Segmen : Tambah Followers Sampai Beribu

Author : Cik Rose Cute | 8:51 AM | 39Total Comments |
Assalamualaikum readers & followers yang disayangi^^
 


Nak join klik banner!
Tarikh tutup segmen 01/06/2012
Jam 9malam / 10malam
Aku Start Berblog Pada 2010 kot...ingat2 lupa..
Cik Rose Tag Sesiapa yg terasa mau followersnya Ramai hihihi

Note: Pagi nie aku bertolak balik kampung Perak...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen - BW & FOLLOW by iza zaty

Author : Cik Rose Cute | 8:43 PM | 28Total Comments |
klik banner kalau nak join :))




tags ::D
Izan,Ibu Aqil


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tasha Manshahar

Author : Cik Rose Cute | 4:17 PM | 13Total Comments |
Terkenal dengan kemerduan suaranya menerusi lagu “Be mine” membuatkan ramai mengenali siapa Tasha Manshahar. Beliau merupakan seorang lagi artis dari rangkaian media muzik Youtube. Kelebihan pada suara yang lunak membuatkan ramai yang tertarik untuk terus mendengar lagu yang dinyanyikan oleh beliau.

Disebalik kepopularitian menyanyi beliau juga mengunakan kesempatan yang ada untuk merakam video cara pemakaian fesyen tudung yang beliau sendiri hasilkan. Fesyen lilitan tudung bawal ringkas yang telah dihasilkan beliau kelihatan sangat menarik dan sopan.
Bagi anda yang selama ini memakai tudung bawal dengan ikatan atau lilitan yang biasa sahaja tu boleh lah mencuba gaya baru dari Tasha Manshahar pula. Pengayaan tudung dengan lilitan ini bukan sahaja menarik tetapi mampu memberi kelainan pada diri anda sendiri juga.

Note: Bolehlah cuba nanti....Nampak cam senang jer hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Comel Si Cilik Bertudung...(Nur Aisyah Humairah)

Author : Cik Rose Cute | 1:20 PM | 18Total Comments |
Kalau tengok gambar adik comel nie...memang sejuk mata memandang....Mata pulak tak berkelip-kelip apabila melihat gambar si cilik nie....

 Si cilik yang diberi nama Nur Aisyah Humairah ini. Makin besar makin comel dilihatnya. Lagi-lagi bila Nur Aisyah Humairah tampil dengan penampilan bertudung sebegini. Cute sangat kan?


Rasa-rasa Nur Aisyah Humairah boleh menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak di luar sana sekiranya kekal dengan penampilan sebegini.













Pandai Betul Beraksi depan camera....geram tengok gambar dia....

Note: Sorry Gambar terlalu banyak hihihi...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kisah Ahmad Nisfu Sebelum Ajalnya

Author : Cik Rose Cute | 12:57 PM | 23Total Comments |
Korang kenal tak Ahmad Nisfu? Aku memang meminati Ahmad Nisfu  sewaktu aku kanak-kanak lagi....Wataknya dalam filem memang membuat aku gelihati dan senak perut.Jom! kita baca kisah Ahmad Nisfu sebelum ajal yang amat menyayat hati....

Siapa tidak kenal gelagat mereka antaranya Tan Sri P Ramlee. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Ahmad Nisfu. Siapa yang tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yang berbakat. Banyak sahaja tagline yang digunapakai sehingga hari ini antaranya :
“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”

Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yang tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.


Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.
Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)


Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo


Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain.

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!
Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.

Melayukini.net - Rasa sedih pula apabila mengenangkan nasib allahyarham Ahmad Nisfu yang pengakhiran hidupnya amat menyayat hati. Seorang pelakon dan pelawak berbakat hidup dalam kedaifan. Admin percaya, rata-rata semua baru tahu mengenai riwayat hidupnya. Apa yang menyedihkan lagi, beliau dahulunya adalah hidup sebatang kara. Apa-apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah 

Nota Kaki: Sedih pulak aku baca kesudahan Ahmad Nisfu sebelum ajalnya....Sama-samalah kita sedekah Al-fatihah buat arwah....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Dian Sastrowardoyo Di Karpet Merah

Author : Cik Rose Cute | 8:35 PM | 14Total Comments |
Nampaknya kehadiran bintang juga pelakon Indonesia Dian Sastrowardoyo di Festival Filem Cannes 2012 menjadi satu perhatian besar dalam industri hiburan Indonesia...


Dian Sastrowardoyo tampil di festival filem paling berprestij itu atas tiket sebagai duta L’Oreal Indonesia & beliau merupakan satu satu’nya wakil Asia Tenggara yang melalui karpet merah.Bertuah betul Dian Sastrowardoyo niekan.....

Jom! kita Tengok Gambar-gambar Dian Kat Karpet Merah..

Badan Dah slim...Hari tue berisi sekejap lepas bersalin...

Make-upnya cantik....tak tebal sangat....Aku suka tengok muka dian nie cantik...

Wah!! cantik betul....walaupun sebelum nie berisi....Tahniah Kepada Dian...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Happy Anniversary Sayangku / Khas Buat Suamiku Tercinta

Author : Cik Rose Cute | 7:15 PM | 10Total Comments |
Entri khas ini aku tujukan buat suamiku yang tercinta.. Sempena hari anniversary kita yang ke 7 tahun.... Ibu  ucapkan Happy Anniversary buat abang tersyg.. Semoga mahligai yang kita bina genap 7 tahun ini akan berkekalan sampai ke Syurga...... amin.

Andai kata sepanjang 7 tahun ibu  menjadi isteri abah... ada kata-kata yang  menyinggung atau menyentuh hati dan perasaan abah...ibu  memohon seribu kemaafan.. Bak kata P.Ramlee "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"......Walau apa pun Ibu tetap Sayang Abah.....


Aku Sah Bergelar Isteri Pada Tanggal 29/Mei/2005

LOVE U & MISS U Suamiku (Hairul Hisam) ... ikhlas dari  Isterimu tersayang ..... Muuuuaaah


Nota kaki : Sepatutnya pagi tadi aku publish entry nie....kerana aku terlalu busy...Kadang-kadang tue susah sikit sebab syifa dah suka memanjat meja...kena pantau syifa...membuatkan aku terbantut nak publish entry....Tunggu syifa tido baru boleh aku mengadap blog....dua tiga hari nie aku tak sempat nak terjah blog korang rindu pulak rasanya....nak baca...apa yang korang tulis....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Happy Birthday Untuk Abah

Author : Cik Rose Cute | 3:59 PM | 24Total Comments |
Hari ini birthday cik hubby aku....Malam tadi aku dah wish kat FB....dalam pukul 12.00 lebih cam gitulah melalui tab aku.

Dalam pukul 12.00 tengah hari baru aku ajak cik hubby pergi beli kek kat kedai hihihi
Tue pun sikakak yg pujuk...kata si kakak "Ibu hari nie birthday abahkan...Jom! beli kek..."
Mungkin  dorang  nie dah biasa bila time birthday beli kek hihihi....

Pilihan cik hubby kek "blueberry"


Nampak tak strawberi ada dua biji....itu menandakan cinta kami seindah kek blueberry....

Nyum..nyum...nyum....Emmm memang sedap kek nie...walaupun kek nie bukan kek secret recipe tapi sedap harga pun memuaskan Rm 40..00.....Selamat Menjamu Mata Ya.....

Ucapan Untuk Abah...Selamat Hari Lahir........Ibu doakan abah sentiasa sucess dalam kehidupan dunia dan akhirat.....Amin....

Nota: Ada sesiapa yang birthday hari ini....Aku ucapkan Selamat Hari Lahir ya.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ