25 June 2012

Punca Susu Tersumbat...

korang pernah tak alami kes seperti nie? Masa anak pertama dulu pernahlah....Almaklumlah...anak pertama...tiada pengalaman hihihi..Aku nak share gan korang kenapa susu badan boleh tersumbat...




 Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?


Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
 
• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol)  boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda. 
 
P/S: sakit kalau susu tersumbat atau bengkak susukan...hanya orang yang pernah mengalami jer tahu...

20 comments:

  1. anak2 saya langsung tak mau menyusu badan,puas paksa,tanak jugak..sedih2

    ReplyDelete
  2. Adik ipar ada mcm ni. Tak sakit ke cucuk dengan jarum? Susu ada tapi tak keluar. Keluar sikit je. Akhirnya minum susu formula.

    ReplyDelete
  3. dulu pernah sampai demam2 bila jadi bengkak susu ^_^...

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan susukan terus anak walaupun sakit..sebab awal2 penyusuan kadang-kadang tak keluar,kalau kerap beri anak hisap puting tu,lama-lama dia keluar...banyak pulak tu...ini pengalaman saya..

    ReplyDelete
  5. sib baik akk x pernah alami situasi nie .. anyway thanx for the info dikk .. sgt2 bagus ;)

    ReplyDelete
  6. oooo gitu...thanks for the info.

    ReplyDelete
  7. nice sharing la..tp ank kite dah besaw, dah xminum BF la..hihii

    ReplyDelete
  8. bagus betul infi ni buat ibu2 yg beru bersalin...hehhe..nyue kawin blom ag

    ReplyDelete
  9. memula dulu mmg tak reti, susu tak nak keluar...lama2 okey..bagus info ini cik rose

    ReplyDelete
  10. tapi, Alhamdulillah..tak kena bengkak sususu...sbb pas 3 hr terus urut, susu keluar banyak n mia pun mmg banyak minum,...perah juga...bengkak susu mmg sakit,....org kata laa..

    ReplyDelete
  11. laaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaa sudah tidak berblogwalking... salam kebizian yang tidak terhingga dari teratak siFaqir ilmu..
    ...................................
    terima kasih atas kesudian meninggalkan komen (^___^)
    ...................................

    ReplyDelete
  12. Mmg seksa sgt kena bengkak susu ni..masa pantang plk tu..demam smpai 39.1 degree..masuk kecemasan..igt dh tk kn kena lps tu..rupanya kena lgi baru2 ni..seksa sangat!!! Cmne pn breastfeeding tetap dteruskn..biar sakit pn..tk kn mengalah..

    ReplyDelete
  13. Mmg seksa sgt kena bengkak susu ni..masa pantang plk tu..demam smpai 39.1 degree..masuk kecemasan..igt dh tk kn kena lps tu..rupanya kena lgi baru2 ni..seksa sangat!!! Cmne pn breastfeeding tetap dteruskn..biar sakit pn..tk kn mengalah..

    ReplyDelete
  14. bgkak susu mmg sakit yg amat... byk kali dah jd...

    ReplyDelete
  15. wani xpenah jd mcm tu...alhamdulillah qalief BF ok jer...thanks kak rose sharing...sekurangnya wani dh tau :))

    ReplyDelete
  16. info bagus utk ibu2 yg masih tak tau lagi ttg ni..

    ReplyDelete
  17. oh....tapi dulu mase susukan Alesya saye ok je...sampai gak la 6 bulan susukan die..lame2 susu tu kering..tak tau la nape....

    ReplyDelete
  18. tak tahu nak komen apa..
    sekadar membaca untuk pengetahuan akan datang je lah

    ReplyDelete
  19. tahu peasaan tu sbb saya smp kena jumpa pakar sbb anak tak hisap yg belah kanan. belah kiri ok je.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠