Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"

Author : Cik Rose Cute | 12:05 PM | 36Total Comments |

Jom! Join segmen yang di anjurkan di atas...Nak join klik Banner Doraemon 
 
Segmen nie di anjurkan untuk blogger baru yang follower x seberapa sangat....Segmen nie jugak sebagai platform untuk korang tambahkan Follower dan merapatkan ukhwah sesama blogger...
Best tak...Kalau korang rasa follower korang tak seberapa...Jom! join segmen nie...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Siapa Kenal artis Steven Tyler

Author : Cik Rose Cute | 11:37 AM | 6Total Comments |
Hai!...Selamat hari sabtu....Tadi baru lepas berjogging...Dalam 8.30am masuk rumah...bereskan kerja.....Sekarang semua dah beres buat keja umah...Masak,mop lantai,menyapu,lipat kain dan basuh kain...itu adalah rutin harianku sebagai surirumah sepenuh masa....hihihi...betul tak suri2 semua.....Hari nie aku nak bergosip pasal artis luar Steven Tylor...yang ada masalah dengan Band kumpulannya.....Kalau sesiapa suka tengok American Idol...Steven Tylor pengkritik musim yg ke 11....Jom! baca kisahnya...

muka poyo jer mamat nie....


 



SEJAK tahun lalu, nama Steven Tyler kembali berada dalam radar hiburan dunia. Semuanya gara-gara kemunculannya sebagai juri program realiti paling terkenal, American Idol 10 (AI). Belum mahu berhenti daripada menjadi pengkritik, bersama rakan jurinya, Jennifer Lopez dan Randy Jackson, Tyler kembali duduk di kerusi American Idol musim ke-11.
Walaupun sebelum musim ke-11 bermula ada terdengar berita bahawa Jeniffer Lopez tidak akan menyambung kontraknya bersama AI, namun hal itu berlalu apabila dia kembali duduk beriringan dengan Randy dan Tyler untuk mencungkil satu lagi bajat baharu daripada AI.
Kembaranya daripada seorang vokalis band terkenal yang cukup fenomena sejak ia ditubuhkan sekitar tahun 70-an, Aerosmith kepada menjadi seorang pengkritik telah mendapat respons yang pelbagai. Banyak sisi baharu lelaki berusia 64 tahun itu dibongkar - ironi, dia yang membongkar sisi hidupnya satu persatu, termasuk tentang ketagihan dadah yang menghancurkan kariernya kurang 10 tahun Aerosmith sukses.
Tanpa berselindung, Tyler juga memberitahu, dia yang memaksa pengurus baharunya mendapatkan dia kerja selepas masalah dengan anggota Aerosmith masih belum menemui kata putus. Padahal dari sisi anggota Aerosmith pula mengaku yang mereka akhirnya terpaksa mengugut dia dengan pengumuman bahawa Tyler bukan lagi vokalis mereka selepas gagal dihubungi. Dia juga membuat banyak masalah kepada band tersebut sepanjang mereka membuat konsert jelajah dunia pada tahun 2009.

LEGENDA. Seorang vokalis band rock Aerosmith, Steven Tyler kini membina reputasi baharu yang lebih bersih dengan menjadi pengkritik American Idol untuk dua musim iaitu musim ke-10 dan ke-11 yang kini sedang hangat ditayangkan di 8TV pada setiap Jumaat dan Sabtu.


“Saya paksa dia cari kerja untuk saya. Saya suruh dia dapatkan saya posisi pengkritik di American Idol musim baharu. Pembabitan saya dengan AI bukan untuk membuktikan apa-apa kepada Aerosmith, tapi saya cuma nak mereka tahu bahawa mereka juga susah kalau tanpa saya kerana saya boleh berdiri sendiri jika saya mahu,” ujar Tyler mengenai pembabitannya sebagai pengkritik program tersebut sekitar penghujung tahun 2009 yang lalu.
Di dalam AI, pemilik autobiografi Does the Noise in My Head Bother You? Around itu terkesan menjadi seorang pengkritik yang penuh humor. Kritikan yang keluar daripada mulutnya jarang kedengaran kasar atau sakarstik, sebaliknya ia bersifat toleransi.
Akui pemilik nama sebenar Steven Victor Tallarico itu, dia sengaja berbuat demikian. “Saya ada pilihan untuk berkata ‘suara awak tak sedap. tolong cermin diri bila pulang nanti.’ Tapi saya memilih untuk tidak memberi kritikan yang kasar kerana saya mempunyai anak.
“Bagaimana perasaan seorang ibu atau bapa yang mendengar anaknya dikritik teruk dan dia barangkali tidak akan pernah menyanyi lagi untuk diri sendiri misalnya kerana menerima kritikan buruk daripada saya. Sebab itu saya memilih untuk bercakap dengan bahasa yang lebih baik,” katanya yang memilih untuk lebih kelihatan diplomatik.
Hal itu juga didorong kerana dia sendiri pernah menjadi bapa yang tidak prihatin terhadap dua anaknya, Liv Tyler dan Mia Tyler kerana kesibukan bersama Aerosmith selain pengaruh dadah yang selalu membuat dia berada di luar paras normal.
Ditanya tentang persepsinya mengenai para peserta yang hadir ke sesi uji bakat, Tyler memberitahu, sepanjang dua siri tempoh menilai bakat baharu, terdapat banyak anak muda yang mempunyai bakat menyanyi namun tidak dilengkapi karisma yang akan membuat mereka bertahan dengan sepak terajang dunia hiburan.
Dia juga memberitahu: “Ini bukan soal mencari siapa yang menyanyi lebih baik. Itu yang saya beritahu penerbit kerana di luar sana, banyak orang yang boleh menyanyi dengan lebih baik. Sebaliknya seseorang itu perlu ada karakter. Macam orang menilai saya atau J.LO atau Randy. Mereka menilai kami secara pakej, dan itu yang kami cari dalam diri peserta AI.”
Dadah
Tyler kemudian memutar memorinya ke belakang. Beberapa bulan sebelum menyertai AI, pelantun lagu-lagu hit seperti Dream On, Walk This Way dan I Don't Want To Miss A Thing itu, kehidupannya masih bercelaru dengan keluar masuk pusat pemulihan untuk membebaskan diri daripada dadah. Gagal berkali-kali untuk bebas daripada najis tersebut, sebenarnya ia terletak kepada kemahuan dirinya sendiri.
Beritahu Tyler, dia telah terjebak dengan dadah sejak awal lagi bersama Aerosmith. Ujarnya ia (dadah) adalah perkara normal yang berlaku di dalam hidup semua orang pada era 70-an.

AEROSMITH kini masih tergantung sama ada untuk berbaik semula atau bubar.


“Lebih-lebih lagi apabila anda berada di dalam band seperti Aerosmith. Dengan album yang terjual berjuta unit, lagu yang membuat banyak orang kecanduan, kehidupan yang dipuja semua orang, apa lagi yang lebih hebat daripada tidak menggunakan dadah?”
“Sementelah pada zaman kami, tiada MTV misalnya dan kami perlu selalu berkelana untuk memperdengarkan muzik kami kepada semua orang dan kami bermain di tiga persembahan dalam masa sehari, saya memerlukan sesuatu. Sesuatu itu adalah dadah,” katanya yang mengambil dadah jenis kokain tanpa berselindung.
Namun hari ini, seperti mana dia memberi imej yang lebih sopan di kaca televisyen menerusi AI biar masih ‘liar’ dengan imej rock n roll yang telah sebati dengan dirinya, Tyler mahu mengembalikan kehidupannya sebaik mungkin.
“Sebenarnya, saya patut bersyukur dengan keadaan hidup saya sekarang dan penglibatan saya bersama AI. Saya terasa menjadi seorang yang lebih baik dan terasa sedang berada di antara kelompok manusia terbaik di dunia,” katanya penuh bahagia.

Sumber kosmo


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Farah Asyikin Kini Bertudung

Author : Cik Rose Cute | 12:45 PM | 32Total Comments |
Al-hamdulillah....Farah Asyikin  sekarang menampilkan dengan penampilan baru iaitu bertudung...Jom! kita baca..apa kata Farah Asyikin tentang imej baru...




"Kata  Farah hati nya tergerak untuk berubah
dan ia bukan lah atas desakan mana2 pihak..
dia pun telah melakukan solat taubat nasuha.."
Semoga perubahan diri Farah Asyikin membawa seribu hikmat buat dirinya.... 
Kita doakan saja semoga Farah Asyikin menjadi insan yang mulia di sisi Allah..


P/s: Kita manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan....betul tak...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Berangan Deco Bilik Anak (Boy)

Author : Cik Rose Cute | 9:08 AM | 14Total Comments |
Cepat betul hari berlalu....tup-tup hari nie..hari jumaat...penghulu segala hari...kiamat pun jatuh hari jumaat....Kat taman perumahan aku hari nie elok cuacanya....matahari menyinar dengan ceria hehehe...seronok...tengok matahari memancar waktu pagi....burung berbunyi tanda kegembiraan begitu juga kita.....Aku nak deco bilik anak (boy) aku....tapi tak tahu bila....anak perempuan aku yg sulong biliknya dah lama aku deco......Tengah pening nak kaler apa hehehe....Kat ruang tamu aku dah plan kaler hijau.....Takkan bilik anak nak kaler hijau jugak hehehe...Cantikkan kalau deco bilik anak cam nie...



Cantikkan kaler hijau di atas tue....Sedap mata memandang....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Dapat Teka Gambar Dari AsWifeAsMom

Author : Cik Rose Cute | 4:11 PM | 10Total Comments |
aku dapat meneka gambar yang berada di bawah hehehe...Hasil dari tekaan aku yang betul...AsWifeAsMom telah menganugerahkan Award yang cantik nie....







gambar di atas tuelah..yg aku dapat teka hehehe


 Memang betul orang tengah baring....Korang mest pernah tengok gambar niekan....Di sebalik gambar ada kisahnya....Aku pun tak ingat Kisahnya.....Terima kasih AsWifeAsMom....Cantik award tue...

P/S: Ada sesiapa tahu kisah gambar nie....boleh la share...aku suka pasal2 sejarah nie...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Syifa Suka Main Bawah Meja

Author : Cik Rose Cute | 12:35 PM | 21Total Comments |
Hai!...Nak story pasal syifa lagi hehehe....syifa nie  sudah pandai berdiri...sambil berdiri dia berjalan sedikit demi sedikit...kadang2 tue...sampai masuk bawah meja....bila dia berada  bawah meja..dia gelak2...sambil mengintai kami kat luar....

 tue sambil makan biskut...mata tertumpu kat tv...nie baru keluar dari bawah meja...sebab ada biskut kat tangan...

sambil berdiri...mata tengok tv...tangannya tengah masukkan biskut ke dalam mulut..

dalam mulutnya ada biskut hehehe...nie dia perasan ibunya snap gambar dia...

kat bawah nielah...taman dia selalu main...sorang2...kalau jatuh terduduk mulalah menangis mintak orang bangunkan dia balik...

p/s: sorry gambar blurr..guna phone biasa hehehe...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Deco Rumah tak siap lagi...

Author : Cik Rose Cute | 8:22 AM | 35Total Comments |
Morning You All...Hari tue aku ada sebut pasal deco umahkan....Ramai yang bertanya pasal deco tue...dah siap ke belum....Pasal deco rumah tak siap lagi....My hubby dengan anak yang no 2 haziq hanif demam tiba-tiba...Sebab tue la aktiviti mendeco terbantut sekejap...Tak per..ada masa lagi untuk deco rumah sebelum raya hehehe...

 Baru tanggal wallpaper sebelah sini....korang nampak tak kat atas tue...belum bersih...tinggi...aku tak sampai....

Memula masuk umah nie....kitaorang cat separuh jer dan letak wallpaper kat tengah...pastu anak dara aku koyak...sikit demi sedikit...last2 cabut pasang wallpaper biru dan cat kaler biru....kena koyak lagi oleh anak-anak aku hehehe....

Area sini belum tanggal lagi....tak tahu bila pulak nak deco nie....sakit mata tengoknya hehehe....Kalau korang datang pun aku segan....

P/S:aku jeles tengok rumah orang cantik...lagi2 umah tue deconya ala-ala inggeris hehehe


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bloglist : Sahabat Puteri Kasih

Author : Cik Rose Cute | 4:43 PM | 7Total Comments |

Aku jumpa  segmen yang simple nie dari blog Mia terus terasa nak join hehehe..... Tarikh tutupnya ialah pada 21/2/2012. Sesiapa yang  singgah blog aku dan terasa ingin join klik banner di atas okey...

Faedah join bloglist Puteri Kasih

1) Dapat menjadi sahabat  kepada seorang tuan puteri yang sweet nie...
2) Hari-hari puteri Kasih  akan singgah ke blog korang baca entry korang okey....
3) Puteri Kasih akan selitkan blog korang di entri-entri yang puteri Kasih publish (bergilir2)
4) Puteri Kasih akan ping entri korang yang best-best ke dalam fanpage puterikasih.com (kalau rajin, silalah like Fanpage PUTERIKASIH.COM)

Tarikh tutup : 21/2/2012
p/s: Best tak segmen nie....kalau best cepat2 join ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Money Drop Di Astro Judi

Author : Cik Rose Cute | 9:36 AM | 20Total Comments |
Ha...jangan tak tahu...kita sedar tak sedar.....Sebelum nie...aku layan jugak kat Astro pasal permainan "Money Drop" nie....Yalah...seronokkan....Apa lagi pengacaranya Ac Mizal....Lagilah Aku suka tengok....hehehe...Rupa-rupanya permainan nie permainan judi....Kalau di fikirkan balik memang betul  apa yang dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus kat Facebook...


Sekarang nie macam-macam.....Contohnya...kalau kita dapat duit Money drop tue....takkan kita nak beli makanan hasil duit seperti itu.....betul tak?...Korang rasa macam mana.....Aku pun suka layan jugak  permainan nie dekat Astro.....hehehe...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Jangan Sambut Valentine's Day....

Author : Cik Rose Cute | 9:10 PM | 12Total Comments |
Mesti pakwe makwe atau yang bercouple bengang dengan tajuk kat atas tue....Jangan marah ya adik-adikku...Kita sebagai Orang Islam tak payah sambut benda2 cam gitu.....Akak nak ingatkan saje...Ini adalah salah satu petanda kecil untuk kita mengingati sesama Islam....Faham-fahamlah ya...Cuba adik-adik baca kat bawah nie sebelum rasa marah kat akak hehehe....

Sebenarnya pada 2005 Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengadakan sebuah muzakarah yang mana di dalamnya turut dibincangkan perihal Hari Valentine ini. Mereka sebulat suara memutuskan tiada amalan seperti ini di dalam ajaran Islam. Islam amat menerapkan konsep kasih sayang namun tidak sekali wujud akan amalan dan hari tertentu dalam meraikan kasih sayang ini. Amalan yang dilakukan oleh ramai orang Islam yang menyambut Hari Kekasih ini amat bercanggah kerana ia mempunyai unsur-unsur agama Kristian, aktiviti penuh maksiat dan bertentangan dengan syarak. Ia juga boleh memesongkan akidah orang Islam.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
Riwayat Abu Daud
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Ini tidak bermakna kita tidak boleh menyambut perayaan lain cuma ritual sesebuah agama lain itu jelas haram untuk kita ikuti.

Rujukan di Majlis Fatwa Kebangsaan.

P/S: Untuk Pesanan aku dan korang semua....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Lelaki Dan Wanita Mesti nak yang cantik...

Author : Cik Rose Cute | 9:29 AM | 20Total Comments |
Lelaki...kalau cari makwe mesti nak yang cantik,kurus dan gebu...betul tak?...Siapa sokong gan pendapat aku....Aku pun pelik...Perempuan pun begitu juga...ingin menpunyai pakwe yang berbadan tegap,muka macho dan ala-ala muka artis k-pop hehehe....Tak semestinya yang cantik dan macho tue dapat membahagiakan kita.......Bab kata Ustaz Azhar Idrus...."dok comel tak per...boleh tutup lampu" hehehe..


Betul Jugok ayat dia.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kucing Buang Air Besar Di Dalam Tandas

Author : Cik Rose Cute | 8:36 AM | 11Total Comments |
HEHEHE...CUBA KORANG TENGOK GAMBAR KUCING KAT BAWAH.....PANDAI PULAK...KUCING TUE MEMBUANG NAJISNYA DALAM TANDAS....DULU KAT KAMPUNG ARWAH MAK AKU..ADA PELIHARA KUCING...KUCING TUE PUN SUKA BERAK DALAM TANDAS....ADA SATU MALAM TUE....AKU BALIK KAMPUNG GAN CIK HUBBY....TIME TUE  CUTI RAYA...KUCING TUE ASYIK BUNYI...DAN MELILAU KAT DAPUR PASTU MASUK TANDAS DAN KELUAR SEMULA...AKU TANYA MAK AKU...KENAPA KUCING TUE...BISING...MAK AKU CAKAP LA...MESTI PINTU TANDAS TERTUTUP,TERUS AKU TENGOK KAT TANDAS.....MEMANG BETUL PINTU TANDAS TERTUTUP...RUPA-RUPANYA KUCING TUE BISING PINTU TANDAS TERTUTUP...DIA NAK MELEPASKAN HAJATNYA TAK DAPAT-DAPAT HEHEHE....







 P/S: Binantang kalau di ajar...beginilah hasilnya.....tak payah kita nak hidu taiknya yang busuk tue....Belakang umah aku penuh taik kucing tau...busuk betul!!!...kalau tengah masak.....asyik hidu taik kucing jer huhuhu...Belakang umah korang ada tak?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Syifa Rambut Pendek

Author : Cik Rose Cute | 6:27 PM | 21Total Comments |
Hai! You All...Dah petang baru aku up-date blog....Pagi tadi aku tak dapat up-date blog...kaki aku sakit....gara-gara berjogging hehehe....Sekarang nie dah kurang sikit....biasa la...kalau awal2 berjogging mesti sakit badan...Aku nak cerita pasal syifa dah potong rambut...Siapa yang potong? hehehe siapa lagi kalau bukan ibu yang mengerjakan rambutnya....Rambut depan gan belakang dah panjang sikit....Aku takut dia rimas aku potong depan gan belakang....Syifa nie..lehernya tak berapa nampak...tue yang susah bila dia rambut panjang....lehernya tak jinjang sangat...
 Waktu nie....rambutnya panjang lagi...

Ha...tengok dah pendek...dah macam jepun la pulak hehehe

Tunjuk gigi 2 batang kat korang hehehe...Bila nak tumbuh gigi atas entah....Anak aku yang nie...lambat sikit tumbuh gigi....Kakak gan Abangnya cepat tumbuh gigi....Tapi mulut si syifa nie bising betul....hehehe


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ