Tak lama Lagi Syifa 8 bulan..

Author : Cik Rose Cute | 9:52 AM | 7Total Comments |
Hari nie aku nak story pasal syifa pulak hihihi....Sekarang syifa dah pandai duduk...tapi bukan syifa duduk sendiri tau...ibunya letak hihihi....boleh la...syifa belajar imbang badannya....
Nie tengah main sikat Barbie...Kakaknya punyer...

Tutup mulut Syifa....


 Syifa tahu Ibunya Ambik gambar


Tengok kaki barbie kat tangannya...


geram dengan Patrick....habis did gigit....

Nie dalam bilik kakak...Anak pertama...
Gambarnya...memang blurr sikit....aku ambik pakai Handphone murah.....hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

IKEA Cantik-cantik...

Author : Cik Rose Cute | 10:30 AM | 6Total Comments |
Assalamualaikum my dear blogger....Pagi nie aku tak tahu nak story apa hihihi....Aku pergi kat Cik Google cari barangan IKEA aku upload gambar deconya....hihihi...untuk sesiapa yang suka pegi IKEA...Aku tak pernah jejak lagi IKEA....Nantilah aku nak ajak Cik hubby aku.....

Untuk ruang tamu cantikkan....sukanya dapat ruang tamu cam nie.....hihihi


Nie pulak bilik tidur...semua kaler putih.....aku suka cadar dengan almari cantik....

Nie ruang untuk buku atau tempat melepak kot....

gambar nie...aku tak tahu deconya camna hihihi...bawah ruang tamu atas bilik ke....aku tak tahu.....Tapi kalau tengok gambar kat atas tue semuanya cantik2....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cerita Lawak Hari Jumaat

Author : Cik Rose Cute | 10:17 AM | 23Total Comments |
Assalamualaikum....Untuk Para blogger di hari jumaat ni....Rasanya pagi cerah...pastu bila petang sikit hujankan.....Cuaca sekarang tidak seperti dulukan....Sekarang kalau nak hujan....hujan jer tidak mengikut musim.....Di sini sebenarnya bukan nak cerita pasal hujan....Aku nak kongsi satu cerita....Bagiku cerita nie lawak sikit...cuba korang baca...kalau tak ketawa...senyum pun boleh hihihi...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotanny


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Isu Enot Buat Kek Bentuk Girl

Author : Cik Rose Cute | 2:09 PM | 30Total Comments |
Hai! you all....korang baca tak kat Facebook pasal Enot tue.....Hish! memalukan kaum hawa jer....Cuba korang tengok gambar kat bawah nie.....Apa tanggapan korang? Aku malas nak komen apa-apa.....Korang tengoklah sendiri......


 Dah terang2 kek tue menjolok mata....Apahal si enot  pegi up-load gambar tue dalam facebook diakan....Kan Dah jadik Kontravesi  Tahu la tangan awak berseni....Tapi berpada-padalah....Kita Orang Islam......Mesti masuk dalam Melodi nanti nie.....Korang Caya Tak??


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Menjaga Lidah Ketika Berbicara Dengan Suami

Author : Cik Rose Cute | 9:51 AM | 11Total Comments |


SUAMIKU..KUPOHON REDHAMU.. Entri kali ini lebih kepada memberi peringatan kepada diriku dan juga kaum wanita yang lain agar sentiasa menjaga lidah ketika berkata-kata terutama ucapan kepada suami yang menjadi penyebab kaum wanita yang paling ramai menghuni neraka...Cuba pejamkan mata anda membayangkan selama ini betapa banyak dosa-dosa atas perkataan yang telah dikeluarkan hanya kerana satu anggota yang tak bertulang iaitu: 

LIDAH dan kesannya yang sangat mengerikan..AZAB NERAKA yang dijanjikan oleh Allah untuk para Kaum Wanita yang berdosa dan yang akan kekal menghuni di dalamnya untuk selamanya... "Sebagai peringatan untuk para wanita di paparkan suatu peristiwa di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. 

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah; dan keduanya  "Kamu kufurkan kebaikan suami." Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya : 

1. Banyak beristighfar  dan  kedua   Banyak bersedekah. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW menyambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi. Fadhilat beristighfar: a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit Atau sedekah Juga Termasuk:

 1. Tuturkata  dan  percakapan  yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam. 

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. " SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW" *Sekadar peringatan ya sahabat2ku :) ~ Dari Cik Rose Cute....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen Genk: Segmen I Jom! Kenal

Author : Cik Rose Cute | 10:36 PM | 11Total Comments |
Nak Join? Klik SINI
 
Sajer join segmen Genk nie....Untuk menambah kenalan dan Followers.....Pastu korang kena ceritakan sedikit asal korang dan blog korang okey.....
Okey Genk Akak nak cerita sikit tentang diri akak okey.....
1)Nama Penuh Akak : Che Rosliza Binti Che Mat (Cik Rose Cute)
2)Asal : Setiu Terengganu...Sekarang Menetap Di selangor
3)Dah kawin you all dan menpunyai anak seramai 3 orang....
4)Perangai Akak...brutal sikit ......and suka ketawa walaupun benda tak kelakar.....hihihi..suka melaram dan suka bergambar......
Dan last sekali Akak sayang famili akak muahhhhh.....Tak boleh cerita lebih2....itulah serba sedikit....tentangku....

Jom! Korang Join Segmen nie...
Tarikh Tutup: 22hb Oktober 2011 (11.59 pm)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Efek Contact Lenses

Author : Cik Rose Cute | 8:45 AM | 11Total Comments |
Sesiapa yang suka pakai kanta sentuh...baca nie ya...untuk di kongsi bersama......


Pesanan kepada yang memakai kanta sentuh (Contact Lenses)...

Anda dilarang berada di tempat haba yang terlalu panas.. Contohnya.. memakai kanta sentuh (Contact Lenses) semasa sedang membakar BBQ.. dan sebagainya.. Jika anda berdegil.. Anda mungkin akan BUTA buat selama-lamanya... Ini kerana kanta sentuh diperbuat daripada plastik.. Jika anda merasakan maklumat ini berguna untuk orang lain......boleh berkongsi bersama ya.....





Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Betul ke...Fizo Omar Dengan Nur Fathia??

Author : Cik Rose Cute | 5:38 PM | 9Total Comments |

fizo, fizo omar, gambar fizo omar
Fizo Omar, nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar

Fizo Omar memang salah seorang pelakon yang popular dan sudah tidak perlu diperkenalkan. Fizo Omar tercalon beberapa kali dalam Anugerah Bintang Popular dan yang terbaru Fizo Omar tercalon ABP 2009 untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular. Drama terbaru Fizo Omar ialah ‘Bila Musang Berjanggut’ yang ditayangkan di TV3. Dalam drama bersiri ‘Bila Musang Berjanggut’ Fizo Omar digandingkan dengan pelakon cantik yang sedang meningkat popularitinya, Nur Fathia

Siapa Nur Fathia

nur fathia, nurfathia, nur fathiah
Nur Fathia, pelakon yang sedang meningkat popularitinya

Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tak sedar Nur Fathia pernah muncul dalam iklan dan drama popular TV3. Nur Fathia pernah memegang watak Nabila dalam drama Nur Kasih dan menjadi kawan kepada Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah. Masih ingatkah anda? Selain itu, Nur Fathia juga berlakon untuk iklan Sunsilk.

Profil Nur Fathia
Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM Shah Alam, Selangor.
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

Aku suka jugak kalau dua artis nie bercouple....Tapi Nur Fathia..masalah Displin sikit...betul tak??...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Doa & zikir utk mudah bersalin

Author : Cik Rose Cute | 4:39 PM | 5Total Comments |
Antara doa dan zikir untuk mudah bersalin masa ibu pregnant ada antaranya ibu amalkan siap tampal kat dinding..tapi bila dah selalu baca dah ingat kat mulut...Kalau yg tengah mengandung & nak tunggu kelahiran bolehlah amalkan ye..

1. Surah Al- Fatihah (7x)


2. Ya Khafid (1000 x)

Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya

3. Al Abasa: Ayat 20
Maksudnya: "Kemudian Jalannya dipermudahkan"

4. Surah Al-Anbiya' : AYAT 87-89

LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
''Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)''
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.
Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.
Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

-TAMAT-
Nampak banyak kan, kalau xnak amalkan semua xper just amalkan yg bertanda merah tu pun cukup.mudah-mudahan mana-mana ibu yg nak bersalin akan deliver dgn selamatnya..
-AMIN-


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

'Shiema Sufian ajak menjelajah'

Author : Cik Rose Cute | 3:57 PM | 2Total Comments |
Klik banner untuk join

jom! join segmen Shima Sufian.....semoga perhubungan kita di alam maya menjadik semakin akrab dan mesra...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Di sebalik Yang Berlaku Ada Hikmahnya...

Author : Cik Rose Cute | 12:53 PM | 24Total Comments |
biasa dengar orang kata bila kita ditimpa apa2 kesusahan "pasti ada hikmahnya"...dan ibu sangat2 percaya dengan janji Allah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya...ibu sangat2 percaya..

semalam layan melodi kat TV 3...tengok kisah Azean Irdawati....dulu kan dia kena cancer dan dengarnya dah baik dan sekarang dia sakit lagi...kali ni dia macam lumpuh...tak boleh nak berjalan terpaksa pakai kerusi roda...apa yang ibu nak sentuh kat sini bukan pasal dia sakit tu semua tetapi pasal ungkapan dia......"memang semua yang berlaku ada hikmahnya..........tetapi setakat ni Kak Yan tak nampak apa hikmah dia.....kak yan tak pernah jahat atau busuk hati dengan orang.....bla....bla..."

hikmah Allah nih...bukan kita dapat rasa atau terima sekelip mata...bukan pagi ko sakit petang ko terus dapat hikmahnya.......jangan dipertikaikan dugaan dan ujian yang Allah timpakan kepada kita.........tapi tanya diri kita apa kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan pada Dia..........hikmah Allah tu kita tak terjangka....kadang2 tu berbulan2 atau bertahun baru kita terima hikmah Allah tu......tetiba mesti hati kita akan tahu...inilah hikmahnya.......
ada juga yang hikmah yang kita nampak atau terima terus........contohnya nak pergi kerja pastu kereta pancit atau tayar pecah terus...tersadai kejap tepi jalan..punyalah dalam hati nak marah kan...time2 nak pergi kerja ni lah nak pancit semua kan.....tetiba bila kereta dah elok ita lalu tengok ada pokok tumbang betul2 time kereta kita pancit tadi.........baru kita terfikir oooooo ada hikmah jugak kereta aku pancit tadi.......hah macam tu lah....
Dalam kes kak yan tuh.....mungkin sakit yang Allah beri tu boleh buatkan anak2 dia makin rapat sebab sama2 nak jaga kak yan...mungkin kasih sayang kak yan dengan suami makin akrab.....sebab Allah adalah perancang yang terbaik.............dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk buat hambanya.....jangan sekali buruk sangka dengan Allah..........
percayalah bila kita ditimpa apa2 ujian atau dugaan bila kita terima dengan redha insyaAllah kita akan lebih kuat.......selalu fikir Allah tidak akan duga hambanya jika kita tidak mampu untuk memikulnya.....dan percayalah pasti ada hikmahnya............PASTI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ