20 December 2011

Doa Cinta

Author : Cik Rose Cute | 3:06 PM | 14Total Comments |
Ya Allah... 
Saat aku menyukai seseorang, ingatkanlah aku akan ada akhir antara kami agar aku tetap bersamaMu Yang Tidak Pernah Berakhir...

Ya Allah, 
jika aku mencintai seseorang, temukanlah aku dgn orang yg mencintaiMU lebih dari dia mencintai aku agar bertambah kekuatan cintaku pada diriMU..

Ya Allah, 
ketika aku sdg jatuh cinta pada seseorang, jagalah cinta itu agar ia tidak melebihi cintaku padaMU Yang Satu.. 

Dan sesungguhnya Ya Allah, 
ketika aku mengucapkan lafaz "aku cinta padamu", biarlah ku lafazkan itu pada insan yg hatinya tertaut padaMU agar diriku tidak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU... 

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Tahu apa yg terbaik buat dunia dan akhiratku.. Aminn..



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

15 December 2011

Segmen : Jom Join Bloglist Atiey 2011/2012

Author : Cik Rose Cute | 8:28 PM | 9Total Comments |


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Help! Me Help! Me...Eror benda nie?? -bX-l4u1mh-

Author : Cik Rose Cute | 5:28 PM | 10Total Comments |
Aduh!! kenapa dekat page Element keluar gambar camni erk?...Ada sesiapa tahu....nie Cik blogger buat hal....Tolong....Boleh gi tahu...Aku dok fahang setarang benda nie...dari semalam lagi....


Korang nampak tak kat atas tue.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Betul ke Fasha Sanda Nak kawin!!!

Author : Cik Rose Cute | 3:57 PM | 10Total Comments |
Betul ke  Fasha Sandha nak kawin nie.....Aku rasa dah banyak kali gosip Fasha Sandha gan jejai nie....merancang nak kawin....tup-tup tak jadi....Baru jer hari tue gosip Fasha Sandha gan Botak hehehe.....Gosip dunia macam-macamkan....Artis biasalah...kalau tak ada gosip tak glamour la pulak ya dok...
Pasangan yang dah berapa kali plan nak kawin nie....Tapi tak jadi-jadi jugak....Kita tunggu tahun depan...Semoga jodoh diaorang sampai....Tak sabar nak tengok Fasha Sanda kawin.Hari tue Fasha Sandha ada cakap...Ibunya tak  bagi dia kawin gan jejai.....Korang bacalah kat bawah nie...


Bagai tidak sah jika satu tahun berlalu tanpa ada khabar angin mengatakan aktress sensasi Malaysia, Fasha Sandha bakal menamatkan zaman bujang.

Fasha Sandha yang semakin hari semakin mengecap populariti menerusi barisan drama bersiri dan yang baru habis tayangan, Cinta Elysa akan muncul dengan Dari Kerna Mata tidak lama lagi.
Awal hari ini, kami menerima satu kiriman gambar dari seorang kenalan yang rapat dengan Fasha Sandha berserta informasi yang di’dakwa sebagai sahih.

Bukan gambar di’sebelah ini, tetapi gambar Fasha Sandha yang di’katakan sedang mencuba persalinan pengantin beliau selepas ini. Mungkinkah ini salah satu gaun pengantin yang bakal di’kenakan Fasha Sandha nanti?

Sumber kami yang kini sedang terlibat secara langsung dengan persiapan perkahwinan Fasha Sandha berkata aktress ini sedang bahagia untuk bergelar isteri kepada Rizal Ashram (Jejai) tahun hadapan.

Perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabarkan bakal berlangsung sekitar tarikh jatuh’nya ulangtahun kelahiran si gadis iaitu 28 Mac 2012 — tetapi ia’nya jatuh pada hari Rabu.

Mungkin di’bawa ke hujung minggu seperti mana majlis perkahwinan biasa yang lain. Common sense. Jika benar seperti di’dakwa oleh sumber kami, tahniah terlebih awal buat Fasha Sandha & Rizal Ashram.
P/S: Birthday Fasha Sandha bulan mac jugak..Sama ler gan birthday aku hehehe...Sempena Birthday aku nanti nak anjurkan Contest la.... Ada ke orang nak join??? Akukan tak sepopular Lyssa Fauzureen....hehehe


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

14 December 2011

Toyol!!!

Author : Cik Rose Cute | 2:29 PM | 17Total Comments |
Ha...aku nak share cerita seram gan korang...dah lama tak tulis cerita seram hehehe..kali nie cerita seram pasal toyol......Toyol niekan suka curi duit....Jom! kita baca kisahnya....

Entah mengapa, lain macam benar perasaannya malam itu.Bukan dia tidak biasa tinggal sendirian di rumah. Lagipun umurnya sudah masuk 25 tahun, tidak perlu bimbang kalau tinggal seorang diri di rumah....

"kata ibu, nenek moyang aku dulu ada membela saka.Hish!!, kenapa aku fikir  yang bukan-bukan ni. Astagfirullah...." Asnira cuba menepis pemikirannya yang negatif.

Belum pun sempat dia meletakkan novel yang di baca di atas meja, kedengaran jelas bunyi tapak kaki    orang berjalan dari bilik yang sengaja di biarkan kosong oleh ahli keluarganya itu.Bilik itu dekat dengan ruang tamu rumahnya.

"Siapa pulak yang berjalan-jalan dalam rumah aku ni," keluh Asnira dalam hati.Tidak lama kemudian, dia memberanikan diri berjalan  kearah bilik itu.Dari lubang kecil dia mengintai melihat keadaan bilik kosong itu.

"Siapa pula yang buka lampu bilik ini?" Seingat aku cuma ruang tamu rumah sahaja yang terpasang lampunya,' bisik  hati Asnira.Jantungnya semakin berdegup kencang.Bagai tuda percaya dengan apa yang dilihatnya.Seekor makhluk kecil sedang bermain-main kacang hijau di antara katil dan almari yang ada di dalam bilik berkenaan.Terasa lututnya lemah dan mindanya melayang-layang ke udara.Asnira cuba gagahkan diri untuk berundur menjauhi bilik kosong itu.Malangnya kakinya semakin lemah longlai.Mulutnya tak henti-henti membaca setiap doa ringkas yang diketahuinya.Malangnya setiap surah2 yang di baca tidak dapat di habiskannya.

Kelihatan makhluk itu begitu tekun bermain biji kekacang tanpa menyedari asnira memerhatikan setiap pergerakannya.

"Ya Allah , makhluk apakah itu? kenapa ada di rumah aku? Kata-kata Asnira sebaik sahaja berjaya keluar dari rumahnya.Dia terlalu takut sehingga terlupa yang dirinya telah berjalan kaki ke rumah jirannya tanpa memakai selipar.

"Kak piah....buka pintu kak piah," laung Asnira lemah. "Kenapa dengan kau nie As,macam ternampak hantu saja?" tanya kak piah pelik sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.Asnira mengangguk berkali-kali.

"Memang saya nampak hantu kat rumah saya kak.Dia main biji kekacang.Dari mana datang biji kacang itu pun saya tak tahu.Kak panggil abang Seman kak, diakan tahu sikit ilmu menangkap hantu polong ni.." Rayu Asnira sambil mengesat airmata dek ketakutan yang teramat.

"Ada orang nak aniaya keluarga kamu ni As.Mak ayah kamu ada simpan duit dalam rumah ke?"tanya abang seman inginkan kepastian.

"Kalau tak silap saya dua hari sudah, ibu ada ke bank.Dia kata nak keluarkan duit.Nak bayar duit  tanah yang baru dia cadang hendak beli dari Pak Kadir," Asnira cuba mengingat kejadian sebelum nie.

"Ada orang nak curi duit ibu kamu.Tapi dengan cara halus.Dia hantar makhluk suruhannya.Yang kamu nampak tadi itu adalah toyol.Abang dah masukkan dia dalam botol ini. Abang akan buangnya kelaut nanti," Kata Abang Seman sambil menunjukkan botol lutsinar yang kosong.

P/S: Sebenarnya Ibu Asnira telah meletakkan biji kekacang hijau dekat tempat simpanan duit tersebut.Sebabnya makhluk itu akan terleka  kalau dah jumpa biji kekacang hijau... Aku ingat lagi kata orang tua-tua...kalau taknak toyol curi duit kita..letak biji kekacang hijau ....Betul ke tidak aku pun tak tahu....Tapi menerut firasat aku...betul kot......~Smile Be Happy~ Panjang pulak ya....hehehe...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ