23 January 2012

Ustaz Azhar Idrus Dan Zizan Raja Lawak

Author : Cik Rose Cute | 10:04 AM | 23Total Comments |
Sekarang niekan aku suka bukak youtube....tenet kat umah aku nie laju dan tak sangkut-sangkut dah tukar stremix yang mahal sikit...hihihi  Youtube yang selalu aku  tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus... Memang Ustaz Azhar Idrus  menjadi satu  fenomena kepada golongan remaja  sekarang... Beliau menjadi rujukan dan idola kepada golongan muda......Baru-baru nie ada satu ceramah  dekat Shah Alam kot  tanggal 31 Disember 2011 kalau tak silap aku....80 ribu penonton mendengar ceramah santai dari Ustaz Azhar Idrus  Kalau korang nak tengok klik  ceramah tahun baru 2012   Memang best....Cakapnya memang pekat bahasa ibunda rakyat Terengganu....

Ustaz Azhar Idrus  pandai jugak petik gitar....


 Dan yang bestnya... ialah Zizan Rajalawak penjadi peminat setia Ustaz Azhar Idrus... jom klik sini 
 
 



Aku suka bila Zizan tiru Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya...Korang mesti ada tengokkan...






Sekali tengok macam ayah dengan anak jer....

Ustaz Azhar Idrus nie memang sempoi orang nya....

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

22 January 2012

Segmen | Hobi Saya: Blogwalking+Follow

Author : Cik Rose Cute | 10:22 AM | 18Total Comments |
Nak Join Klik Banner Di atas...
Tarikh Tutup Pada 23 January 2012 Pukul 11.59 malam...

Aku tengok segmen nie dari  blog Mia....Terus aku nak join...hihihi...Lepas jogging nie..tak der idea nak tulis.... Join jerlah segmen....dapat jugak Followers betul tak....

Teringin pulak aku nak Tag Ibu Aqil,Fieda Harap diaorang join....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

21 January 2012

Siapa pernah dengar lagu Romantik nie...

Author : Cik Rose Cute | 11:38 PM | 6Total Comments |
Sebelum tido layan perasaan.........kalau dengar lagu hindi memang best giler....Lagi-lagi lagu hindi romantik...aku pun jadik romantik jugak....Korang pernah tengok filem hindi Bodyguard nie? Jom! layan lagu romantik dalam cerita nie....Pelakonnya Salman Khan Gan Karena Kapoor...


 Aku suka video nie....memang romantik giler hihihi...apa lagi tengok body Salman Khan....Emmm Tuf giler....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Nasi Kerabu Emmm Memang Sedap!!!

Author : Cik Rose Cute | 10:27 AM | 17Total Comments |
Lepas berjogging aku tibai nasi kerabu...camna nak kurus hihihi...Nasi kerabu nie tak boleh tahan kalau teringin nak makan...Lagipun dah lama tak makan nasi kerabu...Hari nie ada pasar sabtu kat sini...terus call cik hubby pesan nasi kerabu satu....
 Tengok pun memang menyelerakan....Nasi kerabu nie...bukan warna jer cantik...rasa pun sedap...cam rasa kat pantai timur punyer nasi kerabu tau....Kakak yang berniaga nie...orang pantai timur jugak....Kalau pegi lambat confirm habis.....

Aku kalau makan nasi kerabu mesti ada salad lada gan telur masin.....Cik hubby aku pun tahu selera aku....Suami mana tak tahu selera Isteri....kan.....hihihi Kalau ada si suami tak tahu selera Isteri nak kena lempang tue....betul tak? hihihi

P/S:Jom! Chat dari blog....free jer...boleh kita chatting2 hihihi korang tengok sebelah kanan tue "Geng Gomo" best!!!
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

19 January 2012

Jom Tambah Follower

Author : Cik Rose Cute | 9:36 PM | 36Total Comments |


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen : Jom blogwalking!

Author : Cik Rose Cute | 8:53 PM | 4Total Comments |
Diana's ♥
Assalammulaikum.
Jom! join segmen nie....Nak join klik banner di atas okey...

Due 20 January 2012

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aku Suka Vanila Coklat

Author : Cik Rose Cute | 5:19 PM | 8Total Comments |
Dah petang dah....Sekarang aku tengah giler tengok cerita Vanilla Coklat tau....Tiap-tiap minggu aku tunggu huhuhu aku suka tengok Si Aiman Mentor berlakon....Walaupun Aiman nie baru first time berlakon..tapi aku nampak dia tak kaku....Lagi2 bila begaduh gan Izara Aisyah....hihihi korang suka jugak ke?...

Sinopsis Vanilla Coklat :
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,
sumber : budiey.com

Gambar gambar Izara Aishah dan Aiman Mentor
Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 20 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah dan Jejaka J
Telefilem: Hantu Gigi


Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Nama Panggilan : Aiman
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 23 Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar
P/S: Dalam cerita nie...aku suka Izara gan Aiman nie berlakon...Macam serasi jer...Aiman nie hensemkan....Izara cantik sangat2...dalam cerita nie Izara mukanya tak make-up sangat tapi still cantik...

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Deodorent Lady Speed Stick

Author : Cik Rose Cute | 11:04 AM | 28Total Comments |
Hai! pagi semua...kat Telok nie..pagi2 dah hujan tau....kawasan you all hujan tak?Aku nak share gan korang....Emmm you all pakai deodorent apa?  tue pun nak tanya ke.....hihihi aku nak share gan you all...aku pakai deodorent jenama "Lady Speed Stick" ada tak sesiapa pakai deodorent cam jenama aku....Sebelum nie dah banyak dah deodorent aku pakai semuanya melekit kat ketiak aku...hihihi you all faham2 jerlah....kalau dah berpeluh melekit dan berbau....Aku sendiri pun tak suka bau masam hihihi....Last2 aku pakai jenama nie...okey tak melekit dan kering sepanjang masa....Kadang2 tue...kalau terlupa pakai pun still okey....tak la bau masam ketiak aku hihihi
 Dah jatuh cinta gan Lady Speed Stick....
Baru bulan nie aku start  pakai...memang best...Kalau berjogging badan still tak bau....

Dari belakang....apa yg tertulis tue....
Bekas dia pun cantik....Aku rasa Lady Speed Stick nie...ada tiga warna kot...Tapi aku suka yg nie....sebab baunya cam limau sikit.....


P/S:Sajer-sajer share gan korang...Sebelum nie pakai Rexona,Nivea dan bermacam-macam lagi tetap ketiak aku melekit dan masam hihihi
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

18 January 2012

Eyka Farhana Atau Elfira Loy

Author : Cik Rose Cute | 5:38 PM | 17Total Comments |
Dah nak petang nie...Sempat lagi aku nak bergosip hihihi bukan gosip apa...cuma nak tanya pendapat you all...mana korang suka Eyka Farhana Atau Elfira Loy?Dulu aku suka Elfira Loy...aku tengok dia dalam Tom-tom Bak...Sekarang nie...aku lebih suka Eyka Farhana.....Sebabnya....kalau berlakon budak degil..memang nampak sangat-sangat...Kalau berlakon jadik budak baik..apatah lagi...Memang best la Eyka Farhana nie berlakon....hihihi..Kalau tengok wajah mereka berdua memang seiras sikit...

Gambar Eyka Farhana 1 PELAKON EYKA FARHANA TAKUT KAMERA RUPANYA

http://www.enciknakal.com/wp-content/uploads/2012/01/Gambar-Eyka-Farhana-3.jpg
Bawah Nie Gambar Elfira Loy
http://2.bp.blogspot.com/-eHKqfwNf9Q0/TvKyUxgCo1I/AAAAAAAAWOI/xGAyFkh5peM/s1600/nurul%2Belfira%2Bloy5.jpg


http://limauais.com/wp-content/uploads/2011/08/Elfira-Loy_LimauAis.jpg

P/S: Sama tak bagi you all...Bagi aku adalah sikit hihihi
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aksi Syifa Bawah Meja

Author : Cik Rose Cute | 1:28 PM | 25Total Comments |
Sekarang nie...syifa suka masuk bawah meja dan kerusi kalau letak dia kat bawah....kadang2 tue..pantang ada benda depan mata terus kutip masuk mulut....hihihi...umur cam gini memang suka mengutip barang masuk kat dalam mulutkan....Ada tak anak you all yg sebaya syifa mengutip...

 Baru nak keluar bawah kerusi....ya....

Tengok matanya...tengah usha ada tak benda yang aku nak kutip nie hihihi...

P/S: Memang kena hati2..takut nanti tertelan benda yang bukan2...Bising Pulak Abah dia hihihi
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

17 January 2012

Bowling Di Summit

Author : Cik Rose Cute | 8:42 AM | 22Total Comments |
Hari tue pergi Summit tengok kawan-kawan lama main bowling.....Seronok betul bila kita jumpa kawan lamakan.....Ya la...dulu kitaorang satu tempat kerja.....dari bujang hingga masing2 dah anak pinak...baru jumpa balik....Yang paling tak sedap di dengar...semua cakap aku "gemuk" sejak jadi surirumah sepenuh masa nie...hihihi....Adalah beberapa keping gambar aku snap kat sini...dan juga mengimbau memory lama....waktu main bowling seketika dulu.....Ceeewah!!!...

 Seronok tengok diaorang main...

Nie semua kawan-kawan satu tempat kerja dulu..
Nie kak watie....Lepas nie pun kak watie dah tak kerja jugak.....


Nie kak ieda....

Tengok syifa....bukan main lagi sengih hihihi....Semua orang nak dukung Syifa....

Nie Famili kecik aku.....


Nie gambar aku gan kak ieda dan intan...Waktu nie belm kawin lagi tau...kitaorang ada perlawanan bowling...Waktu nie jugak...aku gan cik hubby aku belum couple lagi...Cik hubby aku masuk jugak dalam pertandingan bowling...dia dapat no 3...aku dapat no 1...

Nie aku dapat hamper juara bowling kategori perempuan....


Nie Cik hubby aku dapat no 3 kategori lelaki...yang juara perempuan kena kasi hadiah untuk kategori lelaki no 3....Kalau ingat balik memory nie.....memang tak di sangka dan di duga...dialah jodohku hihihihi.....Time main nie...tak payah cakap la...guna perkataan aku kau.....Hensem tak? hihihihi....Just kidding...

P/S: Sekarang nie tengah usaha nak kuruskan badan...Seminggu 2 kali jogging pusing taman.....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ