16 August 2011

.: ResePi : AgaR-aGar OREO :. Dari mama Lieyna


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Petua mencari Lailatuqadar...


Petua oleh Imam Al-Ghazali dan lain-lain ulama

Jika awal Ramdhan jatuh pada hari :

Ahad atau Rabu-malam qadar dijangka jatuh pada malam ke 29 Ramadhan

Isnin-malam qadar dijangka berlaku pada malam ke 21 Ramdhan

Selasa atau Jumaat-malam qadar dijangka berlaku pada malam ke 27 Ramadhan

Khamis-malam qadar dijangka berlaku pada 25 Ramdhan

Sabtu-malam Qadar dijangka berlaku pada malam ke 23 Ramadhan

Berdasarkan petua di atas insyaAllah malam Lailatuqadar jatuh pada malam ke 25 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 6 Oktober 2007.

Tanda malam Qadar ialah :

1. Malam itu tenang,tidak dingin dan tidak panas
2. Siangnya cahaya matahari bewrwarna pucat
3. Pada malam itu Malaikat Jibrail akan menyalami orang yang beribadat pada malam itudan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak -esak secara tiba-tiba.
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

15 August 2011

Benda-benda ganjil lagi mistik


Anak Kerbau Berkepala Dua Di Padang,Indonesia


Nak Kata Pisang Bukan,Nak Kata Nangka Pun Bukan...Entah lah...Dunia...Dunia...





Ini Pulak Penyu Alnino Warna Kuning...Cun Gitu...



Yang ini memang pelik lagi mistik. Sebab apa? Sebab bentuknya yg aneh. Nak kata ikan bukan. Nak kata sotongpun bukan. Habis tu korang sendiri letak nama.

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

14 August 2011

Morib Banting

Citer nie sebelum puasa....Cik hubby bawak jalan-jalan pegi Morib Banting...Pantai morib sekarang dah lain...Dulu aku gan cik hubby pegi bukan cam ni suasananya......tempatnya...Sekarang suasananya dah berubah......Lebih kurang Cam kat Teluk Batik Perak....tapi Teluk Batik Perak Lagi besar la....


Ada sesiapa pernah ke sini ke?....Cer..cer...cerita...
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Agar-agar Milo Bersusu Sesuci Ramadhan

Aku Copy kat Blog "Adybudika....cam sedap jer..tak sangka Ady nie teror jugak hehehe Walaupun air tangan yang bergelar lelaki...


Bahan-bahan :
  • 20gram agar-agar
  • Air
  • Gula
  • Milo
  • Susu


Cara Menyediakan :

Bahagikan agar-agar kepada dua.. ( 10 gram setiap satu )
10 gram agar-agar digunakan untuk dibuat agar-agar milo dan 10 gram lagi dibuat agar-agar susu. kemudian agar-agar ini akan disatukan..

1- masukkan 10gram agar-agar kedalam periuk bersama 3 cawan air dan 1 cawan gula
2- Setelah agar-agar cair, masukkan milo dan biarkan sehingga mendidih
3- Tuang kedalam bekas dan biarkan beku seketika.

4- Setelah agar-agar milo yang dibuat tadi hampir beku. Masukkan selebihnya agar-agar kedalam periuk.
5- Kali ini masukkan bersama susu dan gula.
6- Biarkan agar-agar larut bersama gula dan susu
7- Setelah mendidih, tuang kedalam agar-agar milo yang hampir beku tadi.
8- Petua berguna dari Mat Gebu, toreh sikit permukaan agar2 milo sebelum agar2 susu dituang keatasnya. Ini adalah untuk memastikan agar-agar ini bercantum dengan sempurna :)
9- Siap!!!!

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

(Gambar) Isteri Mula Risau Aaron Aziz Semakin Popular & Digilai


Perempuan mana yang tidak mahu gilakan lelaki sekacak Aaron Aziz. Lebih-lebih lagi jika mengetahui yang Aaron Aziz adalah seorang family man.
Isteri aktor kacak yang semakin meningkat naik ini, Diyana Halik mula meluahkan rasa risau beliau terhadap situasi ini.
Diyana bukan setakat risaukan populariti Aaron Aziz tetapi juga risaukan ketampanan suami tersayang.
Mungkin kerisauan Diyana mula terbit selepas Aaron Aziz menjadi duta kecantikan untuk L’Oreal & imej melalui iklan menunjukkan yang Aaron Aziz memang layak di’gelar lelaki terkacak Malaysia.
Ramai yang kurang kenal akan wajah isteri Aaron Aziz mahu pun keluarga beliau. Gambar selepas ini. Enjoice!




Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

13 August 2011

Wordless Saturday 1

Syifa 5 Bulan...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

12 August 2011

Artis Bertudung Mana Paling Cantik?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

10 August 2011

Drama Kasih Alia....

Baca sinopsis kasih alia sebuah drama terbaru slot akasia di tv3. Kasih alia mula bersiaran pada 1 ogos 2011 pada jam 7 malam setiap hari isnin hingga khamis. Drama kasih alia yang akan ditayangkan sebanyak 26 episod tersebut berjaya menarik ramai penonton pada tayangan episod pertama drama tersebut. Berikut adalah sinopsis kasih alia drama tv3.
Sinopsis Kasih Alia
Mengisahkan tentang keluarga iaitu Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.
Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.
Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.
Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.
Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.
Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.
Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.
Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?
Saksikan Hanya Di tv 3 hihihi


P/s: Cerita nie....best jugak....Korang ada tengok tak????

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hensem Tak Shahz Jaszle







Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

09 August 2011

Artis Hot!!!


Yang mana Paling Hot Antara 3 artis nie

 Nie kalau besarkan gambar kulit muka tak cantik ada jeragat
 
 Tersesat artis nie sorang....Takper artis nie Hot jugak tau...
 
 Nie Cantik kulit mukanya...
 
Nie lagi cantik.....hihihi gigi pun cantik...

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

08 August 2011

Cantik Tak Rozita Che Wan Nie....

gambar rozita chewan
gambar rozita chewan
gambar rozita chewan
gambar rozita chewan
gambar rozita chewan
gambar rozita chewan
gambar rozita chewan
Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

06 August 2011

Tafsir Mimpi Menurut Islam

* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

05 August 2011

Asam Pedas Ayam...(Copy Dari blog Cahaya Hatiku)

Bahan-bahan untuk memasak:

Ayam mentah- mengikut keperluan
Daun Kesum
Air Asam Jawa
Air Putih
Cili Boh
Bawang Merah
Bawang Putih
Kunyit Hidup
lada hitam- Blender

Cara Memasaknya...


Bahan2 yang ditumis

1. Blander bawang merah, bawang putih & kunyit hidup
2. Blander lada hitam
3. Panaskan minyak
4. Tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili boh sampai naik bau & naik minyak
5. Masukkan lada hitam y di blander + garam+serbuk perasa+sedikit gula & tumis lagi.
6. Masukkan ayam mentah yang siap dipotong & golek-golekkan dalam bahan tumis tadi.
7. Masukkan sedikit air asam jawa + air putih.(kuah kalo pekat2 lagi super)
8. Masukkan sedikit daun kesum (sikit j tau, selebihnya selepas masak). Dan test2 la rasa kuah tu.. kalo x ckp masam, tamah lg sikit air asam jawa smpai rasa tu ok.
9. Last , smpai dah yakin masak... bolehla angkat.

Ini la rupanya.. Fuhhh.. pedas desitttt
Cam Best jer....biasa dengar ikan jer masak asam....baru first time tengok Ayam Masak Pedas...
Nanti nak try cuba la....hihihi....

Thanks Lya...

Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

:: A C A R :: B U A H ::

1 ibu jari halia
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar yg sedang ~ blender semua ni..

1 biji bawang besar dihiris
1 sudu rempah tumis ikan
3 sudu rempah
Sedikit serbuk cili
Setangkai daun kari
Sedikit cili padi
Sedikit cuka
Sedikit garam
Buah2an utk acar ~ buah prune, kismis, buah pala, buah kurma dll.


CARANYA :-

Bawang besar ditumis dgn 1 sudu mkn rempah tumis ikan
dan sedikit daun kari sampai wangi.

Kemudian masukkan rempah halia yg telah d blender tadi, masukkan
3 sudu mkn rempah kari ikan dan sedikit cli serbuk jika suka.

Gaul rata masukkan cuka dan gula secukupnya dan masukkan
buah2 campur anggaran 2 kilo. Terserah apa jenis buah, yg utama
buah prune, kurma dan kismis.

Kacau hingga kesemua menyatu dgn bahan tumisan. Rasa baru
bubuh garam & perasa jika suka...

Masukkan cili padi bulat2 terserah sapa yg suka. Kalau dpt cili padi
kampung yg pendek2 lagi bagus.

Kalau terlalu pekat tambah sedikt air dan jika terlalu berkuah
taburkan sedikit tepung gandum.

Masak dgn api sederhana sampai kesemua menyatu.
Angkat bila sudah masak...



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ