26 November 2011

Cutenya Lisa Untung Yusry

Selamat Malam Blogger Cute.....Dah gantuk ke?....hihihi mesti dah gantukkan....hujan2 gini mesti best tidur sejuk......Sekejap lagi aku pun nak beradu.....Sebelum tue...aku nak korang layan gambar Lisa yang cute miut nie.....Mana tahu yang lelaki boleh mimpi Lisa Surihani dalam tidur hihihi....
 







Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aktiviti Malam Tadi

Selamat Tengah Hari Blogger Cute.....Hari nie aku nak share gan korang aktiviti aku gan family kecik aku hihihi....Malam tadi kitaorang gi makan kat Jusco Bukit Tinggi....makan nasi goreng ayam.....Cik hubby akulah belanja.......Kedai first time kitaorang masuk walaupun aku gan cik hubby aku selalu ke situ hihihi.....Cik hubby aku cakap dia nak rasa....kata kawan cik hubby aku....Sedap!!!...Korang ingat Nasi Goreng Ayam yang biasa tu kan.....kat bawah nie ada aku snap photo kitaorang makan.....

 Nie hidangannya....Nasi Gorengnya warna kuning....ayam goreng percik.....ha....bukannya ayam goreng biasa tue tau....Ayamnya memang sedap....Ayam nie ada dua pilihan...nak percik @ black paper so kitaorang pilih percik la....anak2 pun nak makan jugak hihihi kalau black paper tu pedas.....

Yang nie mee sup bebola ayam....mee tue....cam mee spaghetti jer rasanya....aku tak pilih nasi sebab nak diet katakan.....Akhirnya aku tibai jugak nasi.......anak aku yg lelaki tue makan sikit....jer huhuhu....mee sup bebola ayam tue...meenya sikit....kuahnya menimbun kau.....tak jadik diet....bertambah lemak ada...

Nie pinggan anak aku yang sulong...memang kuat makan hihihi tengok dah separuh nasinya.....



Ha...nie pulak pinggan cik hubby aku...laju betul dia makan....aku tak sempat nak makan sibuk melayan si syifa nak makan.....Kalau tak suap mulut dia bising...satu kedai dengar hihihi

Lepas makan kitaorang ronda2 Jusco...kejap Sempena orang bukan Islam nak menyambut Krismas....Jusco ada buat koleksi sempena Krismas....Cantik tempatnya....kitaorang sempat jugak berposing kat situ...layan jer lah...gambar kitaorang yang tak berapa nak jadik nie.....hihihi



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

25 November 2011

Piring Astro

Selamat Tengah Hari Blogger Cute....Korang ada baca tak kisah piring Astro nie....aku terkejut jugak pasal piring astro nie...mengadap Kaabah @ Kiblat....Kebetulan kat umah aku mengadap ke sana jugak....Tapi umah jiran sebelah nie tak ada mengadap ke sana.....Tapi yang penting Kaabah  memang kiblat kita....Kaabah jugak adalah segala pusat di atas muka bumi ini.....Itulah kebesaran Allah....Jom! kita baca segmen di bawah nie...untuk renungan bersama okey.....dan jugak jangan mudah terpedaya....Pasal isu piring Astro nie...Ada seorang hamba Allah mengkaji betul ke tidak "semua piring Astro mengadap kiblat" Jom! layan....(aku pun hampir2 tertipu huhuhu)


Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain. Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya.... cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/ ...Wallahu a'lam......
 
P/S:Azahari Shafei  kalau nak tahu lebih detail email blogger nie okey....    azazrie@hotmail.com

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sepatutnya Anuar Zain Menang Tau!!!

Selamat Pagi blogger.....Isu Lagu Terbaik Aim 18 pasal Yuna dah kena tarik balik anugerah tue masih panas lagikan......Pendapat aku memang patut lagu terbaik tue Anuar Zain yang dapat tau...aku taklah minat Anuar Zain....Tapi lagu  sedetik tue memang lagu  bestkan......Aku tak pernah dengar lagu Yuna 'Penakut' tue...macammana lagu penakut tue pun aku tak tahu......Tapi aku kesian jugak dekat yuna.....malulah dia....tapi tak mengapa mungkin bukan rezeki Yuna.....Pelik betul dengan Juri salah kira markah..Logik Tak??.....kat bawah nie pasal penukaran Trofi tersebut....

Penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain berharap pengumuman kemenangannya melalui lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim tidak menimbulkan sebarang pertikaian selepas anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) pada awalnya diserahkan kepada lagu Penakut ciptaan Yunalis Zarai atau Yuna.

Kata Anuar, dia tidak mahu dengan pembetulan ini akan menimbulkan fikiran negatif terhadapnya atas kemenangan Yuna pada malam AIM 18 pada 12 November lalu.

"Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut.

"Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu 'Penakut' sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka," katanya pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.


AIM 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pada malam tersebut, lagu Sedetik Lebih telah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki).

Kata Anuar, dia menganggap perkara tersebut sebagai kesilapan besar yang sememangnya boleh menjejaskan kredibiliti seseorang artis yang tidak bersalah.

"Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut.

"Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja," katanya lagi.


Bagaimanapun, katanya dia menerima penghargaan tersebut dengan berfikiran positif agar dapat membantu industri seni pada masa akan datang.

"Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif.

"Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan," katanya.



Berita Sebelum Ini : KEMENANGAN LAGU TERBAIK PENAKUT NYANYIAN YUNA DITARIK BALIK

kredit pic rotikaya.com

P/S: Kat sini....Aku respect gan Yuna.....Dia memang artis yang profesional tau....Aku rasa kalau artis lain....mau ajak naik mahkamah takpun....mengutuk dalam Twitter hihihi....Percaya tak ??....

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

24 November 2011

Syifa 9 bulan

Selamat malam blogger cute.....Ha....aku nak kongsi gan korang gambar terbaru syifa...asyik cerita panas jer....Teringin jugak nak share gan korang perkembangan "Nur Faqihah Syifa".....Jom! layan gambar budak pipi tembam nie.....

 Tengok apa tue syifa...
Waktu nie syifa selsema...tengok air hidungnya asyik keluar jer tau....
yang nie....air hidungnya dah di lap hihihi

nie gambar syifa tengah tengok tv...."baby tv" suka sangat tengok kat Astro
nie syifa gan abah....Ibunya tengah melayan si haziq makan.....

Eh! nie awek mana pulak nie....hihihi..nie awek kawan abah....budak ganu jugak.....Maybe tahun depan kawin kot..tak tahu sangat la....first time jumpa ... Walaupun first time jumpa cam dah kenal lama tau....aku niekan  mesra alam hihihi..Sorry ya kepada blogger lelaki ....Awek nie dah berpunyer.....

Ha ha...aku jeles jugak sebab ada  awek tue bergambar gan syifa....last2 aku snap 2 keping gambar aku kat sini.....Okey tak??......Jangan terkezut....

Paling aku suka gambar aku yang nie...mulut ternganga......hahaha......Tapi gambar nie cam blurr sikit.....pakai camera phone murah...cam ginilah....
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Awek Body Tuff!!!

Hai! blogger cute Selamat pagi....Gambar2 nie...aku carik kat Cik Google.....cantik tak....Korang nak tak badan korang super hot cam nie....?? hihihi nie mengalahkan lelaki......Ada tak lelaki nak awek atau isteri dia badan cam gini....Aku tanya kat cik hubby aku...Dia cakap makan tak habis hihihi....Korang layan jer la...pic kat bawah nie.....Ha....kepada blogger lelaki pilih nak yang mana??....Cuci mata di pagi hari.....




















Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

"Segmen: Jom! Singgah"

 Click jer kat picture bwh ni yer..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

SEGMEN: JOM! BLOGWALKING Bersama Eiqa Azra

nak tau lebih lanjut tekan jer kat sini -----> TEKAN SINI <-----

Nak tag kwn2 la... Kwn2.. Jom join..
 
Cik Purple
Fieda

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

23 November 2011

Wah!! cantiknya adik Neolofa

Hai! blogger cute...korang ada baca tak pelakon yang tengah hangat di perkatakan nak belanja skuad harimau di tweetnya.... hihihihi...Siapa lagi kalau bukan Neolofa yang cantik manis nie.....

Wah!! banyak duit lofa nak belanja skuad harimau nie ya.....Kita tunggu dan tengok jer lah....betul ke tidak apa yang di tulis di twitternya...Peminat bola jugak Neolofa nie....


Kat bawah nie gambar Neolofa gan Adiknya...Cun tak adiknya....muka adiknya lagi seksi tau...hihihi


Neelofa Bersama Ibunya cantikkan ibunya....



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Story Panas Apek Sebelum Sukan Sea 2011

Sebelum Sukan sea 2011 macam-macam isu panas tentang Apek.....Kalau korang tak caya korang baca kat bawah nie....

Kami tahu yang ada yang katanya sudah muak dan bosan dengan cerita Khairul Fahmi Che Mat tetapi apa yang perlu dilakukan harus dilakukan. Antara sebab kami suka ruangan komen di BeautifulNara kerana kami dapat banyak maklumat dari komentator jadi kewajipan kami juga ialah cuba untuk menjernihkan keadaan terutamanya fitnah yang melanda Khairul Fahmi Che Mat dan teman wanitanya, Nur Dalia yang dituduh minum arak sewaktu menyambut majlis harijadi Dalia di sebuah restoran makanan Itali di Bukit, Bintang, Kuala Lumpur. Walaupun Apex dan Dalia menafikan mereka minum, ramai yang membuat telahan mereka benar-benar telah minum di majlis itu.

Saya bukan nak mempertahankan sesiapa tetapi pada Apex, dia jadi mangsa keadaan. Mereka berdua pun tak kenal saya sebab saya pergi birthday party Dalia tu sebab teman kawan saya.
Ya, saya memang ada di tempat kejadian semasa birthday Dalia Teck. Memang tak dinafikan itu semua botol arak, adatlah masuk kelab kan. Tapi saya pelik macam mana orang boleh tuduh Apek minum sedangkan apek langsung tak sentuh air tu. Sumpah demi Allah saya berkata benar. Saya ada gambar bersama Fahmi ketika event tu baru nak mula, memang muka dia dari awal sampai akhir sama je warna merah berikutan keadaan yang sempit dan orang yang ramai. Lagi satu dia kan putih, lain la kita ni kulit gelap, kalau saya nak tipu awak la kan Serenity, kenapa saya berani sumpah?
Sebab lepas event tu Apek still okay lepak kat luar after event tu, tak ada pun jalan huyung- hayang dekat kedai makan pada masa itu. Dia, Dalia dan perempuan yang badan dia gemuk saya tak tahu nama mungkin kawan Dalia sebab dia bagi teddybear kat Dalia. Bukan mata kepala saya saja nampak, saksi kat situ yang nampak Apek tak minum dan still okay sampai akhir event tu...
Komen asal Asyraf di BeautifulNara ialah:-
apek mana minum arak la wei… aku ada kat tempat kejadian… aku nampak dia g lepak dgn perempuan gemok n awek dia pas event tu kt kedai makan… time tu pkl 3 pagi cmtu kalau aku x silap… aku tatau sapa pmpuan tu tp dia mmg gemok… dia elok je borak2, xde lentok2 pun mcm org mabuk yg lain… pada yg hantar email tu,,, cukup2 la buat fitnah.. dia mmg nak jatuhkan apek… bila game besar nak dekat mula lah mcm2 fitnah apek dpt… hati busuk punya olang!!
Pihak kami telah melakukan siasatan dan mendapati Asyraf mempunyai profil Facebook yang sahih dan sudah mempunyai akaun Facebook sejak beberapa lama. Kepada orang ramai, bolehlah menghentikan spekulasi. Sememangnya Khairul Fahmi dan Dalia tidak harus pergi ke tempat tersebut, tetapi mereka memang tidak minum seperti mana yang diberitahu sejak awal. Kami berharap Khairul Fahmi akan berjuang dengan tenang untuk Sukan SEA 2011 selepas ini. Semoga pulang membawa emas!



Nie lagi satu isu pasal Apek jugak Sebelum Sukan Sea 2011
Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang Khairul Fahmi Che Mat telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan disebabkan tweet-tweet bekas tunangnya itu baru-baru ini, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang membantu pasukan kebangsaan bagi meraih pingat emas Sukan SEA, mendakwa itu cuma percubaan untuk mengganggu konsentrasinya.

Khairul Fahmi didakwa telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan berhubung penyebaran gambar-gambar beliau di sebuah restoran Itali di Bukit Bintang. Menurut Khairul Fahmi melalui Twitternya, dia hanya menghubungi ibu, ayah serta kekasih barunya sebelum berlepas ke Indonesia. Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai agar berhenti memperkatakan tentang kisah peribadinya kerana fokus yang lebih penting ialah tugasnya sebagai pemain kebangsaan yang berusaha membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.
Menyifatkan gosip baru itu sebagai tuduhan tak berasas, Khairul Fahmi turut membuat kenyataan tentang pihak yang hendak membuatnya jatuh dan tidak gembira, tetapi dia juga berkata dia tak akan mempedulikan semua itu. Untuk berbual dengan Khairul Fahmi Che Mat secara langsung, tweet beliau di @fahmiapexs.

Kredit By Beutiful Nara 
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ