Syifa Batuk Dan muntah...

Author : Cik Rose Cute | 1:46 PM | 62Total Comments |
Dari malam tadi syifa nie tak sihat....tidur pun tak lena..mungkin kahak bertakung dalam tekaknya...yg tak keluar2...Update nie pun sambil riba dia...

sajer aku snap gambar masa kitaorang pergi giant....

suka sangat naik benda nie...benda nie gerak sendiri...tak payah masukkan duit...

berusaha untuk memusing stereng...

Apa dia tengok ntah..abah dia ada kat belakang...



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00  


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hadiah Tudung Pasmina Dah Sampai

Author : Cik Rose Cute | 10:38 AM | 35Total Comments |
Baru selesai jejak korang...barulah aku update entry.....Semalam tak sempat nak update pasal hadiah nie....hari nie baru dapat update...

Hadiah tudung nie sampai semalam...sangat2 cantik tudungnya dan senang di bentuk...aku suka jugak kalernya boleh macing semua baju...."nanti jalan boleh ibu pakai tudung tue.." kata si haziq anak lelaki aku kikiki....Aku pun tak sabar nak pakai....tunggu nak keluar baru pakai....

Kat sini hujan turun gan lebat....dari malam tadi sampai sekarang...sejuk giler...rasa nak sambung tido...tempat korang hujan tak?



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00  


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Indahnya CiptaanMU

Author : Cik Rose Cute | 9:29 PM | 35Total Comments |
Sejuk Mata Memandang....Indahnya Ciptaan Allah...kat dunia cantik seperti ini...Kalau kat Syurga....Tak dapat nak di gambarkan....



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00  


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mulut

Author : Cik Rose Cute | 11:33 AM | 28Total Comments |
My Note:Cuba kita renungkan bersama....Semoga kita tidak tergolong dengan mulut jahat...


Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00  


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gambar Anak Aishwarya Rai Terbaru

Author : Cik Rose Cute | 10:53 AM | 46Total Comments |
Cutenya....aku tengok anak dia....geram nak gigit kikiki...nanti marah pulak Abishek...aku gigit anak dia...


Comelkan anak Aish nie.....iras sapa erk?


Aku tengok Aish semakin susuk tubuhnya....beza gambar sebelum nie gan sekarang....


Kalau Jadi artis popular nie mesti jadi tumpuan orangkan....tak ada privacy....tue yg aku tak nak jadi artis artis tue kikiki (Camlah aku layak jadik artis...wat kena kutuk jer....)

Kredit Gambar 



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00  


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Makkah Pusat Bumi

Author : Cik Rose Cute | 10:25 AM | 13Total Comments |

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….
Susunan: hasnulhadiahmad.com

My Note: Sama2lah kita berfikir....Betapa Allah itu Maha Berkuasa...

Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kenapa Burung Tidak Hinggap Di atas Kaabah

Author : Cik Rose Cute | 10:21 AM | 15Total Comments |
Terdapat banyak burung burung berterbangan mengelilingi kaabah seolah olah penjaga kepada kaabah yg tersergam indah di Mekah tersebut....Korang pernah terfikir?
Persoalannya.... kenapa burung burung tersebut tidak hinggap di kaabah dan tidak menjatuhkan najisnya (atas kaabah) dan burung2 itu hanya mengelililingi kaabah sahaja tidak seperti burung lain yg hinggap didahan pokok......."MAHA KUASA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"



http://i.imgur.com/np4Xj.jpg
Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil & rendah tapi pada malam hari ia seolah besar & tinggi. Itulah kuasa Tuhan,power of God. Burung2 tidak akan terbang atas Kaabah. Burung pun tahu kehebatan Kaabah….dan mat salleh pun not deny this fact…why? READ THIS FROM “BELIEVE IT OR NOT” BOOK!
P/s : burung juga tawaf mengelilingi kaabah sama seperti umat islam. betapa agungnya Allah Yang Maha Esa. Allahuakbar. Subhanallah.
sumber

My Note:Aku teringin nak tengok keindahan Kota Mekah dan tunaikan Haji....Tercapaikah hasrat hatiku....


Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00 






Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Anne Dan Aliff Putus

Author : Cik Rose Cute | 9:52 AM | 17Total Comments |
Akhirnya....kini pasti Anne dan Aliff putus....macam2lah dunia artis niekan.....kita layan jerlah story yg di tulis nie....


Pada hari ini, Budiey ada baca di BPop,  tentang pelakon Anne Ngasri mengakui hubungan cintanya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah pun putus.
Namun begitu, Aliff Aziz seperti mahu mempertahankan hubungan cintanya dengan Anne Ngasri. Jelas dapat dilihat dari laman Twitter Aliff Aziz yang jelas ditujukan kepada Anne. Aliff seolah-olah mahu menyelamatkan hubungan mereka yang difahamkan retak menanti belah selepas hari raya yang lalu. Aliff begitu berharap Tuhan memberi kekuatan kepadanya untuk terus berdepan dugaan cinta mereka.
Aliff Aziz Anne
Namun, dari apa yang Budiey baca, memang sah kini cinta itu dah hilang dari hati Anne Ngasri.
“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling kepada rakan media sebelum ini. Ia membabitkan saya dengan Aliff yang cukup peribadi.
“Saya minta maaf sebab tak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan Aliff saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.”
“Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi, biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berhubung dan kekal berkawwn atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.”
Sebelum buat keputusan, Anne ada solat istiqaroh. Anne nyata tak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Anne tak pernah anggap percintaan dengan Aliff selama ini sebagai satu penyesalan terbesar dalam hidup. Sebagai manusia, Anne percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tak rugi pun dan tak perlu saya nak cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini adalah dugaan yang kecil jika nak bandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia dua bulan.
Darling Tak Campur Peribadi Anne
Darling menyifatkan komen tentang hubungan adiknya dengan Aliff Aziz bersifat umum. Darling tiada niat nak mencampuri urusan adiknya malah Darling sendiri tak tahu yang hubungan adiknya berdepan dengan masalah. Namun, pernah satu ketika, bapa kami sendiri suruh kami adik beradik melakukan solat hajat untuk masa depan Anne.
Profesional
Selepas putus cinta, Anne akui dia masih berkawan dan hubungan profesional. Selepas ini, jika ada watak yang sesuai untuk Aliff Aziz, pasti diberikan kepadanya berlakon di bawah syarikat produksi miliknya iaitu NS Star Sdn Bhd dan Nasreen Pictures yang turut menerima dana Insentif Kreatif Negara dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, baru-baru ini.
Drama terbitannya, Shanxi yang disiarkan di RTM turut disenaraikan dalam pencalonan awal Anugerah Skrin 2012.
Pada 26 Februari ini, telefilem Janji Kita lakonan Datuk Rahim Razali, Izara Aishah, Anne, Bell Ngasri, Amar Asyraf dan Sharifah Sakinah akan bersiaran di TV9. Jangan lupa tonton drama ini pada hari Rabu jam 8.30 malam ya.Budiey


My Note: Lagipun Si Aliff nie muda dan playboy...tak sesuai untuk Anne...Aku sokong mereka berdua berpisah kikikiki(jahatnya mulut aku ) ramai lagi yg sesuai dengan Anne...Kalau tak silap aku bekas hubby Anne makwenya pakai tudung...


Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ