Balik Kampung Sempena Nak Menyambut Ramadhan....

Author : Cik Rose Cute | 9:14 AM | 7Total Comments |
Assalamualaikum....kawan-kawanku di alam maya....Apa persediaan korang dah nak menjelang "ramadhan Nie?" hihihi....aku tak ada buat persiapan apa-apa pun....just tengah fikir sahur nak makan apa...supaya susu banyak hihihi....Ya la...Si syifa tu minum susu badan...Aku takut aku pulak kelaparan gan kehausan hihihi...Tapi kalau boleh aku tak nak tinggal puasa gara-gara aku menyusukan Si syifa.Hei! apa citer nie...melarut ke situ pulak...tajuk pasal nak balik kampung...hihihi terbabas kejap.....Cik hubby aku dah bising sebab aku sibuk berblogging lagi...Kejap la....hihihi...

Hujan dah turun tau....mesti jalan licin....tak boleh bawak kereta laju-laju nie...nanti terbabas....Kalau ada story apa2....dari balik kampung Aku citer okey....Okey Sayang You All....Muuuuuuaah!!!!










Sajer aku snap gambar si syifa nie....ya la...tak ada gambar tak best pulak...kosong jer hihihi....Tak lama lagi...Syifa nie masuk 5 bulan (04/08/ nanti.....) Cepat betul masa berlalu.....Si syifa nie...suka gigit jari dan main air liur.....Sengsara ibunya...mengalami keguguran rambut....huhuhu dah nak botak kepala...tapi belum botak lagi hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

review blog Chempaka Sari

Author : Cik Rose Cute | 2:53 PM | 4Total Comments |



Assalamualaikum!!! Korang tengok Banner kat bawah tue... Cantikkan....Nie hasil Kreatif  By  Cik Chem ni........ Cik Chem nie...offer diri nak buat Banner untuk korang yang suka...Baik hatikan Cik Chem.
Kalau korang nak tahu camna nak dapatkan Banner tu.....Klik Kaler warna purple Tue Okey... Aku dah lama dah teringin nak banner hihihi...Tengok kat blog orang banner cantik jer....Boleh ker Cik Chem??

                                                        
                        








aku nak tag Mereka
1) Cik Betty
2) Ibu Aqil

Aku rasa diaorang belum punyer Banner lagi kot....hihihi

itu jelah..thanks cik chem!!lap u!                                


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

:: ANDAINYA LELAKI TAHU ::

Author : Cik Rose Cute | 10:15 AM | 8Total Comments |
Andainya lelaki tahu,
Dalam hati seorang perempuan,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya.....

Andainya lelaki tahu,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi....

Andainya lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
Walaupun saat berjauhan...

Kerana andainya lelaki tahu,
Hati itu akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati seorang perempuan,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kepala Gadis Tersepit pada Pintu Bas

Author : Cik Rose Cute | 9:46 AM | 2Total Comments |


ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.
Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup pintu bas. Ini menyebabkan kepala gadis itu tersepit dan terpaksa menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu bas tidak menyedarinya.
Mujurlah beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.
Sebaik sahaja berjaya melepaskan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kenal Tak Pelakon Nie...??

Author : Cik Rose Cute | 7:05 AM | 24Total Comments |

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.


Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya. 


Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.



Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

* Ibu Mengandung Panik Kat Tangga *

Author : Cik Rose Cute | 2:06 PM | 10Total Comments |
Selasa-26 July 2011
 Lokasi Apertment Permai Klang
Aku baca story nie..kat my sepupu....Kesian kat dia...peristiwa nie...betul2 dia hadapi sendiri depan matanya...Kalau korang macam mana Panik tak?? cam sepupu aku tue...kalau nak ke blog sepupu aku klik
sini.....  http://nazrieda-anakku.blogspot.com/


Gambar budak mana tah ibu search tadi nak tunjuk betapa takutnya ibu...


Pagi tadi kira-kira jam 7.45 ibu keseorangan menuruni anak tangga (lif rosak terpaksalah guna tangga he..he.) tiba-tiba ibu terdengar bunyi beberapa orang lelaki menuruni anak tangga dari tingkat atas dgn lajunya..rasa macam bergegar tangga tuh mmg kuatlah mcm di kejar hantu..

Ibu pun heran, ibu sampai kat tangga tingkat satu ibu stop kejap, kenapa diaorg ni mcm tergopoh gapah pastu ibu nampak kelibat 3 org india melalui ibu, 2 orang terus menuju ke tangga satu lagi & seorang lagi berlari sambil terjun ke tangga bawah sampah tergelincir & tercampak ke atas tar..

Ibu dah berdebar-debar, pastu ibu nampak ada seorang lelaki dgn badan bertatu lalu sambil mengejar india ni dan ditanganya sedang memegang sepucuk pistol sambil dia mengacukan pistol kearah india yg jatuh terlentang tadi. Apa perasaan kauorg kalau berada dlm situasi genting begini ishh seluruh kaki tgn ibu mengeletar...ibu kaku sekejap bila lelaki tu acukan pistol pada india tadi,nasib baik india tu terus bangun dan kejar-mengejar terus berlaku sampai ke laluan masuk utama apartment ibu.Dah rasa macam dalam tv tuh..

Kalaulah kebetulan dia lepaskan tembakan pastu tembakan tu tersasar dan terkena ibu maka hari ni ibu dah xder kat atas muka bumi ni kan...tambahlagi dgn keaadan ibu yg berbadan dua apa yg ibu sempat buat utk melarikan diri dari situasi tersebut.Keadaan ibu sama mcm gambar kat atas tu terpaku kat tiang.Jantung terhenti sekejap...Mulut x henti mengucap shahadah..

Yang ibu heran macamana india boleh berada di kawasan ni padahal semua penduduk kat sini melayu...


Apa-pun ibu bersyukur sbb ALLAH masih sayangkan ibu. Amin...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Temasya Sukan Tadika Islam Bestari

Author : Cik Rose Cute | 5:10 PM | 10Total Comments |
Hari nie...pukul 6.00 pagi aku dah bangun...siapkan sarapan....(Hari Minggu pun Awal bangun ker hihihi) Kalau tak hari minggu cam ni...tak danya aku bangun awal...paling awal pun 6.45am....sembahyang subuh...sambung balik hihihi...nie di sebabkan anak aku yang sulong ada 'Temasya Sukan'...terpaksa ler bangun awal sikit....Korang kalau  temasya sukan anak bangun pukul berapa?....Acara tue start pukul 7.30 am....Korang rasa awal ker?....

Sebelum Pembarisan
Tgh Berkumpul...
Tgh Buat Pembarisan...
Mana Muka kakak nie...
Siap duduk keletihan hihihi kesian...cuaca dah mendung....
Eh! Eh! Haziq Pun ada....hihihi (Anak aku No 2)
Kesian...lama Menunggu....
Menyanyi dalam kumpulan...
Siap joget....
Dah habis....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ