30 September 2012

Sorry

lama betul...aku menyepikan diri.....Almaklumlah.....syifa demam....hari nie baru okey.....dan aku juga sibuk design blog cik sweety yg belum siap lagi....aku rasa siapa yg singgah blog cik sweety...pasti tahu tentang nie...terima kasih yg datang follow blog nie dan juga komen....walaupun aku menyepi...waiting komen ada dekat 90 lebih orang yg belum aku publish.....huhuhu....dah siap design blog cik sweety..pasti aku terjah blog korang....Lambat edit blog sebab komputer aku nie asyik hand jer....tak tahu kenapa...hari tue hantar repair tukar program baru....aku type nie pun guna aku punyer tab.....Okeylah   aku chow dulu....aku harap cik sweety sabar menunggu blognya siap ....hihihi

26 September 2012

Syifa Batuk Dan muntah...

Dari malam tadi syifa nie tak sihat....tidur pun tak lena..mungkin kahak bertakung dalam tekaknya...yg tak keluar2...Update nie pun sambil riba dia...

sajer aku snap gambar masa kitaorang pergi giant....

suka sangat naik benda nie...benda nie gerak sendiri...tak payah masukkan duit...

berusaha untuk memusing stereng...

Apa dia tengok ntah..abah dia ada kat belakang...



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00  

Hadiah Tudung Pasmina Dah Sampai

Baru selesai jejak korang...barulah aku update entry.....Semalam tak sempat nak update pasal hadiah nie....hari nie baru dapat update...

Hadiah tudung nie sampai semalam...sangat2 cantik tudungnya dan senang di bentuk...aku suka jugak kalernya boleh macing semua baju...."nanti jalan boleh ibu pakai tudung tue.." kata si haziq anak lelaki aku kikiki....Aku pun tak sabar nak pakai....tunggu nak keluar baru pakai....

Kat sini hujan turun gan lebat....dari malam tadi sampai sekarang...sejuk giler...rasa nak sambung tido...tempat korang hujan tak?



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00  

25 September 2012

24 September 2012

Gambar Anak Aishwarya Rai Terbaru

Cutenya....aku tengok anak dia....geram nak gigit kikiki...nanti marah pulak Abishek...aku gigit anak dia...


Comelkan anak Aish nie.....iras sapa erk?


Aku tengok Aish semakin susuk tubuhnya....beza gambar sebelum nie gan sekarang....


Kalau Jadi artis popular nie mesti jadi tumpuan orangkan....tak ada privacy....tue yg aku tak nak jadi artis artis tue kikiki (Camlah aku layak jadik artis...wat kena kutuk jer....)

Kredit Gambar 



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00  

Makkah Pusat Bumi


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….
Susunan: hasnulhadiahmad.com

My Note: Sama2lah kita berfikir....Betapa Allah itu Maha Berkuasa...

Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00 

Kenapa Burung Tidak Hinggap Di atas Kaabah

Terdapat banyak burung burung berterbangan mengelilingi kaabah seolah olah penjaga kepada kaabah yg tersergam indah di Mekah tersebut....Korang pernah terfikir?
Persoalannya.... kenapa burung burung tersebut tidak hinggap di kaabah dan tidak menjatuhkan najisnya (atas kaabah) dan burung2 itu hanya mengelililingi kaabah sahaja tidak seperti burung lain yg hinggap didahan pokok......."MAHA KUASA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"



http://i.imgur.com/np4Xj.jpg
Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil & rendah tapi pada malam hari ia seolah besar & tinggi. Itulah kuasa Tuhan,power of God. Burung2 tidak akan terbang atas Kaabah. Burung pun tahu kehebatan Kaabah….dan mat salleh pun not deny this fact…why? READ THIS FROM “BELIEVE IT OR NOT” BOOK!
P/s : burung juga tawaf mengelilingi kaabah sama seperti umat islam. betapa agungnya Allah Yang Maha Esa. Allahuakbar. Subhanallah.
sumber

My Note:Aku teringin nak tengok keindahan Kota Mekah dan tunaikan Haji....Tercapaikah hasrat hatiku....


Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00 





Anne Dan Aliff Putus

Akhirnya....kini pasti Anne dan Aliff putus....macam2lah dunia artis niekan.....kita layan jerlah story yg di tulis nie....


Pada hari ini, Budiey ada baca di BPop,  tentang pelakon Anne Ngasri mengakui hubungan cintanya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah pun putus.
Namun begitu, Aliff Aziz seperti mahu mempertahankan hubungan cintanya dengan Anne Ngasri. Jelas dapat dilihat dari laman Twitter Aliff Aziz yang jelas ditujukan kepada Anne. Aliff seolah-olah mahu menyelamatkan hubungan mereka yang difahamkan retak menanti belah selepas hari raya yang lalu. Aliff begitu berharap Tuhan memberi kekuatan kepadanya untuk terus berdepan dugaan cinta mereka.
Aliff Aziz Anne
Namun, dari apa yang Budiey baca, memang sah kini cinta itu dah hilang dari hati Anne Ngasri.
“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling kepada rakan media sebelum ini. Ia membabitkan saya dengan Aliff yang cukup peribadi.
“Saya minta maaf sebab tak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan Aliff saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.”
“Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi, biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berhubung dan kekal berkawwn atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.”
Sebelum buat keputusan, Anne ada solat istiqaroh. Anne nyata tak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Anne tak pernah anggap percintaan dengan Aliff selama ini sebagai satu penyesalan terbesar dalam hidup. Sebagai manusia, Anne percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tak rugi pun dan tak perlu saya nak cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini adalah dugaan yang kecil jika nak bandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia dua bulan.
Darling Tak Campur Peribadi Anne
Darling menyifatkan komen tentang hubungan adiknya dengan Aliff Aziz bersifat umum. Darling tiada niat nak mencampuri urusan adiknya malah Darling sendiri tak tahu yang hubungan adiknya berdepan dengan masalah. Namun, pernah satu ketika, bapa kami sendiri suruh kami adik beradik melakukan solat hajat untuk masa depan Anne.
Profesional
Selepas putus cinta, Anne akui dia masih berkawan dan hubungan profesional. Selepas ini, jika ada watak yang sesuai untuk Aliff Aziz, pasti diberikan kepadanya berlakon di bawah syarikat produksi miliknya iaitu NS Star Sdn Bhd dan Nasreen Pictures yang turut menerima dana Insentif Kreatif Negara dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, baru-baru ini.
Drama terbitannya, Shanxi yang disiarkan di RTM turut disenaraikan dalam pencalonan awal Anugerah Skrin 2012.
Pada 26 Februari ini, telefilem Janji Kita lakonan Datuk Rahim Razali, Izara Aishah, Anne, Bell Ngasri, Amar Asyraf dan Sharifah Sakinah akan bersiaran di TV9. Jangan lupa tonton drama ini pada hari Rabu jam 8.30 malam ya.Budiey


My Note: Lagipun Si Aliff nie muda dan playboy...tak sesuai untuk Anne...Aku sokong mereka berdua berpisah kikikiki(jahatnya mulut aku ) ramai lagi yg sesuai dengan Anne...Kalau tak silap aku bekas hubby Anne makwenya pakai tudung...


Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

22 September 2012

Menang 3rd Birthday Giveaway

Rezeki lagi....Alhamdulillah...



Pemenang Tempat Ketiga :



Itulah dialog yg aku buat kikiki

Kalau korang nak tengok yg lain menang Klik SINI



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

Surprise Vector By Mama Arina

Gembira hati bukan kepalang lagi....Dah lama aku teringin orang hasilkan vector gambar muka aku...Akhirnya aku dapat surprise dari mama yg sangat2 cute tue....Terima kasih mama...hasil senimu amat ku hargai dear....

Nie gambar aku yg tak berapa nak cun kikiki....

Vector hasil seni tangan MAMA ARINA ada sama tak hihihihi....Kalau korang nak surprise cam aku nie...selalulah jenguk blog mama arina dan komen okey...Hati berbunga2 cam blognya mama arina kikiki


Click HERE to earn extra money!

Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

Cinta Retak


cinta akan retak jikalau kesetiaan,kejujuran dan kasih sayang yang kurang di semai dalam buku buku hati insan yang bercinta.Cinta sememangya manis,namun cinta juga boleh menjadi pahit bila cinta tidak dihargai.

My Note:Cinta Pada Allah Lebih kekal Sampai bila2....Cinta Kepada Suami Kekal hingga Ke syurga...

Click HERE to earn extra money!

Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

Diana Amir Tunang Senyap2

Assalamualaikum buat para pembaca....kikiki (ayat power pembuka kata) hari nie hari sabtu..mungkin korang tak berapa online sangat sebab hari niekan cuti...betul tak?

Malas nak type panjang2...Malam tadi aku tengok GALAKSI..pastu ada sesi terjah tuekan aku fikir siapalah yg kena terjah......rupa2nya Diana Amir....Korag mesti nak tahu kenapa Diana Amir Kena terjah...Korang baca kat bawah...

Diana Amir Sah Bertunang, Dengan UstazKalau sudah namanya selebriti, perkara baik sebegini walau pun tidak mahu di’hebahkan pasti akan sampai juga ke telinga peminat dan terima kasih buat Galaksi.
Dalam program hiburan di TV9 itu, Diana Amir hari ini telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.
Melalui laporan eksklusif Galaksi, terpapar gambar Diana Amir & tunang beliau seorang ustaz yang pada kami cukup tampan sedang memotong kek bersama. Ah romantis.
Namun laporan tidak menyebut nama tunang Diana Amir mahu pun tempoh pertunangan mereka sebelum pasangan ini bakal di’satukan dengan ikatan perkahwinan sah.
Diana Amir turut memberitahu yang majlis tunang ini sengaja beliau senyapkan & akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti.
Tahniah buat Diana Amir & pasangan. Semoga jejaka tampan ini merupakan imam yang di’cari Diana Amir selama ini. Kahwin, sila jemput kami di’sini. Heh.Kredit Rotikaya

My Note: Diana Amir  tak nak hebohkan isu pertunangannya....mungkin keluarga pihak lelaki tak nak perkara nie di hebohkan...Yalah buat apa nak heboh betul tak? Sibuk jer dorang nie nak tahu kikiki....dah memang Diana Amir selebriti mesti peminatnya nak tahu....Eh..eh... Cuba korang tengok gambar kat tepi sebelah kiri...anjing ke kucing huhuhu(gambar nie ambik kat FB)

21 September 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave


Tahniah diucapkan kepada penyanyi lagu Patah Seribu, iaitu Shila Amzah yang  memenangi hati hakim-hakim dan seterusnya muncul juara Pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China malam tadi.
Bila tengok video kat bawah meremang juga la bulu roma dengar dia nyanyi lagu mandarin. Jom tontonvideo kemenangan Shila di bawah….

Korang layan jerlah komen2 juri di atas....Aku memang suka suara shila nie...Lagi2 sekarang dia pakai tudung lagi aku suka...kredit ZieFauzi

Doa Duduk Antara Sujud/Panduan Watu Solat

TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)





INFO : PEMBONGKARAN HUBUNGAN ANTARA KIBLAT, KAABAH DAN HARI KIAMAT

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )

Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?

Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:

1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.

2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??

Pembongkarannya…

1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,

Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.

Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.

Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!

Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.

Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.

Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.

Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.

Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.

Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?)








My Note:Korang pasti sudah bacakan....Aku ambik nie pun untuk pengetahuan aku saja...manalah tahu...aku nie mudah lupa...boleh baca balik nanti...





Renung-renungkanlah


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"





My Note: Baru settle basuh kain dan sidai...Sesiapa yg tgh kerja jangan gantuk2 ya...aku tahu time cam gini mesti mata nak pejam jer kikiki....Korang dah teror ke guna dashbord yg baru nie? Aku okey jer.....siap edit blog lagi...kalau korang perasan...blog nie dah lain...perasan tak? kalau tak perasan memang rabunlah tue kikiki....Oklah...aku nak terjah blog korang pulak...





20 September 2012

Google Or Mozilla

Sajer jer...nak tanya korang pakai yg mana? aku sekarang nie dua2 aku guna...kikikiki...kalau aku bukak mozilla,pastu aku tengok loading lembab mengalahkan siput...aku tutup aku masuk guna google pulak...So sekarang nie taklah aku sakit hati hihihi..

Sekarang nie..cik mozilla suka buat hal tak tahu kenapa..Korang perasan tak?Siapa yg guna mozilla pasti tahu...kadang2 tue keuar eror yg bukan2 jer...sakit hati...Dulu tak ada cam gitu pelik betul...

Google pulak sekarang nie lajulah sikit dan tak ada eror...Sebelum nie aku tak boleh masuk pakai google ada eror...Sekrg sejak komputer hantar repair dah tak ada.....

My Note: Mungkin lambat sikit aku terjah blog korang...tunggu ya...

Click HERE to earn extra money!

Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00 

Sinopsis Adam Dan Hawa



Sekarang niekan semua duk sibuk mengikuti kisah drama niekan....Akulah salah sorangnya....kikiki

Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.


Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.


Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.


Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.


Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

"Walaupun ramai orang tidak berpuas hati tentang heroin dalam drama nie...Nadiya Nissa yg tidak cantik dan kenapa watak tue tidak di beri kepada pelakon lain bagi menjayakan watak Ain Hawani"

Pendapat akulahkan bukan rupa menjadi ukuran tapi mutu lakonan tue yg penting...Dari episod pertama hingga episod 16...aku tengok Nadiya Nissa nie memang sesuai pegang watak Ain Hawani.
Mungkin disebabkan tubuh badan Nadia yang macam remaja dan muka yang comel tu bertepatan dengan watak Ain Hawani yang cepat melatah, kebudak-budakan. Dalam novel Ain Hawani memang remaja lepasan SPM yang dipaksa kahwin.  :)
Kalau ambil pelakon macam Rita Rudaini atau Ayu Raudhah jadi remaja 17 tahun tak logik jugak kan, nak ambil Siti Saleha atau maya karim , mungkin wajah mcm omputih sangat tak ada muka ala2 kampung....kikiki 

Pengambaran dibuat di  Mekah dan Perth, Australia.

Gambar Nadia Nissa dengan penulis novel Adam dan Hawa, Aisya Sofea.


Memang tepat pilihan penulis novel Adam Dan Hawa memilih Nadia memegang watak heroin  tue...
Aku suka Nadia berlakon betul2 menghayati...Memang nampak jauh beza antara Aaron gan Nadia...Yalah Aaron dalam drama tue umurnya 27 so...mestilah nampak matang sikit...Pastu pulak Nadia dalam drama tue baru lepasan SPM mesti nampak remaja dan kebudak-budakkan...betul tak?kikiki...tak sabar nak tunggu malam nie next episod...Kita tengok sampai habis barulah boleh komen...Jangan tengok rupa tau...tengok mutu lakonan okey!!!



19 September 2012

Rezeki Lagi.... GiveAway : Saya Mau Novel dari Onenie


(ini bukan saya..harap maklum.. hehehe)



 ~ PEMENANG NOVEL ~

http://dairisally.blogspot.com/2012/09/giveaway-saya-mau-novel-dari-onenie.html


~ PEMENANG PERFUME~

http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2012/09/giveaway-saya-mau-novel-dari-onenie.html

~ PEMENANG PASHMINA 2TONES ~

       
http://izzatipunyerblog.blogspot.com/2012/09/giveaway-saya-mau-novel-dari-onenie.html
http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/09/giveawaysaya-mau-novel-dari-onenie.html



TAHNIAH kepada yang menang..
sila emelkan saya di atun_wanie91@yahoo.com NAMA, ALAMAT, NOFON, DAN ANDA MENANG APE.. (jgn kate anda menang moto)

yang kalah jangan nanges... jangan hempas lappy anda...
nantikan GIVEAWAY KE2 pada 21 SEPTEMBER 2012..
HADIAH untuk 20 ORANG PEMENANG..
wink2...
sekian....
thanks tolong saya and follow saya...
i will follow u bebeh...  :)


My Note:Tiba2 rezeki datang dengan tiba2....tanpa kita jangkakan....Terima kasih dekat Adik Nisa  kerana memberi link kemenanganku....
Aku tidak pernah pakai tudung Pashmina dan tidak pernah beli kikiki

hadiah yg bakal dapat tudung PASHMINA kaler 2 tone...
Tahniah jugak kepada yg menang....Nasib baik tak dapat novel....