Makan Besar

Author : Cik Rose Cute | 12:08 PM | 23Total Comments |
Minggu lepas cik hubby aku bawak pergi makan kat kelanang.Korang yang duk selangor pernah dengar Kelanang? aku baru first time sampai ke sana.Dari rumah aku nak ke sana jauh jugaklah....Itupun atas jemputan kawan cik hubby aku buat makan-makan....satu kepala bayar rm 40.00 ringgit seorang.

Nie makanan area dekat aku dan hubby aku...

Yang ini aku dah lupa apa namanya  tapi sedap jugaklah...dia macam kepah jugak isinya....
Nie meja hujung sekali....aku hujung meja dari depan....ramai jugaklah kawan hubby aku join makan-makan nie....

nie yang semeja gan kitaorang....Memang seronok makan ramai-ramai....hilang diet aku malam tue....hehehe

P/S:Korang mesti pernah makan ramai-ramai cam ginikan....nie bukan famili tau...nie kawan my hubby di tempat kerjanya....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Fasha Sandha Dan Jejai Pulau Redang

Author : Cik Rose Cute | 2:07 PM | 8Total Comments |
Romantiknya....dua sejoli nie.. berbulan madu kat Pulau Redang....Aku orang ganu belum pernah sampai lagi hehehe Jeles aku....



Untuk berlaku jujur, kami sebenarnya mengharapkan yang pasangan ini berdasarkan status mereka akan berada di Eropah untuk percutian bulan madu mereka. Namun semangat cinta negara mereka tinggi dengan memilih Pulau Redang.
Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) yang bernikah pada 27 April 2012 yang lalu kini sedang berada di Pulau Redang, Terengganu untuk percutian bulan madu mereka.
Menurut maklumat ringkas yang di’tulis oleh Fasha Sandha melalui akaun Instagram beliau, mereka menetap di The Taaras Beach & Spa Resort yang merupakan penerima Star Diamond Award 2012 — bukan calang calang lokasi.
Beberapa keping gambar terima kasih kepada Fasha Sandha sendiri untuk tatapan anda semua.

#01 Fasha Sandha & Jejai Di Pulau Redang


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Wow! Pink Memikat Hati

Author : Cik Rose Cute | 8:56 PM | 22Total Comments |
Kalaulah ruang tamu rumah aku macam kat bawah...Alangkah bahagianya....hehehe...warnanya menyerlah memikat hati....Tak jemu mata memandang....I LIKE PINK...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Jusco Baru Bukak Ipoh Perak

Author : Cik Rose Cute | 2:54 PM | 18Total Comments |
Bulan lepas aku gan famili kecik aku balik kampung gajah perak.Korang ingatkan yang aku sibuk2 nak balik kampung  hari khamis tue.....Kitaorang gerak ke ipoh hari jumaat..pagi-pagi lagi kitaorang gerak ke ipoh ada urusan pasal duit bukan duit aku hokey...duit mak mertua aku.Aku gan anak-anak tak ikut  dorang buat urusan,sementara menunggu dorang aku gan anak-anak tumpang rumah adik ipar kat ipoh......

Monyet nie di hasilkan dari belon....Memang besar tergantung di atas kat jusco Ipoh...

Budak dua orang nie sibuk main belon yang terbang kat dalam bekas tue...

Bersungguh-sungguh si kakak ketuk supaya belon tue terbang ....Kecian anak aku pakai selipar jepun jer hehehe...Kasut ada...lupa nak bawak ....
Dah penat ke cik kak Oi!!!...

Ibu nie...belum ready dah snap photo....bising si kakak...

Sorry ya...saya masam tak dapat nak join hehehe
Nie...mungkin syifa seronok ibunya snap gambar....

Nota: Memang besar jugaklah jusco dekat Ipoh....Siapa yang duk ipoh mesti dah pergi sanakan....Toiletnya cantik...kalah toilet jusco bukit tinggi hehehe...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Lipstik Kologen Dari Dunia Herbs

Author : Cik Rose Cute | 9:04 AM | 25Total Comments |
Al-hamdulillah....akhirnya merasa juga aku nak pakai lipstik kologen nie....Pukul 2.00 lebih semalam van pos laju sampai....dan picit hon depan rumah aku.Anak-anak aku pulak seperti memahami "ibu barang ibu dah sampai" Sedangkan aku tidak pernah cakap dekat mereka hihihi....Kadang-kadang tue dialog anak-anak aku "ibu hadiah ibu dah sampai" dorang sudah biasa dengan van pos laju datang mesti dalam fikiran dorang hadiah ibu dorang dah sampai...kelakarkan....Yang panas hati driver van tue siap perli aku"Lipstik dah habis ke kak?"Aku jawablah dengan selembut-lembutnya padahal dalam hati panas membara "Biasalah perempuan dik....." hihihi...Aku nak ucapkan terima kasih kepada Blogger Lya  kerana bersusah payah order lipstik nie untuk aku....Lya..cik rose dah masukkan duit...malam tadi ya....nanti check okey..

Sorry ya...kotaknya dah barai...gara-gara syifa main dan berebut dengan abangnya....Kotak lipstik pun nak main..... budak-budak niekan...Betullah kata lya lipstik nie best....kalau bibir kering cepat elok....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Petua Bau Badan

Author : Cik Rose Cute | 8:54 AM | 46Total Comments |
Hai! Selamat Pagi...Wah!! hari nie nenek nak bagi petua pulak...ada tak sesiapa yang badannya berbau...takpun pakwe badan berbau? Kurang menyenangkan kalau ketiak masam atau badan berbau....nak duduk dekat pun tak ingin rasanya....Dari jauh dah bau aroma yang kurang menyedapkan.....Aku pernah keluar dating dengan seorang mamak nie...bau badannya menusuk kalbu dan jiwa raga aku...(Bukan Cik hubby aku okey)...Mak Oiii!! memang tengit baunya...rasa mau pengsan kat dalam kereta...Sumpah!! hari tue sekali jer aku keluar gan mamak tue......


badan-berbau

1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.


Nota: Sesiapa badan berbau boleh amalkan....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Comelnya Datuk Siti Kita Bertudung Litup..

Author : Cik Rose Cute | 9:03 PM | 17Total Comments |
Aku suka betul tengok Siti bertudung macam kat gambar kat bawah.Walaupun lehernya nampak sikit tapi terserlah keayuaan dan kecomelan wajahnya....Siti nie kalau bertudung stail Diana Amir mesti cantik...Itu  pendapat aku sahaja....

simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search
simplysiti star search

Gambar nie sewaktu dorang Ke KB Mall..... Pengunjung KB Mall pastinya teruja dengan kehadiran Siti Nurhaliza, David Teo, Khairul Fahmi dan Leuniey yang turun untuk uji bakat SimplySiti Star Search.
 " Dato’ Siti agak kecewa dengan mutu gadis-gadis Kelantan yang menghadiri ujibakat tersebut. Gadis-gadis yang ujibakat hadir memakai pakaian yang terlalu menjolok mata, rambut berkarat dan kelihatan gedik terlampau semasa ujibakat. Kemungkinan besar mereka teruja dapat berjumpa dengan Siti Nurhaliza.

Kredit:Abang Nara

Memo:Aku pernah cuba pakai tudung stail Diana Amir...tapi kenapa nampak cam tak sesuai gan aku hehehe......


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tabiat anak suka koyak kertas

Author : Cik Rose Cute | 9:57 AM | 35Total Comments |
Anak korang ada tak tabiat suka  koyak kertas? si kakak gan syifa memang suka koyak kertas..pantang nampak kertas mesti koyak dan sepahkan satu rumah....Hari tue aku ada baca satu kes yang berlaku dekat Ipoh.Aku baca pun terkejut...mesti korang dah bacakan...





IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.

Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.

Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.

“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.

“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.

“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.

“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.

Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.

“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.

“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya.

Memo:Tak patut buat camtukan...kesian kanak-kanak...nanti dorang takut nak belajar atau ke sekolah....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Doktor Blogger "Dalam Nasi Lemak Kopi O"

Author : Cik Rose Cute | 10:32 AM | 22Total Comments |
Hai! Morning selamat berhari minggu untuk semua....Aku tak tahu pun yang blogger fames tue masuk tv 9 hari nie....Lepas lipat kain dan settle semua kerja rumah terus bukak tv 9....Sebelum tue pengacara 3 orang tue sembang-sembang tentang ada tetamu dari seorang blogger...Aku pun terus teruja ingin mengetahui siapakah gerangannya....Blogger Yang bergelar "Doktor Blogger" Sebelum Blogger Fames tue masuk Lagu Astrid di dendangkan terlebih dahulu...Si fizo sempat lagi buat tuju lagu untuk blogger tue....Aku rasa kelakar la pulak hihihi..

Lagu nie memang mencuit hati "Tentang Rasa"

Korang mesti kenalkan.....Best tengok gaya si fatin Liyana yang bersahaja melayan karenah 3 pengacara tersebut.Yang paling kelakar buat aku tergelak sakan Si Fizo...Soalan yang sama di anjurkan untuk FL yang membuatkan aku tergelak sampai cik hubby aku menegur....Siap tanya aku kenal ke? Aku jawab kenal....Dia seorang blogger yang fames dan memenangi award....dan bakal doktor....Bertuahkan siapa yang berjaya memiliki hati FL....



Biodata Fizo Omar
Fizo Omar.....Hensem kan.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ