11 April 2012

Ular Tedung Selar Terbesar Di Benut Johor

Author : Cik Rose Cute | 3:05 PM | 32Total Comments |
Besar betul ular tedung selar menjalar kat pokok kelapa....Kalau sekali patuk terus kita mati.Aku rasa ular tedung selar nie warna kelabu...Korang nampak tak kepalanya....Eeiii menakutkan....

 
Ada orang cakap Mat indon yang tangkap gambar nie...aku pun tak pasti betul tulen ke tak gambar ni, tapi mengikut maklumat yang diperolehi ianya di jumpai di daerah Benut Johor.

 Memang besarkan....Tapi ular tedung selar sebesar nie memang wujud....Sebab adik aku yang lelaki pernah jumpa ular tedung  selar sebesar tue......Adik aku kerja jaga menjaga pencawang kabel nak menuju ke tempat kerjanya memang hutan tapi nasib baik jalan dah tar cantik...,waktu tue dia baru nak turun  dari bukit pencawang kabel  tiba2  ada ular tedung selar melintas terkejut adik aku terus break motor capuk dia.....

Adik aku cakap memang besar ular tue...Aku tanya dia ular sawa ke? dia cakap bukan.... ular tedung selar warna kelabu...Katanya.

Aku tanya dia balik macam tak percaya ada ular tedung selar sebesar  peha dia.Dia cakap memang betul...waktu adik aku tekan break motor dia...ular tedung selar tue terkejut dan mengembang.

Sewaktu ular tedung selar mengembang  paras ular tue atas kepala adik aku, perasaan adik aku ketika tue dah berdebar-debar,dia takut ular tue serang dia.

Di dalam hati adik aku mengucap dan berkata-kata" Aku tak kacau kau..kau jangan kacau aku ,aku cuma nak balik..." Lebih kurang 5 saat barulah ular tedung selar berlalu masuk hutan.Cuba korang bayangkan........ Aku dengar story dia seram giler....


Nota Kaki: Waktu adik aku story arwah mak aku ada lagi.....Arwah mak aku cakap mungkin juga makhluk jelmaan syaitan...Nasib baik adik aku tidak di patuknya,  mungkin juga  Allah itu Maha Besar dan  umur adik aku masih panjang lagi.........yalah niat adik aku nak bekerja..jalan tue hari2 dia lalu...Korang tahukan pencawang kabel yang tinggi tue...kalau kat kampung kat atas bukit kat dalam hutan pencawang tue ada...Setiap pencawang ada satu bilik untuk jaga tinggal untuk beberapa hari.Kerja macam nie ada jugak potongan KWSP..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Rita Akan Di ceraikan

Author : Cik Rose Cute | 11:10 AM | 16Total Comments |
Korang ada baca suratkhabar muka depan Utusan Tak?Kesian artis niekan....mungkin itu jalan yang terbaik buat mereka...Sempena  hari jadi ke-36 yang disambut esok akan menjadi kenangan paling 'meruntun hati' dalam hidup pelakon Rita Rudaini Mokhtar apabila dia menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, telah membuat permohonan untuk bercerai.



  Menurut Rita, pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri sudah memaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai permohonan perceraian itu.

Sms Yang di tuju kepada Rita

"Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.

Apa kata Rita Rudaini...

 "Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.  Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil 'menghilangkan' diri setelah keluar dari rumah mereka.



 Nota Kaki: Susah jugak kalau kawin tak dapat restu ibubapa dan mak mertua tak suka kita  emmm...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aaron Aziz Dah Nak Jadik Rakyat Malaysia

Author : Cik Rose Cute | 10:53 AM | 4Total Comments |
 Tertanya-tanya juga apa status permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia. Maklumlah Zed Zaidi telah menimbulkan isu kemenangan Aaron Aziz kerana beliau orang luar.

Di sebalik polemik yang dicetuskan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai isu pengiktirafan artis luar yang memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang, rupanya ada berita baik untuk peminat Aaron Aziz.

MyPR Aaron Aziz bakal dikeluarkan



Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia dikatakan telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.

"Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil", katanya ringkas.

Perkara tersebut dikongsi sendiri Aaron yang ditemui sebaik selesai wawancaranya bersama Berita TV9 petang semalam. Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Petikan dari  www.gua.com.my
GUA merasakan isu yang ditimbulkan sengaja digembar-gemburkan ekoran perhatian yang telah diberikan oleh media tempatan khususnya penerbit filem, stesen televisyen dan stesen radio kepada bintang kelahiran Singapura itu.

GUA hairan dengan sikap sesetengah artis tempatan yang cepat melatah dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka seakan-akan masih mahu bergantung pada tongkat dan mengelak untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memperbaiki kekurangan mereka sendiri.

Tidak keterlaluan jika GUA katakan mereka ini merupakan golongan yang merasakan mereka jaguh kampung tetapi masih tidak berani bersaing di kampung sendiri. Cukup gentar apabila ada orang luar berjaya di kampung sendiri tanpa mahu mempelajari apakah rahsia kejayaan mereka bagi mengangkat taraf diri sendiri agar setanding dengan orang luar.

Jika sifat begini diteruskan, tidak ke manalah artis tempatan sebaliknya hanya menjadi ayam kokok di parlimen ciptaan mereka sendiri tanpa sedar tidak semua artis berpaksikan parlimen yang mereka cipta.

Lebih mendukacitakan apabila tentangan tersebut dilakukan terhadap ahli Seniman sendiri dan perkara ini diakui sendiri oleh Aaron yang mengesahkan dia merupakan ahli Seniman yang memiliki nombor keahlian yang sah. Bukankah Seniman sewajarnya melindungi ahli persatuan mereka dan bukannya sebaliknya?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung Ahad lalu mengiktiraf Aaron Aziz selaku pemenang anugerah utama Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Pemilihan pemenang dilakukan oleh pembaca akhbar Berita Harian.

  Nota Kaki:Memang rezeki betul Aaron Aziz....Tahniah....Kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen : Blogwalking & Review Miss Z

Author : Cik Rose Cute | 10:37 AM | 10Total Comments |

Memandangkan hari ni aku tak de buat ape2,so aku nak join segmen ni..  : D
Kepada sesape yg ingin join klik banner di atas...
Selamat BW dan ber'review'... (^_^)

tarikh tutup : 14/4/2012.
2 petang.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"Segmen Blogwalking & Review By AzRiey"

Author : Cik Rose Cute | 10:32 AM | 8Total Comments |
Korang nak join jugak???
klik  banner di atas ...:)

TARIKH TUTUP 17 APRIL 2012...
 
Syarat-syaratnya:-
1.Buat entry bertajuk "Segmen Blogwalking & Review By AzRiey"
2.Then letak banner ni dan link kan ke blog Riey
3.Then follow blog Riey yang tak seberapa ni yer.Follow Rie
4.Tak wajib tag kawan. Kalau nak tag juga tak ada masalah =). Pastikan mereka tahu.
5.Lastly tinggalkan link entry korang tu di bahagian komen entry Blog Rie
 
 
Di alu-alukan untuk yang ingin tambah follower dan review blog korang...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

10 April 2012

Photografer Very Nice

Author : Cik Rose Cute | 9:25 AM | 38Total Comments |
Assalamualaikum....dan selamat Pagi....hari nie aku tak tahu nak publish entry apa.....Fikir punya fikir...terus aku bukak FB cuci mata layan gambar kawin....cantik-cantik gambarnya....Jom! Layan...Mana tahu yg tengah kerja boleh bukak mata sikit hihihi
Nie Bukan model tau hihihi tapi cam modelkan...
hahaha very nice photokan...
Sweetnya....

Gambar nie....dah macam alam lain pulak...
Romantiknya...pemandangan pun cantik....

 
Simple tapi menarik......

Korang pernah berangan tak ?nak photoshot satu famili? So sesiapa yang berangan nak photoshot satu famili pun boleh jugak tau....cukur jambul,birthday party...semua boleh...hihihi...




Banyak lagi contoh photoshot....aku sempat upload yang nie jer....Cuci mata Di pagi hari....Gambar di atas tue bukan Syifa tau...

Nota Kaki: Sesiapa  yang rasa nak photoshot yang kreatif klik  Pak Ngah  Tue tuan punyer FB


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

09 April 2012

AKU SUKA SEGMENT

Author : Cik Rose Cute | 10:34 PM | 9Total Comments |
Nak Join Klik Banner Di atas!!

Aku join segmen nie dari blog Sekadar Coretan

Terus terasa mau join segmen nie hihihi

Korang Nak Join?Jom! join ramai-ramai..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Isu Tak Layak Aaron Aziz Menang!!!

Author : Cik Rose Cute | 5:35 PM | 17Total Comments |
Hish!! ada jugak artis yang dengki....Apa nak di kata rezeki masing-masing...tak kisahlah pelakon tue rakyat mana....janji Islam....betul tak?...tak bestlah macam tue...kecik hati Aaron Aziz huhuhu..



Kita tengok pulak apa kata Aaron Aziz..

 "Biasalah, ini sesuatu yang normal dalam setiap pertandingan. Hendak buat macam mana, kalau tidak menang sekali pun pasti ada yang berkata juga. Jujurnya, saya tidak memandang serius perkara ini sebagai satu masalah besar buat saya.

"Setiap peminat ada artis yang mereka suka dan sokong. Jadi, saya tidak salahkan mereka untuk berkata sedemikian," ujar Aaron yang dihubungi MH Online.

 Soal dipertikai oleh rakan artis sendiri, jawab Aaron;

"Jika ada tidak puas hati, itu di luar kawalan saya sebagai seorang manusia. Pada saya apa pun keputusan, janganlah ada rasa iri hati. Biarlah setiap pertandingan itu berlangsung secara sihat. Jika menang itu rezeki, jika kalah anggaplah nasib tidak berpihak kepada kita." Komen Aaron Aziz Menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2011

 


Nota Kaki: hahaha aku no komen...dulu pun ada jugak kes camni...ingat tak yang Samsul Yusof dapat pengarah terbaik...Farid Kamil Mempertikaikan....Biasalah dunia glamour...manusia jugak walaupun sedikit mesti ada irihati betul tak?



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

PROMOSI BLOG DARI SEGMEN NASZ

Author : Cik Rose Cute | 1:45 PM | 7Total Comments |



Aku nak buat iklan kejap....Setelah menyertai SEGMEN  Nasz semalam...
Tibalah masanya untuk menunaikan syarat2 dr segmen beliau.... Nilah antara2 blog yg satu kumpulan dgn  Aku harap korang   TERJAH mereka ya... :o








Harap Korang Follow ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Betul Ke Kad Kahwin Jejai Dan Fasha?

Author : Cik Rose Cute | 1:03 PM | 12Total Comments |

Ramai yang berteka-teki mengenai tarikh sebenar majlis pernikahannya Fasha Sandha.Aku pun confius tau hihihi...

Seperti yang diketahui ramai, pelakon popular, Fasha Sandha bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan Jejai pada akhir bulan ini. Sekarang ini telah tersebar gambar yang dikatakan kad jemputan perkahwinan mereka.

Jika dilihat dari tarikh yang dicetak, perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai ialah 27 April 2012. Namun kesahihan foto ini masih belum dipastikan lagi. Mungkin kad jemputan ini untuk rakan-rakan sahaja dan kad jemputan untuk VIP dan media belum diedarkan lagi. Agaknyalah. Gambar dari Media Hiburan.

Nota Kaki: Malam tadi Fashakan menang....Dalam ucapannya dia ada sebut buat orang yang tersayang...korang perasan tak?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Nie Gambar 18SX..

Author : Cik Rose Cute | 9:39 AM | 27Total Comments |
Korang Tengok Gambar Kat bawah tue?Tak ada selera ahkak nak makan tau....Korang pula Camna?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kereta Aroon Aziz Yg Di Menanginya

Author : Cik Rose Cute | 7:57 AM | 5Total Comments |
Wah! beruntungnya dapat kereta....jeles ahkak tau....Apa-apa pun aku nak ucapkan Tahniah! kepada Aaron Aziz atas kejayaannya.....


Ramai dah tahu tentang keputusan ABPBH semalam kan.. Apapun pagi ni jom tengok kerete yang dimenangi oleh Bintang Paling Popular tu~

HABUAN...Aaron menang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium)


GENTING HIGHLANDS: Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.
Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.
Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu.

Nora Elena, drama bersiri di TV3 yang sebenarnya menjulang nama Aaron sebelum mencipta fenomena menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.

Melalui filem ‘box office’ berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berganding dengan pelakon wanita hebat, Maya Karin dan Lisa Surihani.

Pelakon kacak kelahiran Singapura itu mencatat kemenangan berganda malam tadi apabila mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Aaron terpaksa akur di tangan Fizz Fairuz menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Kemenangan Aaron membolehkannya membawa pulang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press, Mohammad Azlan Abdullah yang diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid. Keseluruhannya ABPBH2011 mempertandingkan 16 anugerah kepada artis tanah air.

Seperti sebelumnya, ABPBH tidak pernah melupakan perjuangan insan seni terdahulu dan kali ini Datuk Sheila Majid dipilih sebagai penerima, Anugerah Artis Sepanjang Hayat.

Satu lagi anugerah khas yang baru diwujudkan tahun ini bersempena ulang tahun Jubli Perak (25 tahun) ABPBH iaitu Anugerah Seri Perak, yang menghimpunkan kembali bekas Bintang Paling Popular bermula 1990 hingga 2010, menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dinobatkan pemenang.

SUMBER


Nota Kaki: Macam tak percaya Fizz Fairuz menang!!! Korang tengok tak gelagat Fizz Fairuz malam tadi....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

08 April 2012

Pengacara Melodi Di siasat Polis

Author : Cik Rose Cute | 1:51 PM | 16Total Comments |
Aku nak tulis gosip lagi baca sahaja okey......(jangan percaya tau hihihi) pengacara melodi dengar katanya di siasat polis....Emm aku pun tak tahu betul ke tidak jom! baca gosip tersebut...

HAMPIR seminggu nama pelakon serta pengacara popular, Dira Abu Zahar dipetik sebagai selebriti yang menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu.

Dia menafikan khabar angin itu dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan ke atas setiap persoalan yang ditujukan kepadanya.


Dira bagaimanapun ada menjelaskan, dia belum bersedia berbuat demikian kerana kes berkenaan sudah berada dalam siasatan pihak polis.


Pengadu, Hamizah Abd. Hamid, 29, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Seperti juga Dira yang menganggap berdiam diri sebagai lebih baik, Hamizah, wanita yang mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut.

Dia bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis.

"Saya tengah kusut memikirkan perkara ini. Buat masa ini biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.

"Apa pun, orang yang salah harus menerima hukuman setimpal. Apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan beritahu perkara sebenar kepada anda," jelas Hamizah menerusi satu SMS yang dikirimkan kepada Sensasi Bintang.

Hamizah dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang berikutan cedera disepak di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah bertarikh 1 April 2012.

Memandangkan kejadian berlaku di daerah Dang Wangi, kertas siasatan laporan berkenaan dihantar untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Balai Polis Dang Wangi.

"Ya, kami memang menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah yang mendakwa dipukul oleh seorang pengacara program televisyen popular, "Melodi", jelas Aminuddin kepada Sensasi Bintang.

Nota Kaki: Hari ini 8/04/2012...aku nak tanya korang ada tak dia dekat Melodi? (Aku no komen)....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kisah Cinta Awal Dan Scha

Author : Cik Rose Cute | 9:19 AM | 8Total Comments |
Kalau memang jodoh tidak kemanakan....Begitulah pasangan yang sudah bertunang dan akan menikah tidak lama lagi....Aku rasa seronok pulak bila membaca kisah mereka berdua..... Tiga tahun Awal menanti dengan penuh harapan sebelum salam yang dihulurkan bersambut. Meskipun terpaksa berdepan dengan lautan berliku, rasa kasih terhadap Scha tidak pernah goyah.

awal & scha

“Pertama kali melihatnya dalam program Dewi Remaja pada 2007, terdetik rasa suka dan timbul keinginan yang tinggi untuk mengenalinya dengan lebih rapat.Saya terpikat dengan kecantikan serta personalitinya yang lain dari lain.

“Ketika itu saya dipertanggungjawabkan mengacara program berkenaan dan Scha pula salah seorang peserta. Jika peserta lain asyik ‘pose’ cantik, dia sangat selamba malah sekali pandang macam tak sesuai pula dia menyertai pertandingan itu biarpun dia jelita. Namun, sikap bersahaja itulah yang buat saya asyik ingatkan dia.

“Awal perkenalan, dia sangat sombong. Biarpun berjaya mendapatkan nombor telefonnya selepas satu insiden, saya masih tidak dapat mendekatinya. SMS yang saya hantar hanya dibalas dengan ayat ringkas atau sepatah perkataan.

“Selidik punya selidik, pada 2008 saya dapat tahu dia sudah ada teman lelaki.Saya tidak mahu kacau daun dan selepas itu, hanya mengirimkan SMS untuk bertanya khabar. Biarpun sedar tidak ada harapan, namanya tetap bertakhta di hati malahan bagi saya dia tiada tandingan,” kata Awal ketika menjayakan sesi fotografi istimewa bersama SELEBRITI di Hotel Pullman, Putrajaya baru-baru ini.

 Awal yang kacak menggayakan sut rekaan Bon Zainal berkata, tawaran menjadi penghias kulit muka depan sebuah majalah membuka ruang kepadanya untuk bergandingan dengan wanita idamannya. Dia diberi lampu hijau untuk memilih pasangan gandingannya dan sudah tentu nama Scha meniti di bibir.Biarpun Scha kekal dingin, perasaannya tetap tidak berubah sebaliknya kerjasama itu menjadi antara kenangan terindah baginya. Sehinggalah penghujung 2008, mereka bertemu sekali lagi di Astro Awani untuk mempromosikan filem Syurga Cinta dan Histeria. Dari situ, mereka mula berbalas SMS lebih kerap namun masih atas paksi rakan artis.

“Selepas itu saya beberapa kali terserempak dia keluar teman barunya yang juga artis. Sebagai lelaki yang meminatinya, saya gembira melihat dia bahagia. Takdir sekali lagi menemukan kami di Festival Filem Malaysia pada 2009, sejak itu kami makin rapat dan tahun berikutnya (2010) kami disatukan sebagai hos program Sehati Berdansa.

“Kami semakin selesa dengan persahabatan yang terjalin dan kebetulan ketika itu dia putus cinta. Scha selalu berkongsi masalah dan isi hatinya dengan saya.Penghujung 2010, cinta saya akhirnya berbalas.
“Apabila dikenang, kisah cinta kami seperti kisah dongeng. Selepas dua tahun memendam perasaan dan melihatnya bahagia dengan orang lain, barulah saya dapat rapat dengannya dan setahun selepas itu, barulah dia terima saya sebagai kekasih.

“Luaran Scha nampak keras hati tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat penyayang. Ibu dan kawannya pernah beritahu, Scha tidak pernah sayang orang lain macam dia sayang saya. Dia banyak berkorban dan letakkan saya sebagai keutamaan dalam hidupnya. Saya rasa sangat bertuah dan bahagia,” katanya yang melayan Scha bagai puteri sepanjang sesi fotografi.

Sementara itu si puteri yang anggun dalam persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Saiful Baharin menjelaskan, antara faktor membuatkannya jatuh hati dengan Awal kerana kesabaran serta kesungguhan jejaka itu cuba menawan hatinya selain sikap mereka yang bertentangan.

“Kebanyakan hubungan saya sebelum ini kedua-duanya dominan. Apabila batu bertemu batu, maka hubungan jadi tegang. Lain dengan Awal kerana bersamanya, kami ibarat ‘yin dan yang’ di mana kami saling melengkapi. Dia hadir tepat pada masanya. Tatkala saya bersedih, dia umpama air yang menyejukkan hati saya.

“Sebenarnya, saya tahu dia cuba mendekati saya sejak kami bertemu di pertandingan Dewi Remaja tetapi saya buat-buat tak faham. Selepas beberapa percubaan, kami mula rapat apabila sama-sama menghadiri Festival Filem Malaysia 2009 yang berlangsung di Sabah.

“Dia ada segala-galanya yang saya mahu. Bersamanya, saya boleh jadi diri sendiri malah rasa sangat selamat. Dia sangat percayakan saya dan tiada istilah cemburu. Dia tidak pernah kawal saya mahu bekerja dengan siapa pun namun sebagai kekasih, saya sendiri yang letakkan limitasi.

“Bagi saya, takdir kami sangat manis. Meskipun ambil masa yang lama untuk saling mencintai, saya bahagia. Dialah artis pertama yang saya kenal malah dia setia mengikuti perjalanan karier saya dari mula hingga kini,” Kata Scha atau nama sebenar, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, kehadiran Awal juga banyak mengubah gaya hidupnya. Jika sebelum ini dia selesa melakukan semua perkara tanpa kehadiran lelaki di sisi, namun sejak adanya Awal, segala urusan seharian akan dilakukan bersama-sama.

Ini kerana Awal mahu bertemunya setiap hari kecuali salah seorang daripada mereka berada di luar Kuala Lumpur. Bahkan jejaka berjiwa sensitif itu sentiasa mahu Scha menemaninya dalam kebanyakan urusan hidup termasuklah membayar bil.

“Mula-mula kekok juga tetapi lepas dia tegur buat apa kawan kalau tak mahu temankan dia, saya faham dan mula mengikut caranya. Dari situ saya tahu dia sangat sayangkan saya dan mahu saya selalu ada di sisi,” kata Scha seraya menjeling manja bakal suami tercinta.

Pasangan ini akan diijabkabulkan di Hotel Pullman, Putrajaya pada tanggal 4 Mei depan manakala resepsi pula berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei. Putih gading akan menjadi tema hari mereka disatukan sebagai suami isteri dan untuk resepsi akan diserikan dengan warna pastel, bunga serta riben.

Ujar Awal, dia mahu yang terbaik buat bakal suri hidupnya justeru dia tidak kisah bersungguh-sungguh memerah idea mengatur persiapan hari bahagia mereka.

“Scha sentiasa menghargai apa yang saya beri atau buat untuknya. Selama ini saya kurang manjakan dia malah saya tidak romantik. Untuk majlis perkahwinan kami nanti saya mahu manjakan dia bagai puteri.

“Saya mahukan sesuatu yang istimewa dan lari daripada kebiasaan majlis perkahwinan. Kami sedang mengusahakannya dan berharap kejutan itu akan jadi kenangan terindah buat Scha dan tetamu,” kata Awal yang turut memaklumkan bulan madu di Eropah terpaksa di tunda ke penghujung tahun berikutan jadual seninya padat tetapi dia tetap akan melapangkan beberapa hari untuk pra bulan madu dalam negara atau negara berhampiran.

Celah Scha yang mahu menimang cahayamata secepat mungkin selepas mendirikan rumah tangga berkata, kalau ikutkan mahu majlis sederhana tetapi tidak boleh ikut kehendak hatinya saja kerana majlis babitkan dua keluarga.

“Saya serahkan kebanyakan urusan kepada Awal.
Pendek kata, perkara besar dan penting dia yang putuskan. Ini kerana saya tahu dia lebih cerewet, teliti dan seleranya bagus,” kata Scha.

sumber myMetro


Nota Kaki: aku gan cik hubby camtu jugak...berkawan dulu baru bercinta....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"SEGMEN NASZ : PROMOSI BLOG"

Author : Cik Rose Cute | 8:57 AM | 19Total Comments |


Jom! Join Segmen nie....Aku rasa segmen nie cam best jer...terus aku join....Kalau korang nak join jugak"KLIK BANNER DI ATAS"3. Cara Join Korang tulis ucapan terima kasih korang kepada kawan-kawan yang sudi promosi blog korang.

4. Dah siap? Publishkan dan letakkan link post korang tu kat ruang komen blog owner.
Itu je. Satu list akan owner keluarkan dan  akan di bahagikan korang dalam kumpulan. Korang kena promosi blog dalam kumpulan. Macam mana nak promosi blog tersebut? Ikut kreativiti korang.

Segmen ni sampai 8hb April 2012 jam 11.00 malam.

"kata-kata"

Kepada yang bakal singgah, follow, dan promosi blog aku nanti, terima kasih aku ucapkan. InsyaAllah, aku akan buat perkara yang sama  juga untuk kalian.Lambat atau cepat aku akan buat jugak okey....Good Lucky!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

07 April 2012

Punca Safee Sali Bercerai

Author : Cik Rose Cute | 9:59 AM | 22Total Comments |
Assalamualaikum kepada pengunjung "blog Smile Be Happy"harap korang dah siap makan pagi.... tak pun belum bangun pada yg bujang hihihihi....Em em...aku nak bergosip nie....aku terbaca tentang punca safee sali bercerai...di satu blog Nie  aku terkejut jugaklah....(korang jangan caya ini sekadar gosip sahaja..) Jom! kita baca gosip tersebut...


Peminat-peminat bola sepak negara dikejutkan dengan berita perceraian penyerang kebangsaan, Safee Sali, 28, dengan isterinya Sabarina Yusof apabila Safee dengan sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah.

Berita perceraian itu seterusnya menamatkan spekulasi berhubung dengan cerita-cerita gosip yang didengar mengenai masalah rumah tangga penyerang bola sepak kelab Pelita Jaya itu.

Namun, terdengar desas-desus cerita yang kurang enak mengenai punca perceraian Safee dan isterinya apabila ada pihak mendakwa kemusnahan rumah tangga jejaka tersebut berpunca dari munculnya pihak ketiga yang cuba merampas Safee dari Sabarina.

Menurut sumber tersebut, pihak ketiga itu adalah gadis Indonesia yang Safee kenali sepanjang dia berkhidmat di Pelita Jaya di Indonesia.

Gadis tersebut masih lagi berstatus bujang dan begitu mengagumi diri Safee yang sentiasa komited dalam khidmatnya sebagai pemain bola sepak dan setia memberikan sokongan kepada Safee yang berjauhan dari isterinya.

Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu, gadis Indonesia itu mempunyai rupa paras yang menarik dan mirip-mirip seperti penyanyi wanita Indonesia popular, Kris Dayanti.

Dek kerana Safee berjauhan dengan isterinya, dikatakan perkenalan dengan gadis tersebut memberikan peluang kepada gadis Indonesia itu menjaga dan mengambil berat tentang diri Safee.

Sering kali dilihat di padang sewaktu Safee menjalani sesi latihan, gadis tersebut akan hadir memberikan sokongan padu kepada Safee.

Namun, walaupun perasaan sayang dan sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh gadis tersebut terhadap dirinya, Safee sedikit pun tidak menaruh hati dan perasaan untuk membalas cinta yang dihulurkan oleh gadis itu.

Dikatakan juga Safee tidak mahu memberikan cintanya yang setia terhadap isterinya kepada gadis atau wanita lain.

Dalam perkembangan lain, Safee enggan mengulas lanjut berhubung isu perceraiannya manakala, bekas isterinya sahaja yang memberikan komen dan mengesahkan perceraian antara mereka berdua.

Kredit: MyNewsHub

Nota Kaki:Bukan Kris Dayanti Okey.....Cuma  raut wajah wanita yg di gosipkan itu seiras Kris Dayanti...Memang Cantiklahkan Emmm....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

06 April 2012

Syifa Suka Main Laci

Author : Cik Rose Cute | 3:06 PM | 24Total Comments |
Syifa nie.....suka sangat main laci gan pintu tau....Aku risau nanti tersepit tangan menjerit....Kadan-kadang tue...jari dia tersepit sikit mulalah mengelabah panggil orang minta tolong he he he....
tengok...apa yang dia cari kat dalam tue? sekarang nie...kalau aku nak update blog..kena tunggu si syifa nie tido dulu....kalau tak dia datang kacau...
Sedapnya roti....kat tangan mesti ada makanan...
Nie bilik si kakak....Abaikan pintu almari dah tinggal satu....Gara2 budak-budak kat umah nie....hihihi
Ala-ala...ciannya anak ibu.....hihihi ......sebab tangannya dah tersepit bila dia tolak laci masuk ke dalam....


Nota Kaki: Sorry...aku publish pasal syifa lagi....(kejap lagi...aku terjah blog korang ya....)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

05 April 2012

Syifa (Penawar Hati)

Author : Cik Rose Cute | 3:07 PM | 19Total Comments |

Hari Ahad lepas aku gan hubby ronda2...singgah rumah abang ipar kejap...balik dari rumah abang ipar singgah pasar malam beli barang dapur untuk masak...ternampak MCD terus singgah...Syifa tengah ronda2 kat dalam MCD...


Seronok betul si syifa nie...almaklumlah baru dapat kaki hihihi...baju syifa yang kaler biru tue cantik...aku suka tengok budak pakai dah puas carik nak beli untuk si kakak ,yang syifa punyer baju aku beli dari LYA....


Dah puas ronda MCD..makan kentang gan bubur pulak..."syifa tengok abah ya..."

Kat mana nak carik baju cam syifa tue?puas carik kat pasar raya...jumpa tapi jenis jeans...aku tak berapa berkenan...kalau boleh nak kain cam syifa lembut jer kain dia....

Nota kaki Cik Rose Cute: "kena carik jugak..si kakak nie dengki dengan adiknya hihihi" apa yg adiknya pakai cantik..dia pun nak pakai jugak...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bestlah Pakai Pelembab Malam Safi Rania Gold

Author : Cik Rose Cute | 9:43 AM | 24Total Comments |
Hai! Selamat Pagi...Dah sarapan ke? mesti dah sarapankan...yg kerja...jangan mengular sangat,entah-entah tengah bukak blog bukan buat kertas kerja hahaha....Aku rasa ramai yang pakai pelembab malam safi rania gold niekan....Aku baru jer try bulan nie....tue pun ada offer....terus beli...Aku ada jugak terbaca kat blog  seorang blogger nie Lya  yang mengatakan pelembab malam safi rania gold nie best...membuatkan muka kita lembab sentiasa....Memang betul....
 Yang sebelah kiri untuk bawah mata,yang tengah pelembab malam,yang kanan pencuci muka....kira murah jugak time offer....

Pencuci muka yang nie macam gel...sebelum nie..aku try yg biasa...aku rasa aku lagi suka yg jenis gel kerana banyak buih hihihi bila cuci muka....

Yang bawah mata...jarang2  jer aku sapu hihihi


Nota Kaki: Kalau Pendapat aku  tentang  produk kecantikkan...tengok atas kulit muka seseorang tue sesuai atau tidak...ada orang tak sesuai pakai produk nie....betul tak?Aku pernah jugak pakai olay memang tak sesuai gan kulit muka aku..dua tiga hari aku pakai keluar jerawat hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ