Plan Nak Ke Banting

Author : Cik Rose Cute | 11:31 AM | 13Total Comments |
hari nie....rasanya nak berjalan ke banting.....Nak carik baju sekolah si kakak...Kat pekan banting murah sikit...kalau beli kain.....Korang hari nie ke mana?...atau duk umah jer....Berangan jugak nak berjalan ke Ikea...Cik hubby pulak tak tahu Ikea tue kat mana.....Tue yang cik hubby malas nak bawak aku tue......(muka merajuk nie..hehehe)  pernah tak korang sampai pekan banting hehehe.....
 Nak beli baju sekolah si kakak nie...tahun depan 6 tahun kau....Baju taska nya warna pink...baju yang lama tue ada...kainnya tak cantik..bila gosok berbulu....


nie gambar syifa...kat mcd banting....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

segmen up follower dengan sepantas kilat

Author : Cik Rose Cute | 5:58 PM | 14Total Comments |

klik banner utk join
 
 ' BELOM COBA, BELOM TAW ! '
 
hehehe...Jom! Join ramai-ramai...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Isu Blog "Budak Gigit Rabbit" Panas!!!

Author : Cik Rose Cute | 10:51 AM | 16Total Comments |
ada jugak blogger yang menipu ya.....hish! tak suka aku.....Ada seseorang tue buat blog pakai nama orang lhorh....Kesian budak tue....sia2 kena maki kau-kau punya.....Kalau korang tak caya baca kat bawah nie....



Itu komen saya setelah membaca blog Budak Gigi Rabbit. Mana tidaknya, SATU entri sahaja mengundang lebih 1700 komen, majoriti dicatatkan oleh remaja.

Saya difahamkan, individu tidak bertanggungjawab telah menciptakan, created, blog itu menggunakan gambar dan nama gadis berusia 14 tahun, berasal dari Johor, Amira Afiqah.


Entri terbabit mengutuk penyanyi k-pop (Korean pop), Yo Seob. Terus terang, saya tidak berminat menonton filem terbitan Korea jauh sekali mengenali penyanyi kelahiran Korea menjadi kegilaan sebilangan remaja Malaysia.

Mengikut logik akal, JIKA Amira pemilik sebenar blog terbabit, pasti sudah lama dia memadamkan entri pertama dan kedua di dalam blog. Hamburan kutukan, kecaman dan ugutan pembaca bukan kepalang, penuh kebencian. 


Kini saya tahu, selain isu mutu perkhidmatan di sebilangan hospital kerajaan, gay dan lesbian, peminat k-pop juga tidak boleh disentuh.

Barangkali menyedari komen dilontarkan keterlaluan, sebilangan komen dipadamkan tetapi blogger, juga wartawan, Hazrey LEBIH awal telah membuat salinan berhubung komen dicatatkan sebilangan pembaca.

Great job bro!


Laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Johor Bahru, Johor, baca entri ditulis oleh Hazrey di sini.

Setelah meneliti blog terbabit, beberapa fakta mampu disingkap. 

Blog diciptakan pada Isnin, 5 Disember dan entri pertama dipaparkan pada jam 5.01 petang.

Komen pertama diterbitkan pada jam 5.11 petang. Hebat! Hanya dalam tempoh kira-kira 10 minit selepas entri PERTAMA blog dipaparkan, sudah ada pembaca menghantarkan respon kepada pemilik blog mengutuk k-pop itu.


Komen pertama itu dilontarkan oleh blogger aiman fanboy k-pop.

Blogger berusia 18 tahun berasal dari Terengganu itu didapati banyak menulis dan memuatkan bahan berhubung k-pop di blognya.

'Jin siber' saya memaklumkan sebahagian butiran diri dia, sebahagian lagi tidak saya dedahkan.

Saya sama sekali tidak mendakwa dia sebagai pemilik blog Budak gigi rabbit, cuma saya berasa agak hairan, bagaimanakah dia mampu memperolehi alamat blog baru diciptakan dalam tempoh 10 minit sekaligus mencatatkan komen dan kemudian diterbitkan? Amat saya hargai jika dia sudi menghubungi saya dan berkongsi maklumat itu.

Kepada pelayar blog terbabit, peringatan saya mudah. Kita boleh diheret ke mahkamah jika didapati melontarkan komen bersabit 'ugutan jenayah' mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Ugutan jenayah, kenyataan berbentuk ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda.

'Aku toreh muka engkau dengan pisau', satu contoh jelas ancaman terhadap tubuh badan.

Terbaru, blogger menggunakan nickname Pocoyolala didapati cuba memohon maaf di atas komen dilontarkannya sebelum ini dan memanggil Hazrey sebagai 'Pak cik'.

Sesungguhnya sahabat saya itu sudah tua di mata mereka, tidak seperti Yo Seob.


Barangkali sebilangan pembaca akan berkata "maafkan sahaja pemilik dan pelontar komen blog itu".

Jika mereka dibiarkan begitu sahaja, di manakah keadilan untuk Amira? Sia-sia tangisan, kesedihan dan tekanan ditempuhi dan ditanggung oleh pelajar tingkatan 2 itu?

Setakat ini saya difahamkan oleh PAK CIK Hazrey, polis akan meneruskan siasatan dan laporan dikemukakan semalam tidak akan ditarik balik.

InsyaAllah, dengan kesungguhan pihak berkuasa pasti mampu mencari identiti sebenar pemilik dan penulis blog berjaya menghura-harakan keadaaan dan mencetuskan tekanan terhadap Amira.

Kesiankan budak yg bernama Amira tue....Siapalah orang yang buat perkara cam gini....dalam  10 minit jer....blog tue di serang....nie kes nak kenakan budak Amira ke......Blog orang glamer pun tak banyak cam gitukan.....

P/S: Isu nie aku ambik kat Blog Abang MAZIDUL


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Nak Tulis Tak Fikir Dulu...

Author : Cik Rose Cute | 4:22 PM | 19Total Comments |
Aku tak sukalah...orang duk kutuk2 pemain bola sepak negara....Sebelum tulis tue...cermin diri sendiri dulu....Baru boleh kutuk orang lain okey.....Jom! kita baca kat bawah nie...Apa yang Blogger hensem nie tulis hehehe....


Nazmi? Fenomena TsuNazmi? Gila ke apa?

kesian budak cute nie....




Akhir-akhir ini, negara telah dilanda semacam fenomena yang dipanggil TsuNazmi. Walaupun aku rasa sebenarnya takdelah gelombang mana pun. Biasa je. Apalagi kalau bukan gelombang yang dicetuskan manusia bernama Nazmi Faiz Mansur.

Umur baru 17 tahun tapi dah tunjuk belang kat abang-abang senior dia. Kalau kat asrama mahu kena orientate dengan senior sebab melebih-lebih.

Gol ke-7 tercantik dunia? Apa gila si analisis bola tu? Tak masuk website FIFA pun? Cuma masuk website bangang yang banyak sebar berita bangang.

Kemudian dia nak dibeli skuad ATM dengan bayaran gaji RM20,000 sebulan. ATM ni pun satu, punyalah budak lagi. Takkan nak diletakkan training ganas-ganas? Buat rugi je beli budak ni.

Tapi budak ni pun satu bangang. RM20,000 sebulan. Siapa nak bagi? Dahlah SPM tak ambik lagi. Orang lain degree hempas-pulas, takdenya dapat gaji macam tu sebulan. Bangang. Lepas tu sombong pulak cakap nak tunggu tawaran luar negara. Nak tunggu sapa beli? Barcelona? Baik mimpi jelah.

Yang menambah pelik, bila ada orang samakan si Nazmi ni macam Kaka. Janganlah jadi bangang wahai orang Malaysia. Park Ji Sung dah main berapa lama kat Eropah pun takde siapa kata dia macam Kaka. Ni kan lagi orang Malaysia yang tak tahu main bola. Main telur powerlah.

Sekarang semua orang, lebih-lebih lagi perempuan sibuk letak profil picture gambar budak tak mummayiz ni. Heh. Dasar perempuan. Bukan reti tengok bola. Tapi tahu nya tengok telur si pemain bola. Apesal tak letak gambar Tami Arasu?

Pada aku, Nazmi tak power mana. Sama bangang dengan player Malaysia yang lain. Cuma budak ni level bangangnya tak sama dengan Fakri. Lagi satu pada aku, budak ni satu lagi produk yang bakal gagal bila dah jumpa perempuan. Sama macam Zaquan, Zafuan, dan yang terbaru, si abang muka Jepun Kerol Fami.

Tak percaya? Tengoklah nanti kalau ada artis seksi maut nak ajak kapel. Ptuih!!!....
P/S: hehehe semua pasukan bolasepak kena tempias....Hang ingat senang ke nak kejar bola....gugur semua bulu2 kat badan.....Penat Whoa!!!...Cakap boleh la....Try lu pulak main bola kat padang....Kite semua nak tengok...dapat ke tak sumbat bola...hehehe....Kalau korang nak baca Klik SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aksi Syifa Tengok Tv

Author : Cik Rose Cute | 2:14 PM | 2Total Comments |
hari nie aku nak kongsi gan korang aksi syifa bila tengok tv....Syifa nie memang suka tengok tv....kalau tak caya tengok gambar  kat bawah...aku sajer ambik....waktu nie memang kusyuk betul si syifa nie...

 ha...kan...kusyuk betul dia layan cerita kartun kat Astro  "Baby Tv"....Siaran tue...memang siaran kegemaran dia....Aku kalau nak masak...bukak jer siaran tue....dia mesti diam depan Tv hehehehe.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Adik Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Meninggal Dunia

Author : Cik Rose Cute | 8:54 PM | 5Total Comments |
Isu Kontravesi Panas tak habis lagi....Sekarang berita kesedihan adik Apek meninggal dunia.....Sabar ya Dik....Mungkin Allah ingin mengujimu....
We're Allah's and to Him we return. Takziah buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kerana kehilangan adik lelaki yang baru sahaja meninggal dunia pada pagi tadi.




Adik lelaki Khairul Fahmi atau Apex Mohd Amirul Izzat bin Che Mat,16, menghembuskan nafas yang terakhir 11.30 pagi tadi kerana denggi dan demam panas.





KFCM sama-sama mengiringi Allahyarham sebagai tanda penghormatan.


Kepada Khairul Fahmi Che Mat dan sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT. Sesungguhnya kematian itu satu proses yang akan dihadapi oleh semua insan yang bergelar manusia. Bersabar atas ujian ini


buat Allahyarham adik Mohd Amirul Izzat,semoga rohmu tenang di sana dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.Amin.


notakakipakcekbiola : Al-Fatihah.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Penjaga Gol Skuad Negara Ingin Bersara Awal

Author : Cik Rose Cute | 11:17 AM | 11Total Comments |
Aku sedih bila baca satu berita pasal adikku nie Khairul Fahmi Che Mat......nak berenti awal Menjadi penjaga gol skuad Negara.......Mungkinkah  kerana kontravesi yang melanda dirinya.....baru2 nie... gosip  tentang  dia  dengan si Shida Harmi
 Dikatakan gambar mereka berdua telah tersebar meluas di ruang maya 
Kesiankan hmm.....Akak harap kau banyak-banyak  bersabar dik........
Biasalah kan bila dah jadik terkenal kita buat apa pun...... mula lah 
Jadi perhatian satu Malaysia.....



Malaysia akan betul2 akan merasa kehilangan permata buat negara yg sangat berharga.
Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.
Semua ini adalah angkara kontroversi melampau yg tak sudah2 melanda diri
Khairul fahmi Che Mat niekan.....sedih pulak aku tengok gambar kat bawah....nie....



Sumber Dari Oh Bulan...
Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya. Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.
Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.
Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.
“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.
“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.
Dia yang ditemui di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 turut menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan satu jaringan penalti ketika bertemu Indonesia di Sukan Sea Indonesia dan memberikan pingat emas buat kali kedua berturut-turut untuk Malaysia.
Untuk pengetahuan, Khairul Fahmi Che Mat juga berjaya merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kedua selepas membantu Kelantan memenangi Liga Super pada musim lepas.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ular Sawa Terbesar

Author : Cik Rose Cute | 8:17 PM | 10Total Comments |

Ini adalah gambar yang benar-benar mengejutkan iaitu seekor ular sawa dikatakan jenis boa telah ditemui di Wilayah Jiangxi bagi membesarkan jalan ke Guping City.

Ular ini dikatakan telah terkena hujung jentolak semasa membuat penggalian dalam kerja-kerja tersebut.


Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah pemandu jentolahktersebut telah mengalami trauma yang agak teruk dan membawa kepada serangan sakit jantung dan tidak berapa lama kemudian telah meninggal dunia.

Ular sawa yang mati itu dikatakan bersaiz 55 kaki panjang seberat 300kg dan dianggar berusia 140 tahun.

(dipetik daripada The Peoples Daily, China)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pelakon Geofrey Perrin Wiliams Memeluk Islam

Author : Cik Rose Cute | 2:46 PM | 5Total Comments |

Alhamdulillah.....terbukak jugak pelakon Australia nie memeluk Islam.....Korang perasan tak?pemuda  nie selalu berlakon tau....pandai jugak cakap melayu...mesti korang perasan kan......Kalau nak tahu cerita...baca di bawah okey..

Baca seterusnya di sini:


Rayyan melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang pada minggu lalu.

PETALING JAYA: Pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams atau nama Islamnya Jufri Rayyan Williams, 27, berasa lebih bertanggungjawab selepas memeluk Islam pada bulan lepas. Dia pernah muncul dalam beberapa buah drama tempatan seperti Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.

Menurut pelakon yang selesa menggunakan nama Islamnya, Rayyan, tanggungjawabnya lebih besar memandangkan banyak perkara yang perlu diambil berat agar semua perkara yang dilakukan diterima oleh Allah.

“Saya sudah buka pintu yang tak pernah buka sebelum ini. Sebaik saya melangkah sekaki ke depan, saya rasa seperti sudah masuk ke dunia baru.


“Saya bersyukur kerana mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan merasa tenang walaupun tanggungjawab saya menjadi lebih besar selepas ini. Saya bimbang jika ada yang akan gelakkan saya kerana saya masih kekok untuk membaca al-Quran melainkan hanya tahu mengucap dua kalimah syahadan dan membaca Al-Fatihah,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun dia tidak malu untuk mendapat tunjuk ajar daripada abangnya, Nordin Abdullah yang telah lama memeluk Islam pada tahun 1992 dan bapa kepada kekasihnya, pramugari Air Asia X, Juiza.

“Saya masih belajar untuk solat melalui abang dan ayah kekasih saya. Selain itu, saya ada merujuk buku-buku agama seperti buku panduan solat untuk mualaf yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Saya memeluk Islam kerana banyak sebab. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia.

“Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam".

Rayyan melafaz dua khalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang seminggu sebelum mendaftar dan sekali lagi melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Jawi pada 30 November lalu.

(Sumber: mStar)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Shuib Sepah Dah Jadik Bapa...

Author : Cik Rose Cute | 12:53 PM | 5Total Comments |
Tahniah!!! aku ucapkan untuk pasangan ini....sudah menjadi seorang ibu dan ayah.....kerana Siti Sarah selamat  melahirkan  baby pertama mereka.....
 


Tiada gossip yang melampau sensasi sifatnya dan dunia hiburan menerima kehadiran orang baru menerusi pasangan Siti Sarah & Shuib Sepahtu.
Kurang 60 minit yang lalu, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak pertama pasangan ini di’sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Shuib Sepahtu atau nama sebenar Shahmira Mohamed & Siti Sarah Raisuddin berkahwin sekitar Februari 2011 yang lalu dan mengumumkan kandungan hampir dua bulan sekitar April 2011.
Tahniah buat pasangan Siti Sarah & Shuib Sepahtu dan anda boleh saksikan gambar pertama bayi lelaki yang masih belum bernama selepas ini.




P/S: Semoga kedatangan baby baru akan berkekalan hingga ke akhir hayat......untuk Siti sarah gan Shuib.....Jangan jadik cam seorang artis tue...dapat seorang anak..kucar-kacir rumah tangga....Anak menjadi mangsa kesiankan....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ