |
Satu lagi majlis resepsi untuk pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah diadakan di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur malam tadi.
Khairul Fahmi dan Leuniey sangat berseri,gambarnya pun begitu cantik dari G.i Photoshoot. Kelihatan juga Dato Siti Nurhaliza dengan penampilan terbarunya memakai tudung penuh.....Tak puas tengok gambarnya...
Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,

  Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha bersanding di Hotel The Royale Bintang,
  Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,
 Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,
Pelamin Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,
 Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,

Siti Nurhaliza di Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,
Gambar terbaru Siti Nurhaliza bertudung
 

Keknya....cantik sangat2....

Psstt!!...Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke syurga....Jangan Separuh Jalan Dah....huhuhu.... 

Kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ