DASHBOARD HOME INSTAGRAM ALL DESIGN TUTOBIES TEMPAHAN FACEBOOK TWITTER

Thursday, May 3

BEN ASHAARI : MAY 2012


Nak join klik jer banner kat atas tu..
 
Bloglist nie.... di anjurkan oleh blogger Fames kita "Ben Ashaari"
Dibuka sehingga jam 5 petang ni....

Saya nak berada dalam bloglist Ben Ashaari sebab saya suka entry anda...walaupun jarang komen...saya selalu jenguk blog anda...
Blog Ben ok tapi simple sangat..

Bulan Madu Awal Dengan Scha

Tadi aku terbaca dalam kosmo....Destinasi bulan madu awal gan scha kat New York....Bestnya dorangkan...

Pasangan popular Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha telah memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka.
Awal dan Scha bulan madu di New York
Awal Ashaari ketika mendedahkan perkara itu berkata, dia dan Scha sepakat untuk memilih New York kerana merasakan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana dan akan berbulan madu selama 10 hari.

“Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.

“Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,” katanya ketika ditemui sewaktu melihat sebahagian kelengkapan perkahwinan mereka di Butik Atikah’s Songket di Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Setelah tiga bulan tertangguh, pasangan tersebut bakal bergelar suami isteri apabila diijabkabulkan dalam satu majlis yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada malam esok.
Awal dan Scha mencuba baju pengantin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...