21 January 2012

Siapa pernah dengar lagu Romantik nie...

Sebelum tido layan perasaan.........kalau dengar lagu hindi memang best giler....Lagi-lagi lagu hindi romantik...aku pun jadik romantik jugak....Korang pernah tengok filem hindi Bodyguard nie? Jom! layan lagu romantik dalam cerita nie....Pelakonnya Salman Khan Gan Karena Kapoor...


 Aku suka video nie....memang romantik giler hihihi...apa lagi tengok body Salman Khan....Emmm Tuf giler....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Nasi Kerabu Emmm Memang Sedap!!!

Lepas berjogging aku tibai nasi kerabu...camna nak kurus hihihi...Nasi kerabu nie tak boleh tahan kalau teringin nak makan...Lagipun dah lama tak makan nasi kerabu...Hari nie ada pasar sabtu kat sini...terus call cik hubby pesan nasi kerabu satu....
 Tengok pun memang menyelerakan....Nasi kerabu nie...bukan warna jer cantik...rasa pun sedap...cam rasa kat pantai timur punyer nasi kerabu tau....Kakak yang berniaga nie...orang pantai timur jugak....Kalau pegi lambat confirm habis.....

Aku kalau makan nasi kerabu mesti ada salad lada gan telur masin.....Cik hubby aku pun tahu selera aku....Suami mana tak tahu selera Isteri....kan.....hihihi Kalau ada si suami tak tahu selera Isteri nak kena lempang tue....betul tak? hihihi

P/S:Jom! Chat dari blog....free jer...boleh kita chatting2 hihihi korang tengok sebelah kanan tue "Geng Gomo" best!!!
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

19 January 2012

Jom Tambah Follower



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen : Jom blogwalking!

Diana's ♥
Assalammulaikum.
Jom! join segmen nie....Nak join klik banner di atas okey...

Due 20 January 2012

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aku Suka Vanila Coklat

Dah petang dah....Sekarang aku tengah giler tengok cerita Vanilla Coklat tau....Tiap-tiap minggu aku tunggu huhuhu aku suka tengok Si Aiman Mentor berlakon....Walaupun Aiman nie baru first time berlakon..tapi aku nampak dia tak kaku....Lagi2 bila begaduh gan Izara Aisyah....hihihi korang suka jugak ke?...

Sinopsis Vanilla Coklat :
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,
sumber : budiey.com

Gambar gambar Izara Aishah dan Aiman Mentor
Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 20 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah dan Jejaka J
Telefilem: Hantu Gigi


Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Nama Panggilan : Aiman
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 23 Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar
P/S: Dalam cerita nie...aku suka Izara gan Aiman nie berlakon...Macam serasi jer...Aiman nie hensemkan....Izara cantik sangat2...dalam cerita nie Izara mukanya tak make-up sangat tapi still cantik...

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Deodorent Lady Speed Stick

Hai! pagi semua...kat Telok nie..pagi2 dah hujan tau....kawasan you all hujan tak?Aku nak share gan korang....Emmm you all pakai deodorent apa?  tue pun nak tanya ke.....hihihi aku nak share gan you all...aku pakai deodorent jenama "Lady Speed Stick" ada tak sesiapa pakai deodorent cam jenama aku....Sebelum nie dah banyak dah deodorent aku pakai semuanya melekit kat ketiak aku...hihihi you all faham2 jerlah....kalau dah berpeluh melekit dan berbau....Aku sendiri pun tak suka bau masam hihihi....Last2 aku pakai jenama nie...okey tak melekit dan kering sepanjang masa....Kadang2 tue...kalau terlupa pakai pun still okey....tak la bau masam ketiak aku hihihi
 Dah jatuh cinta gan Lady Speed Stick....
Baru bulan nie aku start  pakai...memang best...Kalau berjogging badan still tak bau....

Dari belakang....apa yg tertulis tue....
Bekas dia pun cantik....Aku rasa Lady Speed Stick nie...ada tiga warna kot...Tapi aku suka yg nie....sebab baunya cam limau sikit.....


P/S:Sajer-sajer share gan korang...Sebelum nie pakai Rexona,Nivea dan bermacam-macam lagi tetap ketiak aku melekit dan masam hihihi
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

18 January 2012

Eyka Farhana Atau Elfira Loy

Dah nak petang nie...Sempat lagi aku nak bergosip hihihi bukan gosip apa...cuma nak tanya pendapat you all...mana korang suka Eyka Farhana Atau Elfira Loy?Dulu aku suka Elfira Loy...aku tengok dia dalam Tom-tom Bak...Sekarang nie...aku lebih suka Eyka Farhana.....Sebabnya....kalau berlakon budak degil..memang nampak sangat-sangat...Kalau berlakon jadik budak baik..apatah lagi...Memang best la Eyka Farhana nie berlakon....hihihi..Kalau tengok wajah mereka berdua memang seiras sikit...

Gambar Eyka Farhana 1 PELAKON EYKA FARHANA TAKUT KAMERA RUPANYA

http://www.enciknakal.com/wp-content/uploads/2012/01/Gambar-Eyka-Farhana-3.jpg
Bawah Nie Gambar Elfira Loy
http://2.bp.blogspot.com/-eHKqfwNf9Q0/TvKyUxgCo1I/AAAAAAAAWOI/xGAyFkh5peM/s1600/nurul%2Belfira%2Bloy5.jpg


http://limauais.com/wp-content/uploads/2011/08/Elfira-Loy_LimauAis.jpg

P/S: Sama tak bagi you all...Bagi aku adalah sikit hihihi
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aksi Syifa Bawah Meja

Sekarang nie...syifa suka masuk bawah meja dan kerusi kalau letak dia kat bawah....kadang2 tue..pantang ada benda depan mata terus kutip masuk mulut....hihihi...umur cam gini memang suka mengutip barang masuk kat dalam mulutkan....Ada tak anak you all yg sebaya syifa mengutip...

 Baru nak keluar bawah kerusi....ya....

Tengok matanya...tengah usha ada tak benda yang aku nak kutip nie hihihi...

P/S: Memang kena hati2..takut nanti tertelan benda yang bukan2...Bising Pulak Abah dia hihihi
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

17 January 2012

Bowling Di Summit

Hari tue pergi Summit tengok kawan-kawan lama main bowling.....Seronok betul bila kita jumpa kawan lamakan.....Ya la...dulu kitaorang satu tempat kerja.....dari bujang hingga masing2 dah anak pinak...baru jumpa balik....Yang paling tak sedap di dengar...semua cakap aku "gemuk" sejak jadi surirumah sepenuh masa nie...hihihi....Adalah beberapa keping gambar aku snap kat sini...dan juga mengimbau memory lama....waktu main bowling seketika dulu.....Ceeewah!!!...

 Seronok tengok diaorang main...

Nie semua kawan-kawan satu tempat kerja dulu..
Nie kak watie....Lepas nie pun kak watie dah tak kerja jugak.....


Nie kak ieda....

Tengok syifa....bukan main lagi sengih hihihi....Semua orang nak dukung Syifa....

Nie Famili kecik aku.....


Nie gambar aku gan kak ieda dan intan...Waktu nie belm kawin lagi tau...kitaorang ada perlawanan bowling...Waktu nie jugak...aku gan cik hubby aku belum couple lagi...Cik hubby aku masuk jugak dalam pertandingan bowling...dia dapat no 3...aku dapat no 1...

Nie aku dapat hamper juara bowling kategori perempuan....


Nie Cik hubby aku dapat no 3 kategori lelaki...yang juara perempuan kena kasi hadiah untuk kategori lelaki no 3....Kalau ingat balik memory nie.....memang tak di sangka dan di duga...dialah jodohku hihihihi.....Time main nie...tak payah cakap la...guna perkataan aku kau.....Hensem tak? hihihihi....Just kidding...

P/S: Sekarang nie tengah usaha nak kuruskan badan...Seminggu 2 kali jogging pusing taman.....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

16 January 2012

SEGMEN : SAYA FOLLOWER PUTWAA


Tarikh Tutup Tepat Pada Jam 12 Malam Ni ! Jom! cepat Join..

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"SEGMEN : AMAZING ADVENTURES BY CIK ATIERA"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....


Jom! join segmen adventures ni.Tujuan tuan rumah menganjurkan contest nie untuk merapatkan silaturrahim antara blogger-blogger yang ada. Kalau korang rasa best...Apa tunggu lagi...


Kena jawab 10 soalan yang memeningkan kepala.(sebenarnya tak suka jawab soalan yg bukan-bukan nie....hihihi


1. Adam nak beli baju raya yang berharga RM20, die pinjam kat ayah =rm 10 dan die pinjam kat ibu = rm10. hari ini ada promosi raya dan harga baju raya tersebut turun menjadi RM15. Adam beli baju raya tersebut, sekarang Adam mempunyai RM5. Adam membayar hutang RM1 kepada ayah dan RM1 kepada ibu. so Adam masih hutang ibu RM9 dan ayah RM9 dan di tangan Adam ada RM3.So, jumlah keseluruhan duit RM9+RM9+RM3 =RM21Huh.. camne boleh lebih RM1???


Jawapannya :


Salah pengiraan Adam tu.
RM9 (Hutang Ibu) + RM9 (Hutang Ayah) = RM18
RM18 (Adam pinjam) - RM15 (Harga Baju) = RM3 (Duit dalam tangan Adam sekarang)


2. Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan mengunakan congakan sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah... Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30.... Campur lagi 1000. Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000. Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Jawapannya :


4100


3. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?


Jawapannya:


Sebab 4 ekor burung tu tutup telinga dorang dengan sayap dorang. Sebab tu 4 ekor burung tu jatuh ke bumi.


4. Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?


Jawapannya :


Kentut.


5. andai anda seorang perdana menteri, apa yg bakal anda lakukan demi negara?


Jawapannya :


Saya akan mentadbir negara dengan bijak sana dan seksama..


6. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?


Jawapannya :

Dua-dua tak tumbuh sebab Pak Ali cuma tanam separuh je dari pokok koko dan pokok getah tu.



7. Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?


Jawapannya :

Sebab anak dia adalah anak perempuan.



8. da seorang imam,tengah sembahyang ada seekor anjing lalu di hadapan dia,pastu anjing menjilat kakinya sah tak solat imam itu?


Jawapannya :


Sah sebab anjing tu menjilat kakinya sendiri.


9. apa yg akan korang buat sekiranya ada pemuda yg lalu didepan anda, dan mencuri pandang beg duit anda seolah2 dia nak rompak beg duit anda?


Jawapannya:


Saya akan pura-pura buka beg duit saya untuk tunjukkan kepada dia betapa kosongnya beg duit saya tu. Mesti dia tak jadi nak rompak beg duit saya.


10. anda ada seorang abang, dan seorang kekasih, juga seorang sahabat.. siapa yg anda akan utamakan dan mengapa?


Jawapannya :

Saya akan utamakan ketiga-tiganya sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing...

Selesai sudah menjawab soalan-soalan yang dipersembahkan untuk join segmen ni. Dah lama tak perah otak. So, ini kira senaman untuk menggerakkan otak saya yang dah karat ni. Hehehe.

Tuan rumah letakkan syarat untuk saya tag 2 orang. So, saya tag :

Cik Puan Kutu
Cik Purple

Segmen ni berlangsung dari 12.01.2012 hingga 24.01.2012. Jom join reramai....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]



Ramai betul yang join segmen ni. Kalau ada yang berminat, dijemput join sama ya... Tarikh tutup segmen ini ialah pada 17 Januari 2012.
 
Cik Rose Tag
Fieda,Puan Kutu,Cik Purple


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Patut la...Hattan Cerai Wife Dia...

Dunia...sekarang makin menjadi-jadi....takut rasanya....Aku nak kongsi pasal wife Hattan nie ha....Aku malas nak komen apa-apa pasal nie.....Korang baca la sendiri gosip panas aku copy kat ROTIKAYA nie...

 Oh ada gossip baru berlegar di sebalik penceraian Hattan dan ini bukan calang calang gossip.
Semua orang tertanya tanya akan punca sebenar penceraian Hattan & Farah Asyikin yang perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 2 bulan.
Hattan sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa apa kenyataan kepada media namun peminat sendiri nampaknya jumpa beberapa gossip menarik.
Seorang penggiat forum hiburan terkenal, Cari kongsikan sebuah blog yang di’dakwa milik Farah Asyikin namun kini sudah di’godam oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap beliau & suami, Hattan. Dan, individu yang tidak dapat di’pastikan identiti ini telah mendedahkan beberapa masalah pasangan suami isteri yang bernikah pada November 2011 lalu. 
Farah Asyikin di’dakwa berhutang dalam jumlah yang banyak kepada seseorang dan penggodam itu meminta beliau untuk menggunakan suami, Hattan untuk membayar segala hutang piutang beliau.

Bukan itu sahaja, Farah Asyikin juga di’dakwa pernah mengandung hasil hubungan bersama seorang kekasih berbangsa asing ketika berada di Jakarta, Indonesia dan menggugurkan kandungan tersebut.
Jika benar apa yang di’dakwa oleh penggodam blog Farah Asyikin ini, bermakna wanita ini memang mempunyai masalah peribadi yang agak dahsyat sebelum berkahwin dengan Hattan. Hmm.

P/S: Kesian Abang Hattan kita....Orang sekarang tak takut dosa....huhuhu
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

15 January 2012

Siapa Budak Comel tue?


Budak comel yang pandai berlakon tue adalah  Balqis Azizi.Kadang-kadang  Aku layan jugak drama Melayu tapi tengok jalan cerita dan pelakonnya hihihi...korang cam aku jugak ke? setiap minggu kadang-kadang aku terlepas jugak  tengok Cerekarama kat tv3.Tapi  2 Minggu lepas korang tengok tak  cerita "Aduh sayang"  lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak romantik betul  Tiz Zaqyah gan Remy Ishak jeles aku....Cerita tue  menarik dan mengiburkan tapi aku bukan nak cerita pasal dua orang artis hot ni, aku nak kongsikan tentang watak Fateha masa kecil yang di lakonkan oleh adik Balqis Azizi. Dan semalam sekali lagi  Baqis Azizi  berjaya membawa   watak Mimi dalam cerita Mr. Labuci.Aku terlepas tengok cerita nie....keluar makan dengan famili kecik aku...huhuhu...


Mimi dalam Mr. Labuci
Tengok muka Balqis dalam  Mr. Labuci sebagai mimi



Balqis azizi aduh sayang, fateha
Kat atas Tiz Zaqyah Dengan Remy Ishak Bergambar Dalam Cerekarama Aduh Sayang  Balqis azizi, fateha ( duduk di pangku Tiz Zaqyah) Ada sesiapa tengok tak cerita nie...


berlakon sebagai Fatehah dalam Aduh Sayang
Balqis Azizi berlakon sebagai Fatehah dalam Aduh Sayang selamba jer...

Mengada-ngada nak mainan
Mengada-ngada nak mainan

gaya comel dengan Tiz Zaqyah
Mesra betul Balqis Azizi gaya comel dengan Tiz Zaqyah dalam cerita Aduh Sayang....Tiz Zaqyah nie....wajahnya keibuan sikitkan...Siapa sokong....hihihi
Berlakon sakit perut tak nak balik kampung
Buat-buat sakit perut...taknak balik kampung jumpa nenek gan datuk...
bergayut kat kaki
Ni paling aku suka tengok....Balqis Azizi berlakon dalam cerita Aduh Sayang  boleh plak paut kat kaki Tiz Zaqyah...


Balqis Azizi nie pandai berlakon....nampak cam cerdik jer... dia berlakon bukan buat-buat....dan ada  masa depan yang cerah sebab lakonannya lebih kurang cam Mia Sara. Pendapat aku  Mia lagi comel  sesuai jadi model berbanding pelakon hihihi..... Suka-suka jer......Korang rasa...Smile Be Happy..
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Neelofa Tiada Hubungan Dengan Hans Isaac

korang ada baca tak pasal isu neelofa gan Hans Isaac?...mesti korang tahukan....Neelofa niekan cantik dan juga seksi...mesti ramai jejaka yang ingin mendekatinya....Termasuklah pelakon kacak  Hans Isaac....Hans Isaac tak dapat jugak tawan Neelofa walaupun dah berkawan rapat....Yalahkan...mesti kawan dulu baru bercinta betul tak?ingin mengenali hati budi masing-masing...Tup-tup keluar gosip baru "Neelofa tiada hubungan dengan Hans Isaac"...susah jugak nak tackle neelofa nie ya.... Takpun Neelofa nie...jinak-jinak merpati,makin jinak makin susah untuk dekati  hihihi betul ke...peribahasa aku tue....Kat bawah Neelofa menjelaskan tentang hubungannya dengan Hans Isaac...
 

PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa mengesahkan tidak menjalin hubungan istimewa dengan aktor dan penerbit Hans Isaac seperti yang didakwa oleh banyak pihak sebelum ini.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata keakraban di antara mereka yang sering dilihat bersama di depan khalayak hanya berlandaskan hubungan sesama rakan artis tanpa membabitkan soal hati dan perasaan.

“Saya tidak nafikan kami memang rapat dan kerap berjumpa dan keluar bersama tapi ia hanya hubungan biasa. Saya tidak pasti mengenai reaksi dan pemahaman Hans tentang keakraban kami.

“Sebagai wanita, saya akui selesa dengannya. Bagi pihak saya, tiada apa yang serius pada waktu ini, apatah lagi yang membabitkan soal hati dan perasaan,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.
Neelofa yang menolak dakwaan bahawa gosip tersebut hanyalah gimik publisiti filem terbarunya Lemak Kampung Santan, berkata walaupun mereka serasi berkawan, dia enggan mengulas lanjut sama ada hubungan itu akan bertukar menjadi lebih serius atau sebaliknya.

“Saya senang berkawan dengannya tetapi itu tidak bermakna ia akan menjadi hubungan yang lebih serius kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.
“Saya berharap masyarakat akan faham dengan penjelasan ini sebagaimana Hans memahami keputusan saya,” katanya.

Terbaru, Neelofa bakal bersaing dengan aktres Izara Aisyah, Nur Fathia Latiff, Tasha Shilla dan penyanyi Najwa Latif dalam senarai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian ke-25 (ABPBH25) pada 8 April depan.


P/S:Neelofa nie...dahlah cantik...pandai pulak design Kasut tumit tinggi tau...Sesiapa nak kasut tumit tinggi untuk kawin boleh tempah gan Neelofa nie....tapi mahal la....hihihi
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

14 January 2012

Segmen Sign Picture By Cik Kira


Hai! Selamat petang....tak ada idea nak tulis apa....aku join segmen....mesti korang komen kat blog aku..."cik rose nie rajin join segmen...betul tak??...hihihi tak kisah la..korang nak komen apa...janji komen ya dok....Kalau korang rajin cam aku..jemput2 lah join hihihi


Kalau korang rasa teringin nak join klik banner di bawah...







Segmen ini kenan letak gambar korang yang original tau hihihi terpaksalah aku letak gambar aku yang paling hensem.....Pastikan gambar anda ada nama Cik Kira okey...


Aku nak tag
Intan,Pu



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Wow!!! Rozita Che Wan Meletop kau....

Wah!!...cik ta...mengancam habis....nampak pehanya yang putih tue....Cik ta nie dah macam anak darakan....dengan gaya meletop tue....hihihi Jom! kita baca...apa kata Abang Nara Kita...

 Pelakon ini kelihatan semakin melaram sejak kebelakangan ini. Orang kata hati kena muda sentiasa gittteeww. Menurut Mangga Online, Rozita Che Wan telah tampil dengan apa yang kami panggil ‘gaya remaja’ di majlis ulangtahun kelahiran seorang pelakon bernama Ryzal Jaafar di sebuah kelab baru-baru ini. Sekali pandang tak ubah seperti pakaian anggota kumpulan wanita K-pop.


Sebenarnya riak wajah Cik Ta hampir sama saja di kebanyakan gambar. Masa dia mengacara pun riak wajahnya begitu juga. Mungkin atas sebab itu beliau sering tampil dengan gaya berbeza di kebanyakan acara kot? Tapi tak nampak pula kelibat Zain Saidin di majlis ini, mungkin ada tapi tiada di gambar atau mungkin dia sedang sibuk. Apa-apa pun gaun remaja Cik Ta memang cantik, kan? Kan? Kan?

P/S:Sekali pandang cam penyanyi k-pop yang budak remaja minat sekarang....kadang2 aku pun tengok jugak video klip k-pop nie....memang seksi dan menghairahkan tau hihihi....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

13 January 2012

Ayu Raudhah Sokong suami

korang mesti dah tahu perang twitter di antara artis wanita  gan pemain bola sepak tuekan....Aku suka gan Ayu Raudhah...tetap sokong  suaminya...hihihi kalau aku pun sokong suami aku....Walaupun isu yang di tulis tue menyentap hati....betul tak...? Jom baca apa kata Ayu raudhah nie.....


Ayu Raudhah: Rita Tak Puas Hati Dengan Saya
 
“Saya tak nak komen apa-apa. Mereka memang dah ada masalah sebelum saya masuk dalam keluarga itu lagi,” ujar Ayu saat diajukan mengenai perang Twitter antara Rita dan suaminya itu.
“Saya tahu tentang Twitter itu, tapi saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya, sepatutnya perkara itu tak patut berlaku. Saya rasa lebih afdal jika hubungi mereka berdua saja kerana saya tak nak terlibat dengan hal ini.”
Apabila ditanya sama ada Ayu tahu apakah punca perbalahan mereka di Twitter petang semalam, Ayu memberitahu, “Saya rasa benda ini terjadi sebab Rita tak puas hati dengan jawapan saya di sebuah program hiburan. Wartawan tersebut tanya macam mana hubungan saya dengan Rita. Dari situ kononnya Rita anggap saya dah tak ada cerita lain kot sebab nak bercerita pasal dia. Saya hanya menjawab apa yang ditanyakan oleh wartawan tersebut saja.”
Menyentuh mengenai isu kononnya suaminya itu pernah menjalin hubungan dengan perempuan lain sehingga meminta perempuan tersebut menggugurkan kandungan, Ayu memberitahu, “Saya tak tahulah apa lagi yang akan keluar selepas ini.
“Saya tak tahu nak cakap apa sebab apapun, sudah tentu saya sebagai isteri akan berpihak pada suami saya. Mengenai isu itu, apa yang terjadi adalah dia pada waktu dulu, jadi saya tak kisah sebab saya kenal dia sekarang,” ujarnya sambil mengharap isu ini tidak dipanjang-panjangkan lagi.

artikel via gua.com.my

P/S: Aku Sebenarnya tak suka  cara Rita nie kalau ya pun bergaduh,jangan lepaskan perasaan dalam twitter begitu jugak gan suami Ayu Raudhah.....(OooopSSS! terlebih sudah ) Siapa sokong gan aku hihihi
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"Jom Blogwalking By Ieyza Afieyna"


tag

Fieda,intan,Linda

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Anak My sepupu Comel

Aku nak share gan korang anak sepupu aku....Sajer jer...Baby nie sebaya syifa cuma bulan jer lain tahun sama....kiranya tua syifa 6 bulan kot.....
 Gambar kat atas nie Syifa...masa nie umur 2 bulan lebih.....tengok pipinya....hihihi kat bawah gambar anak sepupu aku tembam jugak....

Nama: ALMA MARISSA BT MOHD NAZRI

D.O.B: 22 OCTOBER 2011

TEMPAT LAHIR: HTAR

WEIGHT: 3.25KG
TIME:7.25 AM




hihi aku suka tang lesung pipitnya....syifa ada jugak lesung pipit tapi tak nampak sangat....Marissa nie lesung pipitnya dalam....

Kalau korang nak lebih detail tahu terjah blog sepupu aku   klik Sini

P/S:kalau tengok baby mesti nak baby lagikan....baby nie baunya best....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

12 January 2012

Apek Sambut Birthday Dengan Kekasih

Wah!! bestnya ada kekasih buat surprise party....korang hado....hihihi aku gan cik hubby aku... tak pernah buat surprise birthday pun....dari bercinta hingga sekarang dah anak 3 tak pernah buat birthday surprise.... Wish dengan beri hadiah adalah.....aku pun tak pernah buat surprise party untuk dia....Untung kau apek...ada orang buat birthday party surprise hihihi
 Video Kejutan hari lahir untuk penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang ke-23. Romantik sungguh Apek dan Dahlia menyuapkan kek ke mulut masing-masing. Surprise Birthday Party ini telah diadakan oleh Dahlia dan rakan-rakan rapat Apek.  Selamat Hari Lahir Apek......


Romantiknya Dahlia & Apek 

Dahlia & Apek di Surprise Birthday Party   
Kredit Dari SINI

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ