P0ntianak!!!!

Author : Cik Rose Cute | 12:28 PM | 10Total Comments |
Hari ni..aku nak buat n3 pasal cerita seram lagi..hehehe..sesiapa yang berminat bolehlah baca....Tapi......jangan baca malam tau....Aku pun tak berani nak tulis n3 pasal cerita seram pada waktu malam...Takutttttttttttt!!!!


Kejadian yang menjadi tanda tanya di fikiran aku selama ini ialah mengenai satu peristiwa pelik yang tak dapat aku lupakan seumur hidup ini, sewaktu itu aku berumur 7 tahun dan bersekolah di salah sebuah sekolah di daerah Menggatal, Sabah.Oleh kerana jarak rumah aku terlalu jauh daripada sekolah maka aku terpaksa menetap di asrama sekolah, akhirnya aku dapat membiasakan diri dengan persekitaran asrama sekolah yang di keliingi hutan itu.
Suatu hari,cuaca tidak begitu baik,hujan dan angin kencang.Seperti biasa pada jam 10.00 malam kami di arahkan masuk ke dalam dorm masing-masing untuk tidur, lebih kurang jam 2.00 pagi, tiba-tiba aku di kejutkan oleh seekor kucing berbulu lebat kuning yang gemar tidur di hujung kepala katil aku, kelakuan kucing tersebut berbeza daripada hari-hari selalunya, ia seperti ingin menyerang dan takut akan sesuatu benda.
Waktu itu aku berbaring menghadap dinding sebelah kiri.Ketika hendak menenangkan kucing tersebut, ia lantas melompat menerkam sesuatu, apabila aku berpaling untuk mengetahui apa yang di terkam oleh kucing tersebut, tiba-tiba mata aku tertumpu satu objek bergerak di sebelah kanan aku.
Yang menghairankan objek itu seperti manusia namun kakinya tidak mencecah tanah dan tidak berbunyi.Apabila aku amati, rupanya objek seperti angin itu ialah 'PONTIANAK'! Ia berdiri tepat di hujung katil sebelah kanan aku.Ketika itu aku hanya membuka mata sedikit sahaja jadi aku tidak nampak terlalu jelas keadaan pontianak tersebut, namun apa yang dapat diperhatikan pontianak tersebut berambut panjang dan berbaju putih seperti kain kapan.
Di sebabkan terlalu terkejut dengan perkara yang tidal diduga itu aku lantas menutup mata serapat-rapatnya dan pontianak tersebut masih berdiri tepat di hujung katil aku tidak berganjak, kemudian segera menarik selimut aku yang ketika itu berada di paras lutut dan menutup badan sehingga paras leher.Seluruh badan aku
 merasa sejuk bermula dari hujung kaki sehingga hujung rambut seolah-olah ada angin melintasi aku.
Dua minit kemudian aku menjadi berani sedikit kerana berfikir bahawa bukan aku seorang sahaja berada di dalam dorm tersebut.Jadi aku mengambil keputusan untuk melihat wajah pontianak itu,namun apabila aku membuka mata benda itu telah ghaib begitu sahaja.Kebetulan waktu itu seorang daripada penghuni dorm terbangun dan segera aku bertanya kepadanya jikalau ada ternampak benda itu,dia menjawab 'ya' namun dalam keadaan separuh sedar kemudian menyambung tidur semula.
Namun bagi aku ia adalah sesuatu yang pasti bukan ilusi,apa yang menjadi tanda tanya adakah dia dahulunya seorang manusia dan bagaimana dia meninggal dunia? Adakah dia di bunuh ataupun bunuh diri mahupun mati bersalin? Jawapannya dia sahaja yang tahu......

P/s:Hanya Orang bertuah sahaja yang dapat melihat Jin,Syaitan dan hantu.....Biar apa pun...Isteri@Ibu Cute tak nak tengok...takutttttt...Ada sesiapa pernah tengok? betul-betul hantu....huhuhu..kecik2 dulu pernahlah tengok....hantu pelisit...Nanti Isteri@Ibu Cute cerita..tapi bukan sekarang okey.....Bye..layan cerita hantu ni....Memang pengalaman seseorang.....

Namanya: Elanie Bte Jamil
Asal: Kota Kinabalu Sabah..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tanyalah Pada Diri Sendiri

Author : Cik Rose Cute | 12:13 PM | 4Total Comments |
Salam...Aku nak tulis n3 ni.....hehehe....korang komen ya..jangan tak komen...pulak...(paksa Orang Komen Pulak hehehe).Aku nak story pasal budak2 sekolah..walaupun dah lepas 'Hari Guru'...ada aku kisah...korang baca ya...mungkin boleh menjadi satu iktibar dari story ni....

Azman menghampiri papan hitam,kemudian menulis satu soalan matematik yang agak rumit.Selesai menyediakan permasalahan itu,dia memandang para pelajar.
    "Siapa boleh jawab soalan ni?" Tanya Azman.
    "Saya Cikgu," seorang pelajar lelaki bersuara dan mengangkat tangan.
    "Bagus, sila ke depan," Azman menghulurkan kapur kepadanya.Tapi baru separuh jalan menulis, Azman menegur pelajar tersebut. "Salah tu,macam mana awak ni,tadi kata tau jawapannya," ucap Azman sambil menggeleng-geleng kepala.Pelajar tersebut balik ke tempat duduknya, kecewa.Malu pun ya, bila kawan-kawan di sebelah ketawa terkekeh-kekeh.Seorang pelajar lain bangun, cuba menyelesaikan soalan berkenaan tetapi pantas di perleceh Azman, "Salah tu.Soalan mudah pun awak tak tau jawab." Kembali ke tempat duduknya, pelajar berkenaan menggaru-garu kepala kerana pada anggapannya apa yang di tulis tadi sudah betul. Tapi kenapa cikgu mengatakannya salah?
    "Siapa yang nak cuba lagi?" soal Azman  sambil ekor matanya memerhati para pelajarnya dengan senyuman sinis. "Saya Cikgu," tiba-tiba kedengaran suara seorang pelajar yang duduk di tepi tingkap.Walaupun berulang kali di tegur dan di arahkan supaya berhenti, namun pelajar berkenaan tidak memperdulikannya.Dia terus menyelesaikan soalan tersebut hingga selesai sekalipun guru matematiknya berulang kali mengatakan "salah! salah! salah!" Apabila pelajar berkenaan kembali ke kerusinya, Azman tersenyum. 'Ujian' yang di lakukannya membuahkan hasil. Ketiga-tiga pelajar tersebut sebenarnya boleh menjawab soalan tersebut,tetapi yang membezakan mereka ialah pelajar ketiga melakukan sesuatu mengikut keyakinan diri. Pelajar-pelajar lain pula takut di tegur, malu pada ejekan dan mengalah dengan cabaran yang akhirnya tidak membawa mereka kemana-mana. Cuba tanya diri kita sendiri, adakah kita akaan lakukan seperti pelajar ketiga tadi walaupun di sanggah, di ejek dan di perlekehkan?


P/s: Korang pernah tak masa zaman sekolah di perlakukan cam ni...,Isteri@Ibu Cute pernah...Cikgu tu sajer nak menguji kita huhuhu...(SELAMAT HARI GURU)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aku dah ada Blog Contest

Author : Cik Rose Cute | 5:33 PM | 11Total Comments |
Salam semua...Ha...aku happy cangat2 hari ni...sebab aku dah ada blog contest..hehehe..Dah lama dah nak buat..Asyik tertangguh jer..Sempena hari guru ni...aku buatlah blog Contest...tapi kosong lagi..blog tu aku belum mekap lagi...kalau korang nak follow..Ni blognya...http://hairulizacontestga.blogsport.com/..kalau korang nak sudi follow hehehe tak paksa korang...Aku buat blog contest tu..tak nak pening2 sebab bercampur dengan aku nak tulis N3 aku.....kadang2 sakit kepala tengok berserabut...Yalah sekarang aku tgh giler Contest hehehe..bukan giler hadiah ker...hehehehe.Kalau hadiah tak pernah dapat..tapi aku tak kisah sebab masuk tu pun free..hehehe betul tak....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Apakah Pendapat Wanita Tentang Lelaki?

Author : Cik Rose Cute | 9:47 AM | 7Total Comments |
Korang rasa apa pendapat korang tentang lelaki? terutama sesiapa yang menpunyai Suami...hehehe...

  • Keajaiban Lelaki ; Boleh pakai seluar dalam yang sama empat hari berturut-turut.Hari pertama, betul kedudukannya. Hari kedua , di terbalikkan. Hari ketiga ,yang belakang di bawa ke depan. Hari ke empat, yang belakang di bawa ke depan, tapi di terbalikkan sekali lagi!.
  • Lelaki itu seperti telefon, ada banyak butang. Itulah yang menyebabkan lelaki rasa diri mereka itu penting.
  • Kalau orang lelaki berkata, "Saya akan hubungi awak " tapi dia tak hubungi, maknannya dia tak lupakan awak, dia tak hilang nombor telefon awak, dia belum mati lagi. Dia cuma tak hubungi awak!
  • Lelaki mudah lupa, sebab itu televisyen siarkan ulang tayang selepas gol di jaringkan. Berulang kali pulak tu!
  • Kalau lelaki masakkan makan malam untuk anda dengan ikan kembung goreng, sayur sawi dan sebiji telur mata kerbau, itu maknanya dia serius untuk meneruskan hubungan dengan anda!
  • Lelaki itu macam iklan komersial, tiada satu pun kata-katanya boleh di percayai.
P/s : Ha...lagi satu lelaki susah nak ingat hari-hari penting...contohnya : Anniversary, Birthday kita, Birthday Anak....Kadang-kadang birtday dia pun dia tak ingat...hehehehe  Korang percaya tak?.....My pendapat....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ