Tip Hilangkan Mengantuk

Author : Cik Rose Cute | 11:07 AM | 27Total Comments |
Ada tak sesiapa yang pernah rasa mengantuk di pejabat atau time belajar tak pun mengadap komputer? Lagi-lagi kalau waktu malam sebelum tu  tengok bola atau kerja terlalu banyak menyebabkan kita lewat tidur... Nak ke korang tidur di tempat kerja atau time belajar?nanti  terkantoi ngan bos atau cikgu malu pulakkan.....Kat bawah nie ada tip hilangkan mengantuk hihihi...Semoga korang tak mengantuk di tempat kerja atau time belajar....


67120 wanita mengantuk thumb 300 225 Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar



  1. Hampiri kawasan bercahaya 
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu. 
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapiMinyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radio
    Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  5. Senaman ringan
    Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hari Nie Baru Dapat Online

Author : Cik Rose Cute | 8:18 PM | 20Total Comments |
Hai!...rindunya dekat korang semua....dua hari aku tak dapat bukak tenet gara2 tenet problem kat pencawangnya....aku tak tahu pulak pencawang yang mana...mungkin kelana jaya ke aku tak pasti....huhuhu memang rindu betul gan korang....Korang mesti  rindu jugak kat aku (perasan!!!).....hihihi...Cik hubby aku pulak asyik perli jer....sebab aku tak dapat bukak blog....(Dalam hati sabar jer....)

  Aku sajer letak pic gedik aku....


Besok aku mungkin kejap kot aku online....Dalam pukul  12.00 hubby aku ajak balik kampung kat Perak....Ibu mertua aku bising dah lama tak balik kampung.....Mungkin kejap lagi aku terjah blog korang okey.....

Note: Kalau dah jadik blogger nie...dua hari tak dapat bukak blog pun rasa tak senang duduk hihihi....Yalah...aku tidak dapat tahu isu-isu terkini....dan peristiwa yang  berlaku di sekeliling kita....Korang pun rasa cam aku jugak ke?






 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Telatah Syifa Di dalam Kereta

Author : Cik Rose Cute | 8:25 PM | 26Total Comments |
Hari nie lambat aku publish entry....sorry ya kawan-kawan...blog korang pun aku tak terjah hihihihi....sibuk melayan telatah syifa yang makin cerdik dan lasak...Aku bukak blog pun kejap-kejap....di sebabkan syifa pun ingin mengetuk keybord dengan jejarinya...

Jom! layan gambar syifa di dalam kereta semasa kitaorang keluar hari ahad hari tue...

Sibuk si syifa nie nak pegang stereng kereta...waktu nie...abahnya membeli barang...sementara menunggu...syifa lepak kat stereng kereta jap...

Bila besar boleh belajar kereta...bawak abah dan ibu...

Senyum seorang anak membuatkan hati seorang ibu sejuk...



Akhirnya senyum menunjukkan giginya yang baru nak tumbuh hihihi


Mood: Hari nie aku memang malas tak tahu kenapa hihihi....Biasalah perempuan...mesti ada time moodykan....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

" segmen : tambah follower tambah kawan "

Author : Cik Rose Cute | 6:38 PM | 18Total Comments |

Due-30 ApRiL 2012
JoM JoiN Ramai2..
SaLaM PerkenaLan Dan sesiapa rasa ingin menambah followers anda joinlah sekali

tag

Izan,Ibu aqil


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tasha Shila Di Taja Oleh Datuk

Author : Cik Rose Cute | 12:15 PM | 12Total Comments |
Gosip menyatakan  seorang artis di taja oleh datuk J adalah Tasha Shila. Datuk J memberikan sejumlah wang kepada Tasha untuk membeli akhbar Berita Harian sehingga satu lori banyaknya, manakala ahli kelab peminat pelakon itu seramai 40 orang membantu untuk menguruskan undian buatnya.Tasha jugak di katakan menempah bas untuk peminatnya menyaksikan detik gemilang itu di Arena Of Stars, Genting Higlands bersama bilik penginapan.

Wow! bertuah betul peminat  ahli kelab Tashakan.....

 
Tasha Shila dikatakan ada hubungan dengan Datuk J

 Jom! Kita tengok apa kata Tasha Shila

“Bagi saya, kemenangan ini adalah rezeki. Sekali pun benar saya ditaja untuk membeli undi, tetapi sekiranya takdir tertulis bukan rezeki saya, pasti malam itu saya tidak akan menang.

“Banyak sangat nama Datuk yang dikaitkan dengan saya sebelum ini. Ada Datuk T, Datuk K dan sekarang Datuk J. Apa pula kaitannya Datuk hendak menaja saya. Itu semua tidak benar. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana Datuk dan inilah kenyataan sebenar.

“Tidak dinafikan, saya mengenali Datuk J yang dimaksudkan. Masalahnya, kami hanya kenalan biasa dan saya mengenalinya menerusi rakan artis juga. Kami pernah bertemu tetapi turut ditemani teman artis lain. Kami berbual dan bercakap seperti rakan lain. Tidak lebih daripada itu dan tidak pernah wujud perasaan cinta antara kami,” katanya.

 “Saya bersyukur apabila dicalonkan dalam lima kategori popular dan hargai usaha dilakukan Berita Harian dalam menghargai insan seni baru seperti saya. Apabila sudah disenaraikan, pasti saya turut berusaha meraih undi dan TS Team turut melakukan ‘gerak gempur’ dengan mengundi saya. Saya rasa teman artis lain juga melakukan perkara sama.

“Selain itu, saya mengikuti hampir semua jelajah promosi yang diadakan ABPBH2011 dan ia saya gunakan sebagai medan untuk meraih undi peminat. Keluarga juga saudara mara turut membantu. Kebetulan ibu punya restoran dan mereka turut membantu mempromosikan nama saya kepada pengunjung supaya mengundi.

“Lebih daripada itu, saya tidak nafikan sewaktu bekerja sebagai promoter di Butik Prada, Pavillion, Bukit Bintang saya ada ramai kenalan dari orang biasa hinggalah yang berpangkat dan punya kedudukan.

“Mereka menjadi kenalan saya hingga sekarang. Pastinya apabila berhubung, saya meminta mereka menyokong kerjaya seni saya dengan me­ngundi saya,” katanya.

Mengenai bas dan bilik yang ditempah itu, kata Tasha, ia atas usaha kelab peminatnya dan sangat menghargai usaha mereka. Itu sebabnya Tasha mengambil peluang ke Genting Highlands menaiki bas bersama mereka serta meluangkan masa menghadiri jamuan ringkas TS Team selepas kemenangannya.

“Mengenai pengawal peribadi, perkara itu berlaku kerana salah anggap.

Sebenarnya, lelaki yang menjaga kawasan bilik di mana saya menginap itu bukan pengawal peribadi tetapi pemandu bas yang membawa rombongan saya ke Genting Highlands.

“Dia berasa terharu dengan layanan baik diberikan TS Team terhadapnya, apatah lagi dia seronok sepanjang bersama kami. Sebaik sampai, saya dan pembantu memintanya berehat di bilik tetapi dia secara sukarela mahu menjaga kami semua.

“Mungkin disebabkan itu, ada yang salah faham dengan menganggapnya pengawal peribadi saya.

Dia juga sa­ngat terharu kerana dapat memegang trofi yang saya menangi,” katanya.
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ