DASHBOARD HOME INSTAGRAM ALL DESIGN TUTOBIES TEMPAHAN FACEBOOK TWITTER

Thursday, March 1

Gambar Baby ikin gan Mawi

Mawi bersedia untuk mendedahkan gambar anak sulung mereka.....Cuba korang tengok di bawah Comelkan....Eeeiii geramnya....lena betul baby tue tidur.....Senyum sampai ke telinga mawi....Tahniah! Mawi...




Kesian Azean Irdawati

Korang tahu ke?keadaan Azean irdawati sekarang....Aku pun tak tahu...baru tadi aku baca kisahnya....Kesian pulak aku baca kisahnya....

Pelakon Azean Irdawaty , seperti laporan Mstar Online, merayu kepada orang ramai untuk mengadakan solat sunat hajat untuknya sebagai “hadiah” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun semalam.
Photobucket
Azean berkata, keadaan kesihatannya semakin kritikal kerana penyakit Lymphedema: kesan pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.
"Syukur Alhamdulillah, hari ini (27 Februari 2012) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh."
Dalam SMS kepada Mstar, Azean memberitahu dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas. Badannya juga berasa panas. Tertekan dengan situasi yang dihadapi; dia memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.
"Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat).
Beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid bagi memenuhi keinginan seniwati tersebut selain mendoakan kesakitan yang dialaminya itu berkurangan.

Kepada pembaca yang budiman......, marilah kita bersama mendoakan kesihatan Azean Irdawati semoga keadaannya bertambah baik...Amin...

Nama Anak Mawi & Ikin

Korang mesti nak tahu nama anak Ikin gan Mawikan.....hehehe....Jom! kita baca story di bawah.

Cahaya Malaika. Itulah nama anak puteri Mawi dan Ekin yang telah dilahirkan semalam. Sedap sungguh namanya. Maksud nama tersebut ialah “Cahaya Permaisuriku”. Nama tersebut telah dipilih dan dipersetujui oleh Mawi dan Ekin.
nama anak mawi dan ekin
Berkenaan dengan gambar anak sulungnya, Mawi berkata yang dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi wajah puterinya. Kata Mawi:-
Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti.
Tak apa Mawi....kitaorang sabar menunggu....lagipun baby tue kecik lagi..... portal GUA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...