Jom! Makan Pizza Buatan Sendiri

Author : Cik Rose Cute | 2:12 PM | 28Total Comments |
Sebelum di masukkan dalam Oven...


bahan2 - utk doh
2 cawan tepung gandum
2 st mauripan
1/2 st garam
1 st gula
2 st minyak masak
1/2 cawan air suam
campur semua bahan gaul rata...masukkan air sedikit demi sedikit...hingga tidak meleket di tgn...rehatkan selama 60 mint

bahan2- utk sos pizza
1 labu bawang besar}
2 ulas bawang putih } dicincang
2 biji tomato }
2 sdb minyak masak
3 sdb tomato puri
2 sdb sos tomato
gula dan garam
tumis semua bahan,masak hingga pekat..

bahan2-utk topping
mengikut citarasa sendiri...contoh
udang,sosej,daging,ayam,lada benggala,cendawan.tomato,nenas, keju...dll

cara2
sapukan loyang dgn minyak...canai doh setebal 2cm...masukan doh kedlm loyang...biarkan 10mint,cucuk doh dgn garpu..utk keluakan angin..
sapukan doh dgn sos pizza td...taburkan keju parut...atau keju keping (4 keping)..taburkan pula bahan kesukaan anda...akhir sekali tabur keju sekali lg.
bakar selama 25-30 mint...dgn suhu 200"c.

Selamat menjamu mata oke Bye!!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sukan Kakak Tadika Islam Bestari

Author : Cik Rose Cute | 8:21 AM | 14Total Comments |
Ahad minggu lepas....anak aku yang sulong ada aktiviti sukan....pagi2 lagi aku dah masak mee goreng,keropok,roti sardin goreng dan air minum (oren).Pukul 7.40 lebih sikit...sampai kat  sana lewat sikit...gara2 pinjam kereta kawan hubby aku.Kereta kitaorang masuk bengkel di sebabkan cat baru hihihi...

Semua aku masuk pic nie....Sorry ya...nak buat kenangan untuk anak aku bila besar nanti hihihi

Nota Kecik: Semalam aku tak dapat terjah korang mungkin hari nie kot....Kat komen waiting dekat 50 orang..aku belum publish...huhuhu Thanks kepada yg datang komen okey...Sayang korang ketat2...Mung kin start bulan depan...siapa yg komen paling banyak nak kasi hadiah la....Tanda menghargai siapa yg tak jemu2 datang ke sini.....Petang semalam ada hadiah sampai dari siapa? tunggu!!! nanti aku buat entry...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Menghalang Muka Daripada Terbakar Cahaya Matahari

Author : Cik Rose Cute | 8:51 AM | 35Total Comments |
Korang suka ke pantai?mesti sukakan...ada cara yg lebih baik untuk menghindar wajah kita terbakar daripada terkena panahan matahari...

 

Bila melihat gambar-gambar ini, sudah tentu kita akan tertanya-tanya apa motif utama mereka mengenakan topeng muka. Pemandangan pelik ini terjadi di pantai China. Ianya dikenakan bukanlah bertujuan untuk merompak bank, namun kebanyakan wanita ini adalah mereka yang sudah dalam pertengahan umur wanita. Mereka 'berpenampilan sesuai' di pantai.

Wanita di Pantai Qingdao, China utara-timur wilayah Shandong, memakai topeng nilon yang sedikit menakutkan untuk melindungi diri mereka apabila mereka ke pantai. Topeng, yang dicipta oleh warga tempatan tujuh tahun yang lalu, digunakan untuk menghalang sinaran matahari yang memudaratkan agar si pemakai tidak perlu menggunakan 'sun burn'.

Produk ini kini di bawah pengeluaran besar-besaran dan dijual di kedai-kedai pakaian renang sepanjang wilayah Shandong Timur Laut China. Pelabuhan laut bandar Qingdao terkenal dengan pantai, yang terkenal dengan air jernih, ombak lembut dan pasir memukau. Pemandangan indah ini juga sebanding di Hawaii, Bali atau Pulau Samet di Thailand. 



 
Korang dah baca...Sanggup ke korang nak pakai topeng nie masa berada di pantai hihihi..."Tepuk dada tanya selera anda"


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gambar Bekas Isteri...Suami Irma

Author : Cik Rose Cute | 5:43 PM | 34Total Comments |
Kalau tengok dalam gambar kat bawah..cantik jugak bekas isteri suami Irma nie ya....Bagi pendapat aku  cantik lagi Irma hihihi...Irma cantik,manis,ayu,lembut semua ada...Bila mak mertua tengok sejuk mata memandang....Betul tak?


foto ini di paparkan sekadar untuk berkongsi dan untuk pengetahuan sahaja.Tidak bermaksud untuk mengungkit atau mengambil tahu kisah lama suami irma okey...Cuma ada beberapa pihak yang bertanya tentang hal ini...Sumber

P/S:Pendapat korang camna?korang dah tengok ke gambar isteri bekas suami Irma? Kalau belum tengok...boleh tengok puas2 hihihi

P/S:Aku doakan Irma sentiasa bahagia dengan kehidupan sekarang dan kekal hingga ke syurga...Amin..Klik Iklan


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pedih Mata

Author : Cik Rose Cute | 1:29 PM | 33Total Comments |
Korang kalau mengadap blog pedih tak mata?aku semenjak dua menjak nie...selalu pedih mata...tak tahu kenapa....mungkin aku edit blog kot....Aku baru jer selesai edit blog sepupu aku....pasni nak berehat mata sambil baring atas katil hihihi ....

 Kalau korang nak tengok full Klik Sini  Petang nanti kot aku singgah kat blog korang....Terima kasih kepada korang yang tidak jemu2 bertandang ke sini....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Anita Sarawak Di katakan Bertudung

Author : Cik Rose Cute | 10:25 AM | 52Total Comments |
Korang mesti terkejutkan baca tajuk di atas....Kalau betullah Kak nita kita bertudung Al-hamdulillah...syukur sangat2....Adiknya Noorkumalasari dah lama berjubah labuh....Harap kak nita pun turut bertudung seperti adiknya....Korang nak tahu lebih lanjut baca di bawah...

Menjelang Ramadan, genap dua tahun penghibur sensasi, Anita Sarawak, 60, meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri.

Anita Sarawak dikatakan sudah bertudung

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegas itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,

Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.



P/S:Kalau korang nak baca lebih detail tentang isu kak nita klik kat bawah tue.....

Anita Sarawak 'Hilang' Di Las Vegas-Usaha Menjejakinya Gagal


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Isu Lisa Surihani Mengandung

Author : Cik Rose Cute | 7:06 PM | 51Total Comments |
Ingatkan mengandung betul2 kau...terkejut aku baca tajuk yg panas tue hihihi....korang mesti ada baca tentang isu niekan....dan korang jangan marah ya...aku suka story pasal Lisa Surihani....

Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata. Jika Lisa mengandung, pasti ramai peminat setianya yang akan gembira dengan berita tersebut. Malah, kami juga boleh bayangkan, anak mereka nanti pasti comel seperti ibu bapanya juga.
“Ramai yang tegur penampilan Lisa sekarang yang agak berisi sedikit. Tidak dinafikan, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50kilogram sekarang. Alhamdulillah, sama juga seperti kehidupan orang lain selepas berkahwin, Lisa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang,” ujar Lisa memberitahu tanggal 23 Mei lalu genap 3 bulan usia perkahwinan mereka.
“Ia satu proses yang sangat seronok. Walaupun sibuk, namun masing-masing saling memahami sebab dalam satu industri. Kami merancang masa dan walau sesibuk manapun, kami akan tetap berusaha untuk luangkan masa bersama-sama.
“Malah, ketika Lisa shooting filem ‘Dendam Orang Mati’ hari itu, Yusry juga akan datang ke lokasi dan buat kerja dia di sana. Macam sekarang, Yusry sedang sibuk dengan ‘post-production’ filem ‘Vikingdom’ dan juga ‘29 Februari’, namun kami akan cuba juga cari waktu bersama.”
Sebelum ini timbul cerita kononnya Lisa ‘menghalau’ Yusry dari lokasi penggambaran ‘Dendam Orang Mati’ dan Lisa memberitahu, “ Saya bukan halau cuma saya tak bagi dia datang ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat.
“Saya kena buat babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Saya hanya bagi dia datang selepas selesai buat babak tersebut. Sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak kami memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah, menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Apapun, Lisa rasa memang tak boleh kerana bila tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.”
Menyentuh soal anak pula, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Dalam pada masa yang sama, Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan ‘Istanbul Akan Datang’ pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti.
“Buat masa sekarang, kami akan berulang-alik ke rumah keluarga Lisa dan juga dia. Rumah kami berdua kini masih dalam pembinaan dan akan siap tidak lama lagi. Idea asal bagi dekorasi rumah baru kami adalah dari Yusry sendiri. Citarasa kami juga agak sama, jadi tidak susah untuk buat keputusan mengenai konsep rekaan dalaman rumah kami. Bagi rumah baru kami ini, kami bersepakat memilih konsep English-Europian-American.” [sumber]
 
P/S:Rupa-rupanya...berat badan lisa sudah naik dari 46kg ke 50 kg...Wah!! nampak sangat lisa happy dan bahagia bersama yusry....(Dulu aku waktu bujang berat aku 43kg..kalau naik pun sampai 45 kg...tapi sekarang dah lebih2 beratnya...diet pun tak mau turun hihihi betapa bahagianya berada di samping suami aku ) korang camna pulak....?Sebelum kawin kurus lepas kawin mok hihihi cer..cerita sikit..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Baiknya Pakcik Pengutip Kotak Nie...

Author : Cik Rose Cute | 4:29 PM | 27Total Comments |
Terkedu dan terkejut jugak aku baca pasal pakcik nie...Dalam dunia sekarang ada lagi insan yang baik seperti pakcik nie...Cuba korang bayangkan kalau budak melepak jumpa duit yg banyak tue...Alamak mugkin lesap cam tue jer betul tak?  Pakcik nie seorang pemandu lori perabut yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak menemui wang sebanyak RM 133,300. Perghhhh banyak gila! Siapalah yang buang duit tepi jalan tue huhuhu....Kalau taknak hantar kat umah Cik rose...hihihi
kotakduit 1 Pengutip Kotak Terbuang Jumpa Rm133,300 di Tepi Jalan?
Lelaki itu dikenali sebagai Bahar Rauf akhirnya menyerahkan wang tersebut kepada balai polis untuk diserahkan kepada pemiliknya. Patut contoh sikap Bahar Rauf yang tak kejarkan wang semata-mata. Menurut Bahar;
“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual. “Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,
Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun. Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain. Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.
Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata. “Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah. ” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu. Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya. “Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis. “Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya. – HM


P/s: Aku rasa kalau orang lain mesti buat senyum jek kan tapi owner wang tu mesti tak lena tidur kalau hilang duit sebanyak Rm133,000. Korang rasa macam mana? Betul tak?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Loading Blog Dah Ringan Sikit

Author : Cik Rose Cute | 4:19 PM | 13Total Comments |
Tadi aku godek2 mozilla...aku geram betul kenapalah loading blog aku berat...sakit hati betul bila nak terjah blog korang tau...kadang2 tue hand semacam jer....Last2 aku jumpa tuto nie....Kalau sesiapa guna Mozilla boleh cuba tuto nie....Aku update semula mozilla aku hihihi kalau korang nak jugak klik Sini  
Pastu korang up-date cam biasa okey...







http://www.rtikel.com/wp-content/uploads/2011/11/Firefox-feutures.png

Selamat Mencuba ya....Sekrg loading berat aku dah ringan...Seronok sikit nak terjah korang hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ