DASHBOARD HOME INSTAGRAM ALL DESIGN TUTOBIES TEMPAHAN FACEBOOK TWITTER

Friday, November 25

Piring Astro

Selamat Tengah Hari Blogger Cute....Korang ada baca tak kisah piring Astro nie....aku terkejut jugak pasal piring astro nie...mengadap Kaabah @ Kiblat....Kebetulan kat umah aku mengadap ke sana jugak....Tapi umah jiran sebelah nie tak ada mengadap ke sana.....Tapi yang penting Kaabah  memang kiblat kita....Kaabah jugak adalah segala pusat di atas muka bumi ini.....Itulah kebesaran Allah....Jom! kita baca segmen di bawah nie...untuk renungan bersama okey.....dan jugak jangan mudah terpedaya....Pasal isu piring Astro nie...Ada seorang hamba Allah mengkaji betul ke tidak "semua piring Astro mengadap kiblat" Jom! layan....(aku pun hampir2 tertipu huhuhu)


Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain. Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya.... cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/ ...Wallahu a'lam......
 
P/S:Azahari Shafei  kalau nak tahu lebih detail email blogger nie okey....    azazrie@hotmail.com

Sepatutnya Anuar Zain Menang Tau!!!

Selamat Pagi blogger.....Isu Lagu Terbaik Aim 18 pasal Yuna dah kena tarik balik anugerah tue masih panas lagikan......Pendapat aku memang patut lagu terbaik tue Anuar Zain yang dapat tau...aku taklah minat Anuar Zain....Tapi lagu  sedetik tue memang lagu  bestkan......Aku tak pernah dengar lagu Yuna 'Penakut' tue...macammana lagu penakut tue pun aku tak tahu......Tapi aku kesian jugak dekat yuna.....malulah dia....tapi tak mengapa mungkin bukan rezeki Yuna.....Pelik betul dengan Juri salah kira markah..Logik Tak??.....kat bawah nie pasal penukaran Trofi tersebut....

Penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain berharap pengumuman kemenangannya melalui lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim tidak menimbulkan sebarang pertikaian selepas anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) pada awalnya diserahkan kepada lagu Penakut ciptaan Yunalis Zarai atau Yuna.

Kata Anuar, dia tidak mahu dengan pembetulan ini akan menimbulkan fikiran negatif terhadapnya atas kemenangan Yuna pada malam AIM 18 pada 12 November lalu.

"Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut.

"Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu 'Penakut' sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka," katanya pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.


AIM 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pada malam tersebut, lagu Sedetik Lebih telah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki).

Kata Anuar, dia menganggap perkara tersebut sebagai kesilapan besar yang sememangnya boleh menjejaskan kredibiliti seseorang artis yang tidak bersalah.

"Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut.

"Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja," katanya lagi.


Bagaimanapun, katanya dia menerima penghargaan tersebut dengan berfikiran positif agar dapat membantu industri seni pada masa akan datang.

"Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif.

"Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan," katanya.



Berita Sebelum Ini : KEMENANGAN LAGU TERBAIK PENAKUT NYANYIAN YUNA DITARIK BALIK

kredit pic rotikaya.com

P/S: Kat sini....Aku respect gan Yuna.....Dia memang artis yang profesional tau....Aku rasa kalau artis lain....mau ajak naik mahkamah takpun....mengutuk dalam Twitter hihihi....Percaya tak ??....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...