Bubur Biji Nangka By Kak Rose

Author : Cik Rose Cute | 9:57 PM | 18Total Comments |
Bahan-bahan ( 5 orang )
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
  • (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji)

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..
P/s: Ambik resepi dari Kak rose punya resepi...Nanti nak try buat...cantik betul warnanya...betul tak?...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Syifa (penawar @ penyembuh) Dah 3 bula lebih

Author : Cik Rose Cute | 3:30 PM | 10Total Comments |
Dah lama tak up-date pasal My baby Nur Faqihah Syifa .Kejap jer masa berlalu....syifa pun dah makin membesar dan comel gitu..hihihi...puasa pun makin dekat.Camna la nanti...dalam bulan puasa...mintak2 susu jangan ler kering...yala....puasa camna nak ada susu...kan kena banyak minum air masak....Aku mesti haus giler..sebab menyusukan syifa.Si syifa ni pulak kuat 'nek' tau..tu badannya bertambah montel...kalau korang tengok gambarnya meh sini....

1
2
3
4
5
6
Koleksi gambar Nur Faqihah Syifa


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Lempeng Epal Dari Kak Tini Dewi

Author : Cik Rose Cute | 4:21 PM | 6Total Comments |
Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu besar minyak
1 biji epal

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Masak menggunakan non-stick pan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

PeLakon Indon Naysilla Mirdad

Author : Cik Rose Cute | 8:23 AM | 10Total Comments |
Korang kenal tak pelakon ni....,dia selalu berlakon dengan Dude Harlino.Dengar cerita Dude Suka kat dia tap Nay Anggap Dude sebagai Abang Sahaja.Naysilla Mirdad ni anak kepada Pelakon jugak tau...Dia dengan Dude Kalau berlakon memang serasi giler..korang ada tengok tak lakonan diaorang...cer..cerita cer..cerita.Aku selalu tengok lakonan diaorang hehehe kat Astro.

Siapa yang suka cerita Indon mesti mengenali Naysilla Mirdad nikan.....Aku suka tengok muka dia..manis jer....Cam Muka aku hehehe (perasan nak mampus!!!)Banyak jugaklah sinetron dia berlakon....lagi-lagi kalau berlakon dengan Dude mesti fames gila kau...Sebabnya Rakyat Indon suka melihat mereka berdua couple.Tapi tak boleh Nay ni bukan berketurunan Islam...Nay ikut agama Ibunya Lydia Kandou kristian.Bapaknya Islam Jamal Mirdad.Ibunya Lydia Kandou tak nak masuk islam katanya.Boleh pulak kawin camtu kat sana ya....Kalau ikut sunnah Islam mana boleh kawin camtu...betul tak?

Dalam Cerita ni...Dia berlakon dengan Kakaknya...Korang Ingat  Tak
Kat Tv 3...Dia berlakon dengan kakaknya Nana Mirdad
Banyak jugaklah Dia berlakon Contoh: Sinetron Intan,Sekar,Doa Kurnia dan banyak lagi...aku lupa la pulak hehehe Okeylah tu serba sedikit yang aku tahu..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tension!!!! Anak Jadi Mangsa...

Author : Cik Rose Cute | 1:39 PM | 13Total Comments |
Selamat Tengah hari dah makan Tengah hari ke Belum? Aku dah......Ni aku nak kongsi isu dera budak hehehe...Korang pernah tak pukul anak korang hehehe....kadang-kadang aku pukul jugak tapi tak der sampai mendera...pukul sikit2 jer...Yalah kalau nakal sangat mesti kena pukul sikit betul tak.....kalau buat sepah pun kena pukul sikit....tapi tak der sampai lebam.....untuk beri pengajaran....Budak2 ni...kena jugak cubit atau pukul sikit hehehe...kalau tak....diaorang tak nak dengar caakap kita....
Di Malaysia, Penderaan kanak-kanak mendapat perhatian akhbar,majalah tempatan dan media massa.Masalah ini semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan yang berterusan.Penderaan kanak-kanak bukan masalah sosial yang baru.Ia melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan.Pada zaman Jahilliyah di Timur Tengah,bagi perempuan di tanam hidup-hidup atau di jual sebagai hamba.Pada zaman Revolusi Industri di Eropah,kanak-kanak dari golongan miskin bekerja sebagai buruh murahan dan di paksa bekerja sebagai buruh di lombong arang batu dan kilang.Pada zaman moden keadaan ini tetap berterusan dan berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal,mental dan seksual....
Nasib baik kat Malaysia tak macam dekat sanakan....tapi Ibubapa pulak suka mendera pulak kat sini....kalau ibu bapa bergaduh anak menjai mangsa korban......

P/s: Mintak2 kita semua tak la dalam golongan manusia yang tak per kemanusian langsung....,binatang pun sayang anaknya...betul tak????


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ