Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute

Author : Cik Rose Cute | 3:56 PM | 74Total Comments |
Hai! korang mesti tertanya-tanya...kenapa blog aku tak boleh bukakkan?...aku tgh edit blog aku hihihi....Korang masuk sini dah bertukar...tapi kaler tetap pink...Aku nak ajak korang join bloglist aku nie....Sebabnya...list blog kat tepi sidebar aku hilang....Gara2 aku menukar template baru...Susahlah...aku nak terjah blog korang...listnya tak ada...



Jom! tengok syarat2 di bawah terlebih dahulu..
 
 
Tampal Banner diatas di entry anda.
Buat satu entry khas mengenai entry ini.
Follow tidak wajib tetapi kalau korang nak follow boleh jugak....
hantar link korang kat komen di bawah...

Itu Sahaja...
Tarikh Tutup
 
Petang Besok...
 
 
Harap Korang Join ya....Aku nak letak kat list sidebar blog aku...
 
Thanks..
 
 
 
 
 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Design Blog MILES AHEAD

Author : Cik Rose Cute | 5:58 PM | 18Total Comments |
DAh petang baru dapat publish entry....Pukul 12.00 aku gan cik hubby aku pergi Maybank....untuk aku buat buku bank baru....,buku bank yg lama dah tak boleh nak masukkan duit dah tutup akaunnya...Dalam pukul 2.00 lebih siap...ramai orang kat bank...Pagi tadi pulak aku siapkan blog adik miey Safie...seorang pelajar yang belajar di sabah.

Miey nie request header nak simple jer....

Miey nie jugak suka kaler maroon...Aku cuma mengikut selera tuan punyer blog jer....Selagi beliau puashati...

Kalau korang nak tengok lebih detail.....Klik Sini  Aku bukan pandai sangat hihihi,aku memang suka edit blog....kalau ada masa....Malam nie aku terjah blog korang...rindulah....Thanks sesiapa yang sudi komen blog aku ya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bekerja atau SuriRumah Sepenuh masa, apakah pilihan anda?

Author : Cik Rose Cute | 9:12 AM | 45Total Comments |
Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak boleh lari dari membuat pilihan. Dari pilihan yang kecil seperti memilih menu sarapan sehinggalah kepada pilihan yang akan merubah struktur hidup seperti persoalan perkahwinan, kerjaya dan sebagainya.Betul tak? hehehe...

Buat masa sekarang, aku adalah seorang surirumah sepenuh masa....Sebelum nie aku seorang yang bekerja jugak...kerana masalah dalam penjagaan anak-anak aku...terpaksalah aku berhenti...kerja.

(source-google)
Mungkin ada diantara pembaca yang mengalami  situasi seperti aku yang mana hati mahu memberi sepenuh perhatian pada keluarga tapi tuntutan belanjawan keluarga masih di tahap memerlukan pendapatan  untuk mempertingkat kualiti hidup.Betul tak? tapi rezeki ada di mana-mana....

 (source-google)

 Kerjaya sebagai seorang suri rumah tangga Memang seronok....
  
  • Masa yang tidak terhad kepada suami dan anak-anak. Sentiasa ada ketika mereka memerlukan kita & menyediakan segala keperluan untuk mereka  dengan tenaga sendiri dengan kasih sayang.
 (source-google)
  •  Menyediakan makanan untuk keluarga dengan air tangan sendiri untuk setiap waktu yang diperlukan dan seorang surirumah juga boleh mencuba resepi baru setiap kali masak hehehe
(source-google)
 
  • Mendidik/mengajar sendiri anak secara langsung dirumah. Tidak risau akan aktiviti mereka kerana mereka di bawah jagaan kita.
  •  Tidak perlu memohon cuti untuk apa-apa kes kecemasan...bila anak kita sakit...Aku ingat lagi sewaktu aku kerja dulu selalu ambik cuti gara2 anak aku yg sulong sakit.Bising bos aku hehehe...
  • Sekarang  aku menyambut kepulangan anak dan suami di rumah dengan makanan yang telah sedia terhidang...Walaupun aku surirumah aku tidak pernah menghantar dan mengambil anak aku dari sekolah....aku tak pandai bawak kereta hehehe...
  • Merancang jadual kerja rumah, menu dan aktiviti keluarga dengan lebih teratur betul tak...
Banyak-kan? Itulah rutin harian menjadi surirumah tangga sepenuh masa.Walaupun begitu aku bangga dengan kerja aku sekarang...Walaupun ada jugak orang mengata..surirumah tak buat kerja....duk mengadap blog,tidur dan apa2 lagi... hihihi
 
Anda pula bagaimana? Adakah anda juga seorang surirumah seperti aku? dan mempunyai impian  ingin menjadi surirumah tangga sepenuh masa seperti aku? Tepuk dada tanya Selera...

Note:Tengah nak edit blog lagi nie....Nanti aku terjah blog korang erk...Happy Berwalking ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Dah Sampai Dari Kampung

Author : Cik Rose Cute | 6:25 PM | 24Total Comments |
Bersua kita kembali di alam maya....,kat kampung ganu bukak jugak blog...melalui simcard tue...Tapi aku tak dapat jenguk blog korang di sebabkan linenya lembab giler...walaupun dah topup  oleh cik hubby aku sebanyak rm 10.00...memang sakit hati...Mula2 beli okey jer...laju bila bukak....pastu sekarang hampeh!!!...



Malaysia SIM CardKorang ada tak pakai Simcard camni?
Sekarang bukak blog melalui komputer..lagi puas hati....hehehe...Sebelum aku up-date..tengok kat area comment...terkejut aku di buatnya...banyak betul comment....rasa pusing sekejap...camna aku nak terjah blog korang nie? Tak mengapa slow2...aku terjah blog korang...Sesiapa yang sudi ssinggah sini...aku ucapkan terima kasih...

Note: Susah betul jadik blogger nie...lagi2 bila cuti....hehehe betul tak? Nak membalas komen dorang semua penat jari.....Lagi2 aku nie pulak jenis singgah dan baca entry yang korang tulis yg lepas-lepas....hehehe..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ