Dira Tidak Dapat Promosi Filem Pertamanya

Author : Cik Rose Cute | 8:13 PM | 8Total Comments |
Kesian pulak dekat Dira...Kerana Kes hari tue....dia di larang oleh pihak produksi PrimeWorks telah memutuskan bahawa Dira Abu Zahar tidak dibenarkan terlibat untuk promosi filem Chow Kit yang bakal di tayangkan pada tanggal 3 mei...Dira juga berasa sedih kerana tidak mempromosikan filem pertamanya..

"Ini Adalah Filem pertama saya tetapi malangnya saya tidak terlibat dalam rangka promosi atas keputusan pengurusan studio berkenaan..."


Sinopsis Filem Chow Kit


Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban.

Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir.


Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja.







Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Dalam Persahabatan

Author : Cik Rose Cute | 3:37 PM | 9Total Comments |
Renung-renungkanlah untuk kita menilai dalam erti sahabat


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Amalkan Membaca Surah Al-Waqiah

Author : Cik Rose Cute | 9:44 AM | 23Total Comments |
Malam tadi aku tengok Semanis Kurma...Ustazah ada bagitahu kalau amalkan surah Al Waqiah boleh murah rezeki....Aku pun godek2 kat google dan terjumpa ayat tersebut..Sebelum tue korang pastikan Solat 5 waktu,amalkan solat sunat dhuha,amalkan membaca surah Al waqiah setiap malam,sentiasa beristighfar ,berzikir dan selawat banyak2..kasihani dan hormati ibubapa....kalau semua tue boleh di laksanakan Insya Allah...kita semua  di murahkan rezeki oleh Allah....





Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mak Mertua Fasha Sandha Tidak Restui

Author : Cik Rose Cute | 8:26 AM | 25Total Comments |
Terkejut jugak aku baca kat M Star Online...Tentang fasha yang ibunya  jejai  tidak merestui  perkahwinan mereka....Macam dalam drama pulak hihihi
Kalau korang perasan ibunya Jejai tiada dalam majlis pernikahan anaknya tempoh hari, jom kita baca apa komen Fasha Sandha tentang hal itu....
Fasha Sandha & Rizal @ Jejai di majlis pernikahan mereka
 Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara yang lalu.

Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.

Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.
Pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.

Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.

"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di sini pada Khamis.
Fasha Sandha bersalaman dengan Tan Sri Ramli Ngah Talib( bapa mertua) mendapat restunya
 Dalam pada itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai isteri, Fasha berkata, dia masih belajar bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang baik namun memberitahu sedang meniti hari bahagia.

Tambah Fasha, tidak sukar untuk menambat hati Jejai kerana suaminya itu adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet.

"Mungkin kami telah berkawan lama sebelum berkahwin jadi senang untuk memahami sikap dan kehendaknya. Bagaimanapun saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri," ujarnya.

Sementara itu, Fasha berkata dia dan Jejai akan berangkat ke Pulau Redang, Terengganu pada minggu hadapan bagi meraikan bulan madu.
50+ Album Gambar Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai


Note: Semoga Ibu jejai lembut hati menerima Fasha....Susah kalau ibu mertua tidak suka....lagi2 bila time raya takpun balik kampung....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

BEN ASHAARI : MAY 2012

Author : Cik Rose Cute | 3:58 PM | 7Total Comments |

Nak join klik jer banner kat atas tu..
 
Bloglist nie.... di anjurkan oleh blogger Fames kita "Ben Ashaari"
Dibuka sehingga jam 5 petang ni....

Saya nak berada dalam bloglist Ben Ashaari sebab saya suka entry anda...walaupun jarang komen...saya selalu jenguk blog anda...
Blog Ben ok tapi simple sangat..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bulan Madu Awal Dengan Scha

Author : Cik Rose Cute | 7:41 AM | 21Total Comments |
Tadi aku terbaca dalam kosmo....Destinasi bulan madu awal gan scha kat New York....Bestnya dorangkan...

Pasangan popular Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha telah memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka.
Awal dan Scha bulan madu di New York
Awal Ashaari ketika mendedahkan perkara itu berkata, dia dan Scha sepakat untuk memilih New York kerana merasakan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana dan akan berbulan madu selama 10 hari.

“Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.

“Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,” katanya ketika ditemui sewaktu melihat sebahagian kelengkapan perkahwinan mereka di Butik Atikah’s Songket di Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Setelah tiga bulan tertangguh, pasangan tersebut bakal bergelar suami isteri apabila diijabkabulkan dalam satu majlis yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada malam esok.
Awal dan Scha mencuba baju pengantin


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Terharunya Aku

Author : Cik Rose Cute | 11:32 AM | 20Total Comments |
Memang aku terharu membaca satu kisah seorang kristian memeluk Islam....Itu semua kehendak Allah...kepada hamba-hambanya....

Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna... Mereka Peluk Islam Sebab Nak Jadi Penganut Islam Sejati Sedangkan Kita Yang Nyata-Nyata Islam Tak Menghargai Ajaran Yang Dibawa Oleh Nabi Kita... Sama-Sama Kita Renungkan Kisah Ini...


Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Download Video : http://hotfile.com/dl/142475124/8f765fc/


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Wordless Monday

Author : Cik Rose Cute | 11:48 AM | 22Total Comments |
Smile Be Happy!!! Besok Cuti Buruh....Selamat bercuti!!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup

Author : Cik Rose Cute | 6:21 PM | 12Total Comments |
Klik banner untuk join.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ