Berita Mengejutkan Di hari Raya....

Author : Cik Rose Cute | 1:39 AM | 10Total Comments |
Puas aku fikirkan....aku nak share tak dengan korang.....kalau aku tulis kat sini  mesti korang tak cayakan.....Nanti orang kata aku nak glamour pulak....huhuhuhu.......Cik hubby aku tak bagi aku story kat sini...nanti heboh katanya.Lagipun adikku yang sorang tue pun tak tahu yang aku nie kakaknya......Korang mesti tertanya-tanya....siapa gerangan orangnya....Aku nak story sikit sejarah keluargaku.Nama Ayahku Che Mat Bin Hussin....Aku dengan ayahku terpisah waktu kecil kerana makku gan ayahku  berpisah (bercerai)...........Waktu aku nak kawin  gan Cik hubby...aku tak dapat mencari ayahku.....kerana asal ayahku sempadan Thailand.Nasib baik Cik hubby aku seorang yang penyabar....Banyak kali jugak la....kami berdua naik turun Mahkamah kerana nak kawin.Last-last...kami kawin berwalikan hakim.
Nak di jadikan cerita waktu umur anakku yang sulong (Nur Fatin Sahira) baru berusia 3 bulan....Masa tue....aku beraya kat Terengganu.....Menjelmalah ayahku dengan adik perempuanku....dengan suaminya dan menpunyai anak sorang.Aku begitu exited betul....ingin menemui ayahku....kerana setiap kali lepas sembahyang aku tidak jemu berdoa pada Allah perkenankan doaku untuk menemui ayahku.... Cuba korang bayangkan dari umurku 4 tahun hingga 27 tahun baru kutemui ayahku.....dan masa tu jugaklah cik hubby aku mengenali ayah mertuanya.Aku jugak dapat mengenali adikku Nooraini namanya.....sejak pertemuaan itu kami menjadi rapat....Nor begitu menyayangiku....yalah aku kakak kandungnya.....(kalau sebelah ayah adik beradik kuat.....) kata orang ganu....
Panjang pulak story aku hari nie......Nie aku nak cerita berita mengejutkan tue.....Tahun nie....turn raya kat Terengganu.....Adik aku Nor...sekarang kat  Terengganu....tapi aku tak tidur rumahnya...aku tidur rumah abang tiriku kat manir.....Abang tiriku adik beradik sebelah mak...bapak lain tau huhuhu....Hari tue aku beraya kat rumah Nor mak ayah angkatnya...Nor adikku di besarkan dengan mak ayah angkatnya tau huhuhu.....Dia yang cakap yang hamba Allah tue adik kitaorang....dia yang no 7...Kalau di ikutkan adik beradik sebapak dalam 8 orang.....Aku yang no 3.....atas padaku ada kakak gan abang....Kakak gan Abang nie...aku tak pernah jumpa pun...sekarang diaorang berada kat Kelantan.....Selalu jugak pergi Ke kelantan tapi tak pernah tak fikir untuk mencari Kakak gan Abang aku tue.....
Sekarang anakku dah masuk 3....Udah lama aku tak menemui ayahku...cuma tanya khabar melalui telefon jer.....last jumpa yang aku story kat atas tue....Korang cari sendiri siapa orangnya....Aku malas nak sebut......Namaku Sebenar Che Rosliza Binti Che Mat....Nama adikku yang bawah padaku Che Ghazali Che Mat.....Nooraini Binti Che Mat.....Kakak gan abang aku...aku tak tahu pun namanya.....dan juga yang lain....yang hamba Allah tue...mesti aku tahu....sebabnya dah fames.....Korang Fikir sendirilah ya......


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Korang Suka Tak Artis nie???

Author : Cik Rose Cute | 7:51 PM | 10Total Comments |
Rossa, penyanyi Indonesia yang sangat-sangat comel dan tidaklah terlalu seksi sememangya sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Masih terbayang-bayang lagi betapa cutenya Rossa semasa menari dalam video klip lagu hitnya, Pudar.
Untuk peminat-peminat Rossa, aku telah kumpulkan beberapa keping gambar Rossa yang terbaru dan tercomel(di mataku) untuk tatapan anda.....aku ambik dari  sini
Jom layan lagi gambar-gambar si comel Rossa dengan membaca artikel ini sepenuhnya.Korang suka tak ? kalau suka layan jer la...gambar Rossa nie....


gambar seksi dan comel rossa
gambar seksi dan comel rossa
gambar seksi dan comel rossa
gambar seksi dan comel rossa
gambar seksi dan comel rossa
gambar seksi dan comel rossa


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

MUDAHNYA SEORANG WANITA ITU MASUK KE SYURGA

Author : Cik Rose Cute | 8:24 PM | 5Total Comments |
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.
 Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.

credit: http://www.islamituindah.my/mudahnya-seorang-wanita-itu-masuk-ke-syurga


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Syifa Scaf Rambut

Author : Cik Rose Cute | 1:05 PM | 7Total Comments |
Sekarang syifa dah 6 bulan....cepat betul masa berlalu.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gambar Family Raya 2011

Author : Cik Rose Cute | 4:22 PM | 4Total Comments |
Kenangan gambar raya Di Manir Terengganu......Si haziq buat lawak......nak bergambar tapi buat-buat pejam mata....pulak hihihi...baju syifa pulak terbesar la pulok.....gara2 tukang jahit tak ukur.....main agak-agak jer....labuhnya bukan main lagi...tak per ler syifa boleh pakai lama.....tak gitu....korang layan jer ler gambar raya kitaorang nie.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Penyakit Kulit Ekzima

Author : Cik Rose Cute | 9:39 PM | 6Total Comments |
Aku nak kongsi penyakit nie...sebab Si syifa pun terkena jugak penyakit nie...huhuhuhu

Ekzema merupakan sejenis penyakit yang berkaitan 
dengan kawalan sistem badan seseorang dalam 
menghadapi sesuatu alahan dan kegagalan menghadapi 
alahan inilah yang mengakibatkan terjadinya penyakit 
kulit ekzema ini iaitu kulit menjadi kemerah-merahan ,
mengelupas, kepedihan  serta gatal2.


 Penyakit kulit
 Ekzema pada bayi









Antara beberapa sebab yang menyebabkan penyakit
kulit ini antaranya :

1. Terdedah pada cuaca yang tidak menentu samada
    panas terik serta basah dan lembab
2. Keadaan kebersihan diri
3. Keadaan kebersihan tempat tinggal
4. Diet / pemakanan harian
5. Pendedahan diri ke pelbagai bahan kimia 
6. Penggunaan bahan2 kosmetik, bahan2 cuci
    yang tidak sesuai dan akan akibatkan alahan

Bagi penyakit ini juga ada dua tahap :

a) Untuk tahap rendah :
     Keadaan kulit menjadi kering, gatal2 serta 
     kepanasan.

b) Untuk tahap serius
       Keadaan kulit menjadi kemerahan, mengelupas .
     mengakibatkan radangan kulit serta berdarah.


Jadi apa perlu seseorang itu buat jika mengalami
masaalah Ekzema ini :


1. Perlu kenal pasti tahap serius penyakit ini
   yang dialami 


2. Perlu tahu penggunaan produk kulit yang
    mungkin tidak sesuai dan ini perlu dijauhi
    penggunaannya

3. Perlu kurangkan penggunaan beraneka jenis
    produk isi rumah antaranya sabun mandi ,
    losen cukur dan sabun pencuci pakaian serta lantai.

4. Elakkan memakai pakaian yang punyai fabrik
    bulu mahupun tekstil sintetik yang kemungkinan
    akan mengakibatkan radangan kulit


5. Semasa mencuci lantai mahupun perkakas dapur,
    gunakan sarung tangan plastik untuk lindungi
    bahagian kulit


6. Bila mandi, lebih sesuai gunakan sabun mandi
   yang lembut dan tidak kasar. Jika mandi dengan
   air pemanas, elakkan siraman air terlalu panas
   ke bahagian kulit. satu tip yang baik ialah jika
   boleh rendamkan badan dalam tab mandi seketika
   untuk melembabkan kulit. Sentiasa pastikan kulit
   tidak kering sangat dan tidak digaru selalu kerana
   ini akan akibatkan radangan kulit. Gunakan juga
   tuala lembut untuk lap badan selepas mandi.


7.Elakkan aktiviti yang boleh membuat diri berpeluh
   berlebihan kerana ini akan mengakibatkan kulit
   rasa gatal2 dan perlu digaru. Cuba kesat saja
   dengan tapak tangan ke bahagian2 kulit yang
   terasa gatal tapi jangan garu.


8. Dapatkan nasihat pakar / doktor untuk ubat yang
   sesuai tapi masaalah disini kemungkinan kos
   ubatan ini mahal.


9. Jauhi penggunaan krim atau losen yang punyai 
    kimia lebihan yang boleh akibatkan alahan kulit


Apa2 pun , seseorang itu sendiri pasti tahu tahap 
masaalah penyakit kulit ekzema yang dihadapi.


Tapi jika mengalami penyakit EKZEMA ini, jangan
risau . Banyak rawatan dan ubatan ada dipasaran. 
Cuma perlu cari saja yang sesuai TAPI jika tidak
mahu susahkan diri mencari dan tidak mampu belanja
kos tinggi untuk ubatan , boleh guna cara rawatan 
tradisional iaitu cara amal pakai BEDAK MUNTAH BELUT 
ini, insyallah akan sembuh juga.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ