Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical

Author : Cik Rose Cute | 8:48 PM | 25Total Comments |
 nak join? Klik banner ea :)
Tamat segmen Hari ahad jam 11.59 pm..
  Sebelum balik kampung join segmen...hihihi...Korang kalau nak join memang di alu-alukan...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Edit Blog Ketiga Amni Haziq

Author : Cik Rose Cute | 5:56 PM | 14Total Comments |
Jom! mengenali blogger yg baru berjinak-jinak dengan blog....nie...Dia adalah seorang blogger yang bernama "Siti Rahmah" dan dia juga minta tolong aku edit blog dia jugak.


Sii Rahmah nie adalah pengedar barangan Shaklee....

Kalau korang rasa nak follow blog beliau klik SINI  Dah settle....penat tau edit2 blog nie...kepala pening tau....

Note:Mungkin pagi besok aku bertolak balik ke Terengganu...ada urusan hal tanah...mungkin aku bukak jugak blog melalui galaxy note aku....hubby aku dah beli simcard tenet hotlink...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aku Mengandung Anak kembar

Author : Cik Rose Cute | 2:11 PM | 36Total Comments |
Baru sekarang aku dapat udate blog...dah settle edit blog seseorang...nantilah aku cerita ya....Korang mesti teruja tengok tajuk di atas tuekan....Dan korang pasti cepat2 kelip blog aku nak tahu tentang tajuk di atas....hihihi....Begini ceritanya.......Di pendekkan.....

http://ts3.mm.bing.net/th?id=I4939079816315818&pid=1.1
Semalam...aku pegi jumpa doktor check air kencing......tup-tup doktor tue cakap"Tahniah!!! awak mengandung anak kembar..." Aku terlopong ...eh betul ke mengandung?bila aku bersama dengan tut!!...tapi dalam hati bukan main gembira....Pastu aku ucap syukur-sesyukurnya pada Allah kerana doa aku di makbul Olehnya....Tiba-tiba...dengar budak merenggek kat sebelah....nak neneng....(syifa) hahahaha.... aku bermimpi rupanya....,ingatkan betul aku mengandung anak kembar....Itulah ceritanya....

Note:Aku selalu berangan nak anak kembar sampai terbawa di dalam mimpi...kalau hubby aku baca mesti dia senyum.....Dia suka jugak baca apa yg aku tulis kat blog nie....hihihi...kejap lagi nak terjah blog korang...Rindu...."Happy Birthday buat Maira...Semoga ceria dan sihat selalu.."


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kepenatan...

Author : Cik Rose Cute | 2:45 PM | 20Total Comments |
Siapkan blog kawan aku yang satu tempat kerja dulu...Tak sangka pulak...kawan aku ada blog jugak hihihi...Dah dia tahu aku boleh edit sikit tentang blog...dia minta tolong aku editkan...Mungkin ada jugak yg mengenalinya kot....tak pun dah follow blog beliau...Yang dia pulak dah lama dah follow blog aku...cuma aku yang tak perasan... aku memang terukkan.....Aku fikir tiada siapa yang mengenali aku di alam maya hihihi...korang ada tak perasaan cam gitu?Mungkin Nureen Mengenalinya....

inilah hasilnya....cam biasalah design aku hihihi


Seperti biasa doodle yang menjadi mangsa adalah Bunga Hati Mama dan Apit...

Note:Kitaorang memang kenal dah lama sebelum kawin hihihihi..Kalau korang nak kenal silakan....Klik Sini Pasnie...nak kena edit blog satu lagi...Tak sempat nak terjah korang hari nie....Mungkin susah sikit bulan nie menjadi blog pilihan pengomen tegar...huhuhu


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Baru Lepas Design Blog (Ummi-Norseha)

Author : Cik Rose Cute | 1:03 PM | 44Total Comments |
Aku baru first time edit blog dengan bayaran rm 10.00....Sebelum nie aku tidak pernah ambik order edit blog...Dialah insan pertama yang meminta tempahan edit blog....Aku bukan teror sangat-sangat bab edit-edit nie...sikit-sikit adalah....Jom tengok hasil design dari aku....



Nie header yang aku hasilkan....doodle tue tuan punyer blog pilih sendiri....

Nie Bahagian Footer....

 Shoutbox  hasil tanganku.....Semua kaler hijau hihihi

Doodle yang comel nie pulak kredit dari blog Mama Rina aku suka hasil doodle dari mama rina cute sangat-sangat....Kalau korang nak tengok full korang klik Sini menuju ke blog Ummi_Norseha ya....

My Note: Terima kasih Ummi kerana suka design yang tidak seberapa tue.....Ummi  tak banyak cerewet suka....muuaahh...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Neelofa Keluarkan Saman...

Author : Cik Rose Cute | 8:56 PM | 25Total Comments |
anzalna neelofa


Korang dah tahu isu yang terjadi terhadap neelofa......Kalau belum tahu klik Sini .Neelofa yang tampil bersama peguamnya telah pun menghantar notis tuntutan kepada Anzalna secara pos daftar dan serahan tangan. Jika Anzalna tidak memberikan respons selepas 7 hari, tindakan mengikut undang-undang yang seterusnya akan diambil oleh pihak Neelofa. Kata Neelofa:-

 Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang. Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi. Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya.
 Sekiranya tiada bukti yang didedahkan oleh Anzalna atas tuduhan ini, Lofa berkata yang Anzalna perlu membuat “public apology” untuk membersihkan nama Neelofa. Nampaknya Neelofa telah pun bertindak mengikut saluran yang sah. Kini sudah tiba giliran Anzalna untuk mengeluarkan segala bukti seperti yang dikatakan di dalam BiPop sekiranya.

 Note: Kita tunggu apakata artis seorang lagi hihihi.....Dorang banyak duit....bolehlah main peguam...

Kredit foto dan info kepada OhBulan dan RotiKaya 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gosip Terbaru Remy Dengan Tizz Zaqyah

Author : Cik Rose Cute | 1:35 PM | 25Total Comments |
Aku baca kat blog Nara  terkejut betul dengan pengakuan Remy....Agak misteri kenapa secara tiba-tiba Remy Ishak meluahkan perasaan peribadinya di Twitter. Umum mengetahui yang Remy memang jarang berkongsi cerita peribadi di laman sosial, lebih-lebih lagi yang melibatkan kekasih hatinya, Tiz Zaqyah. Mungkin semalam Remy Ishak sudah tidak dapat menahan isi hati yang begitu lama dipendamkan.

remy ishak
Tiz Zaqyah walaupun tidak ada Twitter, sempat mengupdate status di Facebooknya (telah pun didelete) seperti di bawah:-
remy ishak
Adakah Remy dan Tiz benar-benar bergaduh atau ianya satu latihan lakonan daripada mereka berdua? Itu tak pasti tunggu jerlah perjelasan dari mereka berdua.....Aku no komen tentang isu mereka sekadar berkongsi yg datang kat blog aku hihihi. Apa pun kepada Remy, semoga cepat sembuh dan cepat keluar hospital.

 My Foot:Macam-macam artis sekarang....Yang peliknya suka meluahkan dekat laman Twitter...

 Kredit info Forum Cari yang awesome.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cekodok Pisang

Author : Cik Rose Cute | 8:50 AM | 26Total Comments |
Cekodok nie Aku buat petang semalam....untuk jamu anak-anak aku....Hasilnya kecik....mula2 goreng kembang sikit pastu bila dah sejuk kecup pulak jadiknya....

Selamat Menjamu mata.....Anak-anak aku suka cekodok pisang...,Kejap lagi lagi aku terjah blog korang...aku nak masak kejap hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Model Tudung

Author : Cik Rose Cute | 11:09 AM | 38Total Comments |
Hari nie syifa jadi model tudung jap boleh....?Untie-untie jangan jeles ya....Jom! layan aku snap gambar syifa pakai tudung....Syifa nie baik tau...ibu dia pakaikan tudung dia diam pastu mulutnya bising sembang...Apa dia sembang sepatah haram aku tak faham hihihi....Aku just cakap kat dia..."Diam syifa...ibu nak sanap gambar nie..."pastu dia jawab bahasa dia....aku gelak jerlah...

Nasib baik syifa tak tarik tudung....Mungkin dia rasa selesa kot....Semalam aku pakaikan tudung dia bukak...bukan tudung yg nie tudung lain...

Mata tengok cerita Baby Tv

nie dah macam makcik jer syifa....

Gambar tengah berdiri...aku bagi dia pegang tue supaya senang aku snap gambar...

Geram tengok pipinya....

Sorry...Gambar terlalu banyak....Oh! ya korang jangan lupa join Ga Izan Mama Mia Dan Rakan Blogger  ya.....Aku  Salah seorang Sponsor ga tersebut...21 pemenang bertuah di cari....Sesiapa nak edit blog free joinlah Ga tue...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Isu Neelofa Dengan Anzalna Nasir

Author : Cik Rose Cute | 9:08 PM | 22Total Comments |
Korang dah tahu ke isu pasal dua orang artis tue? Aku baru terbaca kisah mereka....Yang belum tahu Jom Kita sama-sama baca...

Sebelum tue korang mesti nak kenal siapa artis yang bernama "Anzalna Nasirkan...."

 Nielah orangnya...Dengar khabar ada gosip tentang dia dengan Neelofa...Betul ke tidak belum pasti...mungkin wartawan sajer buat isu hihihi (pandai-pandai pulak aku)

Isunya Sebegini....

Game on. Hujung minggu lalu menerusi sisipan hiburan Berita Harian, Anzalna Nasir tampil berani mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi terhadap Neelofa.

Dalam temubual tersebut, Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.

“Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok”

“Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja”

Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.

“Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way,” ujar Neelofa melalui Twitter.

Kami tertarik dengan kenyataan Neelofa untuk menyelesaikan perkara ini secara rasmi (official way), adakah kita akan lihat dua selebriti remaja ini naik turun mahkamah tidak lama lagi?

SUMBER 

Ha...dah baca....Siapa yang busuk hati sebenarnya....



Semua rasanya sudah sedar akan kekecohan yang timbul antara Neelofa dan Anzalna Nasir sejak 48 jam yang lepas dan semua ini gara gara artikel tulisan seorang wartawan hiburan.

Itu dakwa Hans Isaac yang mengatakan Zubir (wartawan BiPop) sengaja mencari isu dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir pada sisipan hiburan itu hujung minggu lalu.

Hans Isaac menerusi akaun Twitter rasmi beliau mengatakan sebagai penerbit filem Neelofa, Lemak Kampung Santan beliau menasihat pelakon itu untuk mengambil tindakan.

“Personally, I think we should not entertain this one bodoh sunday reporter Z. Saya dah kenal dia bertahun. And he is not a good person.” Z dipercayai merujuk kepada Zubir.

Mungkin kerana terlalu memendam rasa terhadap Zubir, Hans Isaac membuka tawaran untuk berdebat secara 'live' di kaca televisyen. Satu cabaran yang agak berani di situ.

 
 
 

SUMBER
Nota: Siapa yang busuk hati sebenarnya? Aku tak sokong mana-mana just share gan korang...Bila keluar melodi tak adalah korang tercari2....Biasanya dalam melodi...dorang tak sebut nama artis tersebut hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pendaftaran Secara Online Yawas/kawasan

Author : Cik Rose Cute | 12:55 PM | 11Total Comments |
Okey...Ramai pulak yang bertanya tentang "Yayasan Warisan Selangor"...Yang daftar untuk anak aku my hubby....My hubby pun tak sangka dapat...My hubby daftar dekat tempat kerjanya...waktu tue kawan yg bagi borang tersebut.....Di sini ada maklumat yang aku google kat tenet....Korang Klik SINI....Info Yang Menarik Tentang "Yayasan Warisan Selangor"


TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR
Pendaftaran bagi tahun 2008,2009 dan 2010 telah dibuka semula. Tempoh pendaftaran adalah TERHAD.

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Faedah Perlaksanaan TAWAS

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. 


Nie kawasan dan Tempat Untuk Pemohonan...

Alamat Pejabat (Kuala Langat)
43A Jalan Kemboja 33,Off Jalan Sultan Alam Shah
42700 Banting,Selangor
 Tel: 03-3181 1989
Fax:03-3181 7905

Alamat Pejabat(Teluk Datok)
Dewan Orang Ramai Jenjarom,
Jalan Sungai Buaya,42500 Jenjarom,Kuala Langat Selangor
Tel:03-3191 5959
Fax:03-3191 5959

Adun N53 MORIB
Pusat Khimat Masyarakat Dun Morib,
No.78A Jalan Bunga,Pekan Banting,
42700 Banting, Selangor
Tel:03-3180 2191
Fax:03-3180 2191


Email: pkmmorib@gmail.com



Note:Itu sahaja info yang aku dapat...alamat tue aku dapat sewatu ambik my kid si haziq yg lulus dapat pelaburan tawas nie....Haziq dah ada my kid...Alhamdulillah rezeki anak yang no 2 kot....Untuk register Syifa...belum tentu lagi dapat...Yalah pendaftaran terhad....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mee Sup Simple

Author : Cik Rose Cute | 12:05 PM | 18Total Comments |
Petang semalam aku buat mee sup yang sangat-sangat simple hihihi...tak letak banyak barang....just sayur,telur,fish cake dan ikan bilis itu sahaja....

Mee kuning yang sudah aku basuh dan keringkan airnya....

Aku letak dua fishcake nie....anak-anak aku tak suka sangat hihihi...

Yang pasti telur 2 biji baru sedap....

Aku dah tumis bawang putih gan bawang merah....Ikan bilis aku dah tumbuk lumat2 untuk memekatkan air sup....Lagi banyak ikan bilis yg di tumbuk lagi sedap....Nampak tak cilipadi kat dalam kuali tue....Aku tak potong takut budak2 nie pedas...(Cilipadi tue aku punyer hihihi)

Dah tinggal sikit baru aku ingat nak snap gambar yg sudah siap masak....hihihi Selamat Menjamu Mata ...okey Bye!!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ