Gosip Tentang Erra Fazira

Author : Cik Rose Cute | 9:16 PM | 43Total Comments |
Baru tadi aku baca kisah tentang gosip Erra Dan suaminya...Korang dah baca belum? Kalau korang belum baca jom! baca kat bawah....Aku tak tahu gosip nie betul ke tidak...Apa-apa pun doakan yg terbaik buat pasangan ini...


Nampaknya desas desus tidak enak tentang rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran kembali ke status yang meragukan walaupun cuba dineutralkan sebelum ini.

Kenyataan Engku Emran yang mengatakan hubungan mereka suami isteri masih kekal utuh nyata tidak dapat membantu meredakan spekulasi yang wujud hampir setahun ini.

Murai semalam melaporkan yang Erra Fazira memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan yang seakan redha dengan apa pun yang terjadi selepas ini.

“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra Fazira.

Engku Emran yang dihubungi wartawan Murai untuk mengulas kenyataan isterinya itu bagaimana pun enggan untuk berikan apa apa komen & kenyataan lanjut.

“Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,” ujar Engku Emran ringkas.

SUMBER 


P/S: Sedih pulak aku baca kisah sebeginikan....huhuhu mungkin jalan terbaik buat mereka takpun gosip semata-mata...Kita tunggu jerlah....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

I Am Diet Okey

Author : Cik Rose Cute | 8:45 PM | 13Total Comments |
Diet Nampak hihihi....Korang Diet Tak?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cara Make-Up Ajaib

Author : Cik Rose Cute | 3:40 PM | 29Total Comments |
Kenapa aku buat tajuk make-up ajaib...Memang ajaib...daripada gadis yg tidak cute....Hasil dari make-up tersebut memang menakjubkan...aku pun jeles tengok hasil make-up tersebut...












 
Tengok hasilnya...cantikkan....Kenapa Tak percaya?hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hari Minggu Korang Kemana?

Author : Cik Rose Cute | 2:43 PM | 10Total Comments |
Tajuk menggong kat atas tue....Hari nie hari minggu...korang mesti  keluarkan...Famili kecik aku hari nie tak ke mana-mana...kereta tak ada dalam masa 10 hari.....cik hubby nak cat kereta warna lain...Cam patah kaki tak ada kereta......Sebagai menghiburkan hatiku yg cedih (sambil lap hinggus) tak dapat keluar....aku nak korang tengok lawak yg tak berapa nak lawak nie....


Lawak tak....suka tengok muka The Rock hihihi (Dulu aku suka tengok wrestling sebab The Rock ada..Sekrg dah tengok sebab The Rock dah tak ada)

P/S: Hari nie...aku terjah korang...malam tadi kemalasan melanda diri...lepas berbuka...rasa perut kenyang tak jadi bukak blog....hihihihi (Ular sawa kekenyangan...)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ilusi Kabus Tsunami

Author : Cik Rose Cute | 1:17 PM | 39Total Comments |
Apabila menyebut tentang tsunami, kita pasti akan membayangkan derasan air yang datang daripada laut menghempas ke darat. Namun terdapat fenomena yang menakjubkan dirakam oleh seorang pemandu helikopter di Florida di mana kabus sejuk yang datang dari arah laut ini telah membentuk seperti ombak. Ia telah mewujudkan suasana seolah-olah bangunan-bangunan tersebut dilanggar oleh tsunami. Jom layan gambar tsunami berbentuk kabus. Subhanallah!
 Kalau dilihat dari jauh, seolah-olah kabus tersebut ingin menghempas ke arah bangunan tersebut, namun ia hanyalah ilusi kabus dan langsung tidak membahayakan sesiapa. Cuma ia mirip seperti ombak tsunami yang mahu menghempas ke darat.(Gambarnya lambat sikit keluar tau,harap korang sabar)

P/S:Semua yang berlaku adalah dari kuasa Allah...Hari nie aku puasa...nak ganti puasa yg tahun lepas punyer...Pada yg ganti puasa selamat berpuasa ya....Kejap lagi nak terjah korang hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sebelum Tidur Aku nak share...

Author : Cik Rose Cute | 12:13 AM | 27Total Comments |
Okey!! Selamat Malam...Mata dah mengantuk hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Photo Of Asian Food Channel

Author : Cik Rose Cute | 1:34 PM | 31Total Comments |
Bukak fb terpandang kuih yg berwarna warni nie....memang cantik kalernya...mesti sedap....

Nama kuih nie..kuih Lapis sagu....Kalau  korang nak tengok recepi klik Sini


My note: aku rasa aku tak boleh buat kuih lembik2 nie....mau tak jadik...hihihi...kuih nie kena betul2 teliti membikinnya...betul tak? mungkin blogger Tina Othman  tau buat diakan aspek memasak nie...blog dia pun blog resepi yang beraneka resepi....Aku suka pergi blog Tina..cuci mata hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Edit Blog Yg Menang (Ga Izan Mama Mia Rakan Blogger)

Author : Cik Rose Cute | 5:31 PM | 37Total Comments |
Dah petang rupanya....aku baru selesai edit blog yang menang join "Ga Izan Mama Mia Rakan Blogger"..penat jari,sakit mata dan sakit punggung duduk jer mengadap komputer sambil mengedit blog... hihihi...Cik hubby siap perli..."banyak lagi ke nak edit blog orang..." aku diam jer...tak kuasa nak layan...nanti aku jawab..aku pulak sakit hati hihihi...Aku malas nak type panjang-panjang...jari aku dah penat...Korang tengok jerlah..

Atas nie blog MiaDuniaku Aku edit blog nie dari semalam hingga ke malam tadi....Korang mesti kenal blogger nie...Blogger nie...memang seorang yg peramah dan suka datang ke blog aku...kadang2 tue..kalau ada perubahan kat blog aku mesti dia tanya...hihihi perihatin betul...Dan dia siap pesan kat aku...Kalau aku edit blog blogger lain...jangan sama gan template blog dia,kalau boleh template tue dia sorang...hihihi (kelakarlah izan...) aku rasa betul jugak...takkan sama....


Hari nie aku edit blog yg menang ga tue....Tak sangka aku dapat edit blog  Ummi Norseha...Tapi bukan blog hari tue...blog satu lagi  Twints  tak sangka ummi nie ada anak kembar ya...Bestnya dapat anak kembar hihihi...Kat blog Twints...Ummi nak ada ipin dan upin...kerana si twintsnya meminati kartun tersebut...yang lain-lain tue terserah kepada aku untuk edit...hasilnya...jadik kaler biru....Dah settle...Aku rasa ada lagi sorang pemenang...aku lupa siapa erk? Nanti aku check baliklah....

P/S:Mungkin malam nie...aku terjah korang habis-habisan....Tunggu....Terima kasih yg sudi singgah dan komen blog aku...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ciri Wanita Idaman Dan Tidak Di sukai Oleh Johan As ari (Botak)

Author : Cik Rose Cute | 4:03 PM | 34Total Comments |
Dah petang baru publish entry....tadi sibuk edit blog seseorang...Aku terbaca ciri wanita idaman dan tidak di sukai oleh pelakon pujaan ramai......

Johan As'ari ada 10 syarat kepada mana-mana wanita yang mungkin berhasrat untuk menjadinya sebagai bakal suami.

Dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.

Johan As'ari

"Ciri-ciri itu penting kerana ia merupakan satu faktor bagi lelaki seperti saya jatuh cinta pada wanita yang akan menjadi bakal isteri saya.

"Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah," katanya yang ditemui pada pelancaran filem Pencinta di Taman Melawati, di sini Khamis.

Tambah Johan lagi, seseorang wanita itu juga haruslah taat dan hormat kepada suaminya kerana ia merupakan satu cara untuk kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga.

Malah bakal isterinya juga haruslah mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi kerana ia boleh menyejukkan hati apabila melihat wanita itu peka terhadap alam rumah tangga.

Selain itu, walaupun ia kedengaran pelik, memiliki lesen kereta juga adalah salah satu kriteria wanita pilihan Johan kerana ia menunjukkan wanita tersebut seorang yang berdikari dan mampu menjaga keluarga sekiranya dia sibuk dengan kerja.

Dalam masa yang sama Johan juga amat membenci wanita yang suka bermuka-muka serta cakap lepas kerana ia tidak menggambarkan keperibadian seorang perempuan yang sempurna.

"Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang berterus terang dan tidak hipokrit.

"Tidak usah menjadi terlalu sempurna di hadapan saya semata-mata untuk menutup kelemahan, saya percaya pasangan itu saling mencintai kerana boleh menerima kebaikan dan keburukannya," ujar pelakon Juvana ini.

Ciri-ciri wanita idaman dan yang dibenci Johan ialah:

WANITA IDAMAN

1. Memiliki sifat-sifat keibuan

2. Taat dan hormat kepada suami

3. Seorang pembersih

4. Memiliki lesen kereta

5. Berbau wangi

WANITA YANG TIDAK DISUKAI

1. Sudah bersuami

2. Mempunyai sifat bermuka-muka atau hipokrit

3. Suka cakap lepas

4. Wanita yang berkira

5. Lebih tinggi daripada Johan

Note: Sesiapa yg janda tak dapatlah takcle si johan nie hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Taman Tema Pertama Di Malaysia (1971-1994)Mimaland

Author : Cik Rose Cute | 11:12 PM | 47Total Comments |
Aku nak share gan korang tentang "Taman Tema Pertama Di Malaysia pada tahun 1971 hingga 1994 yang di beri nama MIMALAND.Korang tahu tak? mungkin muda-mudi sekarang belum tahu....Jom! kita baca Sejarahnya...


Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.

Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti Filem Mekanik (1983). Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, berlaku satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.







Gambar Sebelum Di tutup...







Kalau macam skang nie..... ada berani mau pegi? Hehehe.... Anyway, it was a nice place kan?

P/S: Kalaulah taman nie wujud sekarang pasti terkenal seluruh dunia tau....kalah Sunway Lagoon...Aku pasti mungkin ada yg pernah sampai ke sini..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Design Rumah Hello Kitty

Author : Cik Rose Cute | 12:37 PM | 39Total Comments |
Siapa berminat dengan Hello Kitty...Waktu aku bujang dulu...memang suka dengan barangan Hello Kitty...Hello Kitty kalernyakan warna pink hihihi...Jom! tengok Rumah design Hello Kitty...

Nie Design "Hello Kitty" Kaler Pink cantiknya....

Ruang tamu Kat dalam

Sofa...ada reben suka....

Bilik Tidur...Simple tapi comel

Nie pulak design rumah "Hello Kitty" kaler hijau...Nampak cam pelik hihihi

Ruang tamunya....Kerusi makan pun ada reben cantik...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ