Waspada Menjaga Lidah Kita

Author : Cik Rose Cute | 12:11 AM | 8Total Comments |
************ # Salam Untuk Kawan2 Warga Blogger #*********


Sekarang sudah pukul 11.26pm.....Anak aku yang kedua tak nak tidur lagi..Terpaksalah aku layan blog kejap...Sementara menunggu Si Haziq  tengah layan kartun kegemarannya.Kalau ikutkan mata aku ni dah mengantuk giler tau...,my hubby dah tidur because pukul 2.00 pagi nak bangun tengok bola katanya.Tengah belek buku Hidayah..terbaca artikel 'Waspada Menjaga Lidah '..fikir2 balik..apa salahnya..aku share dengan kauorang semua hehehe...Ada faedahnya...Betul Tak?

"SESUNGGUHNYA kebanyakan dosa anak Adam berada pada lidahnya. " (HR. THAbrani dan Al - Baihaqi ). Bayangkan apabila kita menghadapi masalah lidas di lidah. Serba tak kena di buatnya.Apatah lagi apabila bahagian lidah kita seolah-olah melepuh dan menimbulkan luka.Anda boleh bayangka, betapa menderitanya kita selama beberapa hari.
Makan tidak enak, bahkan lebih banyak di paksakan berbanding di nikmati. Bercakap pun harus di atur sedemikian rupa jangan sampai menimbulkan gesekan pada bahagian-bahagian lidah yang luka.Pada saat-saat lidah kita berkurang fungsinya, bahkan kita rasakan lebih banyak menyumbang rasa sakit, biasanya kita baru menyedari, betapa berharganya sepotong lidah bagi seorang manusia.
Hanya kerana lidah kita melepuh atau lidas, kita sudah merasakan betapa terseksanya seluruh bahagian rongga mulut kita, bahkan tidak nyamannya seluruh aktiviti hidup kita.Apalagi jika Allah S.W.T mencabutnya, kesengsaraan macam apa yang boleh menggambarkan penderitaan kita?
Allah S.W.T. memberikan lidah  kepada kita, sekurang-kurangnya untuk dua fungsi utama.

  1. Mengecap rasa, sehingga kita dapat menikmati aneka makanan yang harus kita makan setiap harinya untuk menunjang keperluan fizik kita.Dengan kemampuan lidah seperti itu, aktiviti makan yang kita lakukan tidak hanya sekadar mengisi perut untuk menyalur tenaga keseluruh tubuh, tetapi juga menikmati gigitan demi gigitan aneka rasa sedap apa yang kita makan. Dengan kemampuan ini manusia dapat menikmati aktiviti makan sebagai aktiviti yang menyenangkan.
  2. Lidah mengatur bunyi yang keluar dari rongga mulut kita sehingga memungkinkan kita mampu mengeluarkan suara dengan bermacam-macam bunyi yang berbeza-beza dalam bentuk kata-kata yang membuat kita bisa berkomunikasi dengan orang lain.Pada sisi ini lidah memiliki fungsi sosial yang penting, iaitu mengkomunikassi gagasan atau pesan antara sesama manusia yang memungkinkan manusia mampu hidup bermasyarakat dengan aturan-aturan yang mampu mereka fahami bersama.
Dengan dua fungsi utamanya itu, lidah menjadi anugerah besar bagi umat manusia.Ia menjadi salah satu dari berjuta nikmat Tuhan yang tidak dapat kita ukur dengan harta yang kita miliki. Akan tetapi, jika kita tidak mampu menjaga lidah kita, anugerah besar itu akan berubah menjadi petaka besar dalam kehidupan kita.
Lidah boleh mempertemukan dua hati yang sebelumnya tidak saling mengenal. Lidah boleh mencairkan hati yang kerassss dan penuh amarah. Tetapi lidah juga menjadi penyebab menusuk hati orang lain., mengobarkan permusuhan dan dendam bahkan menciptakan perang besar. Sepotong lidah boleh menjadi lebih buas dari mulut harimau, lebih tajam dari pisau silet dan lebih panas dari kobaran api.
Persahabatan yang hangat boleh berubah jadi permusuhan abadi kerana lidah yang tidak terjaga. Hubungan harmoni dengan tetangga boleh berubah jadi pertengkaran sengit gara-gara lidah yang bercakap sesuka hati. Bahkan kelembutan hati seorang ibu boleh berubah menjadi sumpah dan kutukan jika lidah tidak di kekang. Maka tidak hairanlah jika Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa dosa manusia kebanyakannya bersumber  dari lidahnya...


P/S: Pesanku jagalah lidah anda supaya tidak menyakiti hati orang lain.....Aku pun kena jaga lidahku ini...supaya tidak menyakiti orang lain terutama 'My hubby ' huhuhu..Kauorang tengok tak Bersamamu yang suaminya kena Kanser Lidah Kesiankan....Seram sejuk tengok.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Terharunya....My Follow Dah seratus lebih

Author : Cik Rose Cute | 2:34 PM | 14Total Comments |
Salam untuk teman2ku warga blogger....

Hari ini aku amat terharu sangat2....Dan juga ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada orang yg sudi follow aku huhuhu.Sebenarnya blog aku ni...dah dekat 2 tahun ...tapi aku tak endahkan sangat.Aku teruja buat blog ni pun kerana sepupu aku.....Aku teruja apabila melihat blog sepupu aku di penuhi gambar2 anaknya yang comel.Aku pun terfikir jugak, kalau aku punya blog sendiri bolehlah   masukkan gambar2 anak-anak aku jugak.Sejak hari itu..aku teringin ada blog cam sepupu aku....Mula-mula aku snap gambar2 anak-anak aku dengan famili jer....pastu aku taip sikit2 kisah gembira mana kitaorg pergi bercuti.
Kalau ada waktu yang terluang...aku jenguk jugak blog kauorg semua.Tapi waktu tu aku tak terfikir kenapa Ramai org follow????Aku konfius kenapa ramai orang follow lagi-lagi blog yang fames......aku mana tahu tentang2 hal berblog ni....Aku peliklah kan....Aku punyer  blog tak ada orang follow pulak , mungkin orang tak tahu aku ada blog atau  blog aku tak sebagus blog diaorang semua?? hehehe...Blog orang pertama aku follow blog Mama Adha....pastu  mama adha follow aku....pastu aku terkejut...ehhhhh...Cam tu ke...nak orang follow kita balik....aku fikir sambil nak tercabut otak aku (hehehe tak adalah saja jer..) Tapi kalau blog tu fames orang ramai follow...kalau kita follow dia...susah sikitlah dia nak follow kita balik,betul tak apa yang ku tulis ni? hehehehe jangan terasa blog yang fames.....aku tak ada niat nak menguntuk pun..just taip2 kat sini jer...atau menyedapkan story aku ni...
Panjang lebar pulak aku berceloteh dah jadi macam mulut Si yuyulah pulak..(jangan marah cik yuyu yang manis ) Itulah story yang sebenar-benarnya kenapa aku ada blog dan follow aku just 100 lebih. Walaupun follow aku 100 lebih aku tetap berbangga dengan hasil penulisan blog aku dan kedatangan mereka untuk follow aku....(Ni boleh masuk segmen Ben Ashaaari ni....Betul tak? )hehehe tapi tak perlah....aku tak pandai mengarang....Terima kasih sekali lagi kepada My Followers....

P/S: Ni Blog sepupu aku http://www.nazrieda-anakku.blogsport.com/  (Alamak promote sepupu la pulak...biasanya orang promote kawan hehehe....Ada Aku Kisah )


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cerita seram

Author : Cik Rose Cute | 10:38 PM | 11Total Comments |
ILUSI BUNUH DIRI, DI BILIK BERPUAKA

Kisah ni sebenarnya aku copy dalam Mastika...Aku masukkan dalam blog aku untuk menambahkan koleksi cerita seram aku hehehe...Seram jugak storynya...Nanti kauorg baca ya...

kisahnya bermula apabila pasangan suami isteri ini bercadang untuk bercuti di Belgium, lalu mereka menginap di sebuah hotel di tengah bandar Brussels.Hotel tiga bintang itu menawarkan penginapan tambahan percuma selama semalaman buat pelanggan yg telah menginap bagi tempoh dua malam berturut-turut.Tawaran hebat ini mendorong Leslie berminat untuk mengambil pakej tersebut,  tambahan pula sewa hotel yang begitu murah berbanding hotel2 lain yang berada di sekitar bandar Brussels.
Sebaik mendaftar masuk  ke dalam hotel, isterinya mengomel kerana kelengkapan di hotel tersebut membuatkan dirinya tidak begitu selesa dan rimas.Joan rasa tidak senang dengan persekitaran dalam bilik tersebut yg berkuap sehingga menyuarakan hasrat untuk keluar menginap di bilik lain.Bagaimanapun, Leslie tidak mengendahkan keluhan dan ketakutan yang di alami isterinya itu dan menganggapnya sebagai karut. Selepas itu Leslie berlalu keluar menuju ke kedai runcit berhampiran untuk mendapatkan sedikit barangan keperluan dan makanan.
Joan yang tinggal sendrian cuba menyurutkan perasaan takutnya dengan berendam air panas dalam tab mandi. Namun begitu, wanita ini masih merasa tidak sedap hati dan berdebar2, seolah-olah ada sesuatu akan berlaku. Joan mandi tergesa-gesa. Selesai mandi Joan berbaring atas katilnya. Beberapa ketika kemudian, tiba-tiba dia mengalami kejadian yang sangat aneh. Sesuatu yang tak terduga berlaku pada pandangan ilusi matanya sendiri!
Joan berasa sangat pening, ruang biliknya yang tadi luas tiba-tiba menjadi semakin sempit. Dia melihat seorang lelaki berbadan kurus, berpakaian kemeja lusuh meluru keluar dari bilik air dan terjun dari tingkap. Joan tersentap lalu menjerit ketakutan! Dia menunggu hingga bunyi jatuh berdebuk jasad lelaki tersebut, malangnya tiada satu pun bunyi jasad ataupun objek yang jatuh kedengaran. Tidak semena-mena ilusi itu berlaku sekali lagi pada pandangan matanya. Kejadian ilusi itu berlaku berkali-kali hingga membuatkan wanita ini tidak tentu arah.
Joan cuba keluar, malangnya ilusinya itu telah mengaburi matanya mencari pintu keluar. Joan begitu tertekan, dia mahu keluar daripada ilusi tersebut. Akibat terlalu takut, Joan hampir mengikut kata hatinya untuk terjun dari tingkap seperti di lakukan jasad lelaki tadi tatkala wanita itu terdesak mencari jalan keluar. Tapi belum sempat Joan hendak terjun dari tingkap , tiba-tiba suaminya muncul dari belakang menahannya. Leslie terus membawa isterinya itu keluar dari bilik puaka tersebut.
Rupa-rupanya, lima hari sebelum Joan dan Leslie menginap telah berlaku kejadian bunuh diri di bilik sama yang di diami pasangan berkenaan. Wajah lelaki berpakaian kemeja lusuh yang di lihat melalui ilusi Joan itulah mangsa yang membunuh diri akibat tekanan jiwa semasa berada di hotel berkenaan.
P/S:Bahaya ni...Kalau pegi Honeymoon dapat pulak sewa hotel murah...tiba-tiba ada something yang berlaku kat bilik hotel tu..Nayalah jawabnya.....Lainkali kalau kauorang pegi bercuti pengurus hotel bagi bilik tu murah ...jangan ambik..mesti ada yang tak kena...Emmm kauorg ingat tak cerita rumah bunglow dekat seksyen berapa aku tak ingatlah..tapi dapat sewa murah..50 ringgit sebulan tak payah bayar deposit...Mesti kauorg tahu kannnnn


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ