DASHBOARD HOME INSTAGRAM ALL DESIGN TUTOBIES TEMPAHAN FACEBOOK TWITTER

Wednesday, January 25

Kata-Kata Yahudi Untuk Kita Buat Renungan Bersama

kata-kata yahudi laknatullah!! Mari Kita Renungkan Sejenak...

JANGANLAH UMAT ISLAM BERMIMPI UNTUK MENGALAHKAN YAHUDI SEHINGGA BILANGAN MEREKA YANG SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID MENYAMAI BILANGAN YANG DATANG UNTUK SOLAT JUMAAT!!
 
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.
...
❝BeRi haTiMu unTuk ALLAH,paSti ALLAH teMUkan peMiLik TerBaik, hamParkan MasaMU seluAsnya unTuk ALLAH, paSti ALLAH atuRkan seLuruh hiDupMu seBaikNya...❞
...

وَلاَ تُكْثِرُ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ


“Janganlah kamu membanyakkan ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati” [Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah]

Ribut Teruk Akan Melanda Bumi

Assalamualaikum... Sapa tengok Buletin Utama malam tadi, ada laporan tentang kejadian ribut magnet yang akan melanda bumi pada bila-bila masa yang terdekat ni. Ia dikatakan yang terburuk dalam tempoh 6 tahun akibat daripada aktiviti matahari. Maklumat lanjut, saya kongsikan artikel dari penulis blog Its All About Journey.


Ribut Magnet atau lebih dikenali sebagai Geomagnetic Storm bakal melanda bumi pada bila-bila masa (sejak entry ini dipublish) Ribut magnet yang akan melanda bumi ni dijangka paling teruk sejak 6 tahun ini. End Of World? Tak tak, ribut magnet walaupun bunyi menakutkan, tapi kesannya takdelah sebegitu besar jika berlaku dalam skala kecil.

Tapi dijangka, yang akan melanda bumi ni berskala 2 hingga 3 ( 1 hingga 5, 5 paling teruk)


Macam mana terjadi?


Pada ahad lepas, (22 Januari 2012) letupan kuat telah berlaku di matahari dan ia membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju – lebih kurang 5juta km per jam (2000 km per saat) yang mana ia adalah 5 kali lebih laju dari yang biasa dan zarah solar ini akan melanda bumi pada hari selasa hingga rabu ini. Ya, hari ini!

Apabila ia melanda bumi, ia akan mengganggu medan magnet bumi. Jika ia cukup besar, ia memang akan memberi banyak masalah kepada kita


Apakah kesannya?


Sistem radio berfrekuensi tinggi memang akan terjejas dengan ribut magnet ni. Kapal terbang terutamanya akan mengalami masalah dalam sistem navigasi. Bagi negara yang mempunyai sistem grid elektrik yang panjang-panjang (sejauh lebih 1km, china terutamanya) sistem ini akan terjejas dan kemungkinan akan menyebabkan kerosakan jika ribut magnet ini terlalu kuat

Sebagai contoh, pada tahun 1921 beratus-ratus transformer dan sistem grid musnah dan menyebabkan lebih 130 juta manusia terpaksa tinggal dalam gelap. Jumlah kerugian mencecah billion us dolar. Memang teruk jika tiada langkah pencegahan


Meminimumkan kesan

Untuk mengelakkan kerugian, ada banyak benda boleh dibuat. Contohnya menutup terus sistem grid ini untuk mengelah induce current berlaku. Mungkin tempat yang dilanda ribut magnet ini akan bergelap untuk seketika. Ia perlu dari bergelap sehingga berbulan-bulan kan?


Kat Malaysia?

Sebab kita menggunakan sistem grid yang pendek, mungkin kesannya tidak dapat dirasa. Tapi jika ribut magnet ini terlampau kuat, tiba-tiba takde api bagai, jangan panik sebab ia hanyalah sementara. Jangan duk komplen kat TNB pulak ye depa tak buat kerja

Berdoalah supaya kita terus selamat. Nak tengok live update, klik sini.


P/S: Semoga Malaysia Selamat....Takut pulak aku membacanya.....Kita Sudah Menghampiri.....aku tak sanggup nak tulis...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...