18 August 2011

OST Ramadhan Terakhir | Lagu Tema Ramadhan Terakhir

Author : Cik Rose Cute | 5:29 PM | 1Total Comments |



Saat tengok drama ramdahn terakhir tue aku memang tertarik dengan lagu temanya , sangat sedap pulak telinga ni mendengar.. oh nama penyayinya pun aku tak pernah dengar..
Lagu tema untuk ramadhan terakhir ini di nyanyikan oleh Pompa Bensi , aku cuma ada lirik jer untuk di kongsi bersama korang...., lagu ni memang susah nak cari.....aku jumpa liriknya jer....Kat you tube ada kot...korang hayati jerlah liriknya....

LIRIK LAGU JANGAN LUPA NAMAKU

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana…
Aku mengingati mu
Kerana…
Aku men’cintaimu…
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati…
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana…
Aku merindui mu
Hmmm…Kerana aku sentiasa menyintaimu……




Lagu&lirik by POMPA BENSIN credit to cthoney





Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

17 August 2011

Kek Coklat Kukus

Author : Cik Rose Cute | 2:27 PM | 9Total Comments |
Bahan-bahan:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur
Cara Penyediaan:
Panaskan kukusan.
Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.
Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hantu Asrama 1

Author : Cik Rose Cute | 9:34 AM | 7Total Comments |
Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur... bukan aku la yang kena, aku pun dengar cerita je. Ceritanya macam ni....... kat asrama pompuan... ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.
Dia pun study la dengan khusyuknya... sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu... dia tak sedar lagi benda tu bukan orang.... masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki. Peh tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat," lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang 'member' tu lak kata "Dah ingat ke dah tahu....????" maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu... budak ni terus lari balik dorm dia.... Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih.... Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi... Takoot siottt..... Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.......


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cerita Seram Kain Putih...

Author : Cik Rose Cute | 9:32 AM | 1Total Comments |
Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar.

Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.

Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling.
Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.

Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar.

Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

16 August 2011

.: ResePi : AgaR-aGar OREO :. Dari mama Lieyna

Author : Cik Rose Cute | 2:47 PM | 1Total Comments |


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Petua mencari Lailatuqadar...

Author : Cik Rose Cute | 1:56 PM | 0Total Comments |

Petua oleh Imam Al-Ghazali dan lain-lain ulama

Jika awal Ramdhan jatuh pada hari :

Ahad atau Rabu-malam qadar dijangka jatuh pada malam ke 29 Ramadhan

Isnin-malam qadar dijangka berlaku pada malam ke 21 Ramdhan

Selasa atau Jumaat-malam qadar dijangka berlaku pada malam ke 27 Ramadhan

Khamis-malam qadar dijangka berlaku pada 25 Ramdhan

Sabtu-malam Qadar dijangka berlaku pada malam ke 23 Ramadhan

Berdasarkan petua di atas insyaAllah malam Lailatuqadar jatuh pada malam ke 25 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 6 Oktober 2007.

Tanda malam Qadar ialah :

1. Malam itu tenang,tidak dingin dan tidak panas
2. Siangnya cahaya matahari bewrwarna pucat
3. Pada malam itu Malaikat Jibrail akan menyalami orang yang beribadat pada malam itudan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak -esak secara tiba-tiba.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

15 August 2011

Benda-benda ganjil lagi mistik

Author : Cik Rose Cute | 3:21 PM | 7Total Comments |

Anak Kerbau Berkepala Dua Di Padang,Indonesia


Nak Kata Pisang Bukan,Nak Kata Nangka Pun Bukan...Entah lah...Dunia...Dunia...





Ini Pulak Penyu Alnino Warna Kuning...Cun Gitu...



Yang ini memang pelik lagi mistik. Sebab apa? Sebab bentuknya yg aneh. Nak kata ikan bukan. Nak kata sotongpun bukan. Habis tu korang sendiri letak nama.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

14 August 2011

Morib Banting

Author : Cik Rose Cute | 12:43 PM | 14Total Comments |
Citer nie sebelum puasa....Cik hubby bawak jalan-jalan pegi Morib Banting...Pantai morib sekarang dah lain...Dulu aku gan cik hubby pegi bukan cam ni suasananya......tempatnya...Sekarang suasananya dah berubah......Lebih kurang Cam kat Teluk Batik Perak....tapi Teluk Batik Perak Lagi besar la....


Ada sesiapa pernah ke sini ke?....Cer..cer...cerita...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Agar-agar Milo Bersusu Sesuci Ramadhan

Author : Cik Rose Cute | 8:57 AM | 7Total Comments |
Aku Copy kat Blog "Adybudika....cam sedap jer..tak sangka Ady nie teror jugak hehehe Walaupun air tangan yang bergelar lelaki...


Bahan-bahan :
  • 20gram agar-agar
  • Air
  • Gula
  • Milo
  • Susu


Cara Menyediakan :

Bahagikan agar-agar kepada dua.. ( 10 gram setiap satu )
10 gram agar-agar digunakan untuk dibuat agar-agar milo dan 10 gram lagi dibuat agar-agar susu. kemudian agar-agar ini akan disatukan..

1- masukkan 10gram agar-agar kedalam periuk bersama 3 cawan air dan 1 cawan gula
2- Setelah agar-agar cair, masukkan milo dan biarkan sehingga mendidih
3- Tuang kedalam bekas dan biarkan beku seketika.

4- Setelah agar-agar milo yang dibuat tadi hampir beku. Masukkan selebihnya agar-agar kedalam periuk.
5- Kali ini masukkan bersama susu dan gula.
6- Biarkan agar-agar larut bersama gula dan susu
7- Setelah mendidih, tuang kedalam agar-agar milo yang hampir beku tadi.
8- Petua berguna dari Mat Gebu, toreh sikit permukaan agar2 milo sebelum agar2 susu dituang keatasnya. Ini adalah untuk memastikan agar-agar ini bercantum dengan sempurna :)
9- Siap!!!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

(Gambar) Isteri Mula Risau Aaron Aziz Semakin Popular & Digilai

Author : Cik Rose Cute | 6:36 AM | 5Total Comments |

Perempuan mana yang tidak mahu gilakan lelaki sekacak Aaron Aziz. Lebih-lebih lagi jika mengetahui yang Aaron Aziz adalah seorang family man.
Isteri aktor kacak yang semakin meningkat naik ini, Diyana Halik mula meluahkan rasa risau beliau terhadap situasi ini.
Diyana bukan setakat risaukan populariti Aaron Aziz tetapi juga risaukan ketampanan suami tersayang.
Mungkin kerisauan Diyana mula terbit selepas Aaron Aziz menjadi duta kecantikan untuk L’Oreal & imej melalui iklan menunjukkan yang Aaron Aziz memang layak di’gelar lelaki terkacak Malaysia.
Ramai yang kurang kenal akan wajah isteri Aaron Aziz mahu pun keluarga beliau. Gambar selepas ini. Enjoice!




Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

13 August 2011

Wordless Saturday 1

Author : Cik Rose Cute | 11:39 AM | 5Total Comments |
Syifa 5 Bulan...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

12 August 2011

Artis Bertudung Mana Paling Cantik?

Author : Cik Rose Cute | 7:02 AM | 10Total Comments |


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ