Aku Bukan Bidadari

Author : Cik Rose Cute | 9:12 AM | 35Total Comments |
Sekarang nie aku duk sibuk melayan Slot Drama yg terbaru kat tv 3....Yang ganti Cerita 3 Janji tue...Cerita 3 Janji telah pun berakhirkan....tak bestlah endingnya (Siapa sokong angkat kening ya..)...hihihi suka2 jer aku cakap tak best, dan kini diganti dengan drama bersiri baru berjudul BUKAN BIDADARI di TV3 bermula 19 Jun 2012 jam 9malam.Maknanya dah 2 episod dah di tayang kat tv 3.



Barisan Pelakon 'Bukan Bidadari' Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Azlee Khairi dan Sara Ali
Sinopsis drama Bukan Bidadari - Sumber SINI

Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.
Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.
Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.
Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.
Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?
 
My Note: Aku suka Nad Zainal...dalam waktu betul2 menonjol dia berlakon...Sebelum nie aku kurang minat dia berlakon...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Istimewa Kucing

Author : Cik Rose Cute | 8:00 AM | 23Total Comments |

Alhamdulillah. Hari ini cuaca mendung dan sejuk. Hari ini aku  ingin berkongsi cerita tentang seekor makhluk yang bernama kucing. Untuk makluman, perkongsian ini bersumberkan dari beberapa laman sesawang yang bercerita tentang haiwan yang comel ini. 


Pasti korang ramai yang menyukai kucing terutamanya kucing yang comel dan bulu yang cantik bukan?. Tetapi korang tahu tak terdapat beberapa fakta/perkara yang ramai dikalangan kita tidak ketahui tentang kucing. Antaranya:

1. Kalender Usia Kucing.


Tahukah anda, terdapat kalendar usia kucing yang memberi perbandingan usia manusia dengan usia kucing. Lihat kalender di bawah:


Untuk lebih detail:
1-Bulan Usia Kucing = 6-bulan usia bayi
3-Bulan Usia Kucing = 4-tahun usia bayi
6-Bulan Usia Kucing = 10 tahun usia manusia

Malah, dibawah ini terdapat sebuah kalkulator dicipta khas yang mampu mengira usia manusia berbanding usia kucing peliharaan anda: 

Cat Years Calculator

  old
Your cat is ___ human years old.


Sekiranya kucing anda berusia 1.5 tahun  pada perkiraan usia kucing, umur kucing anda bersamaan 20 tahun usia manusia!!. Jadi kalau kucing anda telah berusia 1.5 tahun bermakna kucing anda sudah boleh dikahwinkan kerana kucing tidak perlu melanjutkan pelajaran ke Universiti seperti anda. :-)

2. Rasulullah &Sahabat bersama Kucing.

i) Terdapat sebuah periwayatan hadith yang menceritakan pada suatu hari, sewaktu baginda Rasulullah hendak mengambil jubah baginda, baginda mendapati terdapat seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah baginda. Lalu baginda memotong lengan jubah yang ditindih oleh kucing tersebut dengan tujuan supaya kucing tersebut tidak terjaga dari tidurnya.

ii) Abu Hurairah merupakan perawi hadith yang banyak meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW. Nama sebenar beliau sewaktu zaman Jahiliah ialah Abdul Ayams (Hamba Matahari). Lalu baginda memberi nama kepada Abu Hurairah dengan nama Abdul Rahman (Hamba kepada Yang Maha Pemurah). Namun begitu, nama yang lebih popular dikalangan teman-teman beliau ialah Abu Hurairah. Beliau mendapat nama Abu Hurairah kerana dikatakan sewaktu kecil beliau memiliki seekor kucing betina dan sering bermain dengan haiwan tersebut. Setelah Baginda mengetahui gelaran itu, baginda sendiri memanggilkannya Abu Hirr (Kucing Jantan) sebagai gelaran akrab. Dikatakan juga Abu Hurairah sendiri lebih menyukai gelaran Abu Hirr (kucing Jantan) berbanding Abu Hurairah yang bermaksud kucing betina.

3. Bila kucing berbaring.


Sekiranya anda melihat seekor kucing berbaring (seperti gambar di atas), itu bermaksud kucing tersebut berasa yakin dan selesa dengan anda. Ini kerana kucing yang takut dengan manusia tidak akan berbaring terutamanya apabila anda berdiri berhampiran kucing tersebut. Jadi, sekiranya seseekor kucing selesa dengan anda, ia akan berbaring dengan selamba walaupun anda menyentuhnya!

4. Jantina pada bulu kucing.

Tahukah anda, sekiranya seekor kucing mempunyai bulu yang terdiri dari 3 warna atau lebih, 99.97 % pasti kucing tersebut adalah kucing betina!. Dan sekiranya kucing tersebut jantan iaitu 0.03% maka pasti kucing jantan tersebut mandul! Untuk penjelasan secara detail dan saintifik klik sini.


Gambar diatas menunjukkan kucing yang memiliki 3 warna iaitu putih, hitam dan perang. Jadi secara saintifiknya kucing tersebut merupakan kucing betina!

5. Isyarat ekor kucing:

i) Terdapat pendapat mengatakan sekiranya seekor kucing menghampiri anda dan menggetarkan ekornya, itu tandanya kucing tersebut amat menyayangi anda dan sedang berada dalam emosi positif. Pada waktu ini, anda bolehlah membelai dan bermanja dengan kucing anda. !

ii) Namun sekiranya kucing anda dalam keadaan menggoyang-goyangkan ekornya tidak tentu arah, itu bermakna kucing anda sedang dalam emosi tidak stabil atau terganggu. Jadi, lebih baik biarkan kucing anda bersendirian!

iii) Selain itu, sekiranya kucing anda mengibas-ngibas ekornya, dikatakan kucing tersebut sedang mengalami konflik dalaman ataupun "Internal Konflik". Biasanya keadaan ini berlaku kerana kucing anda sedang berada dalam tahap membuat pilihan dalam kehidupannya. Sebagai contoh, kucing anda ingin keluar rumah, tetapi keadaan di luar sedang hujan lebat. Jadi kucing anda akan mengibas-ngibaskan ekornya dalam tempoh membuat keputusan tersebut. Apabila hujan reda atau kucing anda membuat keputusan tidak keluar dari rumah, maka anda akan dapati ekor kucing anda tidak lagi dikibas-kibaskan. Jadi, konflik dalaman kucing anda telahpun selesai. :-)


MY Note: Aku story pasal kucing hari nie kerana jiran sebelah aku nie ada pelihara kucing siam...cantik beb...Harganya rm 1000 lebih....Aku teringin jugak nak beli kucing siam...belum mampu nak beli lagi kih kih... (emmm geram tengok kucing yang cute2 contoh kucing garfield hehehe)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Traffic Aku Untuk hari Ini...

Author : Cik Rose Cute | 11:03 PM | 15Total Comments |
Aku jarang bukak bahagian keywords nie...Malas nak buat hihihi...Nanti orang mengata aku nak menunjuk pulak hihihi...Hari nie...aku sajer nak kongsi keywords aku....Tak ramai...



Keywords aku untuk hari ini...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Akhirnya Zizan Mengaku

Author : Cik Rose Cute | 10:28 AM | 28Total Comments |
Akhirnya zizan mengaku isu pasal cincin di jarinya....Siapa yang kasi ya....Jom! kita baca gosip tersebut...




Akhirnya pelawak terkenal Zizan Razak mengaku yang cincin dipakainya sama dengan Juliana adalah pemberian artis jelita itu yang kini digosipkan bercinta dengan Zizan.

Romantis jugak ye Jue bagi cincin kat Zizan :) Cincin tanda persahabatan mereka yang semakin mekar dan mesra gitu.


Zizan masih lagi enggan mengulas lanjut mengenai cincin itu dan hanya menyatakan mereka berdua memang berkawan rapat dan ‘sekepala’.

Sebelum itu Zizan cuba nak  menyorok cincin itu apabila sedar wartawan memerhatikannya di tayangan perdana Mael Lambong,  dia dengan cepat menyerahkan cincin itu kepada pengurusnya, manakala Juliana pula menyatakan yang cincin mereka ada perbezaan sikit, tapi akhirnya ‘terkantoi’ jugak :)
akhirnya Zizan mengaku cincin itu pemberian Juliana Evans.

“Benar cincin itu adalah pemberian Jue sendiri kepada saya,” kata Zizan kepada wartawan mynewshub.my/


My Note:Aku suka  Juliana Evans suka tengok raut wajahnya cantik.....cam sesuai jer jue gan Zizan...Muka ada iras dan hidung dua2 mancung...hihihi.. Elok jugak Zizan Gan Jue cover line....betul tak?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Blogger Hebat Story Pasal Anak

Author : Cik Rose Cute | 11:33 AM | 41Total Comments |
Sekarang niekan...Blogger lelaki Hebat sibuk story pasal anak mereka.Siapakah blogger hebat itu? hihihi kalau di lihat entrynya sekarang mesti di selit tentang story anak mereka...Siapa lagi kalau bukan Cik Ben Dan Cik Ujang....Walaupun aku jarang komen di blog blogger hebat nie....tapi aku tetap baca tentang apa yang di tulis.Lagi-lagi sekarang nie....





 Comelnya anak ujang nie....geram nak gigit pipi bulat tue....(Papa jangan marah ya hihihi)nak ke blog Klik Papa Ujang



Gambar atas nie pulak anak Benashaari cute sangat-sangat...(tak sangka cik ben pun tulis story pasal anak...memang papa mithali)

Korang pernah tak tengok blogger lelaki yang dah kawin tulis story tentang anak mereka? jarangkan...kebanyakkannya blogger perempuan jer hihihi....

P/S:Pasnie...aku nak layan syifa pulak...kecian dia...tue syifa duk tengah layan upin-ipin....nasib baik dia suka...mungkin petang nie aku ke blog korang...baru separuh aku terjah...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Punca Susu Tersumbat...

Author : Cik Rose Cute | 9:36 AM | 20Total Comments |
korang pernah tak alami kes seperti nie? Masa anak pertama dulu pernahlah....Almaklumlah...anak pertama...tiada pengalaman hihihi..Aku nak share gan korang kenapa susu badan boleh tersumbat...




 Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?


Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
 
• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol)  boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. 
 
P/S: sakit kalau susu tersumbat atau bengkak susukan...hanya orang yang pernah mengalami jer tahu...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Masak Tauchu Ikan Merah

Author : Cik Rose Cute | 8:11 AM | 23Total Comments |
Setiap surirumah pasti ada menu untuk memasakkan......,yang korang selalu masak apa?aku lebih suka memasak lauk yg simple2.....bukannya aku seorang yg pemalas tau..... famili kecik aku  lebih suka lauk yg simple...contoh lauk kat bawah...

Nielah bahan-bahan yg di perlukan hihihi

Ikan merah dua ekor yg telah di goreng siap oleh aku

Cili hijau besar....Emmm aku paling suka cili...

Gambar yang sudah siap di masak...aku fokus dekat2...Nanti nampak pulak dapur aku yg comot hihii

Ikan kembung goreng nie...goreng garing-garing memang sedap...

P/S:Menu nie...entah bila punyer aku dah lupa hihihi...sibuk memanjang....Korang pernah tak masak tauchu...Tauchu korang ada tak sama gan tauchu aku hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Up-date Peserta

Author : Cik Rose Cute | 8:01 PM | 17Total Comments |
Sorry lambat up-date ya....Dan aku nak ucapkan berbanyak terima kasih untuk korang yang sudi join....Segmen aku....Ramai jugak yang join....Kat Bawah adalah list peserta yang join...

  1. http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  2. http://afiman81.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  3. http://bwerking.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  4. http://ain-fazlin.blogspot.com/
  5. http://mimialya.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  6. http://ainaloraine.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  7. http://winkwinkwinky.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  8. http://chocolate-vochelle.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  9. http://cokeandsundae-sg.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  10. http://ummi-iman.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  11. http://aquarestsadrenalin.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  12. http://sweetylikecandycan.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  13. http://jurnalichafidelis.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  14. http://dairykuinspirasiku.blogspot.com/2012/06/jomnjoin-bloglist-cik-rose-cute.html
  15. http://yummycoklet.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  16. http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  17. http://chocolateholic4eva.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  18. http://sharfynarzmiss.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  19. http://simplenia.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  20. http://opahandkerchief.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  21. http://sikechekmessy.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  22. http://citrananizam.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  23. http://beautyshinju.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  24. http://ariffda.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  25. http://opzzpinky.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  26. http://hazirahramli.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  27. http://www.dieyaworld.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  28. http://umikasum.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  29. http://adiiitroublesome.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  30. http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  31. http://opieneon.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  32. http://cikyayastory.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  33. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  34. http://andisakinah.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  35. http://nazayiena76.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  36. http://iedaimmi.blogspot.com/2012/06/joint-bloglist-cik-rose-cute.html
  37. http://mydreamzworlds.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  38. http://supermiza.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  39. http://nyueyien.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  40. http://pinkylady687.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  41. http://nurfarahudahud.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  42. http://syazuani89sss.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  43. http://saifulnida.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  44. http://jemarisuri1001.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  45. http://atienstory0809.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  46. http://haisayaarol.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  47. http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  48. http://bibie-mumui.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  49. http://inilahcoretankehidupankami.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  50. http://mimi-aida.blogspot.com/2012/06/bloglist-cik-rose-cute.html
  51. http://neeyaali.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  52. http://katahatiku-zana.blogspot.com/2012/06/join-bloglist-cik-rose-cute.html
  53. http://gulahatichabi.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  54. http://hafiz369.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  55. http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html
  56. http://khairunnisa3020.blogspot.com/2012/06/jom-join-bloglist-cik-rose-cute.html 
Okey dah settle up-date list blog korang...Segmen nie Di tutup ya....Terima Kepada yang beri link untuk cik rose letak kat Sidebar cik rose....Blog korang akan Cik Rose terjah ya....Selamat berkenalan yang baru follow  sini...dan juga jadi Geng Friends Smile Hot!!!...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute

Author : Cik Rose Cute | 3:56 PM | 74Total Comments |
Hai! korang mesti tertanya-tanya...kenapa blog aku tak boleh bukakkan?...aku tgh edit blog aku hihihi....Korang masuk sini dah bertukar...tapi kaler tetap pink...Aku nak ajak korang join bloglist aku nie....Sebabnya...list blog kat tepi sidebar aku hilang....Gara2 aku menukar template baru...Susahlah...aku nak terjah blog korang...listnya tak ada...



Jom! tengok syarat2 di bawah terlebih dahulu..
 
 
Tampal Banner diatas di entry anda.
Buat satu entry khas mengenai entry ini.
Follow tidak wajib tetapi kalau korang nak follow boleh jugak....
hantar link korang kat komen di bawah...

Itu Sahaja...
Tarikh Tutup
 
Petang Besok...
 
 
Harap Korang Join ya....Aku nak letak kat list sidebar blog aku...
 
Thanks..
 
 
 
 
 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Design Blog MILES AHEAD

Author : Cik Rose Cute | 5:58 PM | 18Total Comments |
DAh petang baru dapat publish entry....Pukul 12.00 aku gan cik hubby aku pergi Maybank....untuk aku buat buku bank baru....,buku bank yg lama dah tak boleh nak masukkan duit dah tutup akaunnya...Dalam pukul 2.00 lebih siap...ramai orang kat bank...Pagi tadi pulak aku siapkan blog adik miey Safie...seorang pelajar yang belajar di sabah.

Miey nie request header nak simple jer....

Miey nie jugak suka kaler maroon...Aku cuma mengikut selera tuan punyer blog jer....Selagi beliau puashati...

Kalau korang nak tengok lebih detail.....Klik Sini  Aku bukan pandai sangat hihihi,aku memang suka edit blog....kalau ada masa....Malam nie aku terjah blog korang...rindulah....Thanks sesiapa yang sudi komen blog aku ya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ