Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical

 nak join? Klik banner ea :)
Tamat segmen Hari ahad jam 11.59 pm..
  Sebelum balik kampung join segmen...hihihi...Korang kalau nak join memang di alu-alukan...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Edit Blog Ketiga Amni Haziq

Jom! mengenali blogger yg baru berjinak-jinak dengan blog....nie...Dia adalah seorang blogger yang bernama "Siti Rahmah" dan dia juga minta tolong aku edit blog dia jugak.


Sii Rahmah nie adalah pengedar barangan Shaklee....

Kalau korang rasa nak follow blog beliau klik SINI  Dah settle....penat tau edit2 blog nie...kepala pening tau....

Note:Mungkin pagi besok aku bertolak balik ke Terengganu...ada urusan hal tanah...mungkin aku bukak jugak blog melalui galaxy note aku....hubby aku dah beli simcard tenet hotlink...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Aku Mengandung Anak kembar

Baru sekarang aku dapat udate blog...dah settle edit blog seseorang...nantilah aku cerita ya....Korang mesti teruja tengok tajuk di atas tuekan....Dan korang pasti cepat2 kelip blog aku nak tahu tentang tajuk di atas....hihihi....Begini ceritanya.......Di pendekkan.....

http://ts3.mm.bing.net/th?id=I4939079816315818&pid=1.1
Semalam...aku pegi jumpa doktor check air kencing......tup-tup doktor tue cakap"Tahniah!!! awak mengandung anak kembar..." Aku terlopong ...eh betul ke mengandung?bila aku bersama dengan tut!!...tapi dalam hati bukan main gembira....Pastu aku ucap syukur-sesyukurnya pada Allah kerana doa aku di makbul Olehnya....Tiba-tiba...dengar budak merenggek kat sebelah....nak neneng....(syifa) hahahaha.... aku bermimpi rupanya....,ingatkan betul aku mengandung anak kembar....Itulah ceritanya....

Note:Aku selalu berangan nak anak kembar sampai terbawa di dalam mimpi...kalau hubby aku baca mesti dia senyum.....Dia suka jugak baca apa yg aku tulis kat blog nie....hihihi...kejap lagi nak terjah blog korang...Rindu...."Happy Birthday buat Maira...Semoga ceria dan sihat selalu.."
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Kepenatan...

Siapkan blog kawan aku yang satu tempat kerja dulu...Tak sangka pulak...kawan aku ada blog jugak hihihi...Dah dia tahu aku boleh edit sikit tentang blog...dia minta tolong aku editkan...Mungkin ada jugak yg mengenalinya kot....tak pun dah follow blog beliau...Yang dia pulak dah lama dah follow blog aku...cuma aku yang tak perasan... aku memang terukkan.....Aku fikir tiada siapa yang mengenali aku di alam maya hihihi...korang ada tak perasaan cam gitu?Mungkin Nureen Mengenalinya....

inilah hasilnya....cam biasalah design aku hihihi


Seperti biasa doodle yang menjadi mangsa adalah Bunga Hati Mama dan Apit...

Note:Kitaorang memang kenal dah lama sebelum kawin hihihihi..Kalau korang nak kenal silakan....Klik Sini Pasnie...nak kena edit blog satu lagi...Tak sempat nak terjah korang hari nie....Mungkin susah sikit bulan nie menjadi blog pilihan pengomen tegar...huhuhu
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Baru Lepas Design Blog (Ummi-Norseha)

Aku baru first time edit blog dengan bayaran rm 10.00....Sebelum nie aku tidak pernah ambik order edit blog...Dialah insan pertama yang meminta tempahan edit blog....Aku bukan teror sangat-sangat bab edit-edit nie...sikit-sikit adalah....Jom tengok hasil design dari aku....



Nie header yang aku hasilkan....doodle tue tuan punyer blog pilih sendiri....

Nie Bahagian Footer....

 Shoutbox  hasil tanganku.....Semua kaler hijau hihihi

Doodle yang comel nie pulak kredit dari blog Mama Rina aku suka hasil doodle dari mama rina cute sangat-sangat....Kalau korang nak tengok full korang klik Sini menuju ke blog Ummi_Norseha ya....

My Note: Terima kasih Ummi kerana suka design yang tidak seberapa tue.....Ummi  tak banyak cerewet suka....muuaahh...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Neelofa Keluarkan Saman...

anzalna neelofa


Korang dah tahu isu yang terjadi terhadap neelofa......Kalau belum tahu klik Sini .Neelofa yang tampil bersama peguamnya telah pun menghantar notis tuntutan kepada Anzalna secara pos daftar dan serahan tangan. Jika Anzalna tidak memberikan respons selepas 7 hari, tindakan mengikut undang-undang yang seterusnya akan diambil oleh pihak Neelofa. Kata Neelofa:-

 Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang. Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi. Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya.
 Sekiranya tiada bukti yang didedahkan oleh Anzalna atas tuduhan ini, Lofa berkata yang Anzalna perlu membuat “public apology” untuk membersihkan nama Neelofa. Nampaknya Neelofa telah pun bertindak mengikut saluran yang sah. Kini sudah tiba giliran Anzalna untuk mengeluarkan segala bukti seperti yang dikatakan di dalam BiPop sekiranya.

 Note: Kita tunggu apakata artis seorang lagi hihihi.....Dorang banyak duit....bolehlah main peguam...

Kredit foto dan info kepada OhBulan dan RotiKaya 
 
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Gosip Terbaru Remy Dengan Tizz Zaqyah

Aku baca kat blog Nara  terkejut betul dengan pengakuan Remy....Agak misteri kenapa secara tiba-tiba Remy Ishak meluahkan perasaan peribadinya di Twitter. Umum mengetahui yang Remy memang jarang berkongsi cerita peribadi di laman sosial, lebih-lebih lagi yang melibatkan kekasih hatinya, Tiz Zaqyah. Mungkin semalam Remy Ishak sudah tidak dapat menahan isi hati yang begitu lama dipendamkan.

remy ishak
Tiz Zaqyah walaupun tidak ada Twitter, sempat mengupdate status di Facebooknya (telah pun didelete) seperti di bawah:-
remy ishak
Adakah Remy dan Tiz benar-benar bergaduh atau ianya satu latihan lakonan daripada mereka berdua? Itu tak pasti tunggu jerlah perjelasan dari mereka berdua.....Aku no komen tentang isu mereka sekadar berkongsi yg datang kat blog aku hihihi. Apa pun kepada Remy, semoga cepat sembuh dan cepat keluar hospital.

 My Foot:Macam-macam artis sekarang....Yang peliknya suka meluahkan dekat laman Twitter...

 Kredit info Forum Cari yang awesome.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Cekodok Pisang

Cekodok nie Aku buat petang semalam....untuk jamu anak-anak aku....Hasilnya kecik....mula2 goreng kembang sikit pastu bila dah sejuk kecup pulak jadiknya....

Selamat Menjamu mata.....Anak-anak aku suka cekodok pisang...,Kejap lagi lagi aku terjah blog korang...aku nak masak kejap hihihi
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Model Tudung

Hari nie syifa jadi model tudung jap boleh....?Untie-untie jangan jeles ya....Jom! layan aku snap gambar syifa pakai tudung....Syifa nie baik tau...ibu dia pakaikan tudung dia diam pastu mulutnya bising sembang...Apa dia sembang sepatah haram aku tak faham hihihi....Aku just cakap kat dia..."Diam syifa...ibu nak sanap gambar nie..."pastu dia jawab bahasa dia....aku gelak jerlah...

Nasib baik syifa tak tarik tudung....Mungkin dia rasa selesa kot....Semalam aku pakaikan tudung dia bukak...bukan tudung yg nie tudung lain...

Mata tengok cerita Baby Tv

nie dah macam makcik jer syifa....

Gambar tengah berdiri...aku bagi dia pegang tue supaya senang aku snap gambar...

Geram tengok pipinya....

Sorry...Gambar terlalu banyak....Oh! ya korang jangan lupa join Ga Izan Mama Mia Dan Rakan Blogger  ya.....Aku  Salah seorang Sponsor ga tersebut...21 pemenang bertuah di cari....Sesiapa nak edit blog free joinlah Ga tue...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Isu Neelofa Dengan Anzalna Nasir

Korang dah tahu ke isu pasal dua orang artis tue? Aku baru terbaca kisah mereka....Yang belum tahu Jom Kita sama-sama baca...

Sebelum tue korang mesti nak kenal siapa artis yang bernama "Anzalna Nasirkan...."

 Nielah orangnya...Dengar khabar ada gosip tentang dia dengan Neelofa...Betul ke tidak belum pasti...mungkin wartawan sajer buat isu hihihi (pandai-pandai pulak aku)

Isunya Sebegini....

Game on. Hujung minggu lalu menerusi sisipan hiburan Berita Harian, Anzalna Nasir tampil berani mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi terhadap Neelofa.

Dalam temubual tersebut, Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.

“Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok”

“Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja”

Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.

“Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way,” ujar Neelofa melalui Twitter.

Kami tertarik dengan kenyataan Neelofa untuk menyelesaikan perkara ini secara rasmi (official way), adakah kita akan lihat dua selebriti remaja ini naik turun mahkamah tidak lama lagi?

SUMBER 

Ha...dah baca....Siapa yang busuk hati sebenarnya....



Semua rasanya sudah sedar akan kekecohan yang timbul antara Neelofa dan Anzalna Nasir sejak 48 jam yang lepas dan semua ini gara gara artikel tulisan seorang wartawan hiburan.

Itu dakwa Hans Isaac yang mengatakan Zubir (wartawan BiPop) sengaja mencari isu dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir pada sisipan hiburan itu hujung minggu lalu.

Hans Isaac menerusi akaun Twitter rasmi beliau mengatakan sebagai penerbit filem Neelofa, Lemak Kampung Santan beliau menasihat pelakon itu untuk mengambil tindakan.

“Personally, I think we should not entertain this one bodoh sunday reporter Z. Saya dah kenal dia bertahun. And he is not a good person.” Z dipercayai merujuk kepada Zubir.

Mungkin kerana terlalu memendam rasa terhadap Zubir, Hans Isaac membuka tawaran untuk berdebat secara 'live' di kaca televisyen. Satu cabaran yang agak berani di situ.

 
 
 

SUMBER
Nota: Siapa yang busuk hati sebenarnya? Aku tak sokong mana-mana just share gan korang...Bila keluar melodi tak adalah korang tercari2....Biasanya dalam melodi...dorang tak sebut nama artis tersebut hihihi
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Pendaftaran Secara Online Yawas/kawasan

Okey...Ramai pulak yang bertanya tentang "Yayasan Warisan Selangor"...Yang daftar untuk anak aku my hubby....My hubby pun tak sangka dapat...My hubby daftar dekat tempat kerjanya...waktu tue kawan yg bagi borang tersebut.....Di sini ada maklumat yang aku google kat tenet....Korang Klik SINI....Info Yang Menarik Tentang "Yayasan Warisan Selangor"


TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR
Pendaftaran bagi tahun 2008,2009 dan 2010 telah dibuka semula. Tempoh pendaftaran adalah TERHAD.

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Faedah Perlaksanaan TAWAS

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. 


Nie kawasan dan Tempat Untuk Pemohonan...

Alamat Pejabat (Kuala Langat)
43A Jalan Kemboja 33,Off Jalan Sultan Alam Shah
42700 Banting,Selangor
 Tel: 03-3181 1989
Fax:03-3181 7905

Alamat Pejabat(Teluk Datok)
Dewan Orang Ramai Jenjarom,
Jalan Sungai Buaya,42500 Jenjarom,Kuala Langat Selangor
Tel:03-3191 5959
Fax:03-3191 5959

Adun N53 MORIB
Pusat Khimat Masyarakat Dun Morib,
No.78A Jalan Bunga,Pekan Banting,
42700 Banting, Selangor
Tel:03-3180 2191
Fax:03-3180 2191


Email: pkmmorib@gmail.com



Note:Itu sahaja info yang aku dapat...alamat tue aku dapat sewatu ambik my kid si haziq yg lulus dapat pelaburan tawas nie....Haziq dah ada my kid...Alhamdulillah rezeki anak yang no 2 kot....Untuk register Syifa...belum tentu lagi dapat...Yalah pendaftaran terhad....

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Mee Sup Simple

Petang semalam aku buat mee sup yang sangat-sangat simple hihihi...tak letak banyak barang....just sayur,telur,fish cake dan ikan bilis itu sahaja....

Mee kuning yang sudah aku basuh dan keringkan airnya....

Aku letak dua fishcake nie....anak-anak aku tak suka sangat hihihi...

Yang pasti telur 2 biji baru sedap....

Aku dah tumis bawang putih gan bawang merah....Ikan bilis aku dah tumbuk lumat2 untuk memekatkan air sup....Lagi banyak ikan bilis yg di tumbuk lagi sedap....Nampak tak cilipadi kat dalam kuali tue....Aku tak potong takut budak2 nie pedas...(Cilipadi tue aku punyer hihihi)

Dah tinggal sikit baru aku ingat nak snap gambar yg sudah siap masak....hihihi Selamat Menjamu Mata ...okey Bye!!!
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Voucher Free Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

Tadi pergi Enconsave....shopping free....dapat voucher  dari Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebanyak rm 100.

Hasil dari shopping dari voucher tersebut....Voucher nie yang dapat anak aku yang ke dua Haziq Hanif


Haziq nie lahir tahun 2008...Aku rasa Yayasan Warisan Anak Selangor nie (YAWAS) di tubuhkan pada tahun 2009


YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan anak syarikat dibawah bidang kuasa Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Maklumat Asas Syarikat:

Tarikh Penubuhan : 05 Februari 2009
Dana TAWAS : RM 8,500,000.00
Dana Operasi : RM 5,000,000.00

Syarikat Pengurusan Projek Tabung Warisan Anak Selangor terdiri daripada pemasaran, pendaftaran, dan penyediaan pangkalan data. Mengendalikan pendaftaran Skim Mesra Usia Emas dan pengurusan sistem pangkalan data Skim Mesra Usia Emas. 



Note: Semua voucher tue beli barangan keperluan haziq....dan juga barang keperluan...kami sekeluarga...Ada tak sesiapa yang register "Yayasan Warisan Anak Selangor(YAWAS)
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wawa Zainal

 Wawa Zainal yang kini menjadi perhatian kini sekali lagi diberi kepercayaan menjadi sebagai seorang duta produk gincu Lipice. Wajah yang comel dan sering kali menghiburkan mata anda dengan lesung pipit yang sudah pasti akan menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Walaupun kadang-kadang ZoOM memerhati lakonan Wawa yang kadang-kadang tidak bersesuaian dengan pakej yang beliau ada namun sedikit sebanyak menarik minat pengiat seni dan ahli perniagaan diluar sana.

Semoga ia akan menjadi perintis dalam beliau mengejar cita-cita sebagai seorang anak seni.

Jika anda sedar gadis bernama Wawa ini pernah berlakon dalam cerita Hantu Dalam Botol, yang membawa watak seorang gadis yang tidak siuman kerana sering dirasuk oleh hantu.
Jom layan  gambar Wawa ni :








Note:Aku suka tengok iklan Lipice nie...Sebelum nie modelnya Lisa surihanikan...Lipice nie memang best...bibir kita sentiasa lembab dan bertukar pink neautral....ada tak sesiapa pakai lipice nie?
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Suami Salah Hantar E-mail


Toha telah di hantar majikannya untuk berkursus di Kuala Lumpur.Lewat tengah hari Toha baru sampai,dia pun menginap di sebuah hotel mewah yang telah di tempah majikannya.Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu.Di sebabkan seminar akan bermula sebentar lagi sedangkan kawannya sudah menunggu di lobi,Toha pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mal ringkas kepada isterinya.Malangnya dalam terkocoh-kocoh itu Toha telah tersalah taip alamat e-mel isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu,dia pun terus menghantar e-mel tersebut.

      Di sebuah rumah di Kelantan pula,seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dari upacara pengebumian suaminya.Janda tersebut mengambil keputusan umtuk menyemak e-melnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman2.Selepas membaca e-mel pertama itu,si janda tersebut terus rebah ke lantai.Anak lelaki janda tersebut bergegas ke bilik ibunya dan mendapati si ibu sedang tercungap-cungap."E-meeellll...ee-meeeeeelllll,"kata si ibu terketar-ketar.Si anak pun membaca e-mel yang baru habis di baca ibunya tadi.Begini bunyinya....

     To:Isteri Kesayanganku
     Date:5 Mei 2010
     Subject:Abang telah selamat sampai


Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.Mereka telah menyediakan komputer di sini dan kita boleh menghantar e-mel kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini.Ia cukup indah untuk menyambut kedatanganmu  pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, sayang.....Abang harap perjalananmu ke sini nanti akan lebih bermakna seperti apa yang telah abang lalui ketika ini.Abang tidak sabar menunggu hari esok...
Suamimu....

Note:Ini adalah rekaan semata-mata...tak ada kena mengena yg hidup atau yg sudah mati ...Sekadar lawak sahaja...Ceria Di hari jumaat...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tips Muka Berminyak

Wah! petang2 gini...aku nak bagi tip untuk korang yang sesiapa mukanya banyak minyak hihihi....Korang mesti rimaskan kalau muka berkilau dan sentiasa berminyakkan? Lepas tue selalu tekap tisu ke batang hidung sendiri dengan dahi sebab nak minyak itu serap.Memang seksa betul....lagi satu muka berminyak nie...kalau pakai bedak mesti comot...Aku bagi tip mudah jer untuk atasi minyak kat muka...


Muka Artis korea nie lawa-lawakan... Aku jeles hihihi


Pertama Cara Pemakanan
Elakkan makan benda yang banyak minyak...Lebihkan sayuran,buah-buahan atau bijirin.


Pencuci Muka Biar bersesuaian dengan Kulit
Seeloknya  yang tertulis bebaskan minyak (oil Free).Jangan seringkali menukar-nukar jenama pencuci muka yang dah bersesuaian dengan muka  kita.Guna 1 jenis.Buat scrubbing untuk membersihkan liang pori-pori.Liang pori-pori yang  tersumbat,kotor dan berminyak mudah di jangkiti jerawat.


Pelembab Muka
Guna pelembab muka dan bedak alas yang mengandungi UV dan bebas minyak (oil Free).Sebelum korang beli check terlebih dahulu produk make-up tertera perkataan NON COMEDOGENIC (tidak menutupi liang roma) dan mengandungi AHA (Alpha-Hydroxy Acids).AHA berfungsi dalam menanggalkan sel kulit mati.

YaNg Last sekali Amalkan membasuh muka dengan air suam dan minum air masak banyak2,kulit muka kita terasa rilek dan liang roma kita terbukak sikit....Jangan basuh muka dengan air sejuk....nanti membuatkan kulit muka kita terkejut.


Note: Pernah jugak aku terbaca pasal kulit berminyak nie...,kulit berminyak ada kebaikan juga iaitu kedutan dan figmentasi muncul lebih lambat berbanding dengan mereka yang memiliki kulit muka jenis lain seperti kulit normal atau kering.Kesimpulan kulit berminyak lambat berkedutlah hihihi
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Melukis Doodle Haram?

Aduh!!! kalau sesiapa yang terasa jangan marah ya....Tadi aku google cara nak melukis doodle...tut2 keluar tajuk "Melukis Doodle Haram"...Terbantut aku nak belajar cara membuat doodle....Mungkin ada yang tahu dan juga belum tahu....Aku just untuk share dengan kawan-kawan yang singgah sini.....

Sob sob sob.. So korang dah baca kan title entry ni.. Melukis doodle itu haram hukumnya.. MD pernah dengar pasal ni dalam ceramah radio sebelum ni.. Dan tadi pulak terbaca entry INI..

Ianya berdasarkan hadis ini :
 "Manusia yang paling pedih seksaannya di hari Kiamat, ialah yang meniru Allah menciptakan makhluk (pelukis, penggambar adalah peniru Allah dalam menciptakan makhlukNya" (HR. Bukhari dan Muslim) 




Sedih, takut semuada ada.. So dah tak boleh la melukis lepas ni??
 Maknanya MD kena bersara la dari dunia doodling..So salah la apa yang MD buat selama ni??
Untuk dapatkan kepastian.. MD tanya la soalan ni dekat orang yang lebih tahu.. Ustaz Azhar Idrus.. MD tanya di page beliau.. Tapi yang menjawabnya bukan UAI.. Tapi anak murid beliau bernama Fainor Mufakirin.. Beliau memang banyak membantu menjawab persoalan yang diajukan di blog UAI.. Boleh tengok blog beliau di SINI.. <-- Follow lah beliau.. Banyak info yang berguna..

So korang ready untuk tengok jawapannya?? 
*Ekceli nak printscreen.. Tp my netbook ni kecik.. Bila bukak kat komputer.. link my question yang I save dah tak boleh bukak.. Hmmm.. So.. I just write the conclusion ja la*


Melukis doodle tidak mengapa.. Harus untuk tujuan berdakwah.. Tapi haram untuk tujuan komersial dan mempersendakan agama.. <-- Diterangkan oleh saudari Fainor Mufakirin



Korang Dah baca? hihihi aku kredit dari blog Doctor Muda Vs Ustaz Rock! beliau memang suka lukis doodle...blog beliau juga cantik....cam girl hihihi...nak berkenalan gan beliau di persilakan....
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Artis Main Poker

Terkejut jugak aku baca kat blog Nie tentang artis main poker....Benda tuekan haram.....


Bawah nie pulak bekas Isteri Lan Ato Z main poker....


Siapa yang tidak mengenali Marcella, bekas isteri.. bekas ke? Isteri kepada vokalis kumpulan A to Z iaitu Lan.  Bulan lepas heboh bila Lan A to Z memberitahu wartawan supaya mengeluarkan berita mengenai isterinya, Marcella yang lari meninggal Lan A to Z di Malaysia, menikmati hidup ala barat di England bersama anak-anaknya.
Kemudian beberapa minggu selepas itu, Marcella menafikan dakwaan tersebut dan mula mengaibkan semula Lan A to Z sebagai seorang suami yang tidak pandai mencari nafkah untuk menanggung isteri dan anak-anaknya apabila tidak bekerja untuk beberapa ketika. Kerana sebab itu, Marcella membawa anak-anaknya melarikan diri ke England untuk tinggal bersama-sama dengan ibu bapanya.
Namun baru-baru ini gossip mengejutkan apabila gambar-gambar Marcella bermain poker tersebar meluas di internet. Apa kesudahannya?
Lagi gambar di bawah.



Allah SWT telah memperingatkan dgn tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٩٠) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (٩١)

Maksudnya 90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. 91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.